Tuesday 3 June 2014

Secebis kisah dari Surah Yassin


Alhamdulillah hari ini Usrah dapat belajar 9 pengajaran dari ayat 20 & 21 Surah Yassin 

Kisah Habib An-Najar, yang hanya merupakan seorang tukang kayu, tetapi sanggup bersusah payah mendukung & menyokong dakwah Islam yg disampaikan oleh para Nabi. 

Apa itu dakwah? Iaitu mengajak kepada kebaikan & mencegah kepada kemungkaran. 

(Sila rujuk ayat di gambar)

✨9 Pengajaran Ayat✨

1) Datanglah - usaha dakwah harus proaktif , tidak boleh tunggu sahaja orang dtg kepada kita, tapi kita mesti pergi mendapatkan ilmu, dan secara aktif pergi berdakwah kepada orang lain 

2) Dari hujung kota - walaupun susah payah seperti Habib yang datang dari jauh, walau bersusah payah namun usaha dakwah mesti dijalankan 

3) Pemuda - golongan belia yang sangat penting dalam menegakkan usaha dakwah. 

4) Dengan berlari - perlu bersegera (tapi bukan gopoh), contoh bersegera melakukan kebaikan (fastibi'ulkhairat) , tidak berlengah-lengah 

5) Berkata - dakwah lisan itu perlu, tidak boleh berdiam diri mengharapkan perubahan berlaku pada diri kita mahupun persekitaran kita. 

6) Wahai kaumku - pentingnya bergaul dengan masyarakat, sebagaimana Rasulullah mendapat gelaran Al-Amin (yg jujur) kerana Baginda bercampur dgn masyarakat. Dakwah tidak tertegak dengan duduk di rumah & menunggu Ustaz dtg mengajar kita one-to-one 

7) Turutlah Rasul-rasul itu - dakwah mengajak kepada Allah, bukan utk kita mencari pengikut atau meminta orang datang kpd kita. Mesti jelas kepada apa atau siapa dakwah itu ditujukan (kembali kepada Allah) 

8) Turutlah Rasul-Rasul yang tidak mengharapkan ganjaran - niat dakwah bukan untuk mendapat balasan dari manusia tetapi dari Allah SWT. 

9) Mereka orang yang mendapat hidayah petunjuk - orang yang ingin dekat dgn Allah, Allah akan tambah mudahkan jalan untuk ia kembali kepada Allah. 

Subhanallah Alhamdulillah semoga kita semua dapat amalkan in shaa Allah đź’—

No comments:

Post a Comment