Seminar Soleh Wa Musleh Art of Parenting (SMART
Parenting) 24 April 2015
Dewan Utama Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) Jalan Semarak
SLOT 4 : PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN PERKEMBANGAN MINDA (PUAN
AZLILA HANITA ABDUL AZIZ, Child Developmentalist, Pengajar Institur
Pembangungan Keluarga dan Kanak-Kanak NURY)
Titik
mula Institut keluarga dan kanak-kanak NURY pad atahun 1983, bermula dengan 4
orang peserta sahaja, dengan motto “kita tak pernah berhenti belajar”
“Movement is the door to learning” – Dr Paul E Dennison ,
Brain Gym
Apa signifikannya guna tangan kanan atau kiri?
- · Guna tangan/kaki (juga mata dan telinga) selaras dengan hemisfera yang dominan
- · Konsep hemisfera dominon atau laterality
- · Kita guna otak kiri untuk kawal bahagian badan kanan
- · Selalunya semua ini selaras
-
Kita boleh berfungsi dengan menggunakan
sebahagian sahaja dari otak. Itu kelebihan yang Allah berikan, tetapi kita
perlu “ketua” iaitu sama ada hemisfera kanan atau kiri. Yang satu mengarah,
yang satu lagi bersetuju untuk tidak melawan
-
Apabila anak sudah mendapat bahagian yang
dominon pada usia 3-6 tahun, ia sudah mendapat “ketua” yang mengarahkan tubuh
badannya.
-
Kecelaruan “ketua” , berlaku apabila tidak ada
satu yang dominon. Contoh satu pen jatuh, otak berlawan untuk gunakan bahagian
mana untuk mengutip pen itu, kiri atau kanan.
-
Bagaimana kalau orang yang ambidextrous (dua-dua
belah boleh guna)?
Selepas dapat satu bahagian yang dominon, baru kedua-dua
akan belajar untuk berguna, tetapi masih lagi yang dominon itu lebih kuat.
-
Rangsangan visual, auditori dan daya sentuh di
peringkat awal, bersama dengan peluang motor untuk bergerakdan menggunakan
manual memberikan kedua hemisfera ini maklumat supaya boleh bekerjasama dalam
koordinasi yang baik
Pembentukan dominon : kiri dan
kanan
·
Ditentukan oleh genetic
·
Jika diubah, anak itu akan mengalami kelemahan dalam pembesaran
Mixed dominance
·
Contoh yang menulis dengan tangan kanan, potong
sayur dengan tangan kiri.
·
Kiri ada, kanan pun ada
·
Ada 2 otak yang fight untuk jadi dominance –
contoh nak ambil pen yang jatuh tadi, tak tahu nak ambil dengan tangan kanan
atau tangan kiri
·
Bukan clumsy, tapi ada masalah mixed dominance
·
Atau boleh jadi juga ia akan jadi orang yang
SUSAH MEMBUAT KEPUTUSAN
·
Anak-anak yang ada mixed dominance juga kadang
kala jadi gagap
Hemisfera dominan/laterality
- Anak yang mencapai laterality yang sempurna adalah lebih bersedia untuk
menghadapi cabaran intelektual, fizikal dan social yang akan datang.
Kenapa mixed dominance terjadi?
· . Diajar guna tangan kanan walaupun lebih selesa
dengan tangan kiri – terdapat 85% yang menggunakan tangan kanan
· Meniru abang/kakak – anak kecil senang dipengaruhi factor persekitaran
· Jangan ubah kecenderungan anak,kecuali perkara sunnah seperti makan. Menulis/melukis biarkan guna tangan yang dia suka
· Orang kidal, guna otak kanan lebih, dan lebih kreatif, jadi jangan halang
· Kadang kala ia juga disebabkan oleh kecederaan otak yang tidak terlalu serius dan boleh dirawat
· Meniru abang/kakak – anak kecil senang dipengaruhi factor persekitaran
· Jangan ubah kecenderungan anak,kecuali perkara sunnah seperti makan. Menulis/melukis biarkan guna tangan yang dia suka
· Orang kidal, guna otak kanan lebih, dan lebih kreatif, jadi jangan halang
· Kadang kala ia juga disebabkan oleh kecederaan otak yang tidak terlalu serius dan boleh dirawat
Bagaimana memastikan anak membentuk laterality?
