Selesai membeli belah, kami meneruskan perjalanan ke Yoyogieuhara dengan menaiki metro Hibiya line, bertukar di hentian Hibiya (H07) , dan seterusnya menaiki Chiyoda line (hijau) ke Yoyogi-uehara (C01). Berjalan kaki mengambil masa lebih kurang 10 minit daripada stesen metro ke Camii (masjid) and Turkish Cultural Centre. Kebetulan kami terserempak dengan seorang pemuda Turki dan seorang wanita Jepun yang ingin ke masjid juga.
Kami disambut oleh 3 orang warga Jepun yang beragama Islam, di hadapan pintu masjid. Subhanallah terasa sangat berbesar hati, kerana dengan satu lafaz syahadah kita semua di persaudarakan.
Terdapat pameran barangan dari Turki di tingkat bawah, dan masjid dan ruang solat terletak di tingkat 2. Sungguh cantik binaan masjid di sini, tambahan pula dihiasi dengan pohon sakura yang sedang mekar. Ramai juga kami lihat warga Jepun yang melawat tempat ini dengan penuh minat, masing-masing memakai selendang untuk menutup aurat walaupun mereka belum memeluk Islam.
Pameran barangan Turki |
Tempat berwudhu |
Dewan Utama |
Rekabentuk pintu yang unik |
Selepas selesai solat jamak Zuhr dan Maghrib |
Sakura di sisi masjid |
Turkish Guests Room |
Pulang dari masjid, kami singgah di sebuah restoran halal di sekitar hentian Shimo-kitazawa. Kebetulan kami bertemu dengan tukang masak restoran itu semasa di masjid dan beliau memberikan pamphlet. Dengan menaiki teksi,mengambil masa lebih kurang 10 minit, dan tambangnya dalam RM30 (Y1000). Saya tidak pasti nama kedai ini, tetapi yang saya ingat ada tanda 2+2=8 pada papan tandanya. Setelah seharian berjalan, memang berselera kami makan, kari, tika masala dan dal, bersama nasi dan roti nan. Bayaran untuk buffet adalah Y980 seorang, all-you-can-eat style.
Alhamdulillah pulang kami terus dapat berehat dan tidak perlu memasak lagi.
In shaa Allah esok saya akan kongsikan pengalaman kami ke Mount Fuji dan Hakone pula, satu pengalaman yang tidak ada tolok bandingnya.
Bestnya.. awesome..
ReplyDelete