Saya sambungkan nota dari Seminar Menantu ❤ Mertua bersama Pak Utih pada 10 April 2016. Alhamdulillah semasa waktu rehat saya sempat membeli buku Pak Utih berjudul "Suami Hensem Isteri Ohsem". Buku ini adalah buku kedua hasil penulisan Pak Utih, selepas buku "Suami memimpin, isteri mengurus". Buku-buku Pak Utih ini boleh didapati di MPH dan MPH online.
Mari kita selami tips-tips menjadi menantu impian, kesayangan mertua, seperti yang dikongsikan oleh Pak Utih
SUAMI TINGGAL DI RUMAH AYAH MERTUA ( iaitu isteri duduk rumah sendiri)
- Baby Boomers (BB) mak ayah mereka selalunya miskin, jadi bila bekerja
sahaja, niat nak bagi duit pada mak ayah. Gaji RM600, RM200 nak bagi mak ayah
dan untuk beri adik adik sekolah
-
Gen Y mak ayah dah kaya, bila dah kerja pun tak
rasa nak bagi pada mak ayah.
-
Suami kena hormat ayah mertua sebagai ketua
keluarga
1)
Ikut budaya keluarga yang islamik.
2)
Jika tidak ikhwan, kita yang perlu jadi contoh
iaitu pergi masjid etc
3)
Bayar elektrik dan air . jika ibu bapa tidak
bayar online, ambil bil dan bayar yang dah bercop, letak balik letak asal. Bil
telefon tak perlu. Jika bil elektrik terlalu tinggi, bagi separuh dan beritahu
“ayah, ini untuk bil elektrik”
-
Ingat balik kisah Nabi Musa yang ingin bantu ringankan
beban mertua
-
Kita boleh masuk rumah mak ayah anytime, tidak
jadi kesalahan tetapi mertua tak boleh masuk rumah anak-anak sesuka hati.
-
Surah Al-ahqaf ayat 15, jagalah ibu bapa kerana
haiwan tak jaga mak ayahnya.
4)
Belikan belanja dapur asas (beras, gula, minyak
masak) – isteri pegi dapur check &
bisik pada suami apa yang perlu top up
5)
Pelawa guna kereta anda (jadi pemandu dia) –
bergantung jenis kereta . jika kita ada kereta baru, pelawa bawa ayah mertua
naik kereta itu. Block kereta proton saga ayah mertua, ajak naik kereta BMW
kita. Kalau ayah mertua yang pakai BMW, jangan block kereta dia. Proton saga kita park jauh-jauh. Nanti mertua
nak keluar segan nak naik kereta buruk kita. Naik kereta dia untuk ke masjid
etc
6)
Jika suami nak keluar, beritahu bapa mertua
7)
Minta kebenaran buat usrah/ jemput kawan ke rumah.
8)
Isteri yang sediakan makanan untuk usrah/kawan suami.
Bukan mak isteri. Kalau kawan yang nak datang bukan usrah, ajak join sembang.
9)
Bagaimana kalau bapa mertua yang ada usrah?
Isteri yang sediakan makanan (bukan ibu isteri), anda hidang makanan.
10)
Salam dan perkenalkan diri dengan semua tetamu
ayah.kecuali jika ayah usrah di bilik khas yang di luar waktu laluan, jadi tak
perlu pergi kenalkan diri. Tetapi jika ingin jenguk juga, itu bonus, lambang
mertua cemerlang, kenal kawan-kawan usrah ayah mertua. Bapa mertua pun tidak
akan rasa terganggu kerana usrah orang berusia ni santai sahaja. Lebih baik lagi
kalau tahu ayah atau ibu mertua ada usrah, belikan makana
ISTERI TINGGAL RUMAH IBU MERTUA
-
Isteri yang sensitive akan sangat stress. Yang
cool juga akan panic sikit
1)
Ikut budaya (Islamic) dia. Hormati ibu mertua
adalah KETUA SURIRUMAH
2)
Selalu ke dapur membantu . belajar cara ibu
mertua itu masak untuk anaknya. Jika mertua ada maid, dan biar maid masak dan
minta isteri jaga anak, Alhamdulillah. tapi anak-anak akan rindu masakan ibunya
walaupun sekadar telur dadar. Suami juga jangan terlalu sebut “mak masak
sedap”, nant isteri kecil hati. Suami puji dulu, kemudian baru minta belajar.
Penting untuk isteri itu BELAJAR MASAK
3)
Jika barang dapur habis, bisik pada suami untuk
top up.
4)
Cari peluang ikut dia bertandang ke rumah
kawannya/jiran . ini budaya masa dahulu. Terutamanya jika masjis kenduri
kahwin. Ikut mak mertua bukan ikut suami. Mertua suka bawa menantu. Jika ada
anak-anak pun bawa sekali sebab mertua akan tolong dukung dan bangga bawa cucu
yang comel-comel
5)
Jika ingin keluar rumah beritahu dia.
