KL Standard Chartered Marathon 2019
Alhamdulillah gambar favourite saya untuk KLSCM tahun ini |
Dengan penyertaan 40,000 orang pelari dari dalam negara dan
luar negara, pastinya ini adalah acara larian TERBESAR di Malaysia untuk tahun
ini. Umpama HARI RAYA buat pelari-pelari amatur seperti saya, mahupun pelari elit.
Saya hanya mula berlari 2 tahun lepas, selepas pembedahan
buku lali saya yang cedera akibat terjatuh semasa sukaneka.
Pengalaman
bertongkat dan berkerusi roda selama 3 bulan, apabila sembuh dan selesai
menjalani fisioterapi, saya terfikir, “Mengapa saya tidak cuba sesuatu yang
baru?”
Kenangan bertongkat selepas pembedahan ligamen buku lali |
Bermula dengan larian 1.5km semasa Larian untuk Super Premiee
Run di UM November 2017, saya bertuah kerana dapat menyertai Fun Run 5km
Standard Chartered Marathon 2018.
Kenangan pertama kali berlari dalam acara Standard Chartered Marathon 2018, untuk acara 5km. |
Selesai larian tersebut, saya amat teruja dan
terus mendaftar untuk 10km semasa PJ Marathon, Julai 2018. Alhamdulillah larian itu saya dapat habiskan dalam masa 1
jam 47 minit.
Acara 10km pertama dalam hidup saya, pada usia 37 tahun. PJ Marathon ni boleh tahan berbukit bukau. |
Malangnya pada penghujung Ogos 2018, saya tercedera dan
patah jari kaki, maka saya terpaksa berehat selama 2 bulan dari sebarang
aktiviti larian.
Penghujung Disember 2018, saya mula berlari semula, dan saya
bertekad jika Standard Chartered Marathon kembali, saya akan menyertai 10km
lagi
Sebenarnya apabila kita menyertai acara larian, ia umpama
satu dorongan tersendiri untuk sentiasa kekal aktif.
Jika tiada acara larian, ada kala saya culas dalam bersenam
3 kali seminggu.
Tahun 2019 ini, saya bermula dengan larian 5.4km di Bangkok
semasa Asia Pacific Academy of Ophthamology Congress pada Mac , dan kemudian
5km semasa Run for Sight di TTDI anjuran L Occitane pada bulan Jun. Pada bulan
Julai, saya mencuba trail run pula iaitu 5km anjuran Interventional Radiologist
UKM di FRIM.
Semua ini adalah sebagai persiapan saya untuk Kuala Lumpur Standard
Chartered Marathon ini.
Apa yang berbeza sedikit adalah, 3 minggu sebelum KLSCM ini,
negara kita dilanda jerebu, maka saya tidak dapat berlatih dengan baik di luar
rumah. Latihan saya hanya dijalankan di rumah, dengan mesin elliptical saya.
10km atas mesin elliptical ini adalah lebih kurang sama dengan berlari 3km
sahaja sebenarnya. Impak juga kurang.
Namun, oleh keraan KLSCM adalah satu acara yang sangat besar
dan sangat mengujakan, saya tidak mahu mengaku kalah. Apatahlagi semasa mengambil
race kit, nama kita terpampang di skrin LCD! Sangat memicu semangat!
Terkejut juga selepas ambil bib dan T-shirt, ada nama kita di situ. Pembakar semangat yang baik! |
Untuk larian kali ini, saya laburkan sedikit wang (RM155) untuk
membeli sebuah beg galas dengan bekas air berbentuk bladder yang ada tiub panjang,
memudahkan saya meminum air semasa berlari. Saya ni senang dahaga apabila berlari,
jadi jika bawa botol, dan masukkan dalam beg, ambil masa untuk buka tutup zip.
