Showing posts with label 2017. Show all posts
Showing posts with label 2017. Show all posts

Saturday, 14 October 2017

Ke Hong Kong bersama warga emas intan berlian

Dua warga emas intan berlian, buah hati pengarang jantung saya, yang saya panggil Mama dan Ayah. Semoga Allah merahmati mereka sentiasa in shaa Allah. Kenangan bergambar di Tsim Sha Tsui berlatar belakangkan pulau Hong Kong 


Pernah dengar kata-kata "syurga itu dibawah telapak kaki ibu"?
Atau  

"Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang zaman"
Pasti pernah kan 

Tidak ada orang yang tidak sayangkan ibu bapa mereka, betul kan? Berbakti kepada ibu bapa adalah antara amalan yang paling disukai oleh Allah dan Rasulullah SAW, hingga diletakkan setaraf dengan pahala berjihad di jalanNya, seperti di dalam hadith Rasulullah SAW , yang disebutkan dalam shahîhaian dari ‘Abdullâh bin Mas’ûd, ia berkata:


سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ الصَّلَاةُ عَلَى وَقْتِهَا قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ


“Aku bertanya kepada Nabi; “Amalan apakah yang paling utama?” Beliau menjawab,”Shalat pada waktunya.” Aku bertanya lagi: “Kemudian apa lagi?” Beliau menjawab,”Berbakti kepada kedua orang tua.” Aku bertanya lagi: ”Kemudian apa lagi?” Beliau menjawab,”Berjihad di jalan Allah.”


Kali pertama saya membawa kedua ibu bapa saya ke luar negara adalah pada tahun 2014 semasa saya menghadiri World Ophthalmology Congress di Tokyo, Jepun. Alhamdulillah ia membawa satu pengalaman dan memori yang manis buat kami.

Pada tahun 2015 pula, saya menemani mereka ke Turki, iaitu negara asal moyang saya . Tidak dapat saya lupakan bagaimana ibu saya menitiskan air mata tatkala pesawat Turkish Airlines mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Attartuk

Pada hujung tahun 2015, saya melahirkan anak saya yang ke empat, maka saya tidak dapat pergi ke mana-mana hinggalah tahun ini


Pada Julai 2017, saya memulakan pengajian saya dalam sub kepakaran Oftalmologi Kanak-kanak atau Paediatric Ophthalmology. Apabila saya mendapat info yang Persatuan Oftalmologi Hong Kong dan Asia Pacific Strabismus and Paediatric Ophthalmology Society (APSPOS) akan mengadakan persidangan pada bulan Oktober, saya langsung meminta izin suami saya untuk menghadirinya . Oleh kerana bulan Oktober adalah bulan peperiksaan untuk anak-anak kami, suami saya tidak sanggup meninggalkan mereka untuk menemani saya, lalu beliau mencadangkan agar saya mengajak Mama dan Ayah
Ternyata Mama dan Ayah berminat, kerana mereka belum pernah ke sana. Tambahan pula Mama yang baru menjalani pembedahan lutut pada November 2016 dan April 2017, merasa seolah mendapat kekuatan baru untuk meneroka ke tempat-tempat baru


Saya menempah tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong melalui laman web Air Asia seawal bulan Julai lagi, maka saya mendapat harga tiket yang agak berpatutan iaitu RM800 seorang untuk tiket pergi dan balik (termasuk makanan dan beg).


