Saturday 9 April 2022

Wanita pandai tak marriage worthy?

 


Pertama sekali, saya tumpang bangga ada anak Malaysia yang boleh cemerlang sebegini di luar negara.


Sudahlah bijak, menjaga agama pula tu dengan menutup aurat sempurna.


Ma shaa Allah, tabarakallah.


Mudah-mudahan beliau menjadi a great addition to the society.


Saya pernah dapat markah 4.0 sekali sahaja dalam hidup, iaitu semasa matrikulasi.


Tahu macamana saya belajar?


Pukul 5 pagi bangun, study, solat subuh, siap pergi kuliah.


Pukul 5 petang balik kuliah, singgah beli makanan di cafe, makan, solat, sambung study sampai pkl 11 malam.


Ya, saya sangat kuat study.


Mujur saya sambung belajar di Ireland, jadi mahu tidak mahu kena belajar masak, kerana di sana mana ada kedai mamak nak order food.


Saya yakin, pelajar Malaysia yang belajar di luar negara, paling koman, ayam goreng, ayam rendang, kuah kacang, masak lodeh semua di hujung jari in shaa Allah.


Iyalah, kami bertahun-tahun beraya di perantauan kan.


Nasi himpit pun zaman saya mana ada yang instant. Kami masak nasi lembik, masuk dalam plastik, hempap dengan buku Grey's Anatomy yang tebal tu kahkahkah.


Apa pun, saya nak kata, pasti bukan pelajar luar negara saja, pelajar dalam negara pun pasti pandai berdikari dan mengurus diri, di samping cemerlang dalam akademi.


Maka saya sangat hormati pelajar ini.


Bab "wife material" tu, saya rasa wanita zaman sekarang jauh lebih empowered berbanding lelaki.


WE can choose whom we want to marry.


Kerana selepas belajar, kita akan menjadi aset negara, bukan suri rumahtangga.


Antara pesan Mak saya sebelum saya memilih calon suami, Mak kata Mak nak saya kahwin doktor juga. Kerana beliau rasa hanya doktor yang betul-betul memahami kerjaya saya.


Selepas bernikah, saya tanya suami saya, tak menyesal ke kahwin dengan saya. Saya akan ada oncall, dan saya tak boleh nak masak setiap hari.


Tahu jawapan suami saya?


Beliau kata, "Kalau Abang nak makan sedap, rumah terurus selalu, Abang tak kahwin dengan doktor."


Heheh.


Pasti ramai saja doktor di luar sana yang boleh uruskan semua.


Anda memang superwoman.


Tetapi bukan saya.


I know my limit. But I also that know every bit of my contribution to the society, and to my family, my husband will get his fair share in reward from Allah, if he is redha.


Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah

Catatan 8 Ramadan