Saturday, 9 April 2016

Dr Aisyahafiz : Tadabbur Surah Al-Falaq bersama Ustaz Abdul Muien




Surah Al-Falaq (7/10/15)

Kelebihan surah Al-Falaq:
-          Ulama berbeza pendapat sama ada ayat ini ayat-ayat madaniah atau makiah
-          Kelebihan sama seperti surah An-Nas

      1)      Ia mencukupi dari segala sesuatu – dalilnya hadith dari Muadz bin Abdullah bin Habib, daripada bapanya, telah berkata , “ Kami telah keluar pada satu malam yang hujan dan gelap yang bersangatan, lalu kami mencari Rasulullah SAW agar Baginda dapat solat bersama kami. Lalu kata Muadz, maka aku menjumpai Rasulullah Saw lalu Baginda berkata “katakanlah”, dan aku menjawab “ aku tidak berkata apa-apa”. Kemudian Rasulullah berkata lagi sebanyak tiga kali, “katakanlah”, dan aku berkata “apa yang patut aku katakana?” Jawab Rasulullah SAW “Qulhuwallahu ahad dan 2 surah pelindung iaitu Al-Falaq dan An-Nas, ketika di waktu pagi dan ketika di waktu petang sebanyak tiga kali, maka ia akan mencukupi kepada engkau daripada segala sesuatu. “ (Hadith sahih Riwayat Tirmidzi)

– maksud hadith ini: membaca 3 Qul tiga kali pagi dan petang, ia akan mencukupi segala sesuatu. Al-Ikhlas :kita hanya bergantung kepada Allah. Al-Falaq : bergantung kepada Rabbil Falaq. An-Nas : bergantung kepada Rabbinnas. Maka ia mencukupi.

     2)      Antara surah yang terbaik di dalam Al-Quran – dalilnya sabda Rasulullah SAW , “ tidakkah kamu mengetahui ayat-ayat yang telah diturunkan semalam, yang tidak ada seumpamanya sama sekali iaitu Qul a’auzubirabbinnas & Qul a’azubirabilfalaq .” (HR Muslim)

– maksud ayat ini: dua surah ini diturunkan pada waktu yang sama

     3)      Surah pelindung daripada sihir dan segala penyakit – dalilnya dari Aisyah RA : “Sesungguhnya Rasulullah SAW membaca dan meniup ke badannya ketika Baginda sakit, dengan surah pelindung iaitu surah Al-Falaq & An-Nas. Maka tatkala Baginda merasa semakin sakit, aku meniup ke badan Rasulullah SAW dengan surah-surah tersebut, dan aku menyapu ke badan Rasulullah menggunakan tangannya iaitu tangan Rasulullah kerana keberkatannya.”(Hadith Sahih Riwayat Bukhari)

Tadabbur:


Katakanlah aku berlindung dengan Pencipta segala makhluk (atau segala yang terbit atau dicipta) 

-          Kata-kata “katakanlah” adalah perintah kepada Rasulullah SAW dan seluruh umatnya

-          Rasulullah juga perlu pelindung , dan juga tertakluk kepada perintah Allah. Ini menunjukkan dia adalah hamba Allah. Malah gelaran terbaik Rasulullah yang dipanggil oleh Allah adalah “ hamba” (surah Israk )

-          A’azubu : meminta perlindungan, memohon bantuan

-          Falaq: dari perkataan falaq

-          Perkataan lain faliqun (surah Al-An’am)

Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)?



Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

Falaq :
 - waktu pagi atau fajar
- definisi paling tepat : semua makhluk : semua makhluk asalnya tiada , kemudian diciptakan/ diterbitkan
- dari langit : ada matahari : itu falaq
- dari awan: datangnya hujan dan tumbuhan : itu falaq
- dari pasangan berkahwin : datangnya zuriat : itulah falaq

Pengajaran: kalau kita meminta bantuan/perlindungan/berserah kepada selain Allah, hukumnya syirik. Sedangkan Rasulullah pun perlu berlindung, hanya pada yang satu iaitu Allah.