Untuk penginapan, saya memilih untuk menempah apartment kerana Mama mahu memasak sendiri untuk menjimatkan kos dan memudahkan pada hari-hari yang mungkin tidak larat untuk pergi mencari restoran halal di sana. Melalui AirBnB saya mencari penginapan yang sesuai untuk warga emas iaitu
  1. Dekat dengan pengangkutan awam terutamanya pengangkutan dari lapangan terbang
  2. Ada lif
  3. Senyap
  4. Ada dua bilik untuk privasi dan keselesaan
  5. Berhawa dingin
  6. Ada kemudahan untuk memasak
  7. Dekat dengan tempat-tempat menarik
  8. Selamat
  9. Bersih
  10. Harga berpatutan
  11. Dekat dengan tempat persidangan saya
  12. Ada Wi-Fi percuma (jadi tidak perlu mengambil data plan iaitu RM38 sehari)
Hampir dua minggu juga mencari dan meneliti setiap apartment yang disenaraikan oleh AirBnB. Saya bertanya beberapa soalan kepada hos-hos dan kebanyakan dari mereka sangat membantu dalam menjawab persoalan-persoalan mereka. Yang paling memudahkan, mereka langsung tidak kisah jika kita sekadar bertanya. Tiada kewajipan atau “no obligation “ untuk menyewa tempat tinggal mereka
Apartment yang saya pilih terletak di Nathan Road iaitu kira-kira 3km sahaja dari Hong Kong Eye Hospital di mana persidangan saya akan diadakan. Harganya RM1600 untuk 3 orang, untuk 4 hari 3 malam. Agak mahal juga. Harga hotel 3 bintang juga lebih kurang begitu dan ada kemudahan sarapan pagi, tetapi saya memikirkan lebih mudah untuk Mama memasak jika di apartment, maka saya memilih apartment dua bilik.
Semasa saya di Tokyo, kami menyewa studio apartment yang agak luas, harganya RM3000 untuk 9 hari 8 malam. Lebih murah , dan banyak kedai runcit di sekitar kawasan rumah tetapi agak jauh sedikit dari keretapi iaitu dalam 600-800m , berbanding apartment di Hong Kong ini, yang betul-betul di tepi jalan besar yang sibuk dan meriah.
Penerbangan kami dari KLIA2 adalah pada pukul 8.45 pagi, maka kami perlu check in seawal 6.45 pagi. Saya menempah perkhidmatan kerusi roda untuk ke dua-dua ibu bapa saya kerana mereka tidak boleh berjalan jauh. 

Alhamdulillah dari kaunter V16 (berhadapan dengan kaunter check in kami), hinggalah ke hadapan pintu masuk pesawat, Mama dan Ayah dihantar dengan penuh hemah. Petugas memudahkan perjalanan kami, tidak perlu beratur untuk melalui imigresen dan pemeriksaan beg melalui mesin pengimbas, malah Mama dan Ayah terus di hantar untuk menjadi penumpang-penumpang terawal menaiki pesawat. Untuk harga RM60 seorang, saya kira ini adalah satu perkhidmatan yang sangat berbaloi.

Dua petugas dari kaunter V16


Di hantar hingga ke hadapan pintu 

Penerbangan selama 4 jam tidak terasa, apatah lagi dengan sajian Nasi Lemak Pak Nasser yang lazat dan kopi panas yang memikat, yang ditempah awal dengan harga RM10 sahaja (berbanding RM14 jika dibeli di dalam pesawat untuk nasi lemak sahaja)

Ketibaan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong , disambut dengan seorang petugas dengan sebuah kerusi roda. Ya hanya satu. Lama juga kami menunggu jika ada satu lagi kerusi roda tetapi ternyata tidak juga kunjung tiba. Ayah kata tidak mengapalah biar Mama yang disorong, Ayah akan berjalan perlahan-lahan.

Petugas membantu kami melalui laluan imigresen khas (tidak perlu beratur), mengambilkan troli beg untuk kami, menunjukkan tempat membeli tiket bas, dan menghantar kami hingga ke tempat untuk menaiki bas .
Petugas di Lapangan Terbang Hong Kong 

Ayah terpaksa berjalan di lapangan terbang

Jika menaiki teksi dari lapangan terbang ke bandar Mong Kok di tengah-tengah Kowloon harganya adalah HKD 230, tetapi menaiki bas A21 (City Flyer), hanyalah HKD 33 seorang. Informasi ini semua sudah diberikan oleh tuan rumah kami. Kadar tukaran wang semasa ini adalah lebih kurang HKD 100 bersamaan RM50. Untuk memudahkan, kita anggap sahaja apa-apa harga dalam HKD, kita bahagi dua dan itulah nilai dalam ringgit Malaysia
Bas City Flyer ini, memang mudah untuk dinaiki dan sangat sesuai untuk penumpang-penumpang dengan bagasi besar, kerana ada disediakan tempat meletak bagasi
Perhentian bas di Terminal 2 , tidak terlalu jauh untuk berjalan dari balai tuntutan bagasi . Tiket boleh dibeli di kaunter berdekatan, atau dibayar di dalam bas jika ada wang kecil yang mencukupi