Dulu-dulu
saya rasa segan nak pakai beg begini, macam beriya sangat padahal orang yang
lari full marathon pun ada yang tak pakai. Tapi apabila saya dah pakai, saya
perasan ia sangat membantu kerana , peduli apa dengan orang kan, kita berlari
pun untuk diri sendiri saja. Jimat masa juga kerana saya tidak perlu berhenti
di setiap stesen air.
Untuk pakaian pula, kali ini saya tidak memakai jersey yang
diberikan kerana pada saya ia agak pendek . Daripada saya memakai pakaian
berlapis-lapis, baik saya pakai pakaian saya yang selesa dan MENUTUP AURAT. Beriadah
itu sunat, jangan jadi jatuh hukum haram pula kerana memakai seluar ketat yang
menampakkan bentuk, tudung singkat tidak menutup dada dan sebagainya.
Saya faham memakai seluar ketat atau tights itu sangat membantu
untuk larian jarak jauh, saya pun memakainya, tetapi di dalam. Tidak mengapalah
panas sedikit , biar panas di dunia, jangan di akhirat. Kan? Yang penting apa
yang kita buat, kita nak Allah redha
Baiklah, awal pagi, selepas solat Subuh saya gerak ke Stesen
LRT Sentul Timur. Mulanya nak ke Stesen LRT Gombak tetapi jaraknya lebih jauh
dan lebih banyak stesen, saya takut ambil masa lebih lama. Di Stesen LRT Sentul
Timur, tiada tempat parking yang banyak, tetapi saya park sahaja kereta di tepi
jalan. Saya pergi tandas siap-siap di stesen LRT itu, kerana saya tahu pasti di
LRT Bandaraya nanti akan ramai orang.
Sampai di LRT Bandaraya, nak terkucil lagi. Adeh .
Beratur punyalah panjang huhuuu. Apakan daya, flag off tinggal
10 minit, saya dan kawan baru saya pun hijack toilet lelaki kerana tidak ramai
orang hahahah.
Kawan baru, namanya Goh. Beliau berusia 48 tahun, aktif hiking dan panjat gunung. Sambil tunggu toilet, sempat berkenalan . |
Lepas ke tandas, kami bergegas ke garisan permulaan. Itu
diaaa punyalah panjang. Kami ke hujung sekali, cukup-cukup masa untuk flag off
pukul 7.45 pagi.
Garis permulaan nuuuun jauh di hadapan. |
Bermula sahaja larian, saya on kan Strava dan Fitbit saya,
tetapi untuk sampai ke garis permulaan, mengambil masa 3 minit! Malangnya Strava
saya terpadam secara tidak sengaja, mungkin kerana saya banyak kali selfie hahah.
1km yang pertama, cuaca masih dingin. Suasana nyaman dan
banyak pemandangan yang cantik termasuk pemandangan Bukit Nanas, Menara KL dan
KLCC.
Suasana masih nyaman |
Sampai ke kilometer ke 2, dah mula rasa penat sedikit. Aduhai,
apa ni Aisyah? Saya bertanya diri sendiri . Takkan dah penat? Ada satu poin kami
perlu buat U-turn, semasa itu saya sedar saya berada di kelompok belakang
sekali. Ahahahahahaha baru tahu panik sekejap.
Ini berdekatan kawasan nak buat U turn |
Dalam hati ,"Alamak, baru 2 KM? " kahkahkah. |
Lepas U turn ni baru sedar, tak ramai dah orang belakang saya hahaaa. Panik jap |
Nice view. Tak pernah lalu lorong ni. |
Saya teruskan larian . Saya berjanji dengan diri sendiri,
saya mesti teruskan larian tanpa henti selama 5km. Di hadapan KLCC, ada stesen
air yang pertama dan ada air 100 plus! Alhamdulillah!
Wajah cerita selepas dapat minum 100 Plus. Maaf lah gaya budak Tik Tok sikit |
4km |
5km |
Alhamdulillah sampai ke petanda 5km, saya mula lega. Sudah
separuh jalan! Selfie tetap selfie. Iyalah, pengalaman sekali seumur hidup kan.
