Showing posts with label shinjuku. Show all posts
Showing posts with label shinjuku. Show all posts

Tuesday, 8 April 2014

Tokyo 2014, A Cherry Blossom Story (Part 6 : Souvenir shopping atAkihabara & a visit to masjid)

On the 6th of April, my parents' wedding anniversary, from having a hanami at the Shinjuku-Gyeon Park, we continued our journey to Akihabara. Tempat ini terletak di kawasan utara Tokyo, mengambil masa lebih kurang 20 minit dengan menaiki keretapi. Hentian terdekat adalah hentian Akihabara (H15) dengan menaiki metro Hibiya Line (Kelabu). Akihabara terkenal dengan kedai-kedai barangan elektronik, tetapi atas panduan dari adik ipar saya Elena, beliau memberitahu kami agar ke kedai Akky atau Laox iaitu kedai bebas cukai, untuk membeli souvenir atau cenderahati. Untuk membeli belah di sini, kita perlu membawa pasport antarabangsa, bagi membolehkan membeli dengan harga istimewa. Perbandingan harga adalah, jika di tempat lain satu keychain adalah Y450, di sini dalam Y320 sahaja. Alhamdulillah dapat juga saya membeli mini-kimono untuk anak-anak saya dengan harga Y2400 sepasang atau lebih kurang RM75 sepasang. 















Selesai membeli belah, kami meneruskan perjalanan ke Yoyogieuhara dengan menaiki metro Hibiya line, bertukar di hentian Hibiya (H07) , dan seterusnya menaiki Chiyoda line (hijau) ke Yoyogi-uehara (C01). Berjalan kaki mengambil masa lebih kurang 10 minit daripada stesen metro ke Camii  (masjid) and Turkish Cultural Centre. Kebetulan kami terserempak dengan seorang pemuda Turki dan seorang wanita Jepun yang ingin ke masjid juga. 

Kami disambut oleh 3 orang warga Jepun yang beragama Islam, di hadapan pintu masjid. Subhanallah terasa sangat berbesar hati, kerana dengan satu lafaz syahadah kita semua di persaudarakan. 




Terdapat pameran barangan dari Turki di tingkat bawah, dan masjid dan ruang solat terletak di tingkat 2. Sungguh cantik binaan masjid di sini, tambahan pula dihiasi dengan pohon sakura yang sedang mekar. Ramai juga kami lihat warga Jepun yang melawat tempat ini dengan penuh minat, masing-masing memakai selendang untuk menutup aurat walaupun mereka belum memeluk Islam.


Pameran barangan Turki


Tempat berwudhu

Dewan Utama

Rekabentuk pintu yang unik






Selepas selesai solat jamak Zuhr dan Maghrib


Sakura di sisi masjid

Turkish Guests Room




Pulang dari masjid, kami singgah di sebuah restoran halal di sekitar hentian Shimo-kitazawa. Kebetulan kami bertemu dengan tukang masak restoran itu semasa di masjid dan beliau memberikan pamphlet. Dengan menaiki teksi,mengambil masa lebih kurang 10 minit, dan tambangnya dalam RM30 (Y1000). Saya tidak pasti nama kedai ini, tetapi yang saya ingat ada tanda 2+2=8 pada papan tandanya. Setelah seharian berjalan, memang berselera kami makan, kari, tika masala dan dal, bersama nasi dan roti nan. Bayaran untuk buffet adalah Y980 seorang, all-you-can-eat style. 










Alhamdulillah pulang kami terus dapat berehat dan tidak perlu memasak lagi. 

In shaa Allah esok saya akan kongsikan pengalaman kami ke Mount Fuji dan Hakone pula, satu pengalaman yang tidak ada tolok bandingnya. 

Monday, 7 April 2014

Tokyo 2014, A Cherry Blossom Story (Part 5: Sakura dan Hanami)

Alhamdulillah dapat lagi menikmati suasana pagi, melihat matahari terbit di bumi Tokyo. Hari ke lima kami di sini adalah hari Sabtu, 5 April 2014. Mama Ayah masih keletihan dari berjalan-jalan di Disneyland, mereka mahu berehat sahaja di apartment. 

