Alhamdulillah kita dah sampai ke 10 hari dan malam terakhir dalam bulan Ramadhan tahun ini. Tahun ni memang I rasa pantassss sangat masa berlalu. Rasa macam nak "pause" jangan kasi raya dulu pun tak apa.
Dapat pada kita sibuk mengejar dan mencari Malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan, aktiviti kerja sebagai doktor mata dan bisnes Premium Beautiful kami teruskan juga macam biasa. Sebab rezeki Ramadhan ni memang tak sangka-sangka dan melimpah ruah, Alhamdulillah.
Bermula pada 1 Ogos yang lalu dengan majlis berbuka puasa dengan anak-anak yatim di Summit Hotel, USJ yang dianjurkan oleh Hai-O Marketing, pada 5 Ogos (Ahad) pula kami adakan Majlis Berbuka Puasa dn penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada Rumah Baitul Amal iaitu sebuah rumah anak yatim dan perlindungan di Sungai Buloh. Majlis ini bertempat di Hotel De Palma, Ampang. Terasa sayu hati melihat anak-anak comel yang sudah kematian ibu bapa, dan ada juga yang ditinggalkan oleh orang tua mereka kerana kesesakan hidup.
This is the first time I felt that way about them. Sebelum ni bagi sumbangan je, tapi this time benar-benar dapat beramah mesra dengan mereka. No matter what was their age, one thing I noticed is that they do not long for material, really.. but for touch & some attention.
Here are a few pics of this very moving and very touching ceremony...
Bergambar sementara menunggu anak-anak yatim sampai
TYMG leaders bersama Leader Gold Mania Group (GMG) CDM Yati & Leader Blue Mania World (BMW) CDM Ina Ramzi
The BEAUTIFUL ladies...
..and the MACHO gents...
CDM-CDM wanita yang macam adik-beradik, menunggu anak-anak yatim tiba di lobi Hotel De Palma
Sempat bergambar ala-kad raya!
Yang jejaka pun tak nak lepas peluang hehe
Akhirnya anak-anak dan adik-adik dari Rumah Baitul Amal tiba
Bergambar bersama adik-adik... yang tudung kelabu tu nama dia Aisyah, dia pun nak jadi doktor!
Adik-adik dah ready dengan food untuk berbuka
The boys duduk dengan Pakcik Zafren hehehe
Majlis penyampaian duit raya untuk adik-adik.. terpancar keikhlasan di wajah jutawan muda, Hajjah Siti Rohana yang menyampaikan sumbangan :)
Adik-adik yang boys pun nak duit raya juga!
CDM Hajjah Siti Rohana menyampaikan sumbangan dari usahawan-usahawan Hai-O di stokis B32 kepada Ummu Liza, pengasas rumah Baitul Amal. Sumbangan sebanyak RM15,000 untuk kegunaan Aidilfitri anak-anak ini.
Semua CDM-CDM bergambar bersama anak-anak yatim sebelum menunaikan Solat Isyak, Solat Hajat & Solat Terawih berjemaah.
Alhamdulillah our involvement in this business has brought to us more than just an extra income. It also build leaders with better hearts and cherish the spirit of GIVING rather than RECEIVING. All the good deeds are from Allah, the unkind ones are from me.... I truly love my B32 family...
Alhamdulillah Ya Allah kerana menemukan kami dengan pemimpin-pemimpin yang berjiwa besar seperti CDM Siti Rohana & CDM Azlan, serta CDM Chan & Madam Lam... rahmatilah mereka dan keluarga mereka... Amin :)
No comments:
Post a Comment