Saya pernah tertanya- tanya suatu masa dahulu, mengapakah surah yang kedua di dalam Al-Quran ini di namakan dengan nama lembu betina? Alhamdulillah semasa kelas tadabbur Al-Quran bersama Ustaz Abdul Muien pada 4 Mac yang lalu, Ustaz berkongsi dengan kami mengapa surah terpanjang ini dinamakan dengan nama lembu betina, walaupun hanya tujuh ayat yang menceritakan tentang kisah ini.
Asbabun nuzul atau sebab-sebab penurunan ayat ini adalah semasa zaman Nabi Musa AS, seorang pemuda Bani Israel telah membunuh bapa saudaranya yang sangat kaya, kerana inginkan harta beliau. Bapa saudaranya itu, tidak mempunyai anak, maka beliau adalah pewaris yang sah kepada harta bapa saudaranya. Setelah membunuh bapa saudaranya, pemuda itu telah meletakkan mayatnya di hadapan tempat salah satu kaum dari kaum bani Israel, dengan harapan mereka akan saling tuduh menuduh tentang siapakah pembunuhnya.
Maka bermulalah episod tuduh menuduh itu apabila mayat tersebut ditemui oleh beberapa penduduk dari kaum yang berbeza (bani Israel terbahagi kepada 12 kaum), sehinggalah ada salah seorang dari mereka yang berilmu, berkata , "bukankah kita mempunyai Nabi Musa. Apa kata kita minta saja pendapat beliau, siapakah pembunuh lelaki ini?"
Apabila mereka datang kepada Nabi Musa AS, bertanya tentang siapakah pembunuh lelaki tersebut, maka Nabi Musa memberitahu bahawa Allah SWT memerintahkan mereka untuk menyembelih seekor lembu betina, dan kisah seterusnya boleh dihayati dari surah Al-Baqarah ayat 67 hingga 73.
Mari kita hayati bersama, In shaa Allah:
Ayat 67
Dan
(ingatlah ketika mana), telah berkata Nabi
Musa kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah memerintah kepada kamu agar kamu
menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau
hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku
berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil
(yang melakukan sesuatu yang tidak patut)"
Di dalam ayat ini, lembu betina tersebut di sebut sebagai "baqarah" iaitu tidak ada alif lam (berbeza dengan al-baqarah), maka ia tidak spesifik kepada mana-mana lembu .
Hakikatnya suruhan
Allah adalah RINGKAS dan MUDAH untuk diikuti.
Jadi, apakah reaksi
orang Bani Israel?
Mereka merasakan atau menduga bahawa Nabi Musa menganggap mereka adalah "huzuwa" iaitu bahan ejekan
Di sini, Nabi Musa Alaihisslam mengatakan bahawa : "Allah perintahkan , bukan dia sendiri menyuruh". Morale dari ayat ini:
- - Kita tidak boleh sewenang-wenang mengeluarkan arahan @ memandai-mandai
- - Nabi Musa alaihissalam yang merupakan seorang nabi pun mengikut arahan Allah
- - Kita juga tidak boleh sewenang-wenang menyuruh orang
- - Apabila kita ingin meminta seseorang membuat contohnya perkara kebaikan, dengan menyatakan “ini Allah suruh” dengan memberi arahan “buat ini”,pasti lain penerimaannya. Contohnya apabila menyuruh anak bersolat dengan kata-kata, “pergi solat”, dengan “Allah suruh solat” adalah tak sama.
Mengapa Allah tidak
terus memberitahu siapa pembunuhnya?
Ini adalah ujian kepada mereka. Mereka patut percaya
pada Nabi Musa alaihissalam sebagai seorang Rasul. Jika mereka percaya kepada Nabi Musa, mereka mesti percaya
Allah. Sebaliknya mereka mengukur arahan Allah itu dengan logik akal mereka.
JANGAN UKUR PERINTAH ALLAH DENGAN LOGIK AKAL.
-
Kalau ikut logic akal, kita
rasa kita lebih hebat dari Allah
-
Kalau ikut logic akal, kita
jadi tidak percaya pada Allah.
