Aktiviti ini adalah antara aktiviti untuk menjana dana untuk membina Sekolah Al-Amin, dan untuk mendidik ibu bapa dalam melahirkan generasi soleh dan musleh.
Di sini saya kongsikan sedikit perkongsian dari 3 penceramah pertama hari ini:
SOLEH WA MUSLEH ART OF PARENTING (SMART PARENTING) SEMINAR
SRI AL-AMIN WANGSA MAJU (25/4/15)
Dewan Utama Menara Razak UTM Jalan Semarak
Objektif
- Fahami peranan ibubapa muslim
- Fahami peringkat pembesaran anak-anak
- Melahirkan generasi Al-Quran
SLOT 1: ASAS KESIHATAN KANAK-KANAK UNTUK IBUBAPA (Prof Dr Amaluddin Ahmad)
Bermulanya perkembangan anak-anak itu dari baka dan benih, serta ladang yang baik.
Baka itu dari bapa, ladang itu si ibu – hingga mencetuskan benih yang baik iaitu anak.
Ada factor yang kita boleh ubah atau cuba ubah, ada yang tidak boleh diubah kerana ia sudah ketetapan Allah
Fasa pertumbuhan
Pasangan ibu bapa itu : memberikan sumbangan genetic yang penting untuk anak itu contohnya ibu bapa yang pandai seni, aktif sukan dan sebagainya. Di luar negara, sudah ada “sperm shopping” atau “designer baby” iaitu lelaki dan wanita itu memilih genetic yang ingin diwujudkan dalam bakal anak mereka, contoh Christiano Ronaldo.
Pasangan dan hubungan yang sah penting juga kerana sekarang ini skala bayi yang lahir dari hubungan yang tidak sah sudah terlalu besar.
- Dari persenyawaan, tumbuh satu embrio yang berkembang hingga menjadi insan yang sempurna atau tidak
- Baka + ladang = benih + biah solehah + perkembangan emosi dalam kandungan + pemakanan yang baik semasa hamil.
- Bapa yang harus menjaga ibu semasa hamil untuk memastikan perkembangan anak yang pertama itu berlaku dengan sempurna
Pengalaman Dr Amal sendiri: datang dari sekolah yang menitik beratkan perkembangan sukan, aktiviti kokurikulum, kecemerlangan akademi dan sebagainya, tetapi langsung tidak menitik beratkan tentang aspek spiritual. Ketika 13 tahun masuk asrama , sendiri merasakan deficient apabila tidak pandai mengaji. Beliau cari ilmu dengan kawan yang pandai mengaji, dan cari imam di HKL apabila bekerja di sana. Tetapi anak mula pandai mengaji, iaitu 2 orang anak pertama. Selepas balik dari haji, berazam untuk dapat anak yang mantap dalam Al-Quran, hingga anak ketiga jadi antara perintis untuk huffaz yang paling cepat menghafaz iaitu dalam masa 14 bulan sahaja di Maahad Tahfiz Al-Amin Sungai Tangkas, tanpa paksaan. Beliau menghafaz 10 mukasurat satu hari . Reward yang beliau mahu adalah menunaikan umrah, dan playstation.
Fasa pertumbuhan.
1) Fetal phase – TORCHES : toxoplasma, rubella, chlamydia, herpes, syphilis bahaya untuk bayi
- Nutrisi yang penting semas ahamil contoh folic acid untuk elak spina bifida
- Fungsi thyroid penting
- Semasa bayi lahir itu, dia sudah ada tahapan IQ tersendiri, bergantung kepada perkembangan semasa dalam rahim. Contoh semasa lahir tahapan ini ada yang “myvi”, ada “Maserati”, memang tak boleh lawan antara satu sama lain apabila besar nanti
- Zat besi penting, contoh kalau ibu ada masalah tumpah darah, pucat etc, boleh ganggu pertumbuhan bayi
2) Infantile phase (umur 1 jam hingga 1 tahun)
- Perlu hormone, nutrisi dan kasih sayang
3) Childhood phase (1 tahun hingga pra-baligh)
- Perlu growth hormone dan
4) Pubertal phase
30 % peratus pertumbuhan anak berlaku dalam rahim lagi
- Bagaimana dengan supplemen yang anak boleh jadi bijak? Kalau berdasarkan testimonial sahaja, tidak kuat. 90% supplemen dipasaran tidak berguna. Ikut sahaja panduan dari KKM seperti folic acid, iron dan sebagainya.
