Saturday, 14 March 2015

Tadabbur bersama Ustaz Abdul Muien : Surah Al-Baqarah ayat 47 & 48 : Mengapa manusia sombong? Adakah hebat di dunia bererti hebat di akhirat? Apakah itu syafaat?

Alhamdulillah mulai bulan Disember yang lalu, saya telah berpeluang mengikuti kelas Tadabbur Al-Quran di bawah bimbingan Ustaz Abdul Muien di Bukit Jelutong. Bermula dari perkenalan yang tidak dirancang dengan Kak Farah Deeba, beliau menjemput saya untuk bersama-sama merasai kemanisan ilmu bertadabbur Al-Quran ini.

In shaa Allah saya akan cuba kongsikan nota yang saya perolehi, namun ada juga beberapa kelas yang saya tidak dapat hadir, in shaa Allah akan saya usahakan untuk menonton rakaman kelas itu, dan seterusnya mendapatkan intipati dari kelas itu.

Di sini saya kongsikan nota dari kelas 10 Disember 2014, tadabbur surah Al-Baqarah, ayat 45-48





Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar

dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya 

sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang 

yang khusyuk;

Ayat 45 – mintalah pertolongan Allah melalui SABAR dan SOLAT
-          Solat itu adalah berat kecuali bagi orang yang khusyuk



(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka 

akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan 

kembali kepadaNya.

Ayat 46 – orang yang yakin akan bertemu dengan Allah, mereka akan memperbaiki  solat ,kerana di akhirat yang akan kita semua bawa adalah solat, dan bukan harta

Ayat 47 


Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang 

Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) 

bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu 

(yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada 

zamannya)


Wahai Anak-anak
Hamba (israa) Allah (iil) (yang dimaksudkan adalah Nabi Yaakub AS)

Ayat ini ditujukan kepada kau Yahudi di Madinah yang berketurunan dari Nabi Yaakub AS
Mengapa Allah tidak menggunakan perkataan wahai Yahudi?

-        - Ini adalah Bahasa Al-Quran yang mempunyai maksud tersirat

-        - Ini adalah sebagai peringatan bahawa mereka adalah dari keturunan yang baik, mengapa kamu tidak berbuat baik? Ini adalah tazkirah buat mereka.


Ingatlah/kenanglah  @ Sebutlah oleh kamu



 nikmatKu yang telah Kuberi ke atas kalian

Pengajaran ayat:
-          - Semua nikmat yang kita perolehi hari ini adalah 100% dari Allah semata-mata, tidak ada satu pun hasil usaha kita sendiri

Apakah nikmat-nikmat terbesar kaum Yahudi
-        -  Nikmat kenabian – kemuliaan di akhirat
-        - Manna wa salwa – makanan dari syurga (untuk dinikmati di dunia)
-        - Bebas dari cengkaman Firaun (nikmat dunia)
-        -  Menjadi raja di Negara mereka ( nikmat dunia )

Apa punca manusia jadi sombong?
-       -   Tidak merasakan nikmat itu dari Allah – contoh tidak membaca lafaz basmallah semasa menyarungkan pakaian kerana merasakan pakaian itu milik kita, bukan dari Allah
-      -    Lupa bahawa semua dari Allah, contoh badan sihat kerana Allah kurniakan, bukan kerana hasil usaha kita bersenam , kita jaga pemakanan yang sihat. Buktinya, ada orang yang tidak makan selama bertahun-tahun tetapi sihat iaitu ashabul kahfi

Akibat sombong:
-       -   Mulut susah nak berzikir
-       -   Hati susah nak bersyukur


Cara atasi sifat sombong:
-      -    Ingat Allah pada setiap SAAT dan ingat bahawa semua nikmat adalah dari Allah. Contoh, tidak lupa untuk membaca doa semasa turun hujan . Orang yang tidak membacakan doa, tidak akan dapat merasakan bahawa nikmat itu adalah dari Allah.
-       -   Sebut dengan kata-kata dan hati  tentang nikmat yang Allah anugerahkan
-       -   Teruskan melakukan segala perbuatan yang mentaati Allah




Dan sesungguhnya Aku, Aku telah lebihkan kamu atas sekelian alam (kerana ramainya nabi-nabi di kalangan mereka)

-        -  Ini bererti mereka adalah lebih mulia drp bangsa-bangsa yang ada sewaktu itu
-        - Umat yang paling mulia sekarang adalah umat Nabi Muhammad SAW

Mengapakah Allah melebihkan Bani Israel ketika itu?
-        -  Untuk menguji mereka kerana mereka perna tertindas oleh bangsa Tibeti (Firaun) dan bangsa Qibty . Mereka gagal dalam ujian ini kerana mereka menjadi sombong setelah mendapat nikmat dari Allah

Mengapa ramai nabi-nabi yang dilantik dari Bani Israel?
-       -   Kerana mereka bangsa yang paling degil dan paling banyak yang engkar, maka mereka diutuskan dengan para nabi

-     Adakah ini bererti kita umat yang paling degil sekarang kerana Rasulullah SAW diutuskan kepada kita?Tidak, kerana Rasulullah SAW diutuskan kepada sekelian alam, bukan untuk satu bangsa sahaja . Rasulullah SAW juga menegaskan bukanlah kemuliaan itu terletak pada sesebuah bangsa contohnya bangsa Arab, kerana para sahabat dari berbilang bangsa, contohnya Bilal bin Rabah bukanlah bangsa Arab tetapi adalah seorang ahli syurga

       Adakah hebat di dunia bererti hebat di akhirat? 

