Tersebutlah kisah, pada satu hari, ada seorang ibu muda berusia 26
tahun, hamil anak ke dua.
Usia kandungan, baru 35 minggu lebih, tetapi sudah ada
kontraksi pramatang atau premature contraction sejak usia kandungan 32 minggu
lagi. Doktor sudah pun memberikan suntikan dexamethasone untuk membantu
mematangkan paru-paru bayi di dalam kandungan.
Petang Jumaat 17 Ogos tersebut,
ibu muda yang merupakan seorang doktor itu, merasa kontraksi yang agak kuat.
Maka sebelum pulang ke rumah daripada bertugas di Jabatan Perubatan Dalaman,
beliau singgah di Klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi untuk membuat
pemeriksaan.
Selesai pemeriksaan, doktor pun memberitahu, "Contraction irregular
ni. Tapi serviks dah buka 3cm, tapi belum efface. Kalau nak admit dah boleh dah
ni. I boleh ARM (artificial rupture of membrane) you pun dah ni. "
Ibu muda itu
pun berkata, "17.8.2007. Tak cantik lah tarikh hari ni doktor. Saya nak balik
dulu. Esok lah saya datang."
Tepuk dahi doktor itu.
Tetapi memandangkan suami
ibu muda itu juga seorang doktor, beliau membenarkan mereka pulang, dengan
membekalkan peralatan untuk bersalin di rumah. Manalah tahu kan, terberanak di
rumah.
18.8.2007. Ibu muda itu berharap agar dapat melahirkan anak hari itu,
tarikh pun cantik. Tetapi, satu kontraksi pun tiada!
19.8.2007, masih tiada
kontraksi.
Ibu muda itupun mengajak suaminya berjalan-jalan ke Giant.
Sempat
mereka terserempak dengan sahabat mereka yang doktor juga. Melihat kandungan
yang sudah sarat, sahabat itu bertanya, "Nampak sarat sangat dah ni. Bila due?"
Ibu muda itu menjawab, "Anytime. Hehe. Esok cukup 36 minggu. Kelmarin dah 3cm.
Saja tak nak masuk wad lagi. Tarikh tak cantik."
Sahabat itu pun tepuk dahi. Ibu
muda itu pun sambung tawaf Giant hingga setiap lorong dilaluinya. Suaminya
layankan sahaja, sambil menyorong anak sulung mereka di dalam troli.
Menjelang
malam, barulah ada kontraksi sedikit. Suami ibu muda itu mengajaknya ke hospital
segera, memandangkan keesokan hari adalah hari Isnin, takut jalan sesak jika
pergi ke hospital esok pagi.
Ibu muda itu berkata," Nanti lah Abang, tunggu
lepas tengah malam. Dapat 20.08.2007 barulah cantik. Tahun depan birthday dia
yang pertama, 20.08.2008. Lagi pun Manchester United tengah nak lawan ni. Jom
kita tengok bola dulu, pastu kita order pizza. Habis Man U menang, baru kita
pergi hospital. "
Suaminya pun tepuk dahi juga. Agaknya dalam hatinya," Habis
tu, kalau Man U tak memang, tak nak pergi hospital ke? "
Tetapi kerana kasihan
takut isterinya mengidam pizza (dan melihat Wayne Rooney beraksi), beliau
turutkan sahaja.
Selesai perlawanan bola dengan kemenangan kepada Man U (yahuu),
tepat jam 11.30 malam, mereka pun ke hospital.
Jam 12 tengah malam, mereka
sampai ke hospital.
Oleh kerana bukaan serviks sudah 3cm, ibu muda pun
dimasukkan ke Dewan Bersalin. Waktu berlalu, kontraksi tetap tidak kerap,
hinggalah 12 jam kemudian. Malah ibu muda itu dapat tidur dengan lena malam itu.
Jam 2 petang 20 Ogos, ibu muda itu mula bosan. Beliau pun menelefon doktor Pakar
Perbidanan beliau dan meminta ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran. Doktor
Pakar pun bersetuju, dan meminta ibu muda itu solat Zuhr dan Asar jamak, untuk
memudahkan urusan.
Sekitar pukul 2.30 petang, ubat IV pitocin diberikan. Dan
tepat jam 3.20 petang, lahirlah bayi perempuan yang amat comel, Ma Shaa Allah.
Alhamdulillah, tercapailah hajat ibu muda itu untuk mendapat anak pada
20.08.2007, supaya pada kek hari lahir yang pertama bayi itu, tertulis Selamat
Hari Lahir, 20.08.2008. Entah hapa hapa punya permintaan laa ibu muda tu kan.
Tapi itulah kisah ibu muda bernama Dr Azlindarita, melahirkan anak ke dua, 13
bulan selepas kelahiran anak pertama. Alhamdulillah, syukur anak kedua itu
walaupun borderline premature iaitu lahir pada 36 minggu, membesar menjadi anak
yang solehah, manja dengan Ummi, garang dengan orang lain, dan kuat semangat
orangnya.
Barakallahufik, mudah-mudahan Allah merahmatimu selalu my darling S.
Suka melukis, sayur brokoli, dan sampai sekarang tak tahu cita-cita nak jadi
apa. Suruh jadi doktor tak nak, akauntan tak nak, graphic designer tak nak.
Sabor je la. (Strong headed macam Mak dia jugak la ni 😆)
Yang penting ingat ya,
dah besar jangan obses sangat dengan tarikh lahir anak-anak . Kita chill je.
Kahkahkah.
#drazlindarita
#kisahkehidupanDrAzlindarita
No comments:
Post a Comment