Setiap perhentian dipaparkan, jadi tidak perlu risau terlepas perhentian 

Tempat letak bagasi di dalam bas

Dalam perjalanan, kami melihat pemandangan kota Hong Kong dan pelabuhan yang sangat cantik.
Perjalanan dari lapangan terbang ke Nathan Road mengambil masa hampir 45 minit. Alhamdulillah perhentian bas Man Ming Lane terletak hampir betul-betul di pintu masuk apartment kami. Satu nikmat yang sangat besar bagi kami, yang sudah agak letih menempuh perjalanan seawal jam 6 pagi dari rumah tadi



Apartment ini mengamalkan “self check -in” atau daftar masuk sendiri. Di pintu hadapan , ada kotak kecil yang memerlukan nombor keselamatan untuk dibuka, di mana di dalamnya ditinggalkan kunci rumah itu.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah apartment kami comel sahaja saiznya tetapi sangat bersih. Semua kelengkapan dari kelengkapan memasak, sabun mandi, penggosok baju, penggantung baju , peti sejuk, periuk nasi automatic, hinggalah beras, garam , gula, minyak masak dan kicap ada disediakan.

Bilik tidur ke dua

Ruang tamu 

Tandas yang bersih 

Bilik mandi 

Payung dan hanger disediakan 

Penggosok baju dan papan penggosok

Wifi dan peti sejuk 


Selepas makan nasi Brahims,  berehat dan solat, kami bergerak ke hentian bas the Big Bus Tour yang terletak di Temple Street untuk kami bersiar-siar melihat kota Kowloon. Tiket bas ini saya beli lebih awal dari laman web, dan ada diskaun 10%. Harganya USD 66 seorang untuk pass 2 hari , termasuk pass feri untuk ke Pulau Hong Kong, dan pass pilihan sama ada menaiki tram ke puncak atau The Peak, atau menaiki dek pemerhatian di bangunan Sky100.



Dari Temple Street, kami ke Peninsula Hotel yang merupakan salah satu perhentian untuk the Big Bus. Dari sana kami berjalan ke Pier untuk menaiki feri pelayaran malam atau the Night Cruise. Feri ini akan membawa kami melihat pemandangan malam di Hong Kong yang bermandikan cahaya, selama satu jam. Harganya adalah HKD 134 untuk dewasa, dan HKD122 untuk tiket konsesi (concession tickets ) iaitu untuk kanak-kanak atau warga emas lebih usia 65 tahun.





Gembira rasanya melihat senyuman di wajah Ayah dan Mama menaiki cruise ini. Angin malam yang tidak terlalu sejuk, cukup selesa. Minuman ringan dan biskut juga disediakan dan harganya sudah termasuk ke dalam harga tiket tadi.  
Kami tiba semula di Pier Tsim Sha TSui pada jam 8 malam, bertepatan dengan bermulanya pertunjukan Symphony of Light. Terdapat dek pemerhatian setinggi satu tingkat di Pier ini tetapi penuh dengan pengunjung. Jadi kami memilih untuk melihat dari tempat feri berlabuh sahaja di tingkat bawah. Mama pun sudah agak letih  untuk menaiki tangga.
Tiba semula di Tsim Sha Tsui

Mama melepas lelah seketika






Pertunjukan cahaya ini, berlangsung selama 15 minit, diiringi muzik. Seolah-olah cahaya pada banguan-bangunan “menari” mengikut alunan muzik , dan diselangi dengan pancaran lampu laser dari beberapa pencakar langit. Agak menghiburkan juga, tetapi tiada yang terlalu istimewa bagi saya. Namun kerana ia percuma, saya rasa ia patut dimasukkan dalam itinerari jika berkunjung ke kota metropolitan ini.
Jam 8.30 malam, sebelum pulang kami singgah di sebuah restoran halal yang terletak di sebelah pejabat The Big Bus Tour di Pier (tingkat 1). Tukang masaknya dari India dan pembantunya adalah warga India yang pernah tinggal di Malaysia hampir 35 tahun! Subhanallah.






Encik Sultan , pembantu di restoran ini. Beliau warga India yang pernah tiinggal di Malaysia selama 35 tahun. 




