Antara amalan yang pastinya menjadi pilihan untuk kita beramal adalah membaca Al-Quran
Soalan:
Mungkin ada yang bertanya, yang mana lebih utama?
1) BACA AL-QURAN dengan baik tajwid nya dgn BANYAK
VS
2) BACA DAN TADABBUR Al-Quran.
Jika pilihan kedua yang diambil , pastinya tidak terlalu banyak yang dapat dibaca kerana mengambil masa untuk membaca tafsir Al-Quran?
Ini jawapan dr Ustaz Abdul Muien, guru tadabbur Al-Quran kami
Jawapan:
Yg terbaik ialah buat kedua-duanya dan tambah satu lagi.
Jadi bagi masa baca al Quran kepada tiga sesi:
1-untuk khatam, caranya baca dgn bertajwid tanpa membaca tafsir hanya hayati mana-mana makna yg faham secara asal dan akhirnya dapat juga khatam sekali paling kurang sepanjang Ramadhan.
2. Baca terjemahan/tafsir utk tadabbur ayat-ayat nya bermula dari surah al Baqarah atau mana-mana surah pilihan . Bererti boleh baca dua atau empat muka setiap hari, dan bila habis Ramadhan sambung lagi sampai khatam tadabbur semua al Quran.
3-masa utk menghafal ayat-ayat atau surah-surah pilihan, setiap hari 5 ayat khususnya ayat yg telah di tadabbur semasa dlm kelas-kelas sebelum ramadhan. Targetkan sepanjang Ramadhan dapat paling kurang 5 surah pilihan spt al Mulk, al sajadah, al Sof dan surah-surah lazim juzuk Amma, atau target satu juzuk dari awal surah al baqarah.
Kalau di lakukan tiga langkah di atas habis Ramadhan kita akan dpt ketiga-tiga nikmat dan ganjaran yg besar.
1. Pahala baca al Quran
2. Pahala memahami dan in shaa Allah beramal dgn al Quran
3. Darjah/tingkat yg lebih tinggi di syurga hasil dari hafalan ayat2 yg semakin bertambah.
Semakin banyak hafalannya, akan semakin tinggi kedudukan yang didapatkan di surga kelak.
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
يقال لصاحب القرآن اقرأ وارتقِ، ورتل كما كنت ترتل في الدنيا، فإن منزلك عند آخر آية تقرؤها
“Akan dikatakan kepada shahibul qur’an (di akhirat) : bacalah dan naiklah, bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membaca dengan tartil di dunia. kerana kedudukanmu tergantung pada ayat terakhir yang engkau baca” (HR. Abu Daud 2240, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Abi Daud).
Langkah-langkah utk melaksanakan ketiga2 di atas:
1-kurang berhubung dgn org ramai kecuali ibu bapa.
2-kurang masa dgn telefon/facebook/whatsapp
3- kurangkan berjalan/ziarah
4-kurangkan tidur di siang hari dan malam
5-jangan tengok tv
6-kurangkan masa di dapur atau memasak, jika boleh jimatkan masa lagi dgn berbuka di surau/masjid.
7-kurangkan bercakap
8-jgn pergi bazar Ramadhan kecuali sekali sekala
9- banyakkan berada di masjid
Allahu alam
Selamat beramal 😊
No comments:
Post a Comment