Thursday 22 August 2013

Syukur..

Salam Jumaat yang mulia...

Diam tak diam dah separuh bulan Syawal kita lalui. Just untuk remind kita untuk siapkan puasa 6 hari dalam bulan Syawal ini, yang mana bila digabungkan dengan puasa sebulan dalam bulan Ramadhan, kita akan diberi ganjaran puasa selama setahun! Kalau fikir logik, memang lah tak sanggup nak puasa setahun berturut-turut kan. So jom kita ambil peluang untuk puasa enam! 



Ok hari ni I nak share pasal bersyukur... 

In my facebook I ada post ttg jutawan dari Singapura yang berusia less than 30 tahun. Pada beliau, beliau boleh jadi jutawan sebab masih lagi fly economy class lights, tak pakai barang branded, drive kereta Toyota je, bukan BMW, Mercedes, Audi dan sebagainya. 

Saya rasa sangat bersyukur sebab something happened to me in March this year, that Allah gave me a change of heart. For the better in shaa Allah.

I was like that before. Proud of the BMW that I drove, proud of every expensive handbags and designer clothes that I managed to buy with our bonus. But Allah has taken away all those feelings from me. Maybe a mere 5 % persisted but I intend to clean it up in shaa Allah bit by bit....

What happened?

In shaa Allah ada masa I will share the story.

But I want to preach us to bersyukur. Syukur is giving thanks.. to human, to Allah most importantly. 

Allah janji: 



Dan Allah juga janji dalam sambungan ayat itu, kalau kita kufur, azab seksa sangat pedih. 

Kita selalu meminta-minta dari Allah dalam doa kita, untuk dapat macam-macam dalam dunia ini. Bila dapat nikmat yang besar-besar, tunggakan gaji berpuluh ribu, dapat bonus 5 angka, dapat beli barangan mewah, baru kita panjatkan syukur. Itu saya dahulu, bukan nak mengata orang lain. 

Tapi sebenarnya nikmat Allah merangkumi semua perkara, dari kecil hinggalah besar.


Yes, nikmat sihat dan waktu luang.

I am going to be 33 this year. Masa kami mula bisnes dulu kami baru 27 tahun. Kudrat memang tak sama dahulu dan sekarang. Sekarang bila tak cukup tidur, rasa badan letih. Bila stress, mudah sakit kepala.

Maybe saya kurang bersyukur, maka Allah beri ujian sedikit supaya saya ingat. 

Saya bersyukur ditemukan dengan bisnes Hai-O, dari seorang yang tiada background bisnes langsung, saya ditemukan dengan leader-leader saya dari CDM Dr Rosma, CDM Azura, CDM Kak Ana & Abang Lan, dan of course CDM Chan. Sudah 6 tahun kami bersama Hai-O, dan dah macam-macam yang kami nikmati. 

Semua dari Allah, dari saat digerakkan hati kami untuk join, diberi kekuatan untuk kami meneruskan perjuangan, diberi kesabaran saat dugaan mendatang, dan juga kesabaran dalam menikmati rezeki yang dikurniakan. Alhamdulillah... Semua yang baik datang dari Allah..

Cuma satu observation saya dalam 6 tahun berniaga, hanya orang yang boleh berterima kasih dengan manusia sahaja, selalunya boleh bersyukur dengan Allah. Kerana hidup kita mesti ada intergrasi antara hubungan dengan Pencipta, dan dengan manusia. 

Ada orang sebut "syukur pada Allah", tapi sekadar ucapan di bibir. Kerana tatkala terbang tinggi di angkasa, diulit kemewahan dan dianugerahkan kejayaan demi kejayaan, mula mendabik dada mengatakan, kejayaan ini atas hasil USAHA dia sahaja, tiada siapa yang membantu. 

Memang ada manusia yang tidak kisah tidak diberi penghargaan, kerana pertolongan yang diberikan adalah ikhlas, tetapi berhati-hati dengan kata-kata kerana takut-takut kita tergolong dalam Istaghna yang disebut dalam surah Al-Lail, iaitu golongan yang bakhil dari membuat kebaikan, dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahan. 

Peringatan untuk diri saya sendiri. 

Saya berniaga kerana ia sunnah nabi, kerana saya nak berusaha untuk mendapat rezeki yang halal, kerana saya mahu redha Allah. 

Bukan kerana saya mahu kemewahan dunia. In shaa Allah rezeki dariNya, hanya dariNya. Bersangka baik dengan Allah sentiasa. 

Allahu 'alam

-CDM Dr Aisyah
Young Muslim Genuine-Entrepreuner (YMG)

1 comment:

  1. sentiasalah bersyukur kepada Allah SWT no matter what kan?

    ReplyDelete