Monday 7 April 2014

Tokyo 2014, A Cherry Blossom Story (Part 5: Sakura dan Hanami)

Alhamdulillah dapat lagi menikmati suasana pagi, melihat matahari terbit di bumi Tokyo. Hari ke lima kami di sini adalah hari Sabtu, 5 April 2014. Mama Ayah masih keletihan dari berjalan-jalan di Disneyland, mereka mahu berehat sahaja di apartment. 

Saya bergerak awal dari apartment walaupun sesi seminar World Ophthalmology Conference bermula jam 10.30 pagi. Alhamdulillah hari yang cerah, saya singgah di Shinjuku Gyeon National Park yang terletak di kawasan Shinjuku. Musim bunga di Jepun sememangnya satu waktu yang sibuk dan merupakan waktu kemuncak bagi industri pelancongan di negara ini. Gyeon Park adalah salah satu tempat yang terkenal untuk hanami atau perkelahan sambil melihat bunga sakura yang sedang berkembang. Cara paling mudah untuk ke Gyeon Park ini adalah dengan menaiki subway metro, mengambi Marunouchi Line (merah) dan berhenti di hentian Shinjuku-Gyeonmae (M10). Untuk masuk, bayaran yang dikenakan adalah Y200 sahaja atau RM7 seorang. 

Subhanallah pemandangan di sini memang tiada tandingannya. Hampir 1000 pokok sakura yang sedang berkembang dalam fasa tersendiri. Ada yang sudah mekar sepenuhnya, ada yang sudah hampir habis berguguran bunganya dan ada pula yang baru sahaja berputik. Saya dinasihatkan oleh sahabat-sahabat agar melawati taman-taman sakura ini sebelum pukul 10 pagi bagi mengelakkan suasana sesak, namun oleh kerana hari Sabtu adalah hari cuti, pada jam 9.30 pagi pun taman ini sudah dipenuhi pelancong.Saya ada membawa tripod dan monopod untuk memudahkan bergambar, tetapi ternyata orang Jepun mahupun pelancong asing semua berbesar hati untuk membantu kita mengambil gambar.


White Sakura


Bersama seorang kanak-kanak Jepun yang berlari-lari kegembiraan melihat sakura


Pink Sakura






Selepas sejam, saya meneruskan perjalanan ke konferens saya, dengan hati yang berat. Saya bertekad untuk ke sini lagi esok bersama Mama dan Ayah pula.

Memandangkan hari ini adalah hari terakhir konferens bagi saya, selepas selesai seminar saya mengambil gambar di sekitar Tokyo International Forum, Imperial Hotel dan juga Imperial Palace Garden yang terletak berhampiran. Dapatlah saya bergambar bersama istana maharaja Jepun. (Cara termudah untuk ke kawasan ini adalah dengan menaiki Chiyoda Line (hijau) dan turun di hentian Hibiya (C9))

Sakura Room for Tea in Imperial Hotel



Imperial Palace

Cantikkan, pokok macam bonsai


Pulang dari kawasan konferens, saya bertemu Mama Ayah di hadapan Yoyogi Park dan berjalan-jalan bersama mereka di sana. Terlalu ramai orang yang berpiknik di taman ini walaupun tidak banyak sakura yang tinggal. Lucunya kami bertemu dengan orang Jepun yang boleh berbahasa Indonesia, mengajak kami bergambar bersama.



Kanak-kanak Jepun bermain dengan anjing yang comel
 

Warga Jepun yang boleh berbicara bahasa Indonesia

Keesokkan harinya adalah hari yang amat istimewa kerana 6 April adalah hari Ulangtahun Perkahwinan Mama Ayah yang ke 43. Mama kelihatan amat teruja apabila kami sampai di Gyeon Park dan menyaksikan sakura yang sangat cantik. Ketika mereka mengucapkan "Happy Anniversary" kepada satu sama lain, kedua-dua Mama Ayah mengalirkan air mata kegembiraan. Alhamdulillah saya berasa sangat berbesar hati dapat menyaksikan cinta mereka yang terus kekal mekar selepas 43 tahun. Semoga jodoh kami semua berkekalan hingga ke syurga. Amin...

Jam 9 pagi sudah ramai yang beratur


Ada mesin untuk membeli tiket




Pink sakura yang sudah mekar.







Pengantin Jepun

They are wishing each other "Happy Anniversary"



Esok saya akan update in shaa Allah tentang tempat untuk membeli souvenir iaitu di Akihabara & masjid di Yoyogieuhara.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment