Friday 28 October 2022

Pesan buat anak-anak

 Suatu masa dahulu, kami lambat dapat anak. 3 tahun lepas bernikah, baru kami dapat anak.


Mungkin tak terlalu lama bagi sesetengah orang, tapi cukup lama bagi kami.


Bila dah dapat seorang, Alhamdulillah Allah beri lagi 2 orang dalam masa 3 tahun.


Apabila anak-anak semakin membesar, kami sedar bahawa mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak semasa kecil itulah yang paling senang.


Yang susah adalah mendidik anak-anak menjadi manusia.


Jadi bila ada peluang, saya suka pesan pada anak-anak saya.


1) Beratur.


Ini nampak simple tapi tak semua orang buat. Contoh di jalan raya, ramai orang potong barisan tetapi itu membuat orang lain marah. Buat orang marah itu dosa.


2) Jangan buang sampah merata-rata. Terutamanya dari dalam kenderaan. Simpan sampah dan bawa balik. Bumi ini hanya ada satu.


3) Ambil giliran apabila bercakap.


Bila balik sekolah semua nak bercerita, tapi saya ajar mereka, yang tua bercakap dulu. Kemudian ikut umur. Kadang-kadang yang kecil menangis, tetapi itulah kehidupan, kita tak boleh sentiasa dapat apa yang kita mahu.


4) Kena belajar bersungguh-sungguh, cari ilmu, jadi orang berguna. Sebab Ummi Abi takkan selamanya ada di dunia ini.


5) Hormat orang yang lebih tua. Jangan lalu depan tanpa tundukkan badan. Rasulullah SAW diutus untuk sempurnakan akhlak kita.


6) Bila anak-anak kata tak tahu cita-cita apa, saya kata kerjalah apa yang beri manfaat kepada manusia, sebab Rasulullah kata itu ciri orang paling baik. Yang paling banyak beri manfaat kepada manusia.


7) Lepas makan di mana pun, kemas tempat makan.


Kalau di rumah, angkat pinggan dan basuh.


Kalau di restoran, susun pinggan supaya petugas mudah nak angkat.


Kalau di restoran makanan segera, buang terus semua bungkusan dan tinggalkan meja sepertimana kita nak datang tengok meja bersih.


8) Recycle.


Mungkin barang yang kita recycle akan betul-betul dikitarsemula, mungkin tidak. Sekurang-kurangnya Allah tahu niat kita.


9) Ucap terima kasih dan minta maaf apabila buat silap, walaupun kepada orang yang lebih muda daripada kita. Nampak simple tapi tak ramai orang mampu lafazkan. 


10) Tutup suiz lampu apabila keluar tandas atau bilik. Jika kita biar, itu membazir, dan akan jadi adik beradik syaitan.


Begitulah.


Bukan kami nak kata kamilah Ibu bapa terbaik.


Cuma kadang kami rasa, pada akhir zaman ini, common sense are not that common anymore.


Jika kami tidak mampu mengubah dunia, biarlah kami didik anak-anak kami ini agar menjadi manusia yang manusiawi


In shaa Allah


#drazlindarita

#microsurgeonmom

#kisahkehidupanDrAzlindarita



No comments:

Post a Comment