1)
Persekitaran yang kaya dengan rangsangan visual,
auditori, sentuhan dan lain-lain (slide
neurons) – lebih banyak kita simpan memori, lebih banyak yang mampu di simpan.
Tidak ada istilah “terbakar otak” sebab terlalu banyak informasi
– pruning berlaku dari jarak usia 7 hingga
15 tahun, apabila jika kita tidak guna otak kita, akan ada neuron atau dendrite
yang mati/tidur/tidak berfungsi
2)
Memberi peluang tidak terhad untuk bergerak
sejak dari bayi
– pembangunan otak berlaku di korteks otak
– kemampuan untuk membuat sesuatu pekerjaan dengan tangan dan kaki selaras
dengan hemisfera yang dominon
– berjalan dan berlari dalam gerak silang
(berlari macam Usin Bolt, atau berjalan dengan lenggang) itu adalah lambang
kesempurnaan . Bayi tidak berjalan dengan lenggang , tangan tidak berhayun
kerana masih menggunakan tangan untuk keseimbangan. Apabila semakin banyak
peluang dia berjalan, semakin baik cara dia berjalan. Kurangkan dukung anak
atau letak dalam stroller. Izinkan anak memanjat dan sebagainya.
- - Merangkak/menjulur gerak silang – membangun otak
pons, meningkatkan focus mata pada jarak 18 inci, merangsang pendengaran dalam
ketika merangkak (guna telinga kiri dan kanan) .
- Ajar bahasa yang tepat dengan
anak untuk merangsang pendengaran dia, dengan sebutan yang tepat, contoh “susu”,
bukan “cucu”, “nenen”. Merangkak dan menjulur juga penting untuk merangsang
pernafasan.
-
Tiarap atau telentang?
Lebih cepat anak
ditiarapkan, lebih cepat anak itu akan merangkak dan menjulur (NOTA: SAYA, DRASISYAHAFIZ SEBAGAI SEORANG DOKTOR TIDAK MENCADANGKAN UNTUK MENIDURKAN ANAK KURANG DARI SETAHUN ,
DALAM KEADAAN TIARAP KERANA INI MENINGKATKAN RISIKO KEMATIAN BAYI MENGEJUT ATAU
SUDDEN INFANT DEATH SYNDROME (SIDS), yang disebabkan oleh sesak nafas,
terutamanya jika menggunakan tilam)
Bagaimana dengan anak yang tidak pernah merangkak?
·
Bayar balik “hutang”,merangkak sekarang
·
Benarkan untuk merangkak sekarang
Kalau anak saya ada mixed dominance?
·
Tentukan anak boleh menjulur dan merangkak gerak
silang
·
Baiki serta perkukuhkan menjulur dan merangkak
·
Ajar anak guna tangan/kaki agar selaras dengan
hemisfera dominon
Buku cadangan : Fit Baby, Well Baby, Your Baby .
SLOT 5: ASAS PENDIDIKAN SEKSUAL UNTUK IBUBAPA MUSLIM
(PROF DR HARLINA HALIZAH HJ SIRAJ, Pakar Perunding O&G PPUKM, Ahli Dewan
Perwakilan Nasional IKRAM, Ketua Wanita JIM)
Slot ini sebenarnya adalah antara slot yang paling saya tunggu-tunggu kerana Prof Dr Harlina ini adalah antara idola saya. Sesi dimulakan dengan soalan interaktif oleh Dr Har kepada para peserta, dengan menggunakan Kahoot, yang mana semua ibu bapa diminta untuk menjawab 5 soalan berkaitan seksualiti, iaitu antaranya:
1) Definisi seksualiti
2) Sikap terhadap seksualiti : sejahtera, berkecuali, liberal,
konservatif
3) Siapakah pendidik paling penting dalam menyampaikan
pendidikan seksualiti :guru, ibubapa, media, ahli masyarakat
Mengapa pentingnya untuk kita mengajar anak kita pengetahuan tentang seksualiti ini?
