Friday, 2 March 2012

American Visa

Last December, I ada submit part of my thesis  yang berkaitan dengan cataract ke sebuah persidangan di USA. Sebenarnya thesis ni sebahagian daripada pengajian dalam masters tapi disebabkan my supervisor and I dapat grant daripada UMRG (University Malaya Research Grant) sebanyak RM50,000, I pun pujuk la my supervisor sponsor I gi USA.  Alhamdulillah my thesis tu accepted kat American Society of Cataract and Refractive Surgery Conference (ASCRS) di Chicago, Illinois... And guess what? I'M GOING TO AMERICA! YAHOOOO!

Tengok gambar Chicago pun I dah nak melompat sebab excited!!!








Well, actually ticket memang dah beli, dah confirm for our 9 days trip. Tapi visa la satu hal. Rupanya nak pergi USA ni bukan senang.  Ni nak share sikit pengalaman apply visa.





Mula-mula kena apply online, kat ustraveldocs.com. Kena isi form DS160 yang panjang berjela tu, untuk I ok lagi, tapi untuk encik suami, adalah 16page kot! Siap tanya lagi pernah pergi military training tak, pandai handle guns and bombs tak. Kalau ye pun kita ada pengalaman, takkan lah nak mengaku kan?


Siap isi borang semua, kena print dan bawa ke Standard Chartered Bank untuk buat bayaran. Untuk kategori menghadiri conference cam I ni , kategori B1, bayarannya RM448. Haaa.... Nak tahu tak? Bayaran ni tak akan dikembalikan walaupun visa tak lepas. Lepas tu ATM machine kat Standard Chartered tu kalau withdraw duit dr bank lain, cas RM4 per transaction ok! Mahal la sangat! So next time uolls, sila cucuk duit dulu.



Ok settle bayar, pegi call US Embassy pulak untuk dapatkan appointmet untuk interview. Kami diberi pilihan hari jumaat 2 Mac ni, pukul 7.20 @ 7.50 @ 8.50. Awal betul diorang ni buka.







Nak masuk Embassy saja kena beratur untuk security, dalam setengah jam. Untung kami ada kenal somebody dalam tu, boleh juga skip queue. ;)

Masuk dalam memang macam nak masuk airport lah, ada scan machine untuk beg, metal detector, lepas tu semua barang electronic tak boleh bawa masuk, hatta charger iphone.. Kelakar kan!



Masuk dalam, lepas ambil nombor kaunter A untuk Non-immigrant Visa, kena serah dokumen iaitu yang print dari website masa fill in DS160 form tu, passport, pengesahan majikan yang kita kerja di sini, slip bank  dan.... Jeng jeng... gambar dgn background putih! Naya betul sebab kami punya gambar background biru! Nak tak nak, terpaksalah menapak ke Ampang Park Shopping Centre, ambil gambar yanga berharga RM30! Cheh..... Balik tu malas nak menapak, naik teksi je patah balik ke US Embassy kat Jalan Tun Razak tu.


Sebab tadi kami dah masuk, ada dapat slip dari orang dalam, tak payah lah queue sekali lagi nak masuk ke dalam Embassy. Lepas serah semula dokumen, kena ambil fingerprint untuk sepuluh jari! Rasa cam criminal pun ada hahahahahahahahaha....


Lepas tunggu dalam 5 minit, kami dipanggil untuk interview. Dia tanya keje apa, kenapa nak gi USA, dah kawin ada anak tak, anak ikut sekali tak. Cam tu je. My friend kata dia nak pastikan kita akan balik semula ke Malaysia dan bukan nak bermastautin kat sana. 


Unfortunately we got a pink slip saying, " this visa application is rejected on a temporary basis pending further administrative investigation". HA? REJECT KEERRRR???? Dia kata dia akan call bagitau diterima ke tidak.


I pun panic, gi la telefon kawan yang keje situ, dia kata "Oh itu memang standard answer, Doctor. Dont worry". PHEW! 


So kita tunggu je lah.... Hopefully lepas lah sbb excited sangat nak gi USA ni! Kalau ada rezeki nak singgah Niagara Falls sbb fllight 1 hour je dari Chicago tu. Doakan yek!






 Siapa nak kirim boleh isi application form kahkahkah.... Tapi i dengar Coach memang 50-60% off lah! SMS me kalau nak kirim k ;)

1 comment:

  1. I enjoy you because of every one of your effort on this site. My mum enjoys setting aside time for internet research and its easy to understand why.

    USA Visa

    ReplyDelete