- Susu ibu yang terbaik, penuh dengan nutrisi yang terbaik untuk anak termasuk DHA dan sebagainya. Di Malaysia Enfagrow disenaraikan sebagai susu formula terpopular , tetapi semua DHA dan sebagainya yang diuar-uarkan semua ada di dalam susu ibu. DHA dari Enfagrow hanya dari ikan, ikan tidaklah “sepandai” manusia.
- Antibodi dan iron dari susu ibu tidak cukup selepas 6 bulan. Ia diberi sebelum 6 bulan sebab by the time 6 month, antibody ibu sudah depleted tapi baby sudah cukup immunity
- Double birth weight masa 6 month – target . bukan nak anak sangat tembam, masa 6 bulan dah 8 kg, 7 tahun dah 40 kg, 12 tahun dah diabetes, 28tahun dah sakit jantung. Semua bermula dgn nutrisi
15 % pertumbuhan adalah semasa infantile (umur 1 hari hingga 1 tahun)
Isu Vaksinasi:
- Ada ibu pesakit yang bekerja sebagai guru, tidak memvaksinate baby hingga usia 10 bulan, atas alasan sebab ada unsur najis vaksin. Rebuttal , apabila doctor tanya vaksin mana yang ada unsur najis? Dia tak pasti, rasanya “semua”. Di Malaysia ada 10 vaksin yang wajib, dan 7 yang dipilih (tak dapat semua kerana Malaysia tidak cukup budget untuk beri semua seperti di Singapura).
- 80 % daripada kanak-kanak di dalam wad adalah dari penyakit yang boleh dielakkan (preventable) .contoh lain orang yang sakit jatung, orang yang 4 salur darah tersumbat. Ia tidak berlaku tiba-tiba overnight, tetapi dalam jangka masa 10-15 tahun. Ada factor yang boleh diubah iaitu factor pemakanan, merokok etc --> premature death /avoidable death
- Contoh penyakit yang mencacatkan bayi : pneumonia, cirit birit, cacat otak --> boleh dielakkan dengan vaksin
- Guru itu: tak pasti pun yang mana satu yang najis .sebenarnya hanya rotavirus sahaja yang dikatakan ada unsur khinzir. Kita sekarang tidak dengar tentang kisah batuk kokol, polio kerana kita sudah diimunisasi dan sudah ada herd immunity. Di England dan Wales 13,000 orang sudah kena batuk kokol.
- Ada orang kata chicken pox sahaja, orang dulu-dulu pun kena? Kalau orang besar kena memang tak apa, tapi bayi yang sangat lemah imunitinya, boleh kena cacat otak dengan chicken pox
- Sekarang ini Dr Amal dapat jumpa patient chicken pox setiap minggu
Nutrisi
- Jika hanya minum susu ibu selepas 6 bulan, tak cukup iron, magnesium dan sebagainya
- Selepas 6 bulan, perlu ada makanan tambahan. Ini boleh menjejaskan perkembangan otak
Zaman kanak-kanak (2-12 tahun) – 40% pertumbuhan kanak-kanak
- Di Malaysia : masalah besar adalah obesity --> ada kajian menunjukkan IQ dan social skills kanak-kanak yang obes adalah rendah. Semua bermula dengan fast food, colouring, additive.
- Mungkin kerana obes, badan terpaksa berkerja keras untuk buang toxic
- Kanak-kanak juga perlu good health dan happiness – bermula dari kawin lari, tiada restu ibu bapa, keluarga tidak bahagia, anak-anak terabai.
- Anak-anak terabai ini boleh jadi deliberate atau tidak .contoh deliberate jatuh lif, jatuh escalator, lemas dalam kereta, jatuh tali air, terminum sabun di rumah , jatuh walker dan cedera dalam otak (home accident) --> berlaku setiap bulan di hospital
Pesanan akhir Dr Amal:
- Kalau nak anak tahfiz, setiap hari kena solat tahjjud dan doa untuk anak
- Puasa sama-sama dengan anak
- Kalau kita nak anak capai sesuatu, kita kena ada contribution, bermula dengan diri kita sendiri
UCAPAN PEMBUKAAN: EN TUAN YAACOB TUAN SOFF (PENGERUSI AHLI LEMBAGA PENGELOLA SRIAAWP)
- Peranan kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak (hadis setiap anak-anak yang dilahirkan itu adalah fitrah) --> peranan kita dalam mencorakkan anak-anak kita.
