Thursday, 24 May 2018

Nak kurus Ramadan ini?

Kita biasa dengar, orang kata ,
"Wah tahniah, dah kurus sekarang. Apa rahsianya? "
Alangkah seronoknya kalau Allah kata,
"Wah, Ramadan ini dah "kurus" buku dosa. Tahniah!"
.
.
.
Tetapi alangkah ngerinya jika di akhirat Allah kata,
" Wah, semua amalan kamu sia-sia kerana kamu kata beriman tetapi amalan seperti orang jahil. "Kurus" buku pahala kamu. Takziah!"
Apakah sebabnya SEMUA amalan terhapus pahalanya?

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا
"Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
[Al-Kahfi : 105]

Orang ini TIDAK BERIMAN KEPADA AYAT ALLAH . Walaupun orang Islam, jika tidak percaya SATU PERKARA sahaja dari Al-Quran maka SIA-SIA semua amalannya.

Contohnya percaya wajib menunaikan solat, tetapi membuka aurat selepas solat. Tadi dia solat itu menyembah siapa? Tuhan yang tidak dipercayai?

وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا
"Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan."
[Surah Al-Furqan ayat 23]

Orang-orang ini ada amalan tetapi seperti debu yang berterbangan . Debu tiada nilai langsung, tiada orang mahu .

Kerana :
1) AMALAN TIDAK IKHLAS (RIAK)

2) BUAT BENDA BIDA’AH (semua amalan yang bukan amalan Rasulullah adalah tertolak, termasuk puasa nisfu syaaban, baca Yassin malam nisfu Syaaban. Baca Al-Quran boleh bila-bila masa bukan khusus untuk sesuatu hari)

3) Orang yang tiada taqwa (tidak rasa bersalah melakukan dosa)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لَأَعْلَمَنَّ أَقْوَامًا مِنْ أُمَّتِي يَأْتُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِحَسَنَاتٍ أَمْثَالِ جِبَالِ تِهَامَةَ بِيضًا فَيَجْعَلُهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَبَاءً مَنْثُورًا
Aku benar-benar melihat diantara umatku pada hari Kiamat nanti, ada yang datang dengan membawa kebaikan sebesar gunung di Tihamah yang putih, lalu Allah menjadikannya seperti debu yg berterbangan…
Tsauban bertanya, Ya Rasulullah, jelaskan kepada kami siapa mereka itu agar kami tidak seperti mereka sementara kami tidak mengetahui…

Beliau bersabda,
أَمَا إِنَّهُمْ إِخْوَانُكُمْ وَمِنْ جِلْدَتِكُمْ وَيَأْخُذُونَ مِنْ اللَّيْلِ كَمَا تَأْخُذُونَ وَلَكِنَّهُمْ أَقْوَامٌ إِذَا خَلَوْا بِمَحَارِمِ اللَّهِ انْتَهَكُوهَا
Mereka adalah saudara-saudara kalian dan sebangsa dengan kalian, mereka juga bangun malam seperti kalian, akan tetapi mereka adalah golongan yg apabila mendapat kesempatan untuk berbuat dosa, mereka melakukannya !

(HR. Ibnu Majah, disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Silsilatul Ahaadits Shahihah No.505)
Semoga Ramadan ini kita beribadah SEMATA-MATA kerana mengharapkan pahala dan keampunan dari Allah SWT ,dan bukan untuk kurus.
Allahu 'alam


No comments:

Post a comment