Saturday, 28 July 2012

Ramadhan Yang Happening!

Salam semua!
Masih belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan yang mulia.






Hari ni dah 12 hari umat Islam berpuasa. Kalau dari segi perubatan, katanya selepas 10 hari berpuasa, tubuh badan kita complete dah menyahtoksin dalam badan kita atau "detox"! Mulai hari ke sebelas tu, kita akan rasa lebih energetic dan mudah untuk berpuasa. Alah bisa tegal biasa kan :)


Dari sudut agama pula, ini adalah rukun Islam yang ke tiga. Dalam bulan ini special sebab semua rukun Islam boleh dikerjakan dalam satu bulan. Macamana?


1. Hari-hari kita mengucap syahadah, at least dalam tahiyat dalam solat
2. Solat 5 waktu memang tak tinggal lah kan :) 
3. Puasa di bulan Ramadhan.. BULAN INI! YEAY!
4. Zakat fitrah yang WAJIB bagi setiap umat Islam
5. Mengerjakan haji... memang tak boleh kerjakan haji sekarang... tapi kalau siapa yang dapat menunaikan umrah dalam bulan puasa ini, pahalanya SAMA macam haji.. BEST KAN!!


OK nak ceritanya, kami start bisnes ni pun dalam bulan Ramadhan. Masa tu I dalam pantang anak ke 2, Dr Rosma datang satu malam lepas terawih, share dengan kami peluang ni. Alhamdulillah my hubby terus sign utk join. Betul lah bulan puasa ni syaitan di belenggu, tak ada la suara-suara yang membisikkan di telinga," jangan join lah meniaga baju dalam ni, tak mana berjaya nya.. sekejap je kau semangat tu nanti!". HAAA!!! Kalau siapa yang ada niat nak start bisnes Premium Beautiful tapi teragak-agak, itu mungkin hasutan syaitan yang tak nak umat Islam menghidupkan sunnah nabi ni. Jadi tak action now k :)


Memang Ramadhan banyak kenangan bagi kami. Bermula bisnes pun Ramadhan, capai CDM pun Ramadhan. My hubby potong cake CDM dulu 9.9.2009, dalam bulan Ramadhan. Insya Allah I pun nak try my best untuk capai my CDM dalam bulan Ramadhan ini. Doakan k! 



Kenangan diraikan sebagai CDM, bulan Ramadhan 2009, bersama rakan kongsi tersayang


OK hari ini kami ada majlis berbuka puasa bersama CDM-CDM anjuran syarikat Hai-O Marketing Sdn Bhd! Seronoknya! Tak sabar.... Ingat lagi dulu memang fight nak CDM sebelum Majlis Berbuka Puasa sebab excited tak pernah berbuka dengan CDM-CDM...


 5/8/2012 iaitu Ahad ini lak ada majlis berbuka puasa dengan anak yatim.... Kalau tak kerana bisnes ni lah, rasanya I rasa fikir baju raya anak & duit raya mak ayah je. Tak terfikir pun nak sedekah. Alhamdulillah sebab ada rezeki lebih dengan bisnes ni, terlintas juga nak bersedekah... (minta jauh dari riak, Ya Allah)... Insya Allah I yakin dgn kata-kata Rasulullah, kalau kita bersedekah,  pasti rezeki berlipat ganda. 


OK enjoy Ramadhan dengan ibadah khusus & umum k... sementara tunggu gambar majlis berbuka puasa tahun ni, enjoy gambar-gambar majlis berbuka puasa tahun-tahun lepas ni :))



Tahun 2009, masa ni Majlis Berbuka Puasa tu I tak tahu boleh pakai cantik-cantik... so I tak ambil gambar pun. Ni masa majlis Hari Raya Hai-O berserta meraikan Hai-O Marketing Sdn Bhd dapat anugerah Forbes Asia... Seperti biasa, siapa yang perasan, entri I mesti ada gambar uncle baju kuning tu... sebab dia idola I ok... hihihiihihi... (Sorry CDM Chan, tumpang aura!)

~ngerizzz OK tengok I sangat besar masa tu! Baru 6 bulan masa tu!~


I tak larat naik pentas masa ni, dah sarat sangat.. Cik Abang je naik pentas hehe




Majlis Berbuka Puasa tahun 2010, bergambar kenangan dengan CDM Siti Rohana Yusoff.. masa ni Kak Ana masih comel... tengok gambar bawah, camne dia sekarang...



Haaa... Slim kan Kak Ana :) Aura sama youuuu! Warna biru.... Grand Bluewave memang GRAND lah! 
Masa ni first time ever I buat baju dengan Calvin Thoo.... First time anak kampung nak pakai baju designer... :) Alhamdulillah semua rezeki buat bisnes Premium Beautiful ni


Sahabat-sahabat seperjuangan mengabadikan kenangan.... 


Tahun ni insya Allah Majlis Berbuka Puasa di Summit Hotel... yang paling best I ada kawan-kawan baru bersama iaitu CDM Dr Mizatul & CDM Dr Belle... with their hubbies of course... nantikan update seterusnya k!


:))

Saturday, 21 July 2012

Guangzhou 2012 Day 4 & Bangkok Thailand.. Flight delay tapi dapat duduk hotel 5star di Bangkok!


Hari Jumaat tiba, tibalah juga waktu untuk kami tinggalkan kota Guangzhou yang penuh memori ini. Tapi sebelum ke Airport, kami singgah dulu di FACTORY OUTLET



Wanguo Outlet near our hotel


Memang BEST BEST dan BEST lah !! Barang-barang semua ORIGINAL pada harga wholesale! Satu t-shirt Adidas yang di Malaysia RM99, di sini separuh harga! Cik Abang I yang peminat Adidas telah borong 5 helai t-shirt. I bought some clothes for the kids in BOSSINI and  a pair of Sketchers shoes for myself. All these for RM500 only! Murah kan! Cuma yang tak berapa syok adalah sebab diorang tak accept credit card langsung... cheh.. kalau tak confirm lagi banyak la borong!





Flight kami pukul 3.45 ke Bangkok, kami tiba di Baiyun International Airport pada pukul 1.30tengahari.. Tengah kami beratur, tiba-tiba computer hang! Lepas menunggu hampir setengah jam, kami diberitahu bahawa final check aircraft kami ada kerosakan, jadi terpaksa tukar aircraft dan flight delay 4 jam! WHATT???? WHAT DOES THIS MEANS???? Hehehehehe.... maknanya more time to shop lerrr.....

Alhamdulillah sebab bersama sahabat-sahabat sejati yang happening, 4-5 jam tak terasa sangat pun. We laughed, we sang, we exchanged stories... and we SHOP!!! Cik Abang I pun boleh tahan... beribu juga habis beli belt & perfume Hugo Boss kat duty free... Kat sini yang ada Burberry, Ferragamo, Bally dan Hugo je.. satu lagi Dunhill... So I beli cosmetic je, sbb niat nak beli Burberry kat London nanti 



Cik Abang menunjukkan bakat bershopping


Sahabat sejati... susah senang bersama... flight delay pun CERIA!

After a long wait, kami pun take off ke Bangkok. Sampai di Bangkok, dah pukul 11 malam waktu tempatan, flight balik Malaysia dah tak ada so kami stay over satu malam di 5-star hotel, GRAND FOURWINGS CONVENTION HOTEL di Bangkok, fully sponsored by Thai Airways. Our jaws literally dropped open when we saw our hotel rooms! Canggih sangat-sangat!!! Walaupun dapat tidur 3 jam je, bangun pagi rasa fresh sangat. Tambahan pula dapat breakfast yang sedap kat hotel!


Hallway pun impressive


Bilik laaaagi la! RM900 per night but we got it for FREE!


The transparent bathroom 


CHAAK!!! Pukul 3 pagi pun nak bergambar lagi hahahahah


Fajar di Bangkok... breathtaking indeed!


Yummy breakfast with best friends

Pukul 7.30 pagi kami dah sampai Airport Suvarnabumi Bangkok untuk board airplane ke Malaysia. Tapi nak cerita la, DUTY FREE SHOPPING in Bangkok Airport memang sangat HAPPENING k!!! Bayangkan almost semua brand ada, Gucci, Burberry, Coach, Ferragamo, Dior.. you name it, they have it! I pun sempat la tangkap satu Fendi :) I memang suka collect one handbag from each brand :) My Fendi half price dari Malaysia!



Suvarnabumi Airport again


Yippie, my first FENDI!


Suvarnabumi Duty Free... I can go CRAZY in here!


My everdearests happy dah masuk dalam flight nak balik Malaysia


Akhirnya selepas sejam setengah flight ke Kuala Lumpur, kami safely landed!!! Dah rindu sangat kat anak-anak.... Sampai KLIA sambung shopping toys & chocolate for the kids 



TYMG, bersatu hati semakin ke depan!


I will never forget my Guangzhou trip with my dearest friends... all the sweet memories would definitely drown all the bitter ones over there. Insya Allah we’ll have a reunion of this trip in London & Paris k! Join us now!

Tuesday, 17 July 2012

Guangzhou 2012 Day 3: Guangzhou Tower, ONELINK Wholesale Market, Fabric Market & GALA DINNER!


Hari ke tiga kami di Guangzhou adalah hari yang paling dinanti-nanti. 


Pertama kerana hari ini adalah hari SHOPPING! 


Kedua sebab malam hari ketiga adalah hari GALA DINNER. 


Ketiga sebab CDM Chan & Madam our sifu akan sampai ke Guangzhou pada hari ini! WEEHUUUU!!!

Selepas breakfast, kami shooting untuk videoclip kami di Lobby Hotel dulu. Hehehe.. kelakar melihat aksi setiap seorang.


Gaya manja ala-ala doctor mata giteww!


Gaya Inggeris la sangaattt... Hahahahaha

First stop of the day,kami ke Guangzhou tower yang merupakan landmark penting di Guangzhou.  Kawasan ini dulunya kawasan pertanian, masa kerajaan China nak ambil tanah dari farmers ni, mereka diberi pampasan tiga unit kondo untuk setiap ekar tanah mereka. Jadi sekarang ni mereka duduk goyang kaki je lah, ambil sewa rumah je hihi...



Bus F yang HAPPENING!!! LOVE YOU GUYS!!!


Cantik kan bangunan-bangunan kat sini...



Pose peluk-peluk memang wajib lah... Cik Abang I manjaaaaa hihihihihi


Di sekitar Guangzhou Tower... Semua CERIA lah! 
~photo credit to I-Web Photography, YMG's official photographer~

Next stop?  ONE LINK WHOLESALE SUPERMARKET! Kat sini ada 8 tingkat, semua barang dijual pada harga borong! Kalau di luar satu beg kecil untuk souvenir dijual pada harga RMB100-180, di sini RMB35 saja!!! MURAH UOLLS!!!! Fridge magnet pun macam tu, kalau di luar RMB20-30, di sini RMB4 -8 je satu! Naik berputar biji mata nak memilih!

Paling seronok sebab berjumpa kawan-kawan seperjuangan dari bas-bas lain, seperti CDM Suhaily Elda, CDM Juliana, CDM Mazni, CDM Said Saiful dan our sifu CDM Kak Ana.

With CDM Suhaily Elda depan Wholesale Supermarket



Me & BFF pilih sunglasses... RM10 je uollss!!


With my idol, CDM Juliana Hamzah


CDM Said & the gang.. memang pandai shopping!


Gembira dapat teman CDM Kak Ana beli barang untuk anak-anak perempuan :)

Antara yang menjadi tumpuan di sini, selain keychain, fridge magnet dan souvenir, adalah TOYS! I pun ambil kesempatan beli mainan untuk anakanda tersayang. Kalau di Malaysia satu mainan kereta CARS yang ada bunyi, lampu dan boleh meluncur sendiri berharga dalam RM200-300, di sini RM100 je! Kerusi baby yang ada music, di Malaysia RM269, di sana nombornya sama, 269 tapi dalam RMB (yuen). Separuh hargalah! Itu tak ditawar lagi harganya! Antara yang murah juga adalah helicopter kawalan jauh, harga dalam RM80 je!



Masing-masing happy dengan hasil tangkapan hehe



OK dah penat shopping, kita gi makan dulu!


Lepas lunch, kami sambung lagi shopping di Gedung Fabric pula. Sutera China yang high grade boleh dapat dalam RM15 sahaja semeter! Sebab hari tu beli kain di Vietnam pun banyak lagi tak ditempah, I beli 4 pasang je, one each for Mama & Ibu, 2 for me J Yang I paling suka, I dapat beli satu blouse sutera berwarna KUNING! Esok I pakai k :p

Kami sampai semula ke Hotel pada pukul 4.30ptg, dan kami ada sejam setengah sahaja untuk bersiap ke GALA DINNER di Hilton Hotel, Guangzhou, iaitu sebuah hotel 6 bintang!

Perjalanan ke Hilton mengambil masa lebih kurang 45 minit, tapi memang tak terasa sebab masing-masing berebut-rebut bercerita kisah lawak masing-masing. Lawak PONTIANAK  dan TIGA PEMUDA DUNGU pasti sukar kami lupakan... Thanks to DSM Ustaz Hafiz yang menjadi penglipurlara, sampai tak sedar jalan jem!

Sampai saja di Hilton, kami mengambil tempat dalam dewan yang memuatkan lebih 600 orang qualifier, yang mana semuanya adalah rakan kongsi di bawah pimpinan CDM hebat kami iaitu CDM Siti Rohana Yusoff. Hai-O sendiri mengakui ini adalah rekod baru dalam syarikat, paling ramai usahawan diterbangkan dalam satu trip, iaitu seramai 816 orang, dan ¾ daripadanya adalah dari stokis B32! I’m Sooooooo PROUD!

Suasana dalam Grand Ballroom Hilton Hotel Guangzhou



Us dengan gaya casual



Persembahan Lion Dance yang COMEL!



My beautiful sisters in business



The DIVA :)



Hotel Lobby pun cantik sangat!



The PROUD TYMG in Black & YELLOW... 
BERSATU HATI SEMAKIN KE DEPAN :)


Makanan, entertainment, birthday celebration, all were perfect! Enjoy the pics k! Esok sambung cerita last day di Guangzhou dan our unforgettable moments... Kisah best ni! Tungguuuuu!!!

Guangzhou Day 2: Jade Shop, Shenzen, OCT East Resort in Shenzen...



MORNING PEEPS!!!

The beautiful view of Guangzhou from our hotel room

OK selepas tidur dengan sangat nyenyak di atas katil dalam bilik hotel 4 star kami, bangun breakfast pula di hotel. Istimewanya Rosedale Hotel ini menyediakan satu ruang makan yang special untuk semua usahawan Hai-O. Semua makanan adalah halal, hinggakan pinggan mangkuk pun mereka beli baru untuk memastikan kesucian makanan dan peralatan. Nasi goreng dan kuey tiaw goreng pun ada!



Hari ini kami berpeluang ke kota Shenzen yang terletak 2 jam dari Guangzhou. Apa yang menarik tentang Shenzen, ia adalah sebuah kota baru yang sangat terancang, macam Putrajaya juga. Dalam masa kurang dari sepuluh tahun, penduduk Shenzen meningkat dari 2 juta kepada 14 juta orang, dan majoriti rakyatnya adalah orang muda! Shenzen ni BERSIH sangat! Katanya di sini, kalau ada orang memetik sebiji buah mangga di tepi jalan (pokok yang ditanam oleh kerajaan), polis akan menangkap pesalah itu dan menunggu bersama-sama di bawah pokok itu, sampailah ada pesalah kedua melakukan kesalahan yang sama, just to teach them a lesson. Kalau tak ada pesalah kedua? Kena la buat voluntary service kutip sampah sepanjang hari.. Gitu!!

Wajah ceria dalam bas.. CDM Chan kata, enjoy the journey, not just the destination...


