Tuesday 27 August 2013

Kursus Perdana Haji di Putrajaya

Assalamualaikum.... 

Semenjak mendapat panggilan haji, tiada yang lebih saya mahukan selain menjadi tetamu Allah yang paling istimewa. Sesiapa yang belum berpeluang untuk membaca buku TRAVELOG HAJI, MENGUBAH SEMPADAN IMAN by Prof Kamil ( Blog: Kehidupan Ringkas tetapi Signifikan) , please do so and BE INSPIRED.

My mom went to hajj with my dad in year 2001. That same year my husband proposed to me & we got engaged the end of 2001, cos one of my mom's doa in front of the Kaabah was for me to marry a pious doctor :) 

Mama selalu sebut betapa seronoknya nak pergi haji, bermula dari Malaysia lagi, terutama masa Kursus Perdana Haji. Mama kata masa tu memang boleh rasa seolah-olah kita sudah berada di Tanah Suci.

Jadi masa saya dan suami dapat jemputan untuk menghadiri Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Putra, Putrajaya, kami memang tak lepaskan peluang. 


Kursus ini adalah kursus terakhir sebelum penerbangan pertama ke Tanah Suci pada 7 September 2013, dan melibatkan lebih 1600 orang bakal jemaah haji dari seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Program bermula jam 2 petang, bakal jemaah haji solat zuhr dan mendaftar ke Maktab masing-masing. I was in maktab 72, together with another 500 ladies and gents. The simulated maktab was quite humbled but I suppose it is good untuk biasakan kami dengan apa yang bakal kami lalui di Arafah dan Mina nanti.



Jam 3.30 petang , taklimat dari Ustaz dan Ustazah di maktab masing-masing. 


Then after Asar, semua jemaah diminta "niat ihram", bakal jemaah haji lelaki bertukar kepada pakaian ihram, dan kami bergerak ke model kaabah untuk menunaikan tawaf umrah, kerana amali haji ini adalah untuk haji tamattuk, iaitu mengerjakan umrah dahulu dalam bulan haji, kemudian menunaikan ibadah haji. 




Semasa bergerak di dalam kumpulan, diketuai oleh Ustaz Hasnil, bertalbiah bersama, airmata mula gugur, terasa sayu, syahdu dan kerdil untuk mengadap Allah Yang Maha Kuasa. Putih suci kain ihram dan telekung yang dipakai oleh jemaah, dengan penuh pengharapan kepadaNya agar ibadah haji kami nanti diterima sebagai haji mabrur, yang bakal menyucikan kami dari dosa, seputih kain yang dipakai kami. 




Tatkala melambai di penjuru Hajar Aswad, memulakan langkah untuk mengelilingi kaabah sebanyak tujuh pusingan, hati bagai diragut untuk terbang ke Tanah Suci ketika itu juga. Rindu tak terkira untuk melihat Hajar Aswad, Multazam, Pintu Kaabah, Hijir Ismail, Maqam Ibrahim dan Baitullah itu sendiri, yang sebenar... 



Selesai tawaf, kami "saie' bersama. Simulasi lengkap dengan melambai ke arah Kaabah, dan jemaah lelaki diminta berlari-lari anak tatkala sampai di penanda hijau, sebagai memperingati Siti Hajar yang berlari-lari anak di antara Safa dan Marwah, mencari sedikit air untuk anaknya yang kehausan di padang pasir. 


Selesai saie dan tahallul dengan bergunting, kami kembali ke masjid untuk makan malam dan solat maghrib berjemaah. Jemaah haji diminta mengekalkan pakaian ihram, sebagai latihan untuk di sana nanti.

Seusai solat maghrib, Majlis Perasmian dijalankan, diikuti dengan solat isyak berjemaah. Semasa majlis perasmian inilah, kami diamalikan, sedang wukuf di Arafah. 


Selepas isya', sekali lagi kami bergerak bersama, diketuai oleh Ustaz, untuk melontar jamrah. Walaupun jemaah dalam setiap maktab hanyalah 500-600 orang, model jamrah yang disediakan adalah kecil. Hati terdetik cemas bila mula ditolak-tolak ke arah jamrah dan terhimpit di antara jemaah lain, sedangkan suami tidak kelihatan. Ustaz berpesan, semasa melontar jamrah di Mina nanti, para suami hendaklah memimpin tangan isteri masing-masing. 

Subhanallah, bayangkan bagaimana keadaan di sana nanti dengan lebih 2 juta orang jemaah haji. Sememangnya pergantungan hanya pada Allah, untuk membantu setiap pergerakan jemaah haji.


Selesai melontar, kami kembali ke masjid.

Hari berikutnya bermula seawal 3 pagi untuk qiamullail. Ustaz Shafawi iaitu Ketua Pembimbing Jemaah Haji mengimami solat tasbih, solat taubat dan solat hajat. Kesunyian pagi dipecahkan dengan alunan merdu suara ustaz, menbacakan zikir munajat, dan mendayu-dayu membacakan doa kepada Allah agar memberi keampunan kepada kami, dan mempermudahkan urusan haji kami. Sungguh mencabar melalukan solat sunat tasbih yang mengambil masa lebih 20 minit utk satu solat, namun ustaz mengingatkan kami, bahawa pahala yang amat hebat menanti mereka yang melalukan solat tasbih, di mana Rasulullah menyeru umatnya melakukannya setiap hari, atau seminggu sekali jika tidak mampu, atau sebulan sekali, atau setahun sekali, atau sekali seumur hidup. Semoga Allah menerima semua amalan kita, amin..

Selepas subuh, kami dibawa tawaf dan saie haji, kali ini dengan simulasi sekiranya iqamah berkumandang, bagaimana cara untuk menyusun saf & menyambung tawaf atau saie selepas solat. 



Syahdu tak terkira,saat berjalan berjemaah dari Safa ke Marwah, dalam keheningan dan kedinginan subuh. Selesai tawaf dan saie, kami kembali ke masjid untuk rumusan oleh Ustaz Shafawi, diikuti Doa Perdana yang amat menyentuh hati. Di kiri kanan dan sekeliling saya, hampir semua jemaah haji menitiskan air mata tatkala Ustaz menbacakan doa, agar kami semua dikumpulkan di Arafah kelak, dan agar semua yang hadir, dikurniakan haji mabrur, yang tiada balasan lain baginya kecuali syurga Allah. 

Alhamdulilah it was a very valuable experience for me and husband. Saat terpisah waktu tawaf dan saie, hati saya tercari-cari dia, dan bila bertemu sewaktu minum petang, hati berbunga-bunga, walaupun baru beberapa jam terpisah. Terbayang perasaan Nabi Adam, ketika bertemu semula dengan isterinya Hawa, setelah terpidah bertahun-tahun selepas terkeluar dari syurga dek kerana muslihat Iblis durjana. Nabi Adam dan Hawa berputar mengelilingi lembah Mekah, yang menjadi salah satu penanda atau permulaan sejarah ibadah tawaf dalam haji. 


Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, perjalanan kami, dan ibadah haji kami ya Allah.. Kurniakanlah kami haji mabrur ya Allah, Ya Rahman, Ya Rabbal 'Alamin...

No comments:

Post a Comment