       Betapa hebatnya Bani Israel, diberi naungan awan, diberi makanan dari syurga dan diutuskan para nabi, tetapi mereka tetap engkar

      Rasulullah SAW hidup dalam kemiskinan, tidak pernah mendapat hidangan dari syurga, tinggal dalam rumah yang serba sederhana, tetapi sangat mulia kedudukannya di akhirat kelak.

       Morale: apabila Allah memberikan kita sesuatu, bukanlah itu lambing kemuliaan kita, tetapi ia adalah sebagai ujian semata-mata


 Ayat 48


Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari 

(akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan 

orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), 

dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula 

diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang 

bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.


                                    Takutlah kamu

    
                                       Pada satu hari (yaumuddin) – agama atau pembalasan (lebih tepat)

              
                                    Tidak boleh menolong


         Seseorang, seseorang yang lain, sedikit pun
Cth kullu nafsin zaa iqatal maut)

Ibrah: 
- - Pada hari akhirat, andai mempunyai emas memenuhi langit dan bumi pun tidak dapat menebus dosa kita
-Emas yang kita simpan, tidak boleh menolong kita. jadi kenapa nak simpan? Lebih baik  diinfakka
- - Kemuncak kiamat : tiada lagi orang beriman, hingga tiada yang boleh menyebut kalimah “Allah”.

    Apabila kita ke hospital dan melihat orang yang sakit, contoh patah kaki, kita rasa kesian sedangkan orang yang diseksa di dalam kubur itu lebih menderita lagi , tiada kipas ,tiada cahaya, patah riuk dibelasah dengan malaikat (nauzubillahimin zalik)

    Rasulullah SAW meletakkan pelepah kurma di atas kubur, mendoakan kebaikan untuk ahli kubur itu. Apabila matinya anak Adam, semua amalan terputus kecuali tiga perkara iaitu:
-          - Doa anak yang soleh
-         -  Sedekah jariah
-         -  Ilmu yang bermanfaat
   
    Rasulullah SAW ajar agar kita memberi salam dan mendoakan ahli kubur apabila melintasi kubur.

Contoh doa untuk Ahli kubur:


Dari Buraidah al-Aslami r.a, katanya;

 Rasulullah s.a.w pernah mengajar sahabat-sahabatnya

 apabila mereka menziarahi tanah perkuburan supaya tiap 

tiap seorang di antara mereka (memberi salam dan berdoa 

dengan berkata:  Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli 

perkampungan (tanah kubur) ini, dari kalangan kaum 

mukminin dan muslimin; dan bahawa kami juga- Insya 

Allah akan menurut kamu apabila sampai gilirannya

 semoga Allah memberi rahmat dan selamat sejahtera 

kepada kami dan kamu sekelian ”

                (Hadith riwayat Ahmad , Muslim dan Ibnu Majah)

Amalkan juga surah Al-Hasyr ayat 10 – doa untuk kaum muslimin dan muslimat yang hidup atau yang sudah mati. 



Tidak diterima darinya (dari setiap jiwa) syafaat (bantuan @ perantaraan )

Apakah erti syafaat?
- Perantaraan atau pertolongan yang diberikan, tanpa ada jasa yang diberi. Contohnya, kita tidak pernah ada memberi apa-apa jasa kepada Rasulullah SAW tetapi Rasulullah akan memberi syafaat kepada kita in shaa Allah

Siapakah   yang boleh memberikan syafaat
1 ) Rasulullah SAW
2) Nabi-nabi yang lain
3) orang-orang beriman (yang akan mencari kawan-kawannya yang tiada di syurga)
4) orang yang mati syahid (boleh memberikan syafaat kepada 70 orang )

Orang-orang beriman akan bertanya kepada Allah , di manakah sahabat-sahabat mereka di dunia? Allah akan memerintahkan untuk mereka  pergi ke neraka & keluarkan sahabat-sahabat yang mempunyai iman sebesar dinar, untuk dikeluarkan. Setelah itu, mereka bertanya lagi kerana masih ada sahabat yang tiada. Lalu Allah SWT perintahkan agar pergi ke neraka dan cari dan keluarkan sahabat yang ada iman sebesar zarah. Selepas itu , tidak ada lagi yang layak dikeluarkan kalau tidak ada walau sebesar zarah iman di hati mereka. Orang kafir bertanya kepada orang yang dikeluarkan itu, adakah kamu ada amal soleh, puasa atau infaq?  Jawab mereka, “Tiada, hanya bersahabat dengan orang beriman”.

Apakah iman sebesar zarah itu?
apabila nampak kemungkaran, tidak mampu mengubah dengan perbuatan (tangan) atau kata-kata (lidah), tetapi tetap membenci dengan hati.
Kalau melihat kemungkaran tetapi tidak merasa apa-apa, takut-takut tiada iman yang tinggal di hati kita. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membenci apa yang Allah SWT benci, dan cinta apa yang Allah SWT cinta
Luangkan masa setengah jam sehari, atau dua jam semasa hujung minggu untuk mengajar anak-anak tentang agama, AL-Quran , hadith, kebesaran Allah SWT. Ajarkan anak-anak kisah nabi yang bersumberkan Al-Quran, bukan dari kartun sahaja. Berusahalah untuk meningkatkan iman anak-anak kita.

Dan tidak pula diambil daripada mereka sebarang tebusan; dan tidaklah mereka (yang bersalah itu) ditolong

Ibrah:
v -  Tebusan = seperti ikat jamin
v -  Allah itu Maha Penyayang, Dia mahu semua insan masuk syurga, termasuklah kaum Bani Israel yang engkar, maka Allah  SWT memberikan peringatan berulang-ulang kali.


Allahu ‘Alam (nantikan sambunganya ya in shaa Allah) 

No comments:

Post a comment