- Menjadi seorang ibu bapa adalah satu peranan yang sangat besar : surah At-Tahrim ayat 6 : jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka.
- Anak-anak itu amanah, dan tugas mendidik mereka itu adalah amanah buat kita, bukan berlepas tangan apabila dikurniakan anak.
- Dijangka pembinaan sekolah akan bermula hujung tahun ini.
UCAPAN PERASMIAN DATUK DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI (Mufti Wilayah Persekutuan)
- Tanggungjawab mendidik anak-anak sangat besar. Kadang kala kita sangat bercita-cita untuk meletakkan anak kita di satu kedudukan yang tinggi, tetapi ada kekangan mungkin dari pihak kita, pihak sekolah, kita tidak dapat mencapainya. Tetapi yakinlah di belakang anak itu ada satu keluarga yang unggul di belakangnya, paling penting peranan ibu, disokong oleh bapa
- Sejarah adalah bukti yang paling kuat . Imam Shafie jadi unggul kerana ibunya, Imam ghazali di suruh oleh ibunya memakai pakaian seorang ulama dahulu agar dia menjadi seorang ulama juga, Dr Yusuf Al-Qardhawi dan Imam Hassan Al-Banna juga mempunyai sejarah keluarga iaitu ibu yang kuat.
- Ada kala kita rasa apabila makan pakai sudah selesai, tetapi sebenarnya apa yang lebih penting adalah untuk di ibu menyantuni anak-anak itu
- Pelaburan terbesar : mendidik anak-anak hingga mencapai kecemerlangan & mengadab dan mengakhlakkan anak-anak dengan akhlak yang tinggi . Gabungan dua aspek ini, akan membentuk manusiawi rabbani yang amat luar biasa.
- Bagaimana akhlak anak itu adalah cerminan bagaimana keadaan di rumah. Anak-anak akan belajar dari apa yang kita buat, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Apabila ia sudah berlaku, ia sukar diubah.
- Bila kali terakhir kita suruh anak kita solat, bila kali terakhir kita pimpin tangan anak-anak dan isteri kita ke majlis ilmu sekurang-kurangnya seminggu sekali.
- Ada kala kita didik anak kita hingga mencapai kecemerlangan akademik, dan bertemu jodoh dengan orang pilihannya. Kita melihat dengan rasa bangga dan gembira, zahirnya nampak bahagia, tetapi rumah tangga itu hanya bertahan 2-3 tahun. Mengapa? Kita rasa anak kita sudah berilmu dan berkelulusan, anak kita sudah ok.
- Graf kebahagiaan tertinggi adalah zaman Rasulullah dan para sahabat, kerana Mursyid nya adalah Rasulullah SAW. Hati-hati yang tenang.
- Untuk para guru, cabaran yang besar nak melahirkan generasi dengan syakhsiah yang terbaik. Mindset untuk melahirkan generasi yang baik,bukan sekadar menjalankan tanggungjawab urus sekolah. Ada university yang menumpang nama pensyarah, ada pensyarah yang menumpang nama university yang hebat. Begitu juga guru-guru sekolah. Kalau pergi melangkah ke sekolah sudah tidak ikhlas, susahlah.
- Jika seorang guru itu hebat, percikan kehebatan itu akan terkena pada hati-hati muridnya. Jika ada seorang insan yang hebat, dari tadika hingga ke university, tak kurang 200-300 orang guru yang mengajarnya, tapi jika ditanya berapa ramai guru yang menyentuh hati? Mungkin tak lebih dari 5
- Kesan ikhlas : dapat pahala dan dapat kesan pada hati
- Sebagai guru, elakkan dari isu yang remeh temeh contoh untuk berebut jawatan, hubungan tidak erat dan tiada kerjasama, hala tuju dan matlamat yang berbeza ,ini menyebabkan tidak akan dapat mencapai piagam sekolah yang menjadi hala tuju.
