Sunday, 10 April 2016

Menantu ❤ Mertua : Seminar bersama Pak Utih (Bahagian satu)



Assalamualaikum 


Alhamdulillah hari ini saya dapat sekali lagi bersama Pak Utih dalam salah satu seminar kekeluargaan anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia. Pak Utih atau nama sebenarnya Ahmad Shafiai Uda Jaafar tidak asing lagi bagi kita (FB page Pak Utih). Sebelum ini saya pernah beberapa kali menghadiri seminar keibu bapaan bersama beliau dan ada saya kongsikan di blog ini :


Beza Anak Lelaki dan Perempuan 1


Beza Anak Lelaki dan Perempuan 2


Beza Anak Lelaki dan Perempuan Bhgn Akhir


Kali ini seminar yang agak berbeza iaitu bagaimana menjadi menantu yang disayangi mertua. 


Saya kongsikan ilmu yang saya perolehi, dengan izin dari Pak Utih in shaa Allah 



Kisah mertua dalam Al-Quran

Nabi Musa as dengan Mertuanya Nabi Syuaib Surah Al-Qasas ayat 26-28
-maskahwinnya adalah bekerja 8 tahun , atas kerelaan jika tambah 10 tahun
- pengajarannya : apabil mertua kahwinkan anak perempuan dengan seorang lelaki, mereka tidak mahu anak perempuan itu tinggalkan mereka, mahu mereka jaga ibu bapa 8-10 tahun  pertama.

Selepas bernikah, ada fasa perpisahan iaitu 8-1o tahun
-          Tanggungjawab layan ibu bapa dan mertua sama rata dalam masa 8-10 tahun
-          Selepas itu tidak mengapa jika mahu berpindah rumah sendiri

Kisah Nabi Ibrahim dengan menantu (hadith)

Pesan pada menantu yang banyak merungut itu supaya Nabi Ismail tukar bingkai pintu. Menantu ke dua, kekalkan bingkai pintu

Menantu perempuan apabila bersama mertua, tidak kira bagaimana keadaan sentiasa cerita yang baik sahaja.
  • -          Mertua ada hak beri pandangan terhadap menantu
  • -          Menantu patut beri contoh yang baik
  • -          Suami akan sayang isteri yang sayang mertua


KOMUNIKASI: 
Dr Har VS Amran Fan, siapa yang silap? : 
Sebenarnya silap komunikasi cara membaca message , cara address orang yang lebih tua dan sebagainya. Guru Gen Y patut beri didikan untuk Gen Y berhadapan dengan orang yang lebih tua.

Objektif seminar:
-      1)  Mengenali dan menghormati  perbezaan kehendak dan harapan ibubapa dan mertua generasi “Baby Boomers” dengan anak menantu Generasi Y.
            -  Adat Vs adab
-          - Orang yang tinggi ilmu tapi rendah adab, tidak bernilai. 
            - Orang yang rendah ilmu tapi tinggi adab, tinggi nilainya

—      2) Menyusun S.O.P. menguruskan keperluan Ibubapa dan Kedua Mertua yang duduk serumah dan bila mereka datang bertandang  ke rumah pasangan Gen Y, agar ibubapa mertua merasai “rahmah”nya dengan kehadiran anak menantunya itu

     Perbezaan generasi: 

Baby boomers (BB): 1940-1960

-          Awal era ini perang, ramai yang tidak sempat berkeluarga. Selepas itu ramai anak-        anak yang lahir selepas aman.

-          Ibu bapa miskin dan dari kampung



-          Rumah tiada bilik, tidur bergelimpangan di ruang tamu. Tidur pun dan bersosial ,        maka  neuron pun bersambung.

-          Mandi di perigi, mandi pun bersosial

-          Waktu rehat sekolah / rumah main dengan kawan-kawan

-          Pergi sekolah naik basikal – survival

-          Kalau bermain, kawan kata “taknak kawan”, rasa panic

-          Bila nak kahwin satu kampong kenduri kendara dari buat balai, kacau dodol,               berinai . majlis berlangsung seminggu . masjlis buka hadiah, hadiah yang bernilai pengantin ambil, yang kecil-kecil cth gelas dihadiahkan kepada orang yang tolong rewang.


Gen X (1961-1981)
-          Transisi dari BB dan Gen Y

-          Lebih mirip BB dan lebih beradab


Gen Y( 1982- 2001)

-          Anak kepada BB

-          Tidur bilik masing-masing

-          Mandi bilik mand seorang-seorang

-          Main ipad masa rehat

-          Pergi sekolah naik bas

-          Kalau kawan tak nak kawan, ada social media

-          Wedding skrg khemah tepi jalan sahaja, majlis sehari sahaja. Lepas majlis       photography outdoor.

Normal VS Extreme Neglect


Anak yang mendapat layanan ibu bapa sempurna, white matter otak berkembang dengan baik hingga rapat dengan tempurung kepala.

Anak yatim tanpa ibu bapa white matter tidak berkembang dengan baik dan otak agak kecil


-          Pembentukan otak BB dan Gen Y memang tidak sama.