Kami membeli 3 ketul kebab untuk dibawa pulang, harganya HKD200, dan atas dasar persaudaraan Islam, tukang masak memberi hadiah sebotol jus mangga untuk kami. Kebabnya agak besar, jadi sampai di rumah, kami hanya mampu menghabiskan 2 kebab, dan kami simpan satu lagi di dalam peti sejuk, untuk dijadikan sarapan.
Tambang teksi dari Pier ke apartment kami adalah HKD35. Ada di kalangan pemandu teksi yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik, jadi cara termudah untuk berkomunikasi adalah saya “print screen” alamat rumah kami dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina, dan tunjukkan sahaja kepada pemandu
Malam pertama di Hong Kong , saya sukar tidur kerana rindukan bayi saya. Tilamnya juga agak keras, tetapi saya ingat semasa ke Hong Kong pertama kali dahulu, tilam di hotel 4 bintang juga agak keras. Mungkin ini cara orang Hong Kong. Tetapi Alhamdulillah akhirnya tertidur jua, selepas saya alas tilam dengan comforter, dan saya tidur bergulung umpama kebab!

Friday, 26 May 2017

Ramadhan 2017 : Bagaimana menjadikan Ramadhan kali ini paling istimewa?

Ramadhan Kareem 

Alhamdulillah kita terpilih untuk menyambut kehadiran Ramadhan sebagai tetamu sekali lagi

Bulan PESTA IBADAH, setiap amalan digandakan beribu kali ganda, hingga mampu menggantikan usia kita yang pendek, dengan ibadah beratus tahun. 

Di sini saya kongsikan sedikit ilmu dari kelas Ustaz Abdul Muien, dalam mempersiapkan diri menghadapi dan melalui Ramadhan ini



Persiapan menghadapi Ramadhan

Hadis sahih : Sabda Rasululah, "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan (lengkap sebulan), di a berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah ( percaya kepada Allah) dan kerana menghitung (pahala iaitu mengharapkan pahala dari Allah), maka diampunkan dosanya yang lepas. Sesiapa yang mendirikan malam LailatulQadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan dosanya yang lepas" (HR Imam Bukhari)

PERCAYA:
Iblis : percaya tetapi tidak patuh. Imannya sia-sia kerana imannya tidak diikuti dengan PATUH.

Abu Talib juga percaya pada Allah dan percaya bahawa agama Islam adalah agama yang adil, Kerna itu dia mempertahankan Rasulullah. Dia yakin dengan hari kiamat tetapi keyakinan ini tidak berfaedah kerana kepercayaan ini tidak diikuti dengan kepatuhan.
Manusia patutnya percaya DAN patuh.

DIAMPUNKAN DOSA:
-          Perkara yang paling menggembirakan manusia sepatutnya adalah keampunan Allah.
-          Kerana itu dalm hadis ini yang dijanjikan untuk orang yang berpuasa bukan harta tetapi sesuatu yang paling bernilai iaitu keampunan Allah, bererti syurga.

-          Ka’ab bin Malik tidak ikut Perang Tabuk, berdosa dan dipulaukan oleh Rasulullah dan para sahabat selama 40 tahun. Selepas itu Allah turunkan ayat taubatnya diterima. Selepas ayat itu turun, dia bertemu Rasulullah dan berkata ada dua kegembiraan iaitu pada hari masuk Islam, dan pada hari itu di mana Allah ampunkan dosanya. Atas kegembiraan itu maka dia infakkan semua hartanya untuk jalan Allah. Ini menunjukkan keampunan Allah itu adalah jauh lebih bernilai dari harta dunia.

Sebagai orang beriman, kita patut gembira nak menyambut Ramadhan, bukan gembira nak sambut raya. Kalau kita belum seronok, kita belum pandai nilai keampunan Allah. Dunia sehebat mana pun akan ditinggal.

Contoh kita masuk rumah kita bersih, hati puas. Pakai baju bersih, rasa seronok. Patut lebih rasa seronok Allah nak bersihkan dosa kita. Syarat
1)      Berpuasa dengan penuh keimanan
2)      Harap keampunan Allah.

Para sahabat sangat gembira ketika tibanya Ramadhan, dan sangat sedih apabila dipenghujung bulan itu, kerana tidak ada lagi bulan keampunan.

LAILATUL QADR
-  hadith 10 malam terakhir, atau 10 malam terakhir yang ganjil, atau malam 27 ramadhan
-          Lebih baik dari 1000 bulan atau 83 tahun. Umat zaman sekarang jarang yang panjang umur. Biar jangan umur panjang tetapi cukup 60-70 tahun, yang penting beramal soleh

-          Bani Israel usia 1000 tahun, perlu berjihad 1000 tahun untuk dapat keredhaan Allah. Umat Rasulullah hanya perlu beribadah 10 malam sahaja yang nilainya 1000 tahun.