- Faham target sasaran . Sekolah yang baik ada yang banyak, tapi tiada yang luar biasa. Orang yang biasa, jika ada strategi , ia akan jadi orang yang luar biasa. Contoh dalam Piala Dunia, ada yang jangka Portugal menang sbb ada Ronaldo, England sbb ada Rooney, Argentina sebab ada Messi, tapi yang menang Germany, kerana mereka ada PASUKAN yang baik, bukan individu yang hebat.
- Mindset untuk jadi TERBAIK. Bukan sekadar kata-kata tetapi mesti ada strategi.
Upacara Perasmian |
SLOT 2: MENDIDIK IMAN DALAM DIRI ANAK-ANAK(USTAZ MOHAMMAD NIDZAM ABDUL KADIR (Pensyarah UIA, Panelis Tanyalah Ustaz T9, Al-Kuliyyah)
Apabila manusia dalam keadaan sakit, iman akan bertambah kerana dia sedar bahawa dia sedar dia sedang diuji. Ayat Al-Quran: “Ingatlah kepada Aku (Allah), nescaya Aku akan ingat kepada kamu.”
- ingat kepada Allah semasa senang, Allah akan ingat kita semasa kita susah. Tapi selalunya kita hanya ingat Allah semasa susah.
- Ingatlah pada Allah ketika kita sihat, Allah akan ingat kita semasa kita sakit. Tapi kita ingat Allah hanya semasa kita sakit.
- Ingat juga Allah ketika kaya, ketika senang etc
Sifat iman itu turun naik : dalil Surah Ali Imran ayat 143 & 173, surah At-Taubah ayat 124
- Sesungguhnya kamu berharap untuk bertemu dengan kematian sebelum ini, maka sekarang kamu melihatnya dan kami memerhatikannya. Ã sahabat-sahabat yang syahid 70 orang dalam Perang Badar (313 total tentera Islam), mereka yang belum pergi berperang mengharapkan untuk berperang untuk mati syahid dalam perang seterusnya . Sebelum berlaku perang, mereka bercita-cita untuk mati syahid, tetapi apabila Perang Uhud, tentera Islam semakin hampir kepada kekalahan, 49 orang dari 50 pemanah meninggalkan bukit pemanah, hingga Rasulullah dikatakan sudah meninggal (ada seorang musyrikin yang mengetuk kepala Rasulullah SAW dengan pedang dan menyebarkan yang Rasulullah SAW itu sudah mati), sahabat-sahabat mula rasa gementar, takut untuk mati. Moral: sebelum kita diuji dengan kesusahan, kita semangat, contoh kita melihat sahabat kita sakit, kita kata “sabar, ini ujian Allah yang kecil sahaja”, tetapi apabila kita yang ditimpa pula kesakitan itu, kita tidak sabar.
Adakah kita benar-benar faham sifat Allah yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui?
- Contoh orang yang melakukan maksiat sedangkan tahu Allah Maha Melihat? Sifat Allah itu tidak menyerap ke dalam hatinya. Tahu tetapi tidak faham.
Kurangnya iman yang turun naik, kadangkala sampai ke tahap yang tidak ada langsung iman di dalam hatinya.
- Contoh ada pelajar yang tidak percaya nya Allah, tidak percaya hadis & tidak percaya kepada Israk Miraj (peristiwa kurangkan solat 50 waktu kepada 5 waktu, Allah kan Maha Mengetahui kenapa tak bagi 5 waktu sahaja terus?) , tetapi percaya kepada Al-Quran. Hujah rebuttal : dalam AL-Quran pun ada ayat yang Allah beri satu perintah tetapi Allah ganti dengan perintah yang lain. Ayat Surah Al-Baqarah : Allah tidak mansuhkan satu ayat atau lupakan satu ayat melainkan Allah ganti dengan ayat yang lain. Ayat lain: mulanya satu Muslim lawan dengan 10 orang kafir, kemudian Allah ringankan kerana Allah tahu manusia ini lemah, maka dikurangkan kepada 1:2 , seorang Muslim lawan dengan 2 orang kafir. Adakah Allah tidak tahu hingga terpaksa turunkan ayat untuk mengubah?
- Asasnya : KITA KENA TERIMA SEMUA HUKUM ALLAH. --> Surah An-Nisa ayat 65. Kadang kala kita tak mampu nak laksanakan hukum Allah, kita beri alasan ia tidak sesuai dengan masyarakat etc. Kita kena TERIMA dahulu, soal boleh laksanakan atau tidak itu soal ke dua.
