Saturday 12 September 2015

Hadith Riyadussalihin bersama Ustaz Abdul Muien (hadith 8-10)

Hadith 8:
Dari Abu Hurairah Abdurrahman bin Shakhr berkata, “ Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jisim (bentuk badan kamu) dan tidak pula memandang kepada rupa kamu akan tetapi Allah pandang hati kamu.” (HR Muslim)

-    Pengajaran:
     Ramai manusia yang habis masa mencantikkan sesuatu yang tidak langsung Allah pandang , cantikkan muka dengan make up, bersenam untuk tubuh badan yang cantik, "tough" dan sebagainya

-   Mencantikkan muka untuk orang tengok : syirik. Orang ini sanggup HABIS MASA UNTUK JAGA HATI ORANG

-   Cth lain pakai baju cantik untuk orang tengok, bila tak ada orang puji , sakit hati.

-    Tak bolehkah bersenam untuk menjaga badan untuk suami? Cara terbaik adalah jogging dengan suami, berlumba lari macam Rasulullah dgn Aisyah RA

-    Hadis ini kecil dan pendek tetapi mendalam maksudnya.

-    JANGAN HIDUP KERANA ORANG, HIDUP KERANA ALLAH. Hidup lebih seronok bila orang tak peduli dengan kita.
-          
    Apa hukum make up: ikut niat pakai kerana apa. Untuk suami, pakai di rumah sahaja, dibolehkan. Kalau orang yang belum kahwin, pakai untuk mencantikkan diri, seolah kita rasa ciptaan Allah itu tidak sempurna.


-   Bagaimana orang yang kerjayanya perlu make up : contoh masuk TV kita ada maslahat yang lebih besar, boleh dakwah dan sebagainya, walaupun make up itu asalnya tidak boleh, maka dalam situasi ini dibolehkan. 

Hadith 9
Dari Abu Musa Abdullah bin ( Qais Al-Asy’ary RA ) berkata : “Ditanya Rasulullah SAW tentang seorang lelaki yang berperang kerana keberanian, orang yang berperang kerana semangat kebangsaan atau perkauman , dan orang yang berperang kerana riak, mana satukah berperang pada jalan Allah? Rasulullah SAW berkata “siapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah, maka dialah yang berperang pada jalan Allah” (HR Bukhari dan Muslim)

-          Kelebihan Abu Musa: bacaan Al-Qurannya sangat merdu, hingga Rasulullah SAW terhenti di sebelah rumahnya apabila mendengar bacaan Al-Qurannya, hingga habis bacaannya. Inilah sifat orang beriman, apabila dengar ayat Allah, dengar dan fahamkan. Macam orang Melayu terpaku apabila mendengar penyimpan mohor besar raja-raja untuk isytihar raya, dan melompat gembira sesudah itu, itulah “tadabbur”. Esoknya Rasulullah beritahu Abu Musa bahawa baginda mendengar bacaannya, dan Abu Musa berkata kalau beliau tahu, beliau akan memanjangkan lagi bacaannya. Orang beriman, seronok mendengar bacaan Al-Quran dan seronok memperdengarkan bacaan Al-Quran (dan fahami!)

-          Kenapa Rasulullah beri jawapan yang berbeza untuk ketiga-tiga soalan ini? Kerana bukan 3 ini sahaja yang berperang bukan kerana Allah (dan meninggalnya bukan mati syahid) , ada banyak lagi. Apa sahaja yang dilakukan bukan untuk menegakkan kalimah Allah : bukan pada jalan Allah.

-          Jika negara itu melaksanakan Islam, menegakkan Islam, maka tentera yang berperang untuk mempertahankan Islam dalam negara itu supaya mudah untuk beribadah , maka perjuangan itu adalah pada jalan Allah. Jika negara itu tidak menegakkan Islam: bukan perang pada jalan Allah.

-          Semua bergantung pada niat. Ada sahabat yang Nampak seorang yang mati semasa berperang dengan Rasulullah SAW , para sahabat berkata dia ahli syurga, tetapi Rasulullah SAW kata dia ahli neraka, dalam poketnya ada satu dinar harta rampasan perang (niat asalnya berperang untuk harta)

-          Bangsa melayu rasa bagus dan lebih tinggi dari bangsa lain contoh kepada orang bangladesh, Indonesia etc. Sedangkan kita tidak tahu solat siapa yang diterima oleh Allah . Bangsa Melayu tidak lebih baik dari bangsa Israel, sedangkan kebanyakan nabi dari bangsa Israel, tetapi Allah tetap laknat bangsa ini