-          Rasulullah beriktikaf di masjid dari pagi 21 Ramadhan hingga 1 syawal, tidak keluar langsung sedangkan rumah Baginda sebelah sahaja. Rasulullah tidak perlu lailatul Qadar sebab memang dah dijanjikan syurga tetapi Baginda seronok beribadah kerana Allah nak bagi hadiah yang istimewa

-          Lailatul Qadar bermula Maghrib hingga fajar.

-          Contoh solat maghrib berjemaah, isyak berjemaah dan terawih sahaja, kemudian tertidur hingga subuh, maka pahala berganda seolah beribadah selama 1000 bulan, sengan SYARAT dengan KEIMANAN dan MENGHARAPKAN PAHALA.

Dalam hadith ini yang patut kita lakukan
1)      Berpuasa (wajib) à diampunkan dosa
2)      Qiamulail (sunat ) à diampunkan dosa

Mesti SERONOK habis-habisan apabila Ramadhan tiba kerana Allah nak ampunkan dan bersihkan dosa.

Semakin dekat nak Ramadhan, mesti makin seronok.

Tujuan puasa : untuk jadi orang bertaqwa. 

Bagaimana?
-          Puasa: ditahan dari makan dan minum tetapi sebenarnya yang Allah mahu bukan lapar dan dahaga kita, tetapi Allah nak kita tinggalkan seketika apa yang kita suka, walaupun halal, untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik iaitu syurga. Nafsu sangat suka makan. Kalau senang nak tinggalkan perkara yang halal, akan mudah untuk tinggalkan yang haram. Tinggal apa yang dicintai walaupun halal, untuk mendapatkan CINTA ALLAH. Kalau terbiasa tinggalkan yang halal, maka akan mudah tinggalkan yang haram .

-          Hadith sesiapa yang tidak dapat meninggalkan sesuatu yang berbohong, dan masih beramal dengan pembohongan itu, Allah tidak berkehendak langsung dengan lapar dan dahaganya. (HR Bukhari dan Muslim) 

-          Apabila orang ajak bertengkar, dia berkata “aku berpuasa”.
-          
Jangan rasa terbeban untuk berpuasa
-          Contoh rasa seronok nak melancong, sebab ada anticipation seronok makanan terhidang, tempat yang cantik dan sebagainya.

Apa lagi keseronokan berpuasa?

-          Mulut yang berbau itu harum di sisi Allah walaupun tidak di sisi manusia, kerana Allah suka kita beribadah hingga mulut kita busuk, sama macam kita di Arafah dalam ihram badan berbau etc

-          Setiap amalan digandakan 700 kali, kecuali berpuasa, Allah sendiri akan balas. Terlalu tinggi pahala kerana berpuasa perlu sabar yang sangat tinggi. Tidak susah nak tinggal makan dan minum tetapi susah nak jaga mulut. Contoh suami marah panaskan lauk untuk bersahur, jangan jawab “makan je apa yang ada”, tapi jawab “aku berpuasa”. Rasulullah dah ajar cara untuk jawab
-          

Surah Az-Zumar ayat 10 : pahala orang yang bersabar tiada had.
-          
Sabar ada 3 peringkat
o   Sabar nak melaksanakan ketaatan kepada Allah à menjalankan puasa
o   Sabar meninggalkan larangan Alalh à drp makan dan minum
o   Sabar dalam menghadapi ujian à ujian lapar

Orang yang ada masalah panas baran à Ramadhan masa untuk baiki diri. Kalau dalam Ramadhan pun tak dapat didik diri, lebih sukar pada waktu lain. Kalau orang marah/maki kita, jawab Inni Soimuun (sesungguhnya aku orang berpuasa).  Ini untuk bulan Ramadhan sahaja kerana semua orang berpuasa, maka tidak menimbulkan riak.

PERISTIWA BESAR DALAM RAMADHAN
1)      Turunnya Al-Quran
-          Manusia tanpa Al-Quran tidak ada beza dengan haiwan
-          Turunnya Al-Quran turun sekaligus dari langit syurga ke langit dunia sekaligus semasa Ramadhan, pendapat lain semua Al-Quran turun beransur-ansur dari awal, dan bermula pada bulan Ramadhan

2)      Perang Badar
-          Umat Islam 313, mushrikin 1000 orang , dalam keadaan tidak bersedia untuk berperang , mereka pergi kerana ingin merampaskan harta Abu Sufian yang asalnya adalah harta orang Islam

-          Kekuatan para sahabat bukan senjata, bukan fizikal kerana mereka berpuasa, bukan kerana jumlah yang ramai tetapi pada ketaatan mereka pada Allah dan keimanan mereka.