Anak kita kadang tidak tahu dari mana dia datang, ada yang
ingat ibunya download dari internet
Apakah Definisi Seksualiti?
Ada kamus yang mentafsirkan seksualiti sebagai:
-
The state or quality of being sexual
- a) Interest in the concerned sex
b) sexual drive or activity
t Tetapi Dr Har lebih setuju dengan penggunaan definisi yang digunakan di laman web Sexuality Resource Center for Parents : (www.srcp.org/for_all_parents/definition.html)
-
-
In short: sexuality is an intergral part of who
we are, what we believe, what we feel, and how we respond to others.
Apabila bercakap dengan anak-anak
tentang seks, mesti memasukkan apa yang didefinisikan dengan seksualiti?
- Adakah hanya fizikal? Seperti apabila lihat
iklan haram di lampu-lampu isyarat, adult toys dan ubat kuat (permainan dan dominasi semata-mata)
- Sebenarnya ada 5 dimensi : iaitu biological
(fizikal), emosi, akal, social, spiritual
-
Fizikal dan emosi sepatutnya ditangani oleh ibu
bapa di rumah, di sekolah hanya aspek sosial
Dimensi dan komponen seksualiti itu sendiri terdiri dari pelbagai aspek, seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah ini:
Sikap terhadap seksualiti juga terbahagi kepada 2 ekstrem dan satu bahagian di tengah-tengah yang dipanggil "sejahtera".
Sebagai ibu bapa : it’s a delicate
issue like handling an egg (jika ditangani dengan terlalu keras, ia pecah) , and parents should be navigating it like playing a
kite
Antara buku yang dicadangkan oleh Dr Har adalah Pendidikan dalam perspektif Islam
(Prof Hassan Langgulung)
- Dalam perspektif Islam, PENDIDIKAN adalah satu
proses yang mesti membuahkan PERUBAHAN POSITIF dalam 5 aspek iaitu
1)
Aqidah
(kepercayaan)
2)
Akhlak (tingkahlaku)
3)
Aqliyah (kepintaran minda)
4)
Insaniah (sikap)
5)
Jasmaniah (psikomotor)
Pendidikan seksualiti ini sebenarnya berlaku sepanjang hayat dan ia merangkumi perkembangan seksual, kesihatan
reproduktif etc
Sinek’s golden circle model menunjukkan semua perkara itu sepatutnya bermula dengan persoalan mengapa? (All starts with a “why”)
- Dalam islam : setiap perbuatan ini bermula
dengan niat
Kenapa mesti belajar seksualiti?
- - Membentuk individu yang seimbang, sejahtera dan
sihat dari aspek seksualiti dan reproduktif, serta mampu membuat keputusan yang
bijak berkaitan seksualiti
- - Mewujudkan masyarakat yang teratur dan tersusun
dari aspek nasab dan keturunan
Kita nak melahirkan anak bukan
sahaja yang SOLEH dan SOLEHAH tetapi juga MUSLEH dan MUSLEHAH. Jangan anak kita sahaja yang baik, tetapi
tidak mengajak orang lain menjadi baik juga.
Seawal 6 tahun, kita nak ajar anak
kita solat, kita kena ajar tentang wudhu dan perkara yang membatalkan wudhu termasuk menyentuh kemaluannya
-
Surah Al-Mukminun – Orang beriman itu adalah orang yang menjaga
kemaluannya. Bagaimana anak kita hendak menjadi orang boleh menjaga kemaluannya jika dia tidak tahu apa itu "kemaluan", sebagai contoh.