Orang yang percaya kepada Allah akan terima semua
arahan
-
Contoh ujian bagi musyrikin
mekah adalah Rasulullah SAW israk & mi’raj. Tidak masuk akal bagi orang yang tidak
beriman tetapi bagi kita memang boleh percaya kerana kita yakin Allah yang
boleh jadikan langit 7 lapisan, pasti boleh Allah menaikkan Rasulullah SAW ke
langit. Mereka (musyrikin Mekah) berjumpa Saidina Abu Bakar. Abu Bakar berkata “kalau kata-kata
Muhammad, dia benar”. Yakin dengan Rasulullah SAW kerana ia utusan Allah. Kalau
percaya Rasulullah , percaya pada Allah.
-
Ujian logic akal lain bagi kaum musyrikin Mekah, pertukaran kiblat dari Masjidil Aqsa ke Kaabah. Secara fizikal
tidak terlalu susah tapi bagi kaum musyrikin mereka merasa sangat susah kerana nabi-nabi terdahulu telah berkiblatkan Masjidil Aqsa
- Contoh lain adalah Nabi Ibrahim AS yang tidak ada
masalah untuk menyembelih anaknya apabila diperintahkan sedemikian. Dia milik Allah, anaknya pun milik Allah.
- Maka atas sebab ini lah maka surah ini
dinamakan surah Al-Baqarah : mereka yang engkar arahan Allah itu seperti lembu.
Lembu andai ditarik talinya, dia akan ikut sahaja, tapi manusia ada kalanya tidak ikut. Lembu
tidak lari dari tuannya, manusia nak lari dari Pemiliknya
- Orang Melayu secara umum tahu bahawa solat pada awal waktu itu baik kerana jiwa akan tenang, lebih untung, tapi ada sebilangan yang masih lagi sering melewatkan solat.
- Benarkah kata-kata kita yang kita cinta Allah? Andai benar,maka sewajarnya kita tunaikan solat awal. Contoh waktu makan 3 jam, kita makan awal waktu atau lewat? Inikan pula hendak berjumpa dengan si Pemberi Rezeki.
Bagaimana pula hujjah untuk orang yang berkata “Allah beri waktu solat panjang, kita manfaatkanlah?”.
Rasulullah SAW makan
kurma & air sahaja selama 3 bulan, tapi nikmat bila berhadapan dengan Allah SWT itu lebih nikmat daripada nikmat makanan. Inilah lambang orang yang kenal & cinta Allah .
-
Orang beriman seronok bila
berhadapan dengan Pemberi Nikmat iaitu Allah SWT. Orang tak beriman seronok bila berhadapan
dengan nikmat. Antara Pencipta dengan yang dicipta, siapa lebih cantik dan
nikmat? Pastilah Pencipta
Maka adakah logik untuk Allah SWT perintahkan Bani Israel untuk menyembelih lembu sebab nak cari pembunuh?
-
Logik sebab Allah pencipta
kita, Dia berhak untuk suruh apa sahaja. Hadith Aisyah RA tentang tidak qadha
solat & perlu qadha puasa semasa haid , jawapan beliau adalah–“kami diperintahkan begitu”
Nabi Musa AS menjawab:
"Aku berlindung dengan Allah daripada aku menjadi dari kalangan orang-orang yang jahil (yang melakukan sesuatu
yang tidak patut)"
Apakah definisi orang jahil?
Iaitu orang yang tidak
mengikut perintah Allah, walaupun dia orang yang berilmu (cth Abu Jahal alim
sbb pandai & boleh jadi pembesar tapi dia jahil. Obama alim sbb pandai tapi
jahil sbb tak ikut perintah Allah.
Rasulullah SAW tidak pandai membaca dan menulis tetapi tidak jahil.)
Nabi Musa berkata begitu kerana
bukan sifat seorang nabi suka memperlekeh
Lafaz A'uuzhu (memohon perlindungan dari Allah):
Seorang nabi pun berlindung dengan
Allah, apatah lagi kita yang bukan nabi. Kita berlindung dan bergantung dengan
orang. Tak patut kita bergantung dan berlindung dengan manusia yang sama-sama
makhluk & lemah. Rasulullah SAW pun disuruh berlindung dengan Allah dalam
surah Al-Falaq. Sehebat-hebat Rasulullah SAW pun diminta berlindung dengan
Allah. Orang yang paling kuat adalah orang yang berlindung dengan Yang Maha
Kuat.
Ayat 68.
Maksudnya
Mereka berkata
pula: "Berdoalah untuk kami kepada Tuhan engkau , supaya diterangkanNya
kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab:
"Bahawasanya (innahu) Allah berfirman: Bahawa (innaha) (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu
tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka lakukanlah
apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya".
Bani Israel menggunakan ayat: mintakan kepada Tuhan
kamu – lambang mereka tidak percaya kepada Tuhan Musa. Tapi dalam masa yang
sama minta bantuan dan doa. Contoh orang Melayu, tidak pernah pergi ke masjid tapi bila anak
nak exam minta doa dari orang yang selalu pergi masjid. ini lambang orang yang tidak cinta Allah.
Kalau yakin dengan Allah, kenapa tak minta sendiri.
- Bagaimana dengan mengirim doa orang yang ke Mekah ?
Kita mengharapkan doa orang musafir, bukan kerana dia berada di Mekah. Jangan lupa bahawa Abu Jahal juga berada di
Mekah
-
Terbaik adalah doa sendiri semasa tahajjud
- Doa tabi'in Uwais Al Qarni disahkan oleh Rasulullah akan kemakbulannya,tetapi "doa ustaz" tidak disahkan
Di dalam ayat ini juga, perintah Allah sudah jelas meminta
sembelih lembu, bukan “binatang 4 kaki”. Arahan sudah pun cukup jelas. Bani Israel sendiri sudah tahu jawapan tetapi mereka masih mahu bertanya. Sebenarnya ini adalah lambang kebodohan mereka.
Sifat in menyebabkan sesuatu yang asalnya mudah, menjadi susah sebab mahu tahu terlalu spesifik. Hakikatnya perintah Allah jangan
ditanya banyak-banyak, kita buat saja
Maka antara sifat lembu betina ini yang dinyatakan dalam ayat ini adalah:
- tidak tua dan pencen usianya
- tidak terlalu muda/dara (tidak kawin dan tidak pernah beranak)
- usianya pertengahan antara dua usia tadi
Nabi Musa seterusnya berkata "buatlah apa yang
diperintahkan" atau dalam erti kata lain "jangan banyak tanya lagi"
Tapi Bani Israel bertanya lagi dalam ayat seterusnya:
Ayat 69
Mereka berkata
lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu bagi kami, supaya diterangkanNya kepada
kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya (innahu) Allah berfirman: Bahawa (innaha)(lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua
warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya".
Bani
Israel meminta Nabi Musa AS untuk bertanya lagi kepada Allah, dan ciri-ciri lain disebutkan:
1) Warna Safraa = warna kuning
2) pekat warnanya
3) Menyukakan orang yang melihatnya – contoh 10 orang tengok, semua
10 orang suka. Kalau hanya 5 orang suka, tukar warna lain
Dalam konteks ini, Allah telah memberikan perintah yang menyusahkan sebagai peringatan & hukuman kepada
mereka
Dalam kehidupan kita hari ini, contohnya untuk solat
subuh senang sahaja, tapi bangun lambat pkl 8 pagi, kelam kabut nak ke tempat kerja, akhirnya meninggalkan solat. Sudahnya tak qadha, nak qadha setahun lebih susah lagi.
Ayat 70
Mereka
berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya
diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya
lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan
kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu
itu)".
Perkataan "tasyabahah" – mengelirukan kami (sebab mereka tidak beriman)
Akhirnya
mereka dapat jumpa lembu itu kerana mereka sebut In Shaa Allah.
Kalau
orang Melayu tidak sebut In Shaa Allah , bererti kita lebih teruk dari bani Isreal
Rasulullah pernah ditegur, apabila para
sahabat bertanya tentang:
- Ruh
- Zulkarnain
- Ashabul Kahfi
Tetapi
Rasulullah SAW tak menyebut "In Shaa Allah", wahyu tidak turun selama 14 hari, sehingga
orang musyrikin memanggil Rasulullah SAW sebagai pembohong
Ayat 71
Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu
Ciri-ciri
lain lembu itu:
- - Tidak pernah digunakan untuk membajak
- - Tidak pernah diguna untuk menyiram pokok
- - Sejahtera tidak ada belang-belang (tiada bintik hitam/bintik putih)
Ini contoh
teknologi yang sudah ada di zaman Nabi Musa AS
Cth orang
tua yang semasa muda tidak pergi masjid, apabila sudah tua tidak ada tenaga lagi. Nilai
pergi masjid / beribadah masa muda sangat tinggi hingga disebutkan sebagai antara 7 golongan yang
mendapat naungan arash adalah pemuda yang pergi ke masjid, bukan pakcik pakcik sbb
mereka memang sudah tidak banyak dugaan. Orang muda kawan-kawan semua nak enjoy, kita pegi
masjid, ganjaran paling tinggi
Sekarang ji’ta bil hak : sekarang baru mereka yakin dengan Nabi
Musa. Sebelum ni mereka kata tidak jelas arahan. Penyakit bila tak percaya pada
Allah, banyak bantah. Kalau beriman, sami’na wa’ata’na
Orang sekarang : hadis sahih, Rasulullah SAW tapi tak nak ikut,
nak ikut ulama sedangkan tahap ulama dgn Rasul sangat jauh
- Cth Rasulullah tak talkin.
Orang beriman tak perlu talkin sbb memang dia dah pandai. Kalau tidak beriman,
ajar talkin 10 hari pun mereka tak boleh jawab, bukan mereka yang jawab, tapi
amal yang jawab. Nak bagi peringatan, di masjid untuk orang yang hidup, bukan
di kubur. Orang tak baik, ingatkan masa masih hidup, bukan masa dia dah mati.
Ayat 72
- Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.
Allah tunjukkan apa yang kamu sembunyikan : iaitu pembunuh yang mereka cari-cari
Ayat 73
- Maka Kami (Allah) berfirman: "Pukulah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu" (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.
Pukul mayat itu dengan sebahagian anggota lembu itu (jangan
terjemah, Allah tak sebut dengan anggota itu kaki atau ekor etc,bila Allah tak
sebut, tak penting)
Allah hidupkan mayat itu semula, bila ditanya siapa yang bunuh
dia, dia bangun dan tunjukkan siapa pembunuhnya, dan kemudian mati semula. Subhanallah, Allah Maha Kuasa, dengan Kun Fayakun sahaja.
Kenapa Allah tidak buat supaya pembunuh itu mengaku sahaja?
-
Hidup adalah ujian- ini
adalah ujian keimanan kepada kaum Bani Israel
Allah perlihatkan tanda-tanda kekuasaan:
1) Hidupkan orang mati
2) Bongkarkan rahsia siapa pembunuhnya (maka jangan sembunyikan sesuatu,di akhirat Allah akan bongkar)
Pengajaran ayat 67-73
1)
Orang beriman bila mendengar perintah Allah, dia
melihat kepada siapa
yang memerintah, bukan kepada apa yang diperintahkan
2) Orang tidak beriman apabila menerima perintah
Allah akan melihat kepada apa yang diperintah, bukan siapa yang memerintah
3)
Kewajipan orang-orang yang beriman adalah
mengenali Allah dan mentauhidkanNya, kemudian mengenali perintah Allah dan
mentaatinya.
Jadi matlamat orang beriman adalah
mengenal Allah, tahu apa perintah dan larangan Allah, kemudian apabila tahu,
kewajipan seterusnya adalah taat.
4)
Matlamat hidup bagi orang yang tak beriman
adalah mengenali REZEKI dan mencarinya.siapa pemberi rezeki tidak penting
baginya. Orang beriman pentingkan SIAPA pemberi rezeki.
5)
Kedegilan bani Israel dan kesombongannya bila
mereka meminta kepada Allah, tetapi tidak mengaku Allah adalah tuhan mereka.
6)
Sifat orang beriman ialah mentaati perintah
Allah tanpa soal dan tanpa mengetahui apa hikmahnya kerana perintah itu datang
daripada Pencipta langit dan bumi yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
7)
Bila manusia cuba beralasan untuk mengelak
daripada melakukan perintah Allah, maka perintah Allah itu akan menjadi semakin
berat dan sukar.
8)
Perintah Allah adalah mudah dan sesuai dengan
kemampuan manusia.
9)
Allah memberi amaran jangan sembunyikan sesuatu
yang Allah tidak redha. Kelak satu hari Allah akan bongkarkan sama ada di dunia
atau di akhirat.
10)
Apabila manusia mula menolak perintah Allah ,
maka manusia mula jauh daripada Allah, dan berakhir dengan Allah menolak pintu
hatinya.
11)
Antara bentuk mempermainkan Allah dan Rasulullah
SAW adalah menolak perintahNya dengan menggunakan logik akal.
Cth bani Israel nak cari pembunuh tapi Nabi
Musa disuruh menyembelih lembu. Syaitan juga guna logic akal tidak mahu sujud
Nabi Adam kerana dia lagi mulia, diperbuat dari api
12)
Siapa yang menolak perintah Allah dengan logic
akal maka dia adalah kafir.
Allahu Alam...
No comments:
Post a Comment