Subuh di Bursa, langit dihiasi sinaran matahari yang begitu indah. Mengintai dari sebalik gunung, cahayanya menjanjikan kehangatan buat 25 orang warga Malaysia yang baru bangkit dari tidur di bumi Turki ini. Sinaran mentari pagi selalu mengingatkan saya akan sepotong hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya kalau saya mengucapkan: Subhanallah walhamdu lillah wa la ilaha illallah wallahu akbar -yg artinya: Maha Suci Allah, segenap puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah adalah Maha Besar-, maka itu adalah lebih saya sukai daripada apa saja yang matahari terbit atasnya -yakni lebih disukai dari dunia dan seisinya ini.” (Riwayat Muslim)
Fajar di Bursa, Turkey, dari jendela kamar kami |
Subhanallah tidak dapat kita bayangkan, jangan kata matahari tidak terbit, jika ia terbit lambat 2 jam sahaja pun pasti kacau bilau satu dunia. Manusia gelabah tidak tahu sama ada subuh sudah berakhir, ayam bingung mahu berkokok, tumbuhan pula pasti dahagakan sinaran matahari untuk fotosintesis membina makanan. Hampir tidak ada satu makhluk atau objek di muka bumi ini pun yang tidak pernah bermandi cahaya matahari. Namun segala-galanya ini tidak dapat menandingi lafaz 4 kalimah mulia ini.
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Lailahaillallah..
Allahu Akbar!
Antara nikmat yang amat saya hargai dalam hidup ini adalah dapat menatap wajah kedua-dua ibu bapa saya. Sepanjang jaulah kali ini, saya dapat tinggal sebilik dengan mereka. Alhamdulillah nikmatnya dapat menatap wajah mereka setiap pagi.
Selesai mengemas pakaian dan bersiap, kami turun untuk bersarapan di restoran hotel. Ceria wajah Mama dan Ayah, kerana hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan mereka yang 44. Semua sahabat-sahabat yang bertemu dengan mereka, turut mengucapkan tahniah buat mereka.
Bersama Uncle Musa dan Auntie Aishah |
Pemandangan yang indah dari restoran hotel |
Kami bertolak dari hotel jam 8.30 , menuju ke tempat-tempat menarik di sekitar Bursa, termasuk Grand Mosque, Green Mosque dan Silk Bazaar. Oleh kerana kami diberitahu bahawa sutera di sini agak mahal, maka kami tidak membeli apa-apa, sekadar bergambar di sekitar bandar Bursa.
Tulip yang menghiasi jalan-jalan raya di Bursa |
Air pancut di tengah-tengah Grand Mosque yang boleh digunakan untuk mengambil wudhu oleh jemaah lelaki. "Skylight" pada kubah utama berguna untuk memberikan cahaya lembut di dalam ruang solat masjid. |
Di hadapan Grand Mosque |
Latar belakang Bank Of Turkey |
Green Tomb |
Green Mosque atau Yesil cami dalam bahasa Turki, di bina oleh Sultan Mehmet I Celebi |
Mihrab utama yang diatasnya terletak bilik khas untuk sultan pada masa dahulu |
Tulips di perkarangan Masjid Hijau |
Pemandangan kota Bursa |
Dari Bursa, kami meneruskan perjalanan sejauh 470 km yang mengambil masa 5 jam setengah untuk ke bandar pinggiran laut iaitu Kusadasi. Bandar ini terletak di sebelah Lautan Aegean , yang turut dikongsi oleh negara Greece.
Dalam perjalanan, kami singgah makan tengahari dan solat di sebuah R&R, sebelum meneruskan perjalanan ke sebuah kedai manisan Turkish Delight di Selcuk.
Simple celebration |
Bilik solat atau digelar mescid (masjid) di sini. |
Anatolian adalah salah satu jenama terkenal di Turkey ini untuk manisan khas Turki iaitu Turkish Delight, dan juga buah-buahan kering seperti kismis, aprikot dan buah tin. Pertanian adalah hasil pendapatan negara Turki yang ke empat terbesar, selepas automobil, tekstil dan pelancongan.
Hebatnya hos kami petang ini, beliau boleh bercakap bahasa Melayu dengan fasih. Sambil menerangkan tentang produk-produk yang boleh dibeli di sini, kami dipersilakan minum teh epal Turki yang terkenal, dan kami bebas memilih mana-mana manisan yang disediakan untuk dicuba.
Perjalanan ke hotel kami hanyalah mengambil masa lebih kurang setengah jam, dari kedai Anatolian tadi. Pemandangan persisiran pantai yang indah dan bayu laut yang lembut, menyapa ketibaan kami.
Royal Palace Hotel tempat kami menginap untuk hari ini, masih dalam proses renovasi, tetapi cukup selesa Alhamdulillah. Pemandangan dari balkoni, terasa seperti kami sudah sampai ke salah sebuah negara Mediterranean.
Makan malam di hotel, hidangan amat banyak dan menyelerakan. Tambahan pula Mama membawa sambal tempe kesukaan saya, Alhamdulillah... Pelayan di restoran turut ingin bergambar bersama Mama dan Ayah apabila melihat banner kecil "Happy Anniversary" mereka.
still calorie counting plus tempe :) |
Syarikat tour guide Turki kami |
Kami berehat dahulu, sebelum meneruskan penjelajahan bumi Turki pada esok hari in shaa Allah...
No comments:
Post a Comment