Saturday 5 April 2014

Tokyo 2014, A Cherry Blossom Story (Part 3: Yoyogi Park, Ueno & Ameyoko

3rd April 2014

Hari ketiga berada di bumi Tokyo. I was reading back my previous two entries on Tokyo and I think I prefer to write in Malay, as I can express myself better :) Maybe my international readers can ask Mr Google to translate this page for you. 

Pada hari ketiga, saya meneruskan kehadiran di World Ophthalmology Congress 2014. Jika semalam saya banyak menghadiri seminar di Imperial Hotel, hari ini semua seminar saya dijalankan di Tokyo International Forum. Tapi sebelum ke konvensyen, saya mengajak Mama Ayah untuk mengambil gambar bersama bunga sakura di sekitar kawasan tempat tinggal kami iaitu  Motoyoyogicho dan Yoyogi Park.

 Walaupun cuaca gerimis, Alhamdulillah dapat juga kami bergambar bersama bunga yang cantik ini. Rupanya cherry blossom atau sakura ini sememangnya menjadi kebanggaan seluruh warga Jepun, kerana ia berlangsung setahun sekali sahaja, dan kebanyakan pokok hanya berbunga selama 10 hari.

Laluan harian kami ke stesyen keretapi, kedai dan juga ke Yoyogi Park

Lintasan keretapi, lebih sesuai berbanding jejantas bagi bagi orang tua yang susah nak naik tangga



Thank you Mr Tripod hehe


Di sebelah kanan itulah pintu masuk ke Yoyogi Park, tetapi takut lambat ke konvensyen kami tak pergi lagi pagi itu, cuma bergambar di sekitar taman sahaja

Alhamdulillah rasa puas dapat bawa Mama Ayah jalan-jalan di Tokyo. They are the reason I am here today Alhamdulillah

Special shot for my FB page "What Makes You Beautiful"

Kesibukan bandar Tokyo, waktu pejabat.

A wet day at the Tokyo International Forum


Salah satu seminar yang saya hadiri

Seni rekabentuk Tokyo International Forum yang sangat luar biasa. Dengan ketinggian 7 tingkat, ia mempunyai beberapa jambatan yang menghubungkan bangunan ini dengan bangunan di sebelahnya


Jika berminat untuk ke Tokyo International Forum ini, stesen keretapi terdekat adalah Yurakucho atau subway (metro) stesyen Ginza atau Hibiya. 

Laluan turun dari tingkat 3.

Selesai konvensyen jam 3 petang, saya bertemu Mama Ayah di stesyen keretapi Yoyogihachiman untuk kami pergi ke Ueno. Hajat di hati ingin melihat sakura lagi di Ueno Park, rupanya hujan lebat pula. Maka kami meneruskan perjalanan ke Ameyoko iaitu satu perhentian selepas Ueno Park, untuk membeli barang dapur. Memandangkan kami tinggal di apartment, dapatlah kami memasak makanan ala-melayu setiap hari. Menurut adik ipar saya, Elena yang tinggal di Tokyo selama 3 tahun dahulu, Ueno ini tempat paling murah untuk membeli barang dapur terutamanya ikan dan makanan laut yang lain. Harganya berbanding tempat lain, umpama berbelanja di Jaya Jusco dan pasar borong Selayang. Dengan menaiki keretapi, tiket satu perjalanan hanyalah Y200 sahaja iaitu kira-kira RM7 seorang. Stesen terdekat adalah Okachimachi JR Yamanote line. 

Sempat kami singgah di sebuah café untuk minum petang dan mengalas perut dengan sandwich telur dan sayur. Semua sekali kosnya Y2000 .





Ameyoko pada waktu malam. Makanan laut semua diberikan diskaun. Belut Y1000, ikan salmon antara Y500 hingga Y1500 sahaja untuk portion yang besar






Di Shinjuku Station yang sibuk. 

Mama Ayah pun sudah expert naik train :) Cuma turun naik tangga untuk pertukaran train agak memenatkan bagi mereka.

Pulang dari Ueno, kami memasak ikan salmon yang dibeli dengan perencah kari segera, dicampur dengan bendi. Sedap juga dimakan bila berada di negara orang. Mama juga ada membawa bekal sambal tempe, penambah selera dimakan bersama nasi panas. Ya, saya bawa semua bahan masakan yang kering dari Malaysia termasuk perencah adabi, Kari Brahims, sardin, mee segera, spagetti, biskut, kopi 3 dalam 1 dan sebagainya. Semuanya petua dari ibu mertua saya yang pernah tinggal di Jepun. Memang sukar mendapatkan semua itu di sini, tambahan pula tulisan label makanan semua dalam bahasa Jepun. 



Hari keempat, saya “bercuti” dari konvensyen seketika, untuk melawat Tokyo Disneyland. Nantikan entri seterusnya in shaa Allah..

2 comments:

  1. salam.. sy ingin bertanya apartment mana yang dr tgl..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for asking Jiwa Lara. Saya jumpa apartmen ini di www.airbnb.com , saudari boleh cari keyword Tokyo & Shibuya, dan apartment ini tuan rumahnya adalah Mike Kanzaki (mikekanzaki78@gmail.com) . Tuan rumahnya sangat responsive melalui email, kelengkapan apartmen in juga lengkap, dari peralatan memasak hinggalah portable wifi yang boleh dibawa ke mana-mana.

      Delete