Salam semua..
Alhamdulillah hari ini adalah hari ke lima berada di Tanah Suci. Semua urusan Alhamdulillah dipermudahkan, dari saat ketibaan, Imigresen, pengangkutan, makanan, penginapan & yg paling penting aturan ibadah di Masjidil Haram.
Semalam baru sahaja selesai melaksanakan tawaf qudum.
Hari ini kami tiba di masjid agak lewat iaitu jam 4 pagi, tatkala azan pertama berkumandang. Tiada pilihan, kami terus ke tingkat 2 atau di bumbung kerana pintu masuk ke ground floor & tingkat satu sudah ditutup oleh tentera yg bertugas.
Seusai solat subuh berjemaah, yg dijanjikan pahala bersolat separuh malam, kami turun ke dataran utk bertawaf sunat. Ajaib tapi benar, jemaah sangat ramai tetapi sentiasa ada ruang utk berjalan. Suami yg setia melindungi dari belakang, setiap masa & ketika. Biarpun asakan dari kiri dan kanan cuba menggugat kesabaran, diri berasa selamat, kerana aku yakin di Baitullah yg mulia, persaudaraan antara semua umat disimpul utuh olehNya. Di kiri kananku tidak lain adalah saudara-saudara yg dtg ke sini dgn satu tujuan iaitu utk mencari redha Ilahi dalam memburu syurga yg hakiki.
Lusa, In shaa Allah kami akan berangkat ke "Mahsyar Dunia", tempat Rasulullah SAW memberi khutbah wida' yg meruntun jiwa, di Padang Afarah.
Salam Jumaat yg hening dari Makkatul Mukarramah. 💗
Alhamdulillah, semoga sentiasa sihat di sana ya... dan segala urusan ibadah dipermudahkan...
ReplyDeleteHello Dr Aisyah, wow! I am very impressed with your impressive credentials. Outstanding!
ReplyDeleteBahasa saya sebelum Merdeka, da out of tune.
You have a fun weekend and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.