Hadith 7: Hadith Saad bin Abi Waqqas yang sakit di Mekah
جاءنا رسول الله صلى الله عليه وسلم يعودني من وجع اشتد بي ، زمن حجة الوداع ، فقلت : بلغ بي ما ترى ، وأنا ذو مال ، ولا يرثني إلا ابنة لي ، أفأتصدق بثلثي مالي ؟ قال : ( لا ) . قلت : بالشطر ؟ قال : ( لا ) . قلت : الثلث ؟ قال : ( الثلث كثير ، أن تدع ورثتك أغنياء خير من أن تذرهم عالة يتكففون الناس ، ولن تنفق نفقة تبتغي بها وجه الله إلا أجرت عليها ، حتى ما تجعل في في امرأتك ) .
Imam al-Bukhary rhm telah meriwayatkan dengan sanadnya dari A'amir bin Sa'ad dari bapanya Sa'ad bin Abi Waqqas r.a dia berkata : (( Rasulullah SAW telah datang kepada kami menziarahiku ketika aku sakit kuat pada Haji Wada', maka aku berkata : Ya Rasulullah, sakitku telah sampai padaku seperti yang engkau lihat, sedangkan aku memiliki harta dan tiada yang mewarisiku melainkan anak perempuanku, bolehkah aku mensedekahkan 2/3 hartaku?
Beliau bersabda : Tidak.
Aku berkata : Separuhnya?
Beliau menjawab : Tidak.
Aku Berkata : sepertiga?
Beliau menjawab : Sepertiga dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya jika engkau meninggalkan warismu kaya lebih baik dari kau meninggalkan mereka miskin meminta2 dari tangan orang ramai. Dan engkau sekali2 tidak menafkahkan satu nafkah yang engkau harapkan wajah Allah dengannya melainkan engkau akan diberi pahala atasnya, walaupun sesuatu yang engkau suapkan kedalam mulut isterimu.)
Pengajaran:
Seorang suami memberi
makan kepada isteri : satu dapat pahala kerana hukumnya wajib, satu dapat
pahala sedekah kerana. Begitu juga membeli pakaian untuk anak isteri
- Dengan syarat : BUAT HANYA KERANA ALLAH, bukan kerana terpaksa.
- Jangan belanja kawan sedap-sedap, anak isteri
belikan burger sahaja.
- Betapa rugi kalau membesarkan anak isteri ,
20-30 tahun, tetapi sia-sia kerana berkata “kalau tak kerana wajib ni, aku tak
buat dah ni.” Tidak ikhlas : semua jadi sia-sia dan tidak dapat pahala
- Kalau anak tidak memerlukan, tetapi ayah bagi
duit, ini jadi berdosa kerana jadi boros. Beri hanya jika diperlukan .
- Untung anak yang ramai, jangan rasa anak ramai
itu membebankan.
Saad bin Abi Waqas berkata lagi, “
kemudian saya bertanya, wahai Rasulullah apakah saya akan segera berpisah
dengan kawan-kawanku.”
-
Pengajaran:
Saad bin Abi Waqqas datang ke mekah untuk menunaikan haji dan
jatuh sakit, dan dia tak mahu mati di Mekah, dan nak balik semula ke Madinah
bersama kawan-kawan. Mengapa?
1) tidak ada hadith kelebihan meninggal di mekah.
2) orang yang sudah berhijrah, tidak boleh balik tinggal di tempat itu. Sama
seperti orang yang sudah berhijrah meninggalkan amalan jahiliyyah tidak boleh kembali.
- Rasululah kata kamu tidak akan ditinggalkan,
melainkan kamu melakukan amalan, dan apabila kamu melakukan amalan darjat kamu
makin tinggi.
Tawaran lain dari Rasulullah SAW : Moga-moga engkau dipanjangkan umur sehingga ramai manusia dapat manfaat
daripada kamu panjang usia (iaitu orang beriman). Dan apabila kamu panjang
umur, makin ramai mendapat mudharat dari kamu (iaitu musuh).