6)
Beritahu bila dah sampai rumah dengan beri salam
7)
Ringankan tulang bantu ibu agar dia rasa
bertambah nilai apabila menjadi isteri. Masa dahulu, tugas menantu kemas rumah,
tepuk bantal dan jemur, sidai kain, angkat & lipat kain.apabila mertua
happy, dia akan ada masa lapang dan jahit baju untuk hadiah pada menantu.
-
Ada juga mertua yang materilistik tetapi tidak
ramai
8)
Kalau tetamu ibu datang/ibu ada usrah, sediakan
minuman dan makanan dan hidang untuk mereka. Jika kita ada program, sila
batalkan . kecuali jika ibu kata tidak mengapa.
Mertua sangat gembira bila tetamu datang, menantu yang siapkan makanan
dan hidangkan
-
Jika mertua berkias “tak payah lah,” secara
basic masih perlu bantu. Biar mertua bangga.
9)
Salam dan kenalkan diri dengan semua tetamu ibu
JIKA IBU BAPA ATAU MERTUA DATANG
BERTANDANG KE RUMAH PASANGAN (kita sudah diberitahu terlebih dahulu)
1)
3 hari ikut budaya ibu bapa mertua (yang ditulis
dalam jadual tadi). Cth pkl 5.45 sudah ke masjid, walaupun biasa kita tidak ke
masjid, pergi juga masjid. Sarapan pagi, makan tengahari dan sebagainya ikut
waktu ibubapa kita. Buat adjustment jika perlu
2)
Hari ke 3, terangkan budaya baru rumah pasangan
3)
Bila mak ayah sampai TERUS SIAPKAN MINUMAN DAN
BISKUT (kudapan). Dua-dua suami isteri mesti layan, walaupun mereka sampai pkl
2 pagi. Jangan tanya mereka dah makan ke
belum. Sesi minum ini adalah permulaan sesi taaruf. Kita juga kalau nak balik,
jangan sekali-kali beritahu “kami dah makan on the way, tak payah masak.” Ibu
bapa KECIL HATI dengar begini. Ibu tetap nak masak.
4)
JANGAN TANYA BILA MEREKA NAK BALIK
5)
Buat rancangan “jalan-jalan makan angin” selama
mereka di rumah. “ cth nak bawa mak ayah pegi putrajaya minggu depan, “ nanti
mereka akan kata , “ ayah 2 hari saja di sini”
6)
Unjuk duit semasa mereka meninggalkan rumah
(ANAK MENANTU YANG BERI KEPADA IBU MERTUANYA) ayah mertua takkan ambil
selalunya. Kalau beri lebih pada mak mertua, mak itu akan beri pada ayah.
Afdhal beri pada ibu. Duit ini adalah simbol “majlis perpisahan”.
7)
Telefon atau whatsapp mereka tanya khabar sama
ada dah sampai rumah
JIKA BERTANDANG KE RUMAH MERTUA
1)
Rancangan 3 hari sahaja – kerana isteri yang
sensitive akan stress lama-lama di rumah mertua.
2)
Sampai di rumah beri hadiah (makanan yang dah
siap untuk dimakan) anak menantu kepada mertua. Makanan itu juga mesti sesuai
dengan suasana cth raya, bawa kek dan biskut untuk dihias atas meja. Jangan
bawa makanan yang cepat basi terutamanya semasa raya.
3)
Beritahu mereka “tarikh dan masa nak balik.” Ini
untuk bagi peluang ibu bapa beri makanan terbaik sebelum balik cth the best
lunch. Ibu bapa tak terasa kerana senang nak buat persediaan.
4)
Beritahu rancangan selama berada di rumah mereka
.contoh nak tinggal di rumah sahaja atau ada nak berjalan-jalan .
5)
Unjuk duit semasa meninggalkan rumah mereka
(anak menantu yang beri pada ibu mertua)
6)
Whatsapp beritahu dah sampai
SOP
- Smartphones diharamkan membelek hp di hadapan ibu bapa/mertua. Ibu bapa nak
main dengan cucu jadi jangan biarkan cucu mereka sibuk main gadget
- - Meja makan GADGET FREE ZONE
- - Apabila bersama mertua jangan pegang hp langsung
-
- - Bagaimana kalau ibu bapa yang bagi cucu main hp
sedangkan kita tak bagi? Slow talk , biar suami yang slow talk kepada ibu bapa
dia atau mertua. Jangan isteri yang beritahu. Suami yang beritahu seolah
authority yang beritahu. Jika menantu perempuan yang beritahu ada sedikit
competition antara mertua dan menantu. Jika contoh ada perbezaan pendapat
dengan mertua, masa untuk isteri sembang dengan mertua adalah semasa di dapur.