-          Huzaifah RA yang ada rasa kebangsaan dan panggil Bilal “ anak orang hitam” ketika dua-dua sudah masuk Islam. Rasululah SAW tegur dia masih ada sifat jahiliyah, sedangkan Huzaifah adalah bangsa Arab yang merasakan mereka mulia. Huzaifah rasa bersalah, baring atas tanah & minta Bilal pijak mukanya. Tetapi Bilal tidak pijak (tunjukkan akhlak yang baik)

-          Jika boleh elakkan jadi tentera, elakkan. Kekuatan orang Islam bukan dengan kekuatan tentera, cth di Bosnia orang Serbia jadi tentera, dan menindas orang Bosnia. KEKUATAN ASAS ORANG ISLAM ADALAH HUBUNGAN DENGAN ALLAH. Tentera Firaun lebih kuat daripada tentera Serbia, Nabi Musa tidak ada tentera tetapi tentera Firaun dikalahkan dengan air sahaja. Ghulam Ad-dakwah seorang sahaja , dari segi tenaga dia tidak ada, tetapi kekuatannya luar biasa sebab dia ada keyakinan pada Allah, dengan seorang diri dia mampu menggegarkan seluruh negara. Walaupun dia akhirnya mati, tetapi Islam menang. Lelaki dalam surah Yassin pun seorang sahaja, dan berdakwah kepada seluruh orang kafir, akhirnya dia mati tetapi dia mendapat SYURGA.  KEJAYAAN ORANG ISLAM BUKAN DI DUNIA. Paling penting hubungan kita dengan Allah. Mati pun masuk syurga

Hadith 10

Dari Abu Bakrah Nufai’ bin Al- Harith Ats Tsaqafi RA bahawasanya, Sesungguhnya Nabi bersabda “Apabila berjumpa dua orang Islam dengan kedua-duanya membawa pedang (dan bergaduh) , maka yang membunuh dan orang yang dibunuh adalah di dalam neraka.” Sahabat bertanya : “ wahai Rasulullah SAW, yang membunuh sudah wajar kalau berada di dalam neraka kemudian kenapa orang yang terbunuh juga masuk neraka?” Beliau menjawab,” kerana ia sangat mengingini untuk membunuh lawannya.” HR Bukhari dan Muslim

-    Yg membunuh wajarlah masuk neraka, tetapi yg dibunuh kenapa masuk neraka juga? Kerana dia memang berniat utk membunuh lawannya itu, cuma tidak sempat & dia yg terbunuh dahulu 

-    Cth orang beriman Habil anak Nabi Adam, ketika Qabil kata dia akan membunuh Habil, Habil menjawab "aku tidak akan balas". Sebab itu dia masuk syurga, tiada niat utk membunuh saudaranya walaupun Qabil memang mahu membunuhnya. 

-    Hadith lain pula: pertahankan harta itu wajib. Andai kita terbunuh sekalipun atau kita terbunuh orang itu, bukan niat membunuh, tetapi niat mempertahankan harta, maka tidaklah berdosa.

-          Orang yang mati mempertahankan harta: mati syahid, tetapi syahid tidak sama dengan orang jihad di medan perang. Orang yang syahid di medan perang, tidak perlu dimandikan, dikafankan, disolatkan, kerana mereka jual tubuh dan ruh mereka untuk Allah. Solat jenazah itu adalah untuk memohon keampunan sedangkan orang syahid diampunkan dosa, terus masuk syurga dan ruh mereka di dalam bentuk burung (jasad mereka di dalam kubur) , dan terbang dan hinggap di pohon-pohon di syurga. Apabila ditanya oleh Allah apa lagi yang mereka mahu, mereka minta untuk kembali ke dunia untuk mereka berperang sekali lagi dan syahid sekali lagi. Dan apabila mati, kembali semula ke dunia untuk berjihad lagi. Ini lambang kemanisan syahid yang teramat sangat.

-          Orang yang pertama masuk syurga dengan ruh dan jasad adalah Rasulullah SAW.

-          Khansa’ yang menghantar 4 orang anaknya berjihad , dan semua syahid, anak-anaknya boleh syahid kerana didikannya. Sahamnya lebih besar, kerana Rasulullah SAW kata sesiapa yang menunjukkan ke arah kebaikan, maka pahalanya sama seperti orang yang melakukan kebaikan itu. Anak-anak Khansa’ setiap seorang dapat satu saham syahid, ibunya dapat 4 saham.

-          Azab paling ringan di neraka adalah untuk Abu Talib : terompah di kaki, dan otak menggelegak. Kita pakai selipar panas pun tak tahan, terus buka, apatah lagi terompah dari api.




No comments:

Post a Comment