Kami jarang-jarang dapat cuti hari Sabtu, jadi kita manfaatkan masa dengan keluarga pada 30 Julai yang lalu, bersempena cuti Awal Muharram.
Niat asal kami nak naik ke Genting, tetapi ramalan kaji cuaca kata di sana hujan, jadi kita stay indoor di KL saja.
My verdict : Escape PJ is totally worth your money!
Rasa macam 4 jam, rupanya baru 3 jam.
Saya lalu Level 1 sekali, level 2 3 kali, cuba level 3, baru laluan kedua dah give up.
Letih, I'm telling you! Kena ada stamina OK!
OK biar saya beri sedikit gambaran laluan Monkey Business ini ya.
Bagi pengunjung kali pertama, anda diwajibkan bermula dengan Level 1.
Level 1 ada 2 laluan, Line 1 dan Line 2. Line 1 adalah lebih pendek berbanding line 2. Kami terus ke Line 2 kerana Line 1 penuh ketika itu.
Anak lelaki kami memulakan langkah di Line 2, Level 1 |
Kagum juga saya lihat anak-anak perempuan kami pun berani |
Laluan ini mencabar sedikit sebab kena merangkak. |
Selesai Level 1,anda boleh ke level 2. Tetapi pastikan petugas yang memasangkan peralatan keselamatan anda ya. Jangan pandai-pandai sendiri pula. Level 2 dan 3 juga ada 2 Line setiap satu. Line 1 pendek, Line 2 lebih panjang.
Level 3 hanya untuk remaja 14 tahun ke atas dan dewasa. Kurang sesuai untuk bawah 12 tahun kerana ia amat mencabar.
Encik Suami beraksi di Line 1, Level 2. Jadi Spiderman kejap |
Pesanan saya bagi yang merancang untuk ke Escape PJ :
1) Beli tiket melalui Klook, lebih murah. Tak perlu print pun tiket, hanya perlu masukkan kod dan upload gambar selfie sahaja masa nak masuk.
2) Datang awal pagi supaya belum ramai orang. Agaknya weekday lebih lengang dan tak perlu beratur. Tadi kami serentak dengan satu rombongan International school, jadi agak meriah. Tapi masih lagi OK pada saya.
3) Bawa baju sepersalinan sebab gelongsor banana flip tu, baju memang akan basah dari hujung kepala sampai hujung kaki. Kami tak naik sebab malas nak membasahkan kerusi kereta haha.
4) Saya bawa gym gloves and it's totally worth it. Encik Suami mulanya marah juga banyak aktiviti guna tangan ni. Dia ingatkan, "Your hands are precious, you are a surgeon," tapi Alhamdulillah at the end of the day OK. We went through the obstacles unscathed.
Ada saya baca review, ada yang tangan merah bila habis bermain di Escape.
5) Kanak-kanak kecil macam Uwais, laluan Monkey Business walaupun level 1 adalah kurang sesuai. Jadi Uwais agak kebosanan di sana. Ada obstacles yang mudah tapi sekali jalan saja dah cukup untuk dia.
Obstacle course untuk kanak-kanak |
Salah satu game room untuk kanak-kanak, tetapi Uwais sekejap saja dah bosan di sini. Dia kata ramai budak random hahahaha. |
6) Pastikan kanak-kanak ada supervision setiap masa. Semasa saya nak naik dengan Encik Suami, ada seorang budak lebih kurang 5 tahun, nak naik seorang diri. Saya tanya mana ibu bapanya , dia kata "over there" tapi saya tak nampak. Risau saya tengok. Alhamdulillah akhirnya saya tengok dia turun balik.
7) Bawa pakaian untuk solat. Anda boleh keluar dan masuk sesuka hati anda sepanjang hari. Jadi kalau nak keluar makan, solat, kemudian masuk semula, tak ada masalah.
8) Monkey Business adalah laluan permainan utama di sini, tetapi anda tidak dibenarkan memegang telefon atau kamera. Akan ada jurukamera dari Escape akan merakam detik-detik anda di sana, tetapi cara terbaik, saya kira adalah jika ada sahabat yang bergilir dengan anda, dia boleh ambil gambar anda ketika anda bermain. Satu cara lagi adalah dengan memakai kamera pada badan contohnya GoPro dengan harness pada badan.
9) Luangkan masa sekurang-kurangnya setengah hari untuk bermain di sini, terutamanya jika anda datang pada hujung minggu. Jika tidak, tak sempat nak main sepuasnya. Anak ke dua saya teringin nak cuba sling shot, tetapi segan kerana ramai lelaki beratur menunggu. Sudahnya tak main pun.
So plan your trip, and enjoy your day!
We are definitely coming back, in shaa Allah!
#drazlindarita
#microsurgeonmom
No comments:
Post a Comment