More skyscrapers in Guangzhou, on the way to Shenzen



Perjalanan selama dua jam tak terasa langsung kerana kami penuhi masa dalam bas dengan karaoke! Baru tahu rupanya ramai usahawan Hai-O ada bakat terpendam dalam nyanyian! Terutama rakan kongsi I kak Anne Nieza yang merupakan penyanyi dari hospital tempat kerja beliau! Cuba masukkan nama “Aniza Ahmad” kat Youtube! (punya la sedap beliau menyanyi, sampai terlupa nak ambil gambar dia!)


Our lady gojes.. LADY FAIEZ in da house!


CDM Yusri jiwang sangat!!!


Our very own Siti Nurhaliza.. CDM kak Yaty


Feeling betul upcoming DDM Ustaz Hafiz nyanyi!


Ehem.. diriku lupa lirik so kena tengok skrip!


Bandar Shenzen yang bersih!


Saling tak tumpah cam Putrajaya kan


More skyscrapers in Shenzen


Sampai saja di Shenzen, kami ke kilang Jade dulu. Rupa-rupanya Jade ni ada ciri-ciri istimewa untuk memastikan keasliannya... antaranya adalah bunyinya yang berdenting kalau diketuk, selain daripada ia transparent kalau dilihat di bawah cahaya. He he.. dapat juga beli sebentuk cincin Jade yang diikat dengan emas putih, dan sebutir loket. Harga? Tak lah terlalu mahal... dalam RM1000 sahaja. Cukup sebagai kenangan dari China :)


Mengabadikan kenangan dengan CDM lagenda, CDM Siti Rohana di Jade Factory


The Hafizsss with CDM Azlan Deraman


Gaya mengada depan pintu masuk hahahahah


A jade ship!


Tekun mendengar penerangan tentang jade, walaupun sebenarnya dah tak sabar nak menyopping!


Mari mari mari!!! Mari pilih!!!


Letih bershopping, tempat minum teh pun disediakan.. bergambar bersama CDM Ghadafi dari utara dan Encik Zakri dari syarikat


Inilah hasil tangkapan masing-masing eheheheeh


Selepas lunch yang sangat sedap di Restoran China Muslim, kami solat zuhur dan asar jamak di tingkat lapan restoran ini, yang merupakan sebuah masjid.


Tak kisah lah berat badan naik 2kg pun kat Guangzhou/Shenzen ni... makanan sedap sangat!


A local shop near the masjid


Kemudian kami terus ke OCT East Resort iaitu sebuah kawasan peranginan yang unik. OCT stands for Oversea China Town, ia didirikan oleh warga China yang dahulunya merantau ke Indonesia, kemudian pulang semula ke China. Resort ini sangat menarik kerana ia adalah sebuah “mini-Europe”. Ada kawasan perumahan seperti di Germany, kawasan kebun bunga seperti di Holland dan Bandar seperti di Interlaken di Switzerland. Enjoy the pics k!


Sampai je OCT mommy ajak anak-anak beli topi ala-ala Inggeris gitu


Hasil tangkapan masing-masing


Hari tu tak dapat gi Kaukenhauf Holland sebab kena gi USA, rupanya dapat juga bergambar dengan bunga-bunga segar di OCT


The ladies


..and the SUNSHINE group :)


Naik train mengelilingi taman


Japanese Garden


Did I see a SPA?



Terasa macam dah sampai ke Switzerland semula!

Breathtaking view




Dah sampai Interlaken!


Bertuah sungguh YMG dapat ambil gambar dengan CDM Siti Rohana dan CDM Azlan di tempat bersejarah ni


YAHOO!!! I LOVE MY TYMG FAMILY!


My BFF, CDM Belinda yang cantik


All my besties..... 


Mat bunga?


Our Shah Rukh Khan & Rani Mukherjee pose hihihi




Love this pic so much! My best friends & sisters Elena & Rose

 Lastly sebelum kami balik ke Guangzhou, kami makan malam dulu, then terus pulang ke hotel kami 




YUMMEEHH!!!


Dalam restoran pun CANTIK!


OK esok sambung cerita lagi k.. perjalanan kat dalam daerah Guangzhou lak :)