- Contoh masalah solat di kalangan anak-anak, sudah 13 tahun tidak solat. Dosa tidak solat, dengan dosa tidak menerima perintah solat atau memperlekehkan hukum itu, dosa tidak menerima perintah itu lebih besar lagi! Dosa memperlekehkan hukum Allah itu --> KAFIR
- Sama dengan hukum hudud, kita kena terima dan beriman dahulu dengan hukum itu dahulu. Jaga iman kita. Jika kita memperlekeh hukum itu: berdosa. Kalau tidak tahu macammana nak laksanakan, itu soal ke dua.
- Kes Alvin Tan kutuk azan, ada orang di Madinah yang menghina azan juga iaitu Abu Makhzura (orang Mekah) , Rasulullah SAW yang ketika itu berkuasa di Madinah , panggil dia bersama para sahabat, Rasulullah Saw mendekati dia, bertanya khabar dan bertanya baik , dan semua orang yang lain dilepaskan pulang. Selesai sembang, Rasulullah pegang bahunya, tepuk dan kemudian pegang dada Abu Makhzura dan Baginda berdoa agar Allah beri hidayah kepadanya. Selepas Rasulullah SAW lepaskan dia, dia beritahu dia mahu masuk Islam. Rasulullah SAW ajarkan dia mengucap. Dia minta satu tugasan dari Rasulullah SAW dan Baginda minta dia balik ke Mekah dan menjadi tukang azan di Masjidil haram di Mekah, sedangkan sebelum ini beliau kutuk azan. Doakan Alvin Tan menjadi Abu Makhzura yang kedua, dia yang dibesarkan bukan dalam suasana Islam, tapi dia boleh hafaz azan
Bacaan Al-Quran dengan tadabbur (tafsir itu lebih mendalam, cukup dengan tadabbur)
- Fahami pengajaran yang Allah nak sampaikan dengan ayat ini . Contoh surah Al-Anfal, ayat 2 : apabila dibacakan ke atas mereka ayatnya, maka ia menambahkan mereka akan iman. Dalam surah Al-Kahfi tentang bilangan ashabul kahfi, 3 (plus 1 anjing), atau 5 (plus 1 anjing) atau 7 (plus 1 anjingnya), ada 3 pendapat. KAtakanlah Allah lebih mengetahui bilangan mereka : Allah dah tahu, kenapa Allah tak beritahu? Tak ada faedah kepada kita.
- Surah Luqman memberi nasihat kepada anaknya ,“wahai anakku, janganlah kamu mensyirikkan tuhan kamu” --> masalah iman dan aqidah --> guna prinsip NASIHAT. Tak penting kita nak tahu Luqman tinggal dalam zaman siapa, siapa dia etc. yang penting nasihat-nasihat beliau
Memelihara diri dari amalan yang bertentangan dengan Islam.
- Syirik
- Dosa
- Perkara yang tidak jelas dalam agama : contohnya kes para sahabat mencium tangan dan kaki Rasulullah SAW. Perlu ke kita mencium kaki orang yang dianggap wali Allah? Ramai yang berhujah, kita boleh cium kaki orang soleh kerana sahabat cium kaki Nabi. Tetapi sahabat cium kaki Rasulullah, kita nak cium kaki orang lain. Orang lain ini tidak sama dengan Rasulullah SAW. Kenapa nak angkat martabat orang lain ini setinggi taraf Rasulullah ? Ada sahabat ambil ludah Rasulullah SAW dan ambil lumur di muka dan badan, kenapa pula tak mahu ambil ludah orang itu?
Logik akal
- Firman Allah “ semoga kamu berfikir” .
- Imam abu hanifa semasa berhujjah dengan orang atheist, guna logic akal kerana mereka tidak percaya Al-Quran dan hadis
Ajarkan anak
- Mencintai Nabi
- Mencintai ahli keluarga Nabi
- Membaca Al-Quran
- Zikir kepada Allah
- Kita mesti minta kasih sayang Allah dulu, radhiallahu anhum waradhu an: Allah redha kepada mereka, kemudian mereka redha kepada Allah.