Daripada kejahatan apa yang Dia telah ciptakan.

-          Apakah kejahatan yang Allah cipta? – syaitan? nafsu?

-          Hakikatnya semua dari Allah tetapi Allah tidak mencipta kejahatan kerana sifat Allah itu Maha Penyayang. Perubahan dari perkara yang baik kepada jahat ini, adalah atas pilihan sendiri. Contoh Iblis asalnya baik, manusia juga asalnya baik.

-          Kenapa yang baik boleh berubah jadi jahat?
1)      Lalai dan lupa
2)      Salah guna nikmat Allah

-          Kenapa Allah benarkan kejahatan ini berlaku? – ini tanda Allah sayang, kerana dalam Al-Quran, Allah kata jika Allah sayang sesuatu kaum, maka Allah akan uji. Dan Allah sebut “adakah kamu kira kamu akan masuk syurga tetapi kamu belum diuji”.

-          Contoh lain, haiwan berbisa seperti ular dan kala jengking, jika bergerak ke atas depan, ke arah kita , maka boleh bunuh walaupun di dalam solat. Tetapi jika ia bergerak ke dalam tanah, haram di bunuh kerana ia ada fungsi. Setiap makhluk Allah ada fungsi tersendiri. Jika haiwan itu banyak memudaratkan, tidak berdosa untuk bunuh.

-          Cicak : ada hadith hukumnya sunat bunuh cicak.

-          Kejahatan yang paling utama yang diciptakan, dan paling bahaya : NAFSU . Dalil: isteri pemerintah yang menggoda Nabi Yusuf mengaku “ sesungguhnya nafsu itu pasti sangat-sangat menyuruh kepada kejahatan.” Rasulullah SAW mengajar Abu Bakar satu doa yang apabila dibaca, dia merasa aman “ a’azubu bishhari nafsi, bisharri syaitan “ . Khutbah haji : doa memohon dari kejahatan nafsu, dan doa perbaiki kehidupan dan jangan serahkan pada diriku sendiri (nafsu)


Dan dari kejahatan kegelapan malam apabila menyelubungi.

-          Ayat lain: Ghasaqillail : surah Al- Israk ayat 27




Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).

-          Ayat ini Allah memberitahu WAKTU untuk kejahatan itu

-          Biasanya kejahatan berlaku pada waktu malam seperti merompak, mencuri, kelab malam,

-          Mengapa manusia selalu melakukan kesalahan pada waktu malam? Orang lain tidak nampak, dan kebanyakan manusia tidur.

-          Termasuk orang yang menonton TV untuk tengok bola pada waktu malam: bertuhankan nafsu , dan ada risiko untuk tidak bangun subuh.



Dan dari kejahatan tukang-tukang sihir wanita (yang meniup) pada simpulan
-          Naffasa – meniup

-          Naa fisah : lelaki yang meniup

-          Naa fisatun : wanita yang meniup

-          Naffasaat : orang yang ramai yang meniup . Ada tafsir lain: jiwa-jiwa (nafsun) wanita yang suka menyihir

-          Mengapa meniup: kebanyakan sihir meniup jampi

-          Lelaki yahudi yang menyihir Rasulullah : Labiit bin Al-Aqsom ada ramai anak perempuan yang melakukan sihir. Di dalam tafsir lain, kebiasaan tukang sihir adalah wanita.

-          Aqad : asal perkataan aqidah : perjanjian atau simpulan yang kukuh dengan Allah.

-          Cara Rasulullah disihir: rambut Rasulullah SAW disimpul, dan dihembus, di letak di bawah batu, di dalam perigi. 2 malaikat datang kepada Rasulullah Saw, satu duduk di kepala, satu duduk di kaki dan mereka saling bertanya, dan Rasulullah SAW mendengar perbicaraan mereka.

-          Ammar bin Yasir di minta untuk ambil , dan Rasulullah baca An-Nas dan Al-Falaq, terbuka simpulan-simpulan itu.


Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki.

-          Ada 2 keadaan orang yang dengki: ada yang jelmakan dalam bentuk perbuatan, ada yang tidak dijelmakan, hanya dengki dalam hati dia.