-          Kemenangan ini juga menunjukkan kehebatan kerajaan Madinah

-          Di Malaysia Ramadhan orang kafir makin untung kerana jual barang makanan, tetapi zaman Rasulullah orang bukan Islam paling rugi kerana kalah dalam peperangan

3)      Pembukaan kota Mekah tahun ke 8 hijrah

-          Rasulullah datang bersama 10,000 orang Islam, sebulan sebelum masuk Mekah, musuh sudah takut

-          13 tahun Rasulullah di Mekah, 200 orang sahaja yang masuk Islam. Semasa pembukaan kota Mekah, dalam masa sehari berbondong-bondong masuk Islam . ini semua kerana pertolongan Allah

-          Bagaimana nak dapat pertolongan Allah ini? Setelah 13 tahun berdakwah, ramai sahabat yang dibunuh dan diseksa, 21 tahun Rasulullah berdakwah, setelah mereka menyerahkan diri sepenuhnya pada Allah, barulah pertolongan Allah datang

-          Rasulullah bertanya pada orang musyrikin yang perangi Baginda, caci maki Baginda bertahun-tahun, halau Baginda dari Mekah, Baginda Tanya “kamu rasa apa yang akan aku lakukan”. Mereka jawab ,” kamu orang baik, anak orang baik, pastilah baik”. Rasulullah kata “keluarlah kamu, dan kamu bebas”.

SOAL JAWAB TTG PUASA
1)      Tak perlu lafaz, bangun sahur itu pun sudah menjadi satu niat untuk berpuasa. Rasulullah tak sebut niat, niat perlu  dalam hati sahaja. Imam besar yang 4 pun, tak pernah ajar lafaz niat. Lafaz niat ini hanya diajarkan oleh imam yang terkemudian untuk memudahkan orang yang baru masuk Islam, kanak-kanak dan sebagainya

2)      Kalau tak bangun sahur? Kalau isytihar bulan ramadhan sudah mula, kita mesti dah ada niat untuk puasa sebulan. Sah puasa itu. Walaupun cth ibu mengandung yang mulanya niat nak puasa penuh, kemudian terpaksa break, tetap kena niat untuk puasa sebulan penuh

3)      Perkara yang membatalkan puasa : asasnya tiga makan, minum dan hubungan suami isteri

-          Makan dalam keadaan rela, sedar, dan pilihan kita sendiri. Kalau dipaksa tidak batal puasa. Begitu juga bersama suami isteri.

-          Ubat seperti asthma, ubat titis mata etc tak batal puasa
-          Muntah dengan sengaja batal puasa
-          Berbekam batal puasa
-          Derma darah banyak hingga lemah badan boleh batal puasa

4)      Orang yang berpuasa separuh hari kerana apa sebab sekalipun, selepas berbuka, tidak boleh makan dan kena tunggu hingga maghrib juga.

5)      Ibadah Malam :
-          Disunatkan solat malam : Rasulullah tidak pernah lebih solat malam lebih dari 11 rakaat (riwayat Aisyah) . Tetapi kalau terawikh ikut imam, kalau imam solat 23 rakaat, ikut hingga akhir , kerana dapat pahala beribadah sepanjang malam. Ini peluang Allah nak bagi kerana kita memang susah nak solat sepanjang malam. Yang terbaik adalah di masjid.

-          Sunnah Rasulullah baca ayat panjang, rukuk yang panjang, sujud yang panjang. Kalau bacaan pendek, tambahkan rakaat.

-          Masjidil haram buat 23 rakaat

6)      Ibu yang hamil dan risau memudaratkan dirinya, dan ibu yang menyusukan anak dan risau memudaratkan anaknya, maka boleh berbuka dan bayar fidyah (tidak perlu qadha)

-          Jika ibu hamil rasa ok tetapi doctor kata memudaratkan anaknya, juga boleh berbuka dan bayar fidyah sahaja

-          Hadis ini sahih dan tidak ada hadis yang meminta untuk ibu itu qadha dan bayar fidyah

7)      Bila mesti berhenti makan? – apabila azan dilaungkan atau apabila terbit fajar (nampak benang putih )


-          Semakin lewat sahur, makin bagus untuk bersedia untuk berpuasa. 

Allahu alam