Soalan :bagaimana mencintai nabi dan ahli keluarga nabi --> kenalkan tentang nabi dan anak nabi kepada anak-anak kita. Generasi salaf suka menceritakan tentang nabi dan para sahabat & ahli keluarga nabi .
SLOT 3: MENDIDIK PENCINTA AL-QURAN (USTAZAH NADZIRAH MOHD, PENOLONG PROFESSOR JABATAN AL-QURAN DAN SUNNAH UIA, PANELIST TANYALAH USTAZAH)
Nak mendidik anak pembaca Al-Quran, mungkin mudah tetapi nak melahirkan pencinta Al-Quran agak mencabar.
Orang yang mencintai Allah dan Al-Quran, akan meletakkan segenap sisi kehidupan mereka untuk Allah dan Al-Quran.
Tanya diri kita : DI MANA AL-QURAN DI HATI KITA DAN ANAK-ANAK KITA?
Umat Islam tidak boleh jauh dari Al-Quran walaupun sekadar membaca tanpa memahami. Tetapi tidak boleh juga merasakan bahawa tugas kita selesai dengan membaca sahaja.
Al-Quran itu perkataan asal, bukan dari Qira’ah atau “bacaan”
Boleh membaca Al-Quran dengan hati tetapi terbaik adalah baca Al-Quran dengan bacaan yang jelas dan sebutan yang baik.
Al-Quran
- Ada banyak nama-nama seperti Quran, Al-Quran, Al-kitab
- Bukan sekadar kitab yang memadai untuk dibaca sahaja
- Bagaimana bacaan Al-quran ini mampu membuka rahsia yang diciptakan oleh Allah
- Surah Thoha baca ayat 1-5 digalakkan baca untuk menjadi doa buat anak-anak kita, agar lembut hati mereka dan Al-Quran itu bertapak dalam hati mereka à sebagaimana hati ini melembutkan hati Saidina Umar Al-Khattab
Sebelum kita nak mendidik anak-anak kita mencintai Al-Quran, KITA DAHULU KENA MENCINTAI AL-QURAN.
- Ada ibu bapa yang bercita-cita nak anak tahfiz tetapi baca Quran setahun sekali sahaja semasa Ramadhan, nak ikut tadarrus Al-Quran Jibrail dengan Rasullullah
Kenapa kita mesti MENCINTAI Al-Quran?
- Surah Al-Baqarah ayat 2
- Al-kitab yang menjadi petunjuk dan hidayah Allah bagi orang yang bertaqwa, bukan orang muslimin atau orang mukminin.
Mukjizat Al-Quran
- Al-hasyr ayat 21: kalau Allah turunkan Al-Quran di atas sebuah bukit, seolah-olah bukit itu tunduk dan takut kepada Allah, mudah-mudahan kita akan berfikir
- Semoga hafazan Al-Quran anak-anak kita memberi impak kepada akhlak mereka.
Kenal siapa tuhan
- Surah Al-Baqarah ayat 255 (Ayatul Qursi) : semasa diturunkan diiringi dengan ribuan para malaikat. Syaitan-syaitan bertempiaran lari. Ayat ini yang biasa dihafaz, biar mereka faham kenapa ayat ini di sebut ayatul Qursi. Biar anak-anak rasa walaupun dari satu ayat, Allah sentiasa bersama dengan semua makhluk-makhluk ciptaanNya di muka bumi ini
Lima soalan dalam diri --> PETUNJUK
1) Siapa diri kita
2) Dari mana kita datang?
3) Apa matlamat hidup kita?
4) Ke mana kita akan pergi?
5) Apa kesudahan hidup kita?
Surah Al-ikhlas ,jika anak tanya kisah disebalik surah ini, dapatkah kita jawab?
-asbabun nuzul : turun bersempena soalan yang dikemukakan musyrikin Mekah : wahai Muhammad, ceritakan tentang tuhan kamu, ada warnakah? (soalan majazi) Allah turunkan surah Al-Ikhlas : Katakanlah wahai Muhammad, Tuhan itu satu. --> mulakan dengan surah yang mudah, untuk ajar anak-anak tentang kisah disebaliknya dan dekatkan mereka dengan Al-Quran.
- Biasakan anak-anak dengan application Al-Quran dalam gadjet juga,bukan sahaja untuk game
Al-Quran menggalakkan manusia berfikir (kita dan anak-anak)
- Renungan di sebalik penciptaan langit dan bumi .