Kesan doa Rasulullah : Saad bin
Abi Waqqas hidup hingga zaman Muawiyah, dan dikurniakan anak yang ramai
(walaupun asalnya hanya seorang)
- - Anak lelaki 17 orang
- - Anak perempuan 12 orang
Rasululah doakan lagi: Ya Allah, panjangkan hijrah sahabat-sahabatku, dan jangan Engkau mengembalikan
mereka ke tempat yang mereka tinggalkan. Tetapi kasihan si Sa’d bin Khaulah
yang selalu disayangi oleh Rasulullah kerana mati di Mekah
- Maksudnya teruskan hijrah yang sudah di Madinah,
supaya kekal di Madinah dan tidak patah balik ke Mekah
- Jika sudah berhijrah ke arah kebaikan, jangan
kembali kepada kemungkaran
- Rasulullah sedih ada sahabat yang meninggal di
Mekah kerana beliau telah berhijrah ke Madinah
-
Jangan salah sangka semua orang yang pergi haji
berhijrah ke tempat yang lebih baik, sebab tidak semua yang pergi haji itu
mendapat haji mabrur, sedangkan tidak semua orang berjihad itu adalah ahli
syurga kerana ada seorang yang berjihad tetapi ahli neraka.
PENGAJARAN HADITH 7 INI SECARA KESELURUHAN:
1)
Tidak harus seorang yang sakit kritikal memberi
atau menyedekahkan hartanya lebih daripada 1/3.
2)
Apa yang afdhal bagi orang yang sakit kritikal
adalah menyedekahkan hartanya kurang dari 1/3 contoh 1/5
3)
Apabila harta seseorang itu sedikit dan
pewarisnya miskin, maka yang afdhal dia tidak berwasiat ataupun bersedekah
walaupun sedikit. Bagaimana dgn Saidina Abu Bakar yang sedekahkan semua harta
semasa sebelum perang? Sbb ketika itu Saidina Abu Bakar sihat, walaupun nak
pergi perang, ada peluang untuk kembali dengan sihat dan selamat. Kenapa
Rasulullah tidak benarkan sedekah semua utk Saad? Tinggalkan waris dalam
keadaan kaya itu lebih baik dari meminta-minta.
4)
Para sahabat yang berhijrah ke Madinah takut
untuk mati di Mekah, kerana kaedah di dalam Islam, apabila berhijrah kita
berpindah dari perkara yang tidak baik kepada yang paling baik, tidak patut
kembali kepada kepada asal. Sama seperti orang yang sudah mendapat “cahaya” tidak
patut kembali kepada “kegelapan”. Jika kita berubah dari akhlak buruk, tidak
boleh kembali kepada kepada akhlak buruk itu.
-
Bagaimana dengan orang yang pernah Islam,
kemudian jadi kristian, dan kembali Islam, mungkin Islam yang awal itu dia
hanya islam pada nama. Kalau orang itu memang benar-benarislam, dia akan
merasai kemanisan Islam itu , dia tidak sekali-kali akan meninggalkan Islam
walau apa pun terjadi , seperti sahabat yang sanggup di seksa, Asiah yang sudah
biasa hidup mewah tetapi rela diseksa dan enggan meninggalkan Islam
5)
Mukjizat Rasulullah SAW yang menyatakan masa
depan Saad bin Abi Waqqas dan terbukti Sadd hidup lebih lama dan melahirkan
anak yang ramai.
6)
Tidak ada satu pun amalan yang dilakukan oleh
seseorang kerana mencari redha Allah, melainkan diangkat kedudukannya dan
darjahnya di sisi Allah
– orang yang terbaik: orang yang panjang
umur dan banyak amalannya.
– orang yang paling buruk: umurnya paling
panjang tetapi amalannya paling buruk
7)
Apabila seseorang itu menafkahkan apa-apa nafkah
kerana Allah, maka dia akan mendapat ganjaran pahala walaupun dia memberi makan
dan pakai kepada anak isterinya.
– menyusukan anak : sedekah
– goreng mihun untuk sarapan anak : sedekah
(syarat: buat NIAT KERANA ALLAH)
– suami kerja keras untuk bagi makan anak
isteri, jangan mengeluh – pahala sedekah
No comments:
Post a Comment