Saturday, 9 April 2016

Dr Aisyahafiz : Tadabbur Surah Al-Ikhlas bersama Ustaz Abdul Muien



Surah al-Ikhlas (14/10/15)

Kelebihan surah Al-Ikhlas

     1)      Ia menyamai satu pertiga Al-Quran. Dalilnya: Sabda Rasulullah SAW , “ Nabi bertanya para sahabat, adakah salah seorang dari kamu yang lemah dan tidak mampu membaca satu pertiga AlQuran pada satu malam. Maka sahabat merasa berat lalu mereka bertanya , “ siapakah di kalangan kami yang mampu membaca satu pertiga Al-Quran setiap malam?” Dan Rasulullah menjawab “Qulhuwallahu ahad (dan seterusnya) menyamai satu pertiga Al-Quran.” (HR Bukhari)

– ini adalah dari segi pahala, tetapi tidak boleh menggantikan Al-Fatihah di dalam solat walaupun logiknya dalam Al-Quran itu pasti ada Al-Fatihah.
-          Baca tiga kali di dalam solat, pahala menyamai membaca seluruh Al-Quran

Hadithnya , “ Seorang lelaki telah mendengar dari seorang lelaki yang selalu membaca Al-ikhlas setiap pagi. Maka lelaki yang mendengar itu telah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang lelaki ini (kerana tidak membaca surah lain). Rasulullah menjawab , “demi Allah yang jiwaku di tanganNya, al-Ikhlas itu menyamai satu pertiga Al-Quran.” (HR Al-Bukhari)

– Al-Quran diturunkan dalam 3 bahagian iaitu hukum hakam, balasan syurga dan amaran keras seksaan neraka , yang ketiga adalah nama-nama Allah, iaitu di dalam surah Al-Ikhlas.

     2)      Sesiapa yang mencintai surah Al-Ikhlas, menjadi penyebab untuk dia masuk syurga. Seorang lelaki dari Ansar menjadi imam di masjid Quba’. Setiap kali dia akan memulakan membaca surah di dalam solat, dia akan memulakan dengan surah Al-ikhlas,kemudian baru dibaca surah lain, begitu juga di dalam rakaat kedua. Maka ada sahabat yang bertanya, “ kamu membaca surah ini, sedangkan kamu tidak tahu sama ada ia diterima atau tidak, dan kamu membaca surah yang lain?” Dia menjawab, aku suka begitu, jika kamu mahu aku menjadi imam, maka aku akan membaca begitu. Jika kamu tidak suka,maka ambil orang lain sebagai imam. Sahabat mengadu kepada RAsululaah, maka Rasulullah menyuruh sahabat bertanya orang itu, mengapa dia berbuat begitu. Orang itu menjawab aku cinta dengan surah itu. Rasulullah menjawab cintanya engkau terhadap surah Al-Ikhlas menjadi penyebab engkau masuk syurga. (HR Tirmidzi)

    3)      Sesiapa yang membaca Al-Ikhlas 10 atau 11 kali, Allah akan membina untuknya istana di syurga. Sabda Rasulullah SAW, “ Barangsiapa membaca Qulhuwallah hingga dia khatam surah itu 10 kali, Allah telah membina untuknya istana di syurga.”

– syaratnya membaca dengan memahami dan mengimani maksud surah ini, bukan sekadar membaca.

– Saidina Umar berkata apabila mendengar hadith ini, “ biar kita perbanyakkan istana di syurga, dengan membaca Qulhuwallahuahad.”

   4)      Ia mencukupi dari segala sesuatu – dalilnya hadith dari Muadz bin Abdullah bin Habib, daripada bapanya, telah berkata , “ Kami telah keluar pada satu malam yang hujan dan gelap yang bersangatan, lalu kami mencari Rasulullah SAW agar Baginda dapat solat bersama kami. Lalu kata Muadz, maka aku menjumpai Rasulullah Saw lalu Baginda berkata “katakanlah”, dan aku menjawab “ aku tidak berkata apa-apa”. Kemudian Rasulullah berkata lagi sebanyak tiga kali, “katakanlah”, dan aku berkata “apa yang patut aku katakana?” Jawab Rasulullah SAW “Qulhuwallahu ahad dan 2 surah pelindung (al-mua’zziwatain) iaitu Al-Falaq dan An-Nas, ketika di waktu pagi dan ketika di waktu petang sebanyak tiga kali, maka ia akan mencukupi kepada engkau daripada segala sesuatu. “ (Hadith sahih Riwayat Tirmidzi)

   5)      Rasululllah mengumpulkan dua tangan, hembus dan baca 3 Qul, dan sapu sebanyak tiga kali. 

