Thursday, 11 June 2015

Persediaan Ramadhan bersama Ustaz Abdul Muien

Kelas tadabbur 10 jun 2015

Persiapan menghadapi Ramadhan



Sabda Rasulullah SAW, dari Abu Hurairah, ia berkata,

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.”  (HR. Bukhari no. 38 dan Muslim no. 760).

Riwayat lain: 

Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa erti PERCAYA

Iblis : percaya tetapi tidak patuh. Imannya sia-sia kerana imannya tidak diikuti dengan PATUH.

Abu Talib juga percaya pada Allah dan percaya bahawa agama Islam adalah agama yang adil, kerana itu dia mempertahankan Rasulullah. Dia yakin dengan hari kiamat tetapi keyakinan ini tidak berfaedah kerana kepercayaan ini tidak diikuti dengan kepatuhan.

Manusia iaitu orang beriman patutnya percaya DAN patuh.

Kupasan "DIAMPUNKAN DOSA":
Perkara yang paling menggembirakan manusia sepatutnya adalah keampunan Allah. 

Kerana itu dalm hadis ini yang dijanjikan untuk orang yang berpuasa bukan harta tetapi sesuatu yang paling bernilai iaitu keampunan Allah, bererti syurga. 

Ka’ab bin Malik tidak ikut Perang Tabuk, berdosa dan dipulaukan oleh Rasulullah dan para sahabat selama 40 hari. Selepas itu Allah turunkan ayat taubatnya diterima. Selepas ayat itu turun, dia bertemu Rasulullah dan berkata ada dua kegembiraan iaitu pada hari masuk Islam, dan pada hari itu di mana Allah ampunkan dosanya. Atas kegembiraan itu maka dia infakkan semua hartanya untuk jalan Allah. Ini menunjukkan keampunan Allah itu adalah jauh lebih bernilai dari harta dunia. 


SERONOK menyambut Ramadhan 

Sebagai orang beriman, kita patut gembira nak menyambut Ramadhan, bukan gembira nak sambut raya. Kalau kita belum seronok, kita belum pandai nilai keampunan Allah. Dunia sehebat mana pun akan ditinggal. 

Contoh kita masuk rumah kita bersih, hati puas. Pakai baju bersih, rasa seronok. Patut lebih rasa seronok Allah nak bersihkan dosa kita. Syarat untuk mendapatkan keampunan Allah ini: 

1) Berpuasa dengan penuh keimanan

2) Mengharapkan keampunan Allah. 

Para sahabat sangat gembira ketika tibanya Ramadhan, dan sangat sedih apabila dipenghujung bulan itu, kerana tidak ada lagi bulan keampunan.

Budaya di Malaysia, hanya awal Ramadhan masjid dan surau penuh, dan semakin lengang menuju akhir Ramadhan. 

LAILATUL QADