Tetapi sebelum itu, mari kita re-cap perbincangan ayat lepas, yang mana Bani Israel menggunakan logik akal untuk mengikut perintah Allah, dan Ustaz Abdul Muien mentadabburkan ayat ini, bahawa siapa
yang menolak perintah Allah dengan logik akal maka dia adalah kafir.
Mari kita misalkan dengan satu analogi mudah:
Adakah logik Rasulullah SAW menyuruh kita menutup mulut kita apabila kita menguap untuk mengelakkan syaitan dari masuk ke dalam mulut kita (dan seterusnya ke dalam tubuh badan kita)?
Apakah logiknya?
Logiknya adalah, kerana
Allah adalah Pencipta, maka kita wajar dan mesti ikut sahaja. Kata-kata Rasulullah juga adalah
wahyu yang diilhamkan oleh Allah, maka kita harus TERIMA sahaja. Sama juga seperti kata-kata Rasulullah di mana jika seseorang itu tidak bangun untuk solat subuh , maka syaitan akan kencing
di dalam telinga.
Mengapa Allah izinkan perkara seperti ini berlaku? Jawapannya adalah, setiap perbuatan sama ada yang baik atau yang buruk ,semua berlaku hanya dengan izin
Allah, tapi yang buruk itu tanpa redha Allah. Allah izinkan ia berlaku kerana hidup adalah
ujian untuk kita semua.
Kewajipan berdakwah
Contohnya andai kata kita ada seorang kawan yang tidak memakai tudung dan tidak menutup aurat, kerana mengikut hawa nafsunya, maka kita berkewajipan untuk berdakwah kepadanya.
Di dalam Al-Quran ada disebutkan , bahawaNabi Musa diminta berdakwah
kepada Firaun yang melampau kerana mengaku tuhan, malah Allah SWT menyuruh Nabi Musa agar menggunakan bahasa
yang lembut. Apatah lagi kita dengan kawan-kawan kita, yang tidak pernah pun mengaku diri mereka tuhan.
Contoh garis panduan untuk berdakwah dari surah Yassin pula:
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki
dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan
katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -
-
Tadabbur ayat:
- Datang dari hujung Bandar, selalunya orang itu miskin, berbanding orang yang duduk dalam bandar, biasanya orang kaya. Pada zaman itu, orang miskin lebih ramai yang beriman berbanding orang kaya (peratusan yang sikit)
- - Yas’aa – sifat orang beriman, datang dengan bersungguh-sungguh dgn cepat.
- - Berkata “wahai kaumku”, bererti kaumnya diajak dengan lembut walaupun orang bandar itu kebanyakannya adalah orang kafir. Ini menunjukkan pentingnya menjaga akhlak semasa berdakwah.
Bagaimana pula cara berdakwah kepada non muslim?
- - Contoh apabila Firaun bertanya kepada Nabi Musa AS, "siapa tuhan?", Nabi Musa jawab “Tuhan langit dan bumi”
- - Nabi Ibrahim AS pula apabila ditanya oleh Raja Namrud tentang siapa tuhan, jawab baginda: "Tuhan yang menghidup dan mematikan", maka Raja Namrud cuba menandinginya dengan membawa dua orang, beliau membunuh seorang, dan membiarkan seorang hidup. Kemudian Nabi Ibrahim memberitahu "Allah itu menerbitkan matahari dari timur", maka kalahlah Raja Namrud dalam perbahasan ini
- Contoh lain dalam berdakwah kepada non Muslim adalah, kisah Abu Sufyan (ketika itu belum Islam), yang ditanya oleh Raja Parsi, tentang apakah ajaran yang disuruh oleh Nabi Muhammad SAW, maka beliau menjawab perkara-perkara yang baik iaitu diseru mentauhidkan Allah, agar mendirikan solat, dan juga menjaga silaturrahim, iaitu perkara-perkara baik yang boleh diterima dan difahami oleh setiap manusia.
OK sekarang kita sambung tadabbur ayat ke 74 surah Al-Baqarah , in shaa Allah
Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu,
bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan
mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah
terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh
ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai
daripada apa yang kamu kerjakan.
Pengajaran
Kesan menolak/engkar perintah Allah adalah hati menjadi keras . Bani Isreal engkar satu perkara
sahaja iaitu enggan menyembelih lembu dan menjadi hati keras . Bayangkan kalau hati sudah hitam
(dek kerana banyak dosa), hidayah tidak mungkin boleh masuk ke dalam hati
Untuk kita faham dan nampak apa
maksud hati keras, kita hayati mengapa Allah gunakan perumpamaan batu,bukan besi, kerana besi
walaupun keras, masih boleh dilentur. Batu tidak mungkin dilentur. Hanya boleh
pecah, bukan dilentur
-
Mengapa Allah kata hati manusia boleh lebih keras
dari batu?
❤ Kerana
walaupun batu itu keras, ada juga terpancar sungai-sungai, yang air
keluar dan ada manusia yang boleh dimanfaatkan . Ada manusia yang hatinya
sangat keras hingga tidak ada manusia yang boleh mendapat manfaat darinya. Contohnya Firaun yang menyembelih anak-anak lelaki berkali-kali hidup-hidup dan
membiarkan perempuan hidup dalam keadaan hina (analogi batu jenis ini: kalau nak air yang keluar dari batu ini, kita perlu pergi sungai)
❤ Ada
batu yang pecah dan keluar darinya air (air ini bukan hanya di sungai, di mana-mana
sahaja boleh pecah dan keluar air) contohnya batu yang diketuk oleh Nabi
Musa dan terpancar air untuk kaumnya.
·
Antara contoh hati keras: baca Quran tidak
pernah nangis, solat 10 tahun tak pernah nangis, tapi tengok hindustan boleh
nangis, sedangkan kisah dalam Quran ini kisah benar, Allah yang ceritakan
·
Rasulullah SAW ada dosa (yang diampunkan) –
surah Al-faathu, Rasulullah SAW adalah manusia yang diampunkan tanpa taubat –
tapi Rasulullah solat sampai menangis membasahi janggut & tempat sujud
❤ Dari
batu itu, pasti ada yang jatuh sebab takut Allah – contoh: surah Al-Hasyr ayat 21
Sekiranya Kami
turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu tunduk
(khusyuk) serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah),
misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka
memikirkannya.
-
Ini akan berlaku (gunung itu pecah kerana takut) sekiranya gunung itu ada akal & faham
maksud ayat Al- Quran. Pada hari ini, ada manusia yang tak faham Al-Quran, sungguhpun dibaca Al-Quran itu, ia “tidak pecah”
juga. Siapa yang memahami dan menghayati Al-Quran, pasti hatinya "pecah" kerana takut kepada Allah.
Contohnya
- Saidina Umar semasa jahiliyah hatinya lebih keras dari batu, tetapi apabila masuk Islam, apabila mendengar sahaja ayat : "sesungguhnya azab Tuhanmu itu pasti berlaku" maka Saidina Umar RA jatuh sakit selama sebulan kerana mendengar ayat ini.
- 2. Pokok yang mati tidak boleh tumbuh semula, kalau
hati yang mati, pasti boleh hidup kembali. kita hayati hadith Qudsi ini untuk kita ambil pengajaran agar sentiasa bertaubat, agar Allah menghidupkan kembali hati-hati kita yang mungkin mati:
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Allah Ta'ala berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil (HR Bukhari)
- 3. Kisah Al- Fudhail bin ‘Iyad – beliau adalah seorang perompak yang jahat , yang tinggal pada zaman kerajaan Abasiyah . Suatu hari semasa beliau terdengar ayat ini semasa sedang memanjat rumah orang, untuk
mengintai tuan rumah itu iaitu dari Surah Al-Hadid ayat 16:
Belum sampaikah lagi
masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi
peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan
(kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang
telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang
lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang
fasik - derhaka
Di dalam ayat ini, Allah SWT seolah-olah merayu, "belum sampaikah masa untuk
orang beriman ini khusyuk apabila mendengar peringatan Al-Quran". Kalau manusia,
10 kali merayu tidak didengar, selalu kita akan putus asa, tetapi tidak bagi Allah SWT. Janganlah kita menjadi seperti orang yang sebelum ini dapat
kitab iaitu orang Yahudi & Nasrani tetapi masa berlalu terlalu lama hingga mereka
lupa kepada Allah, maka Allah menjadikan hati mereka keras. Kebanyakan orang Yahudi dan Nasrani ini juga adalah orang yang fasiq kerana mereka suka membuat dosa dan kekal membuat dosa.
Sungguhpun Al-Fudhail ini seorang yang jahat, tatkala Allah ingin memberikan hidayah kepadanya, beliau terus menjawab “al-an" iaitu sekarang.
Beliau terus bertaubat dan berpindah ke Madinah & kemudian ke Mekah. Apabila sampai di Mekah, beliau merasa dirinya sangat hina &
kotor & lalu beliau terdengar ayat yang menyeru supaya manusia “jangan putus asa dengan rahmat Allah” dan
terus beliau bertaubat. Surah Az-Zumar ayat 53 inilah yang seolah memberi dorongan padanya untuk bertaubat:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Beliau akhirnya menjadi seorang yg sangat dekat dengan Allah, sangat berilmu & kembali ke Baghdad sebagai orang yang berilmu & menjadi rujukan bagi pemerintah di zaman kerajaan Abasiyah itu.
Morale:
❤ Orang yang hatinya bersih, setiap ayat Quran itu boleh mengetuk pintu hatinya. Tumbuhan yang sudah mati dan kering, tidak mungkin hidup kembali, tetapi hati yang mati boleh dihidupkan kembali dgn rahmat & petunjuk dr Allah
❤ Apabila bertaubat, mesti ada perubahan & usaha ke arah perubahan, contoh Al-Fudhail berhijrah dari tempat beliau biasa membuat maksiat, ke tempat yg baik iaitu Madinah & Mekah
❤ Jangan
pandang hina orang yang masih bergelumang dgn dosa, dan merasa diri sudah baik
(& pasti masuk syurga). Hidayah itu milik Allah, mungkin satu hari org itu
akan lebih baik dr kita. Teruskan usaha dakwah kepada yang masih memerlukan. :
Masih berkaitan dengan hati manusia yang keras seperti batu ini, di dalam surah Az-Zumar ayat 22 pula Allah sebutkan :
"Jika demikian, adakah
orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap
berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang
tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang
keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah.
Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata."
- Tadabbur ayat:
Apabila kita di dalam gelap kita berasa takut,tetapi apabila mendapat cahaya, kita akan merasa selamat. Di sini Allah memberi perumpamaan orang yang dapat hidayah adalah seperti orang yang mendapat cahaya dan yang sentiasa seronok.
-
Musibah besar dalam hidup kita ini bukanlah kemiskinan, tetapi
hati yang keras, susah untuk beribadah, malah senang untuk berbuat maksiat (nauzubillahi minzalik)
- Allah berkata di dalam ayat ini: celaka bagi orang yang hati keras. Inilah kesesatan yang nyata iaitu orang yang hatinya keras. Contohnya Nabi Yunus AS gelisah kerana duduk dalam dosa,
bukan sebab duduk di dalam perut ikan. Buktinya baginda hanya minta ampun, bukan
minta dikeluarkan dari perut ikan. Apabila iman kuat, di mana kita berada pun
tidak jadi masalah
Sambungan kepada kisah Al-Fudhail, anak kepada Al-Fudhail ini, bernama Ali bin Fudhail , adalah seorang insan yang hatinya
terlalu lembut, apabila dibacakan ayat tentang azab Allah, beliau boleh menangis &
pengsan, walaupun dalam solat. Ayahnya selalu memeriksa dahulu jika anaknya ada di dalam jemaah untuk solat, dia tidak akan membaca ayat Al-Quran tentang azab Allah, kerana takut tangisan anaknya mengganggu jemaah yang lain.Pada suatu hari beliau terlupa untuk memeriksa , dan beliau telah membaca ayat tentang azab Allah. Maka dia pun mula terdengar anaknya menangis,dan kemudian anaknya
rebah & terus meninggal dunia.
Bagaimanakah cara untuk melembutkan hati?
1. Banyak mengingati hati kiamat . Di dalam Surah Hud ada banyak disebut tentang hari kiamat. Di riwayatkan bahawa rambut Rasulullah SAW
cepat beruban setelah turunnya surah ini, kerana Rasulullah SAW berasa takut dengan hari kiamat.
2. Pentingnya tadabbur Al-Quran. Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca dan dikhatam berulang kali, tetapi untuk difahami dan di hayati dengan tadabbur.
3. Zikir – ia adalah syarat melembutkan hati & juga syarat untuk
semua ibadah rasa ringan. Ketika berzikir, kita mestilah merasakan kebesaran Allah & merasakan diri ini
hina di hadapan Allah
4. Pupuk rasa cinta pada Allah. Macam mana nak anak-anak kita cinta Allah?
- - Usaha
- - Tingkatkan ilmu kita
- - Pelbagaikan cara
- - Pelbagaikan guru – kadang kala anak tak nak dengar kata kita, tapi nak dengar kata ustaz etc
Penutup ayat ini Allah sebutkan "Dan tidaklah Allah lalai tentang
apa yang kamu kerjakan"
Ini adalah amaran dari Allah,Allah beritahu sekali lagi perkara yang kita sudah tahu. Jika selepas mendapat peringatan demi peringatan, manusia masih juga mahu hati yang keras, Allah tidak akan pernah lupa
akan setiap apa yang kita lakukan .Orang yang cerdik tidak akan tangguh bertaubat pada esok hari, kerana kita tidak tahu bila kita akan mati. Bersegeralah kepada keampunan Allah kerana itulah tiket ke
syurga.
In shaa Allah
No comments:
Post a Comment