Alkisahnya malam semalam makan sate, tengah kunyah daging ayam tu, tiba-tiba rasa ada benda keras. Lepas tu rasa kat gigi jadi tajam.
Ah sudah, dalam hati kata ,"ni mesti gigi tanggal". Control cun (sebab di rumah kawan), habiskan makan terus pergi tandas.
Tengok cermin, separuh dari sebatang gigi geraham atas terkopak. Macam reput!
Seram juga, kenapa jadi macam tu. Bukan ke gigi ni kalau orang mati , nak kenalpasti pun melalui rekod gigi sebab dia tahan?
Haaaa nampak tak,begitu jauh sekali pemikiran seorang doktor, merangkap isteri kepada bekas doktor forensik kahkahkah..
Dalam perjalanan balik cerita dengan Encik Suami , terus dia kata itu tanda penuaan. Dalam panas hati dengar komen tu, nak saja cakap ,"eh kita sebaya ya,lahir hari yang sama." Tapi sebab Rasululllah pesan isteri solehah tu menyejukkan hati suami , terus tak jadi. Heheh
Pagi tadi, terus hubungi kawan di Fakulti Pergigian UM, Dr Firdaus , minta tolong. Berdebar juga takut bakal menjadi rongak pada usia 37 tahun. Alhamdulillah kawan tu terus aturkan untuk periksa di Klinik Pergigian petang tadi.
Mula-mula datang Fakulti Pergigian ni, disambut dengan bau roti sedang dibakar di Subway. Hahaa hebat kan! Ada restoran Subway di tingkat bawahnya .
Daftar bayar RM7 di tingkat dua, kemudian turun ke tingkat satu untuk berjumpa Doktor Heng. Beliau Doktor Pegawai Pergigian Sarjana,maknanya sedang buat kepakaran.
Doktor periksa, suruh buat X-ray, bayar RM25 untuk X-ray, kemudian jumpa doktor semula .
Doktor terangkan, rupanya gigi tu memang dah tak sihat. Antara puncanya adalah MEMAKAI UBAT GIGI TANPA FLUORIDA!
Haaa ni yang saya nak kongsikan.
Menurut Doktor, gigi kita ni ada elemen hydroxyapatite yang menyaluti luar gigi. Tapi molekulnya agak besar, jadi jika ada ruang antara molekul yang kosong, fluorida boleh mengisinya.
Kalau guna ubat gigi tanpa fluorida, kawasan ni kosong dan mudahlah elemen lain yang terselit termasuk makanan, dan boleh jadi tempat pembiakan kuman. Kawasan tu juga akan jadi lemah, tidak sekuat kalau ada fluorida.
Jadi itulah yang berlaku pada saya. Tanpa fluorida,gigi saya lemah, jangkitan pun masuk sampai akar gigi.
Jadi petang tadi saya dah jalani satu prosedur namanya pulpectomy, buang bahagian dalam gigi , dan tampal dengan bahan sementara. Doktor cucuk bius dengan jarum sampai tulang, lepas tu drill apa entah , saya pun tak mahir. Saya doktor mata kan. Ilmu terbatas kat mata sahaja. Kos pulpectomy tu RM70 sahaja.
Lepas ni kena jalani Root Canal Treatment, tapi senarai menunggu setahun.
Begitulah.
Morale of the story
1) Jagalah kebersihan gigi. Setahun sekali kena pergi scaling, dan paling penting guna ubat gigi berfluorida . Jangan ikut macam saya memandai-mandai pakai yang tanpa fluorida.
2) Bagus berkawan dengan ramai orang. Sesekali dalam kesusahan boleh minta bantuan.
Ada hadith Rasulullah kata ," Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan kiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat." ( HR Muslim)
Semoga Allah permudahkan pula urusan sahabat saya yang membantu tadi.
3) Fastabiqul Khairaat - saya bertekad nak baiki sifat bersegera membantu orang in shaa Allah. Terasa sangat menghargai bantuan yang Allah beri melalui orang lain.
Lain kali biar kita pula jadi orang yang membantu orang lain in shaa Allah .
4) Saya nak didik diri hargai nikmat yang Allah beri selalu. Jadikan Alhamdulillah sebagai zikir.
Nampak mudah gigi sebatang. Tapi kalau tak ada,pasti kurang menawan senyuman, rasa kurang yakin diri,nak makan susah sebab tersangkut, bibir sakit sebab serpihan tajam dan sebagainya.
5) Pembedahan katarak paling lama, senarai menunggu 8 bulan.
Nak buat Root Canal, setahun lebih!
Mulai sekarang saya nak galakkan anak-anak jadi doktor gigi!
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Doktor Mata, pesakit Klinik Gigi
Hehe
No comments:
Post a Comment