Tuesday 31 May 2022

Item berguna persediaan haji

 




Ma shaa Allah berakhir bulan Syawal bererti musim haji semakin hampir.


Saya ingin kongsikan beberapa item yang saya kira sangat berguna semasa kami menunaikan ibadah haji beberapa tahun dahulu.


Mudah-mudahan berguna buat sahabat-sahabat yang sedang membuat persiapan.


1) Tali jerut beg utk mengenalpasti  beg di Airport sbb semua orang akan pakai beg sama terutamanya jika anda ambil pakej contoh Tabung Haji Travels. 


2) Tali untuk menjemur pakaian di dalam toilet / di hotel


3) Hanger extra.


4) Hook untuk gantung pakaian di toilet di Mina/ Arafah sbb pintu toilet kebanyakannya tak ada tempat sangkut


5) Bantal kecil untuk tidur di Mina/ Arafah


6) Kasut di Mekah/Madinah guna Crocs bertutup atau yang seumpamanya. Kalau basah pun tak kisah. Saya lenjan kasut Crocs  pemberian sahabat saya dari datang sampai tawaf widak.


(Nota : lelaki dalam ihram tak boleh kasut bertutup ya) 


7) Seluar baggy berjerut bawah macam seluar Ali baba tu. Kalau ke toilet, dia tak menyapu lantai dan tak terkena najis.


8) Spray wudhu


9) Tikar kecil yang bersponge dan boleh lipat. Rasanya nama dia pun tikar Arafah. Kalau buat alas solat di Masjidil Haram, bila batal wudhu, saya berselubung dengan telekung, ambil wudhu dengan spray, bila spray kaki tak risau basah kan lantai masjid. Kalau tikar ni basah, saya lap dengan tisu. 


10) Coklat bungkusan kecil. Ramai budak-budak suka minta sedekah. Nak bagi duit, nanti berebut, kita bagi coklat pun mereka suka sangat.


11) Ear plug dan penutup mata untuk tidur. (AWAS JANGAN PAKAI PENUTUP INI SEMASA DALAM IHRAM). Khemah di Arafah dan Mina rapat-rapat. Kalau zaman sekarang tak rapat pun, teman sebilik masih ada 3 orang. Standby sahaja takut ada yang berdengkur, kita tak boleh tidur pula.


Di Arafah , lampu khemah memang tak dipadamkan pada waktu malam. Siapa susah tidur dalam keadaan terang, memang cabaran.


Selepas tahlul di Mina, bolehlah pakai penutup mata untuk tidur jika khemah terlalu terang waktu nak tidur malam.


12) Kipas kecil yang boleh sambung dengan power bank. Ini tips dari kawan saya. 


Jika ada sahabat-sahabat lain nak kongsikan tips pun silakan ya.


Saya bersyukur ada sahabat-sahabat share tips sebelum bertolak.


Semasa saya pergi, bulan Oktober. Selepas selesai ibadah haji, musim sejuk sudah tiba. Kini musim haji bulan Julai. Cuaca pasti panas. Pastikan pakaian sesuai ya.


Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah

Jemaah haji 2013

No comments:

Post a Comment