Thursday 8 September 2022

Macamana nak dapat main banyak permainan di Legoland?

 Hari ni saya nak kongsikan tips, macamana nak dapat main banyak permainan di #legolandmalaysia dalam masa yang pendek.




Semalam kami sampai ke Legoland dari Desaru, jam 11.15 pagi.


1) Belilah tiket secara atas talian.


Alhamdulillah,jika tiket dah beli secara online, anda boleh terus masuk, tak perlu beratur langsung di mana-mana kaunter.


Anda boleh beli tiket di laman sesawang Legoland untuk tiket harian atau pas tahunan, atau untuk kadar lebih murah, di Klook. Tetapi di Klook hanya ada tiket harian. 


2) Proses mendaftar kad pas tahunan di pejabat perkhidmatan pelanggan akan mengambil masa lebih kurang 30 minit. 

Suasana di pejabat perkhidmatan pelanggan. Pastikan bawa Mykad dan Mykid anak-anak ya. 


Tips saya, semasa menunggu ,cukup seorang sahaja yang menunggu. Ambil dan simpan gambar anak-anak dan suami siap-siap. Semasa nak buat kad, petugas akan ambil gambar atas telefon sahaja.


Semasa proses ini, suami saya sempat membawa anak-anak bermain dengan permainan yang berdekatan.


3) Ramai orang beri nasihat jangan datang waktu cuti sekolah kerana orang ramai. Tapi takkan nak pontengkan anak semata-mata nak ke Legoland semasa hari persekolahan, kan?


Kami datang semasa cuti sekolah pun Alhamdulillah dalam masa 6 jam, dapat main hampir semua permainan.


Caranya? Saya kira ini tips paling penting. 


Dapatkanlah HERO PASS.



Pass ini berharga RM70 seorang jika anda sudah ada pas tahunan.


Ia membolehkan anda terus ke hadapan barisan di 7 permainan yang tersenarai.



Masih ada barisan, tetapi tidak sama dengan barisan orang lain.


Basically anda akan masuk melalui "exit", atau laluan khas, seperti yang saya kongsikan.

Contoh laluan di VR Coaster, kami terus sahaja ke laluan khas iaitu di exit. Tak perlu beratur langsung. Nak main banyak kali pun tak ada masalah 


Alhamdulillah, di kebanyakan permainan, kami tak perlu beratur langsung, jadi sangat jimat masa!


Berbaloikah?


Saya rasa berbaloi, apatah lagi ini kali pertama kami ke Legoland, dan kebetulan waktu cuti sekolah. Jika di permainan tanpa laluan Hero Pass, purata kami beratur 30 minit untuk satu permainan.


Pengalaman kami di Taman Tema besar, kebiasaannya kewujudan pass khas seperti ini memang sangat berbaloi, dan ia juga menandakan permainan-permainan yang menarik untuk dicuba.


Paling menarik, di Legoland Malaysia, Hero Pass ini anda boleh guna berulang kali dalam masa sehari itu.


Selamat merancang percutian bersama keluarga anda.


#drazlindarita

#doktorjalanjalan

No comments:

Post a Comment