-          Gen Y tidak rasa bersalah turun pagi pukul 10 pagi , mertua dah siap hidang               makanan. Generasi BB bila dengar mak mertua dah bunyi pinggan di dapur, pkl 5.30 pagi dah turun ke dapur

-          Gen Y mahu tips dari alam maya dari orang yang ada authority




-      Healthy brain Vs abused brain



-          Temporal lobe : bahagian empathy

-          Kanak-kanak tanpa didikan dan perhatian ibu bapa yang sempurna : temporal lobe      tidak aktif : Gen Y

-          Kanak-kanak sempurna : temporal lobe aktif




Mengenali sejarah hidup pasangan bersama keluarga induk masing-masing
-         
   Ujian untuk wanita dan lelaki :

   FID Index (Fear, Isolation, Deprivation) untuk wanita






     SIF Index (Shame, Inadequacy, Failure)  survey for men




Analisa ujian ini:

1) Pasangan 0-50
  • -          minda cool
  • -          sentiasa happy
  • -          susah faham orang lain
  • -          empathy kurang
  • -          self-centred
  • -          perlu lebih memahami mertua


2) Pasangan 51-75 – moderate

3) Pasangan 76-90
  • -          perlu belajar juga
  • -          lelaki : malu, stress, panic bila balik rumah mertua.
  • -          wanita : lebih stress lagi. Perlu belajar masak macamana mertua masak untuk anaknya. Suami perlu respect keadaan isteri yang stress bila balik rumah mertua.


*Tahap cabaran suami isteri pasti lalui*


Isteri/suami 0-50 -->  selalunya nak jadi leader

Isteri sensitive, suami cool -->  suami kena go through list apa yang pernah dialami isterinya
     
Contoh juga : ada pasangan stress masa pick up anak dari nursery anak-anak sangat lasak
  • -          itu fasa anak-anak lasak
  • -          fasa kita jadi driver anak
  • -          make it positive : anak lelaki memang nak tunjuk hero
  • -          it wont be forever


fasa mertua dan menantu yang perlu dilayan : 8-10 tahun sahaja sebagaimana Nabi Musa & Nabi Syuaib

Struktur organisasi keluarga


Isteri
-          taat Allah
-          taat Rasul
-          Taat suami

Suami:
-          Taat Allah
-          Taat Rasulullah
-          Taat ibu bapa sendiri (iaitu mertua isteri)

Isteri cool (0-50) :
-          Selalunya sangat rapat dengan keluarganya sendiri
-          Apabila dah kahwin, dia masih nak rujuk ibu bapa     sendiri dan kadang tinggalkan  nasihat suami
-          Kena belajar mindset dalam masa 8-10 tahun ini untuk serah jiwa raga pada suami.


Isteri yang sensitive (71-90)
-          Selalunya sgt patuh dan serah jiwa raga dengan suami


Keputusan keluarga :
-          Hanya suami dan isteri yang decide
-          Apa pun pandangan keluarga, keputusan utama masih atas tangan suami isteri bersama


Al-Ahqaf ayat 15 : apabila umur 40, bersyukur dan hormat ibu bapa

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".


-     SENI MEMBERI DUIT BELANJA KEPADA MERTUA

      Layanan kepada kedua ibu bapa sendiri dan mertua mesti sama
-
       Lepas kahwin, isteri mesti minta izin untuk beri duit pada ibubapanya. Kalau sebelum kahwin dah bagi RM200, lepas kahwin beri duit tu pd suami, suami yang beri kepada ibu bapa isteri itu. Walaupun harta isteri adalah miliknya, tetapi suami yang benarkan kita kerja. Kalau suami tak benarkan kerja, kita pun tak ada income

-          Suami nak beri duit pada ibu bapanya , inform juga isterinya.

-          Ada seninya cara ini

-          Tak kira berapa jumlah yang diberi. Itu rahsia suami isteri sahaja.

-          Beri cash pada ibu bapa, jgn bank in (untuk duit raya. untuk belanja bulanan boleh bank in). selalu anak-anak digalakkan beri 10% dari gaji mereka.

-          Ibu bapa suami selalunya faham bahawa selepas anak lelaki itu kahwin, duit mereka akan kurang dan beri kurang kepada mereka.

-          Kena bagi duit lebih kepada ibu bapa yang tinggal dekat   

-          Sosioekonomi ibu bapa juga kena ambil kira, mungkin ada ibu bapa yang dah kaya dan kata tak perlu bagi.




KENALI BUDAYA SEHARIAN IBU BAPA

-          Bincang suami isteri cukup tak ekonomi ibu bapa kita untuk masa sekarang ni. Agak-agak keluarga mana yang perlu top up

-          Suami tulis tingkahlaku ibunya di rumah

-          Isteri tulis tingkahlaku bapanya di rumah pada hari cuti (bukan masa bekerja) 

           Ini untuk digunakan semasa berkunjung ke rumah mertua nanti. Suami ikut gaya bapa mertua , isteri ikut gaya ibu mertuanya. 


Bersambung...

No comments:

Post a Comment