Dr Har ada berkongsi kajian secara saintifik, di Belanda, remajanya sejahtera dari segi seksualiti berbanding remaja di Amerika, kerana mereka mendapat pendidikan tentang seksualiti dan ibu bapa mereka bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak remaja mereka.
Kajian dari kalangan remaja di Malaysia juga pernah dijalankan, dan ia menilai faktor-faktor yang mendorong atau mencegah seseorang remaja itu untuk terlibat dengan seks pada usia muda. Antara yang dapat menyumbang kepada seksualiti yang sejahtera di kalangan remaja adalah pengetahuan yang luas, hubungan yang rapat dengan keluarga, juga kerapatan seseorang itu dengan institusi pengajian ataupun sekolah. Kejiranan yang positif juga menyumbang kepada seksualiti yang sejahtera, dan faktor inilah yang ditekankan oleh Dr Har pada awal slot beliau, di mana kita tidak boleh mengawal agar anak kita sahaja yang baik, tetapi biarlah anak itu musleh iaitu boleh mengajak orang di sekitarnya menjadi baik juga.
Antara garis panduan untuk ibu bapa memberikan pendidikan seksualiti yang baik kepada anak-anak adalah:
Antara buku yang digunakan oleh Dr Har dalam mendidik anak-anak beliau adalah dengan buku yang diperolehi dari Amerika ini. Walaupun ada grafik yang agak terlalu jelas, Dr Har dan suaminya Ustaz Zul telah bermujahadah, oleh kerana gambar-gambar ini ada di dalam buku pendidikan, maka ia adalah untuk pendidikan dan bukannya lucah.
SLOT 6: PENDEKATAN BIJAK GENDER
DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK (TN HJ AHMAD SHAFIAI UDA JAAFAR @ PAK UTIH – Peneraju
Success Together Consulting , Kolumnis Majalah Anis, Aktivis IKRAM)
Pertama kali saya bertemu dengan Pak Utih ini adalah pada tahun lepas semasa sekolah anak saya menganjurkan satu kelas untuk ibu bapa. Semenjak itu, saya menjadi peminat penulisan Pak Utih ini, terutama di FB page beliau, dan tertunggu-tunggu peluang untuk mendengar ilmu dari beliau lagi.
Di sini saya kongsikan serba sedikit nota dari SMART Parenting kali ini dalam slot beza gender beliau:
Permainan gender telah lama diambil dan digunapakai oleh pihak marketing
Di sini saya kongsikan serba sedikit nota dari SMART Parenting kali ini dalam slot beza gender beliau:
Permainan gender telah lama diambil dan digunapakai oleh pihak marketing
Di dalam satu kajian di Israel, dalam masa 3 tahun,semua anak-anak disamakan
sahaja dari segi pakaian, makanan, permainan dan sebagainya,dan selepas 3 tahun mereka diminta pilih mainan, mereka kembali kepada
fitrah iaitu anak perempuan dengan anak patung, lelaki dengan kereta.
Boys belajar English melalui komik
Kisah gajah – lelaki memang suka
gajah yang hodoh, kuat, kotor, tapi dalam buku teks gajah dipondankan
Jadi budak lelaki disalahkan dan
dimarah bila tak focus – sebab tu ramai 66% wanita di university (USIM 80%
wanita , 20% lelaki)
- Sistem menyebabkan lelaki “dizalimi”
Boys like things, girls like
people as early as few hours after birth, kerana itu girls like to go to
kindergarten because the teachers are human. Kalau guru itu robot, kanak-kanak
lelaki akan suka pergi sekolah.
Di Jepun, ada ikon-ikon robot
untuk greet semua lelaki dan perempuan. Jika sistem itu melebihkan anak lelaki, semua akan dapat manfaatnya, tetapi jika sistem itu melebihkan anak perempuan, anak lelaki akan ketinggalan.