Tahun depan pengalaman lain pula.
Masuk kilometer ke 6, sudah mula terasa mencabar kerana?
PANAS!! Huuu apabila masuk ke Jalan Kuching, ini adalah laluan 5km saya tahun
lalu. Laluan ini saya sudah familiar kerana saya sudah pernah lalu. Rupanya apabila
lalu tempat yang kita dah tahu, ia lebih mencabar.
Sesekali saya kerling jam saya.
Pada ketika 6.38km, saya terasa penat sungguh. Cuaca panas terik, padahal baru pukul 8.30 pagi.
Saya ambil sepeket M&M , saya makan. Mungkin saya hypo sebab sarapan pagi
saya minum protein shake dan roti sekeping sahaja.
Habis makan M&M, baru saya sedar, muzik saya terhenti!
Selama saya berlari, saya mendengar lagu-lagu dari filem The Greatest Showman.
Apabila lagu terhenti, rupanya semangat pun kurang!
Maaflah kalau ada yang rasa nak judge saya , “nampak macam
orang dakwah, tapi dengar lagu?”
Hehe, inilah saya. Kalau saya rasa lemah semangat, saya kena
dengar lagu-lagu yang rancak.
Pasang semula lagu, baru OK sedikit.
Sempat minta adik volunteer tolong ambil gambar hehe |
Menuju ke Padang Merbok, laluan berbukit, keletihan semakin
terasa. Masuk ke kawasan Taman Botani dan Taman Burung, walaupun turun bukit,
saya hanya berlari-lari anak. Saya tahu , “ Ini mesti dah nak masuk 8km sebab
aku dah pancit”. Memang betul pun, tak lama selepas itu, nampak papan tanda
8km.
Laluan nak masuk ke Taman Botani |
8km ! |
2km terakhir, saya selang selikan larian dan berjalan.
Menuju ke Dataran Merdeka, sorakan dan poster-poster seperti “Esok tak payah
lari” dan “Lepas ni boleh makan sedap-sedap” sangat membantu!
Laluan 2km terakhir yang redup |
Legaaa |
Masa ni dah fikir roti canai dah guys hahaha |
Dan Alhamdulillah saya berjaya juga menghabiskan larian pada
waktu 1 jam 34 minit! Alhamdulillah Alhamdulillah!
Kecewa lah sedikit tengok Strava kata saya lari 0.7km sahaja
tetapi apa nak buat kan.
Selesai Alhamdulillah |
Keluar sahaja dari laluan larian, dapat air mineral sejuk, kemudian
dapat beg yang ada air 100 plus sejuk! Aaaahhh ma shaa Allah Alhamdulillah nikmat
sungguh!
Berjalan ke khemah, sukarelawan menyambut dengan senyuman,
diberi pisang 2 biji dan DIKALUNGKAN MEDAL!
ALHAMDULILLAH!
MADE IT ALL WORTH IT!
Lepas itu apa lagi, sesi bergambar lah. Bukan mudah nak
dapat medal kan, bergambar lah puas-puas.
Paling manis adalah sahabat-sahabat yang dah selesai lari
Half Marathon lama dah, tapi sudi tunggu saya sebab saya nak bergambar dengan
mereka, iaitu Dziehan Mustafa (sahabat Medical Mythbusters Malaysia) dan Hirman
Ismail (sahabat satu kelas semasa di MRSM dahulu).
Paling inspiring pula adalah jumpa seorang lelaki ni, nama
beliau Edmund. Beliau mula berlari pada tahun 2013 dan dalam masa 6 tahun beliau
sudah lari 50 half marathon!
Alhamdullillah. Pengalaman yang sangat manis tahun ini. In
shaa Allah tahun depan saya nak cuba 21km pula. Mungkin akan ambil masa 3 jam
tetapi lebih baik cuba daripada tak pernah cuba kan?
Posing jangan tak posing |
21km next? In shaa Allah |
No comments:
Post a Comment