Friday 29 November 2019

Pesakit nenek dan seratus cucu cicit

-Pesakit nenek dan seratus cucu cicit -

Minggu lepas hari Takrim sekolah anak saya.

Semasa saya sampai,tiba-tiba ada seorang parent salam saya dan ucap terima kasih kerana dah bantu menjalankan pembedahan katarak nenek beliau.

Ma shaa Allah saya tak tahu pun rupanya pesakit yang saya bedah dua hari sebelum itu, ada cicit satu sekolah dengan anak saya.

Cicit beliau.

Nenek ini sangat istimewa.

Usianya sudah 80an, tetapi apa yang memotivasikan beliau untuk menjalani pembedahan katarak, pada saat pesakit lain mungkin "takut", adalah kerana beliau mahu membaca Al Quran.

Ma shaa Allah.

Nenek ini datang dari Muar, anaknya ada 16 orang.

Baik sungguh nenek ini. Kata-katanya penuh kasih sayang.

Katanya cucu dan cicit beliau jumlahnya sudah beratus orang. Nenek kata, "Nenek tak minta seorang RM1 dari anak cucu cicit Nenek, sebab duit habis. Nenek cuma minta nanti Nenek dah tak ada, sedekahkan Al Fatihah pada Nenek. Doakan Nenek. Itu yang kekal."

Subhanallah, tersentuh sungguh hati saya.

Selepas pembedahan tempoh hari, Nenek nak balik ke Muar.

Pesan Nenek pada saya," Anak-anak Doktor Aisyah, berikan (ilmu) agama. Tak kisah apa kerja mereka nanti, jika ada agama, in shaa Allah (hidup) senang. "

Tak henti-henti Nenek ucap terima kasih dan tepuk-tepuk belakang saya kerana "tolong bedah mata Nenek".

Terasa benar saya, kasih sayang Nenek mengalir dari hati Nenek ke senyuman dan sentuhan Nenek itu.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Sayalah yang patut berterima kasih pada Nenek.

Jazakillahu khair Nenek kerana beri peluang kepada saya untuk berbakti kepada Nenek dan seluruh keluarga Nenek.

Hingga hari ini, apabila saya nak membedah seorang pesakit, saya ingat harapan dan doa yang dibawa, bukan hanya dari seorang pesakit, tetapi mungkin dari puluhan, malah ratusan anak cucu cicit pesakit itu.

Terlalu ramai yang sayang "seorang" pesakit saya, maka saya dan team saya wajib berikan yang terbaik.

In shaa Allah, kita buat yang terbaik, Allah pasti tolong.

Pasti.

Alhamdulillah ya Allah.

What a lovely job that I have.

Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Sentiasa perlu bantuan Allah, doa Mak Ayah, suami dan kalian


No comments:

Post a Comment