Jika tidak pernah sembang, kemudian nak ubah cth nak beritahu tak boleh makan
junk food etc ia akan jadi “reaktif” iaitu perbualan ikut apa yang berlaku,
selalunya ia kurang efektif
PAKAIAN DI RUMAH MERTUA
- - Wanita selalunya dah tahu nak berpakaian
bagaimana di rumah mertua tetapi lelaki selalu kurang bijak memilih pakaian. Terutama pada hari raya :pakaian sedondon itu adalah terbaik
- - Jika bapa mertua pakai baju melayu bersampin dan
songkok hitam, anak menantu lelaki perlu pakai begitu walaupun tak biasa cth
pakai jubah etc. kalau tak boleh juga minta izin bapa mertua.
- Jika di rumah biasa berbaju melayu sahaja tanpa sampin dan songkok : bahasanya dah habis majlis dan sudah santai. Kalau pergi ke rumah orang, Nampak tuan rumah pakai sampin lagi, maknanya dia nak keluar, maka cepat-cepat minum dan balik.
- Pakai baju melayu dan kain pelikat? sebaiknya jangan pakai begini pada hari raya.
- T-shirt dan kain pelikat : pakaian hendak tidur sahaja. Pergi surau pun mesti pakai baju melayu dan kain pelikat. Tidak boleh langsung bersantai dengan t-shirt dan kain pelikat di rumah mertua.
- Jgn pakai jubah jika bapa mertua tak pakai jubah, takut rasa diri lebih hebat dari mertua
- Jangan pakai t-shirt tanpa kolar dgn tulisan besar, gambar besar dan sebagainya. T shirt berkolar boleh untuk semasa baru sampai dan masa nak balik.
- Jika di rumah biasa berbaju melayu sahaja tanpa sampin dan songkok : bahasanya dah habis majlis dan sudah santai. Kalau pergi ke rumah orang, Nampak tuan rumah pakai sampin lagi, maknanya dia nak keluar, maka cepat-cepat minum dan balik.
- Pakai baju melayu dan kain pelikat? sebaiknya jangan pakai begini pada hari raya.
- T-shirt dan kain pelikat : pakaian hendak tidur sahaja. Pergi surau pun mesti pakai baju melayu dan kain pelikat. Tidak boleh langsung bersantai dengan t-shirt dan kain pelikat di rumah mertua.
- Jgn pakai jubah jika bapa mertua tak pakai jubah, takut rasa diri lebih hebat dari mertua
- Jangan pakai t-shirt tanpa kolar dgn tulisan besar, gambar besar dan sebagainya. T shirt berkolar boleh untuk semasa baru sampai dan masa nak balik.
IBU MERTUA TIDAK BERKENAN SUAMI
1)
Suami selalui hubungi ibu mertua (tiap bulan)
2)
Ceritakan perkembangan kejayaannya (intellectual
sharing & personal/emotional sharing adalah kuncinya tawan hati mertua)
3)
Selalu balik ke rumahnya
4)
Sentiasa berpakaian “kemas” dan “yakin” di rumah
ibu mertua seperti pegawai kerajaan. Baju tuck in.
5)
Bawa hadiah (makanan) setiap kali balik ke
rumahnya
6)
Ringan tulang bantu kerja rumah (cuci toilet)
tidak termasuk master bedroom
7)
Suami unjuk duit setiap kali tinggalkan rumah
itu
8)
Isteri tunjukkan “bahagia” bersama suami ini
(macam kisah menantu Nabi Ibrahim) sbb si ibu itu sentiasa menunggu je jika
anaknya mengadu.
9)
Terus berdoa untuk RAHMAT Allah untuk mereka.
JIKA IBU BAPA MERTUA BERI DUIT PADA MENANTU
1)
Ambil dengan ucapan doa dimurahkan rezekinya
2)
Sebaiknya jangan guna duit ini untuk kegunaan
peribadi
3)
Dengan duit itu, belikan makanan untuk makan
bersama mereka tanpa diberitahu duit itu. Maka duit itu berterusan memberi
pahala kepada keluarga itu.
4)
Jika anda memang ada gaji (duit banyak)
sedekahkan duit itu kepada yang memerlukan dengan niatkan untuk sedekah bagi
mereka. Jika mertua bagi duit untuk cucu, sebaiknya simpankan dalam bank acc
mereka. Tapi jika pakai pun tak mengapa untuk beli keperluan anak-anak, tidak
berdosa kerana anak-anak bukan anak yatim
Akhirul kalam, semoga Allah merahmati Pak Utih di atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat ini dan terima kasih juga kepada pihak penganjur iaitu Pertubuhan Ikram Malaysia.
Jazakumullahu khairan kathira ❤
Akhirul kalam, semoga Allah merahmati Pak Utih di atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat ini dan terima kasih juga kepada pihak penganjur iaitu Pertubuhan Ikram Malaysia.
Jazakumullahu khairan kathira ❤
No comments:
Post a Comment