Glamping
Satu aktiviti yang seakan-akan camping tetapi lebih mudah
Khemah sudah disiapkan.
Tandas persendirian
Makanan siap dipek untuk setiap orang untuk makan malam, sarapan pagi dan makan tengahari.
Yang paling penting, lokasi berdekatan dengan sungai, dan tidak jauh dari KL.
Saya memilih River and Glamp di Ulu Yam sebagai lokasi glamping pertama keluarga kami.
Harganya RM595 untuk satu malam, khemah yang luas ini boleh memuatkan 5 orang dewasa. Saya memilih untuk menambah satu tilam (RM50) dan satu set makanan untuk Uwais (RM40). Saya juga menempah untuk menggunakan pelampung, kadar sewa adalah RM25 satu dan ia boleh digunakan sehingga waktu check out. Semua item tambahan boleh dibeli melalui laman sesawang mereka .
Lokasi River and Glamp ini adalah di Nur Laman Bestari. Jika anda tidak biasa, jangan risau kerana boleh dijumpai di Google Map dan Waze. Kira-kira 1km sebelum sampai juga ada papan tanda Nur Laman Bestari dan River and Glamp.
River and Glamp juga ada kawasan baru iaitu Campers and Kopi, semuanya di kawasan yang sama.
Alhamdulillah proses check in sangat mudah, anda hanya perlu beritahu nama dan bayar deposit sekuriti sebanyak RM50. Kemudian, anda bebas beraktiviti di sekitar kawasan ini.
Yang pasti, anak-anak kami amat gembira dapat mandi sungai yang sangat bersih. Airnya jernih dan tidak terlalu deras airnya. Seronok juga bermain pelampung yang disewa.
Berbeza dengan mandi pantai atau kolam renang yang kadang kala hingga sepanjang hari, mandi di sungai sejam dua , masing-masing sudah surrender kerana kesejukan.
Sekitar jam 6 petang, kami naik ke khemah semula.
Apa yang paling saya suka dengan glamping di River and Glamp ini adalah tandas yang tidak perlu dikongsi dengan pengunjung lain. Setiap khemah akan dibekalkan kunci tandas masing-masing.
Tuala, sabun mandi dan syampu juga disediakan.
Pukul 6.30 malam, makanan malam dihantar ke khemah. Kami bersolat di surau yang disediakan, tidak jauh dari khemah kami.
Aktiviti malam, ada pengunjung yang memilih untuk berBBQ. Ada juga yang membakar smores di unggun api. Alhamdulillah juga ada peraturan di tapak perkhemahan ini, tidak dibenarkan membuka muzik kuat yang mengganggu jiran-jiran.
Sekitar jam 10 malam, kami semua sudah masuk tidur. Anak-anak keletihan bermain sungai petang tadi.
Saya terjaga beberapa kali pada waktu malam kerana perlu ke tandas. Alhamdulillah suasana sunyi, tetapi laluan ke tandas terang jadi tak perlu risau. Nyamuk pun tiada!
Di dalam khemah ada kipas yang besar, dan sebuah alat pendingin hawa mudah alih, yang cukup untuk menyejukkan khemah kami.
Sekitar jam 4 pagi, hujan turun dengan sangat lebat, hinggalah jam 8 pagi. Pagi itu kami solat Subuh di khemah sahaja kerana tidak mahu meninggalkan Uwais tidur seorang diri.
Sarapan pagi agak terlewat sedikit iaitu jam 8 pagi, bukan 7.30 pagi seperti dijanjikan, tetapi tidak menjadi masalah besar kerana kami memang ada membawa bekal makanan termasuk mee segera dan roti.
Kami menghabiskan waktu pagi dengan bermain Monopoli sambil menikmati nasi lemak dan teh O panas yang enak.
Ketenteraman pagi sedikit terganggu dengan penghuni 2 khemah bersebelahan kami yang mengadakan hari keluarga, dan memasang muzik yang kuat sambil bersukaneka. Sudah pihak pengurusan tegur, masih juga mereka tidak mahu memperlahankan muzik mereka.
Jan 9. 30 pagi, saya dan Uwais berjalan-Jalan di sekitar kawasan, melihat air sungai yang amat deras, dan kolam air kecil yang disediakan. Uwais tak berminat nak mandi, kerana airnya tidak begitu jernih.
Umar dan kakaknya meminta untuk bermain memanah. Harganya hanya RM15 untuk satu jam. Namun selepas 30 minit, mereka sudah puas bermain.
Jam 11.30 pagi, sedang kami berkemas untuk daftar keluar, makan tengahari pun sampai. Nasi Tomato dan ayam Masak Merah yang sangat sedap!
Alhamdulillah, secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan pengalaman glamping ini. Tilamnya agak kurang selesa, tetapi iyalah, takkan sama tilam di rumah dan tilam di khemah, kan?
In shaa Allah mudah-mudahan ada rezeki kami untuk glamping di tempat lain pula lain kali.
No comments:
Post a Comment