Saya bergerak awal dari apartment walaupun sesi seminar World Ophthalmology Conference bermula jam 10.30 pagi. Alhamdulillah hari yang cerah, saya singgah di Shinjuku Gyeon National Park yang terletak di kawasan Shinjuku. Musim bunga di Jepun sememangnya satu waktu yang sibuk dan merupakan waktu kemuncak bagi industri pelancongan di negara ini. Gyeon Park adalah salah satu tempat yang terkenal untuk hanami atau perkelahan sambil melihat bunga sakura yang sedang berkembang. Cara paling mudah untuk ke Gyeon Park ini adalah dengan menaiki subway metro, mengambi Marunouchi Line (merah) dan berhenti di hentian Shinjuku-Gyeonmae (M10). Untuk masuk, bayaran yang dikenakan adalah Y200 sahaja atau RM7 seorang. 

Subhanallah pemandangan di sini memang tiada tandingannya. Hampir 1000 pokok sakura yang sedang berkembang dalam fasa tersendiri. Ada yang sudah mekar sepenuhnya, ada yang sudah hampir habis berguguran bunganya dan ada pula yang baru sahaja berputik. Saya dinasihatkan oleh sahabat-sahabat agar melawati taman-taman sakura ini sebelum pukul 10 pagi bagi mengelakkan suasana sesak, namun oleh kerana hari Sabtu adalah hari cuti, pada jam 9.30 pagi pun taman ini sudah dipenuhi pelancong.Saya ada membawa tripod dan monopod untuk memudahkan bergambar, tetapi ternyata orang Jepun mahupun pelancong asing semua berbesar hati untuk membantu kita mengambil gambar.


White Sakura


Bersama seorang kanak-kanak Jepun yang berlari-lari kegembiraan melihat sakura


Pink Sakura






Selepas sejam, saya meneruskan perjalanan ke konferens saya, dengan hati yang berat. Saya bertekad untuk ke sini lagi esok bersama Mama dan Ayah pula.

Memandangkan hari ini adalah hari terakhir konferens bagi saya, selepas selesai seminar saya mengambil gambar di sekitar Tokyo International Forum, Imperial Hotel dan juga Imperial Palace Garden yang terletak berhampiran. Dapatlah saya bergambar bersama istana maharaja Jepun. (Cara termudah untuk ke kawasan ini adalah dengan menaiki Chiyoda Line (hijau) dan turun di hentian Hibiya (C9))

Sakura Room for Tea in Imperial Hotel



Imperial Palace

Cantikkan, pokok macam bonsai


Pulang dari kawasan konferens, saya bertemu Mama Ayah di hadapan Yoyogi Park dan berjalan-jalan bersama mereka di sana. Terlalu ramai orang yang berpiknik di taman ini walaupun tidak banyak sakura yang tinggal. Lucunya kami bertemu dengan orang Jepun yang boleh berbahasa Indonesia, mengajak kami bergambar bersama.



Kanak-kanak Jepun bermain dengan anjing yang comel
 

Warga Jepun yang boleh berbicara bahasa Indonesia

Keesokkan harinya adalah hari yang amat istimewa kerana 6 April adalah hari Ulangtahun Perkahwinan Mama Ayah yang ke 43. Mama kelihatan amat teruja apabila kami sampai di Gyeon Park dan menyaksikan sakura yang sangat cantik. Ketika mereka mengucapkan "Happy Anniversary" kepada satu sama lain, kedua-dua Mama Ayah mengalirkan air mata kegembiraan. Alhamdulillah saya berasa sangat berbesar hati dapat menyaksikan cinta mereka yang terus kekal mekar selepas 43 tahun. Semoga jodoh kami semua berkekalan hingga ke syurga. Amin...

Jam 9 pagi sudah ramai yang beratur


Ada mesin untuk membeli tiket




Pink sakura yang sudah mekar.







Pengantin Jepun

They are wishing each other "Happy Anniversary"



Esok saya akan update in shaa Allah tentang tempat untuk membeli souvenir iaitu di Akihabara & masjid di Yoyogieuhara.

Bersambung...