-          2 jenis orang berdengki: 
    1)      dengki yang tercela :

-          peringkat 1:  mahu nikmat pada orang lain hilang, contoh supaya orang itu hilang rumahnya, hartanya etc.
-    peringkat 2: mahu nikmat orang itu berpindah pada dirinya
Maksiat pertama dilakukan di langit: iblis yang dengki dengan Nabi Adam, hingga dia lupa bahawa ia adalah perintah Allah

Maksiat pertama dilakukan di bumi: Qabil bunuh Habil kerana dengki.

Dengki ini boleh berlaku pada semua orang, orang miskin kepada orang miskin, orang kaya dengan orang kaya. 

Dengki: apabila kita mahu orang itu hilang nikmat dan pindah pada kita, kita jadi orang yang melawan Allah, kerana nikmat itu Allah yang beri.

Hadith: “Jaga-jaga dari sifat dengki, kerana semua dengki itu menghapus semua amal kebaikan bagaimana makannya api akan kayu.  “(HR Abu Daud)

2) Dengki yang terpuji :
- Hadith: Tidak boleh dengki kecuali dengan 2 perkara : orang yang membaca Al-Quran siang dan malam, dan orang yang berharta dan berinfak siang dan malam. (HR Bukhari)

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لاَ حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ: رَجُلٌ عَلَّمَهُ اللَّهُ القُرْآنَ، فَهُوَ يَتْلُوهُ آنَاءَ اللَّيْلِ، وَآنَاءَ النَّهَارِ، فَسَمِعَهُ جَارٌ لَهُ، فَقَالَ: لَيْتَنِي أُوتِيتُ مِثْلَ مَا أُوتِيَ فُلاَنٌ، فَعَمِلْتُ مِثْلَ مَا يَعْمَلُ، وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَهُوَ يُهْلِكُهُ فِي الحَقِّ، فَقَالَ رَجُلٌ: لَيْتَنِي أُوتِيتُ مِثْلَ مَا أُوتِيَ فُلاَنٌ، فَعَمِلْتُ مِثْلَ مَا يَعْمَلُ
Tidak ada (sifat) iri (yang terpuji) kecuali pada dua orang: seorang yang dipahamkan oleh Allah tentang al-Qur-an kemudian dia membacanya di waktu malam dan siang hari, lalu salah seorang tetangganya mendengarkan (bacaan al-Qur-an)nya dan berkata: “Duhai kiranya aku diberi (pemahaman al-Quran) seperti yang diberikan kepada si Fulan, sehingga aku bisa mengamalkan seperti (membaca al-Quran) seperti yang diamalkannya. Dan seorang yang dilimpahkan oleh Allah baginya harta (yang berlimpah) kemudian dia membelanjakannya di (jalan) yang benar, lalu ada orang lain yang berkata: “Duhai kiranya aku diberi (kelebihan harta) seperti yang diberikan kepada si Fulan, sehingga aku bisa mengamalkan (bersedekah di jalan Allah) seperti yang diamalkannya” (HR. Al-Bukhari).
Pengajaran Surah Al-Falaq

Mengapa Alalh sebut tiga kejahatan ini? (apabila malam, hembusan tukang sihir, orang yang berdengki)

-          Tiga kejahatan ini tidak dapat dilihat
-          Kejahatan yang paling bahaya adalah yang tidak nampak

Apa beza An-Nas denganAl-Falaq?

-          An- nas :bila diri kita sendiri lalai
-          Al-Falaq : bila minta perlindungan dari perkara luaran

Bagaimana elak di sihir:
  1)      HANYA BERSERAH BERTAWAKKAL PADA ALLAH
  2)      BACA AYAT-AYAT PELINDUNG SPT AL-FALAQ, AN-NAS & doa-doa dari Rasulullah
  3)      Kebiasaannya orang yang disihir ini orang yang lalai – tak solat, tak tutup aurat etc. Allah janji orang beriman hidupnya akan aman (Surah Al-An’am ayat 82)



Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

No comments:

Post a Comment