- Bawa Al-Quran untuk baca di tepi laut ketika bawa anak-anak ke pantai. Lihat lautan yang terbentang luas, langit yang menaungi. Selain bawa makanan yang penuh sebakul, bawa Al-Quran yang boleh memberi “makanan” buat jiwa anak-anak.
Kelebihan Pencinta Al-Quran
- Mukjizat Al-Quran
- Kelebihan para huffaz : mesti ada hasrat nak sekurang-kurangnya ada seorang yang jadi al-hafiz/al-hafizah dalam keluarga. Mesti bermula dengan NIAT dan QASAD dalam hati kita. Jika di Pakistan, trend untuk anak-anak hafaz Quran sebelum baligh. Sebelum belajar perkara lain, settle Al-Quran dahulu. Selepas hafaz Al-Quran, hafaz pula matan-matan hadith.
- Anak-anak sebelum 20 tahun, memori mereka sangat kuat dan hebat. Kalau ada anak yang boleh hafaz lagu dengan banyak, alangkah baiknya jika mereka hafaz Al-Quran.
- Sebagai ibu bapa, JANGAN ADA RASA INGIN BANGGA DIRI DENGAN ANAK YANG HUFFAZ, sekadar untuk menjadi contoh bandingan utk anak-anak orang lain.
- Salah satu anak ustazah dihantar ke Maahad Tahfiz Sains (MTS) . Projek selepas hafaz Al-Quran, bawa anak murid ke Mekah untuk menghafaz & khatam sekali lagi disana (Mekah dan Madinah).
- Suasana sekolah yang sentiasa membaca Al-Quran setiap masa
- Apabila pulang ke rumah,anak-anak saling tasmik bacaan satu sama lain.
- Al-Quran itu tidak boleh ditinggal walaupun sehari, nanti hafazan terlupa. Ada method muraja’ah yang tegas : sehari sekurang-kurangnya satu juzuk, hingga boleh 2 hingga 3 juzuk sehari. Ada sebahagian imam fiqah ini, khatam Quran setiap malam jumaat, 3-4 juzuk sehari muraja’ah
- Ada cara “tebuk” , mula dari ayat 51 surah Al-Baqarah, kemudian ayat 100 etc. bukan mula dari mula surah untuk pastikan hafazan mantap.
Fenomena penghafaz Al-Quran tetapi malu untuk mengaku.
- Takut ditanya oleh lecturer
- Perlu diberi keyakinan oleh ibu bapa untuk jaga Al-Quran .
- Muraja’ah hingga boleh tahu ayat dan surah itu di mana
- Al-Quran itu berada di dalam hati
Jihad para penghafaz Al-Quran
- Fardhu kifayah – perlu ada orang yang ada 30 juzuk di dalam dada mereka
Buku log huffaz:
- Menulis semula ayat-ayat Al-Quran dengan baris dan tanda etc.
- Sama seperti para sahabat yang ditugaskan untuk menulis al-Quran
- Jam’ul Quran
Kaedah jibrail dalam menghafaz
- Apa yang kita baca hari ini adalah cara jibrail baca
- Cara 5-5 contoh surah Al-Alaq turun 5 ayat, kemudian 10-10, ada surah yang turun penuh contoh surah pendek.
- Jangan tergesa-gesa dalam menghafaz : contoh dlam masa 3 tahun sekurang-kurangnya dalam masa 2 tahun
Tidak semestinya anak yang tidak huffaz itu bukan pencinta Al-Quran
- Andai anak memang tidak ada kemampuan untuk hafaz 30 juzuk, biar ikut kemampuan. Contoh hafaz 10 juzuk dulu tetapi MANTAP, kemudian tambah sedikit demi sedikit.
Ahlul Quran : pencinta Al-Quran
- Dekat dengan Al-Quran : sehari tak baca Al-Quran, kita gelisah.
- Bahagia dengan Al-Quran
Persediaan melahirkan Ahlul Quran
1) Persediaan ibu ayah – niat seawal usia.
2) Biah solehah – stand untuk satu Quran besar di rumah, ayat Al-Quran di rumah, tampal ayat di dalam kereta, baca surah panjang di dalam solat supaya menjaga bacaaan kita di dalam dan di luar solat
3) Pemilihan sekolah
No comments:
Post a Comment