Amalan Rasulullah SAW : Al-mulk, as-sajadah, 2 ayat terakhir Al-Baqarah, ayat Qursi, surah Al-kafirun (fadhilat Allah selamatkan dari sifat syirik kepada Allah), 3 Qul dan sapu, zikir subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar 34 kali (zikir Fatimah).

Tadabbur ayat.

“Katakanlah (Rasulullah SAW & umatnya) Dia adalah Allah yang ESA.”
Apa erti ALLAH?
-          Nama Allah yang paling besar.
-          Nama Allah ada 99 , termasuk “Allah” = 100
-          Kita diseru untuk berdoa dengan nama-nama Allah iaitu Asmaaul Husna)
-          Esa bererti Allah tidak perlu sesiapa pun


“Dia As-Samad yang sempurna dan tempat bergantung segala makhluk “
-          sifatNya yang sempurna contoh pada ilmuNya (tahu segala-galanya yang dahulu dan akan datang) , penglihatanNya (boleh lihat segala-galanya yang zahir dan batin) dan kekuasaanNya
-          Apabila segala sifat Allah adalah sempurna, semua yang lain tidak sempurna, maka segala-gala yang lain itu akan berhajat kepada Allah.
-          Ulama berkata surah ini sangat besar kelebihannya kerana surah ini menceritakan tentang Allah dan sifat-sifatNya.
-          Surah ini khusus menceritakan tentang sifat ALLAH.


“Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan.”
-          Orang musyrikin dan yahudi bertanya kepada Rasulullah tentang sifat Allah, adakah Allah itu dari emas, perak atau gangsa? Maka turun ayat ini untuk memberitahu bahawa Allah itu bukan seperti berhala, Dia Esa, dan Sempurna, serta tidak dilahirkan dan melahirkan
-          Ayat ini menidakkan dakwaan golongan nasrani yang Isa adalah anak Allah, dan golongan yahudi yang mendakwa Uzair anak Allah, dan orang musyrikin Mekah yang mendakwa malaikat adalah anak perempuan Allah. Ini kerana mereka tidak suka anak perempuan, maka diberikan kepada Allah.
-          Kenapa manusia harapkan anak? Untuk bantu semasa kita tua (dari segi fizikal, kewangan dan sebagainya) dan selepas mati untuk mengharapkan anak yang soleh mendoakan kita. Allah tidak perlu anak.
-          Penghuni syurga tidak beranak kerana kita tidak akan tua dan tidak akan mati
-          Wildan : anak-anak yang mati sebelum baligh sama ada dari anak orang Islam atau bukan, tiada amal soleh, maka menjadi pelayan, bukan penghuni syurga.
-          Di syurga semua yang kita tidak pernah lihat, termasuk wajah ahli syurga berubah, tak sama seperti wajah kita di dunia.
-          Di syurga tiada siang dan malam, tidak tidur kerana tidur adalah saudara mati, di dalam syurga tiada lagi mati. (al-hadith)
-          Jika Allah beranak, Allah perlu isteri, dan ini menunjukkan Allah itu lemah. Maha suci Allah dari sifat ini.
-          Jika Allah ini diperanakkan, maka Allah akan ada bapa, dan ada permulaan, sedangkan sifat Allah dalam Ayat Qursi : Hayyu Qayyum : hidup yang azali (tiada permulaan) dan abadi (tiada pengakhiran)



“Dan tidak ada bagiNya setanding satupun “

Mengapa surah ini dinamakan Al-ikhlas?
-          Ikhlas : berbuat sesuatu semata-mata kerana Allah
-          Surah ini adalah tentang TAUHID Lailahaillallah. – jika solat kerana Allah, hanya kerana Allah yang satu, tiada sedikit pun untuk kerana yang lain. Kerana Allah yang Esa, yang Sempurna, yang tidak bergantung kepada sesuatu pun.
-          Alhadith: sesiapa yang menuntut ilmu yang asalnya kerana Allah, tetapi kemudian menuntut ilmu untuk mendapat habuan dunia, maka dia tidak akan cium bau syurga.
-          Orang yang tidak ikhlas, tidak mentauhidkan Allah

-          Surah Az-Zumar ayat 65 :pasti jika engkau (Rasulullah SAW)  mensyirikkan Allah, maka akan sia-sia amalan engkau. 

No comments:

Post a Comment