Tidak sama lelaki dan wanita,
dalam surah ali Imran ayat 36 – Maryam juga disangka lelaki kerana dalam
kandungan banyak menendang
-
Cara pendidikan Maryam dan Nabi Zakaria tak sama
-
Contoh cara menari kanak-kanak perempuan,
lembut, boys cara macam nak berlawan.
-
Boys suka mainan yang ganas, pistol dan
sebagainya – BORN TO KILL
-
Girls suka anak patung – SUKA MELAWA dan PERASAN
LAWA , nak motivate anak perempuan, puji dia cantik bila sampai sekolah :
tambah hormone oxytocin (macam perasaan lepas menyusu)
-
Tadika yang ideal, setiap kali datang sekolah
beri sikat & cermin kecil pada girls, kemudian puji dia cantik
- Sehingga dewasa pun masih ada sifat ingin cantik ini, isteri pegi toilet pagi bawa macam-macam jenis syampu , suami bawa
sabun seketul sahaja ok.
-
Cara isteri nak motivate suami, puji dia macho,
macam hero
Mainan yang mereka suka:
-
Girls : anak patung, belajar sains semua dengan
anak patung
-
Boys : kereta, belajar sains dari kereta
Contoh Tadika yang cemerlang:
-
Isnin baju korporat, Selasa baju superhero, Rabu
pakai baju bola, Khamis baju askar dan polis, Jumaat baju untuk masjid.
Idola kanak-kanak lelaki : ultraman (pencipta ultraman ini
pandai memainkan emosi , semasa lampu merah hero dah nak kalah, testosterone
meningkat, kalah dulu lepas tu bagi menang --> nikmat yang berganda bagi anak lelaki itu)
Sekarang di Amerika mereka mula dipisahkan girls and boys
dalam satu kelas. Kalau masih co-ed pun, masa sains & math diasingkan kerana boys lebih
pandai . Apabila dipisahkan, kemudian gurunya dilatih untuk mengajar boys dan
girls
Skop ceramah : wanita feminine/maskulin, lelaki
maskulin/feminine
-
Lelaki feminine hanya 10% dari world population
Budak lelaki suka benda bergerak, kalau mainan tak bergerak,
dia yang akan berlari.
-
Lelaki tak suka bilik tertutup tanpa tingkap,
bilik kecil etc
-
Lebih banyak hormone jantan, lebih lambat budak
lelaki bercakap.
Kenapa Allah susukan anak dua tahun? Pisah tempat tidur
kerana mereka dah matang (otak mereka sudah matang)
Surah An-Nur anak tak boleh masuk bilik Ummi Abi lepas
isyak, antara asar dan maghrib, sebelum subuh – sexuality education from Quran
Lelaki hanya dengar dengan telinga kanan sahaja – system
mono
Boys kena duduk depan dalam kelas bukan kiri kanan , jika tidak banyak distraction dan tidak boleh fokus
Saya pernah menghadiri seminar Pak Utih tentang Gender Difference ini dan saya telah mendapat kebenaran dari Pak Utih untuk berkongsi ilmu beliau. Di sini saya sertakan link untuk nota lengkap in shaa Allah :
Alhamdulilah saya rasa seminar sehari ni banyak membuka ruang dan peluang untuk saya mempelajari ilmu-ilmu baru dalam mendidik anak-anak syurga , yang merupakan aset terbesar bagi pasangan ibu bapa, dalam mengejar kebahagiaan yang hakiki di akhirat nanti, In shaa Allah
Sekalung tahniah dan jazakumullahu khair buat pihak penganjur dan semua penceramah.
Semoga nota yang saya salin dan kongsikan ini bermanfaat buat semua in shaa Allah . Doakan saya bahagian dunia dan akhirat in shaa Allah..
Allahu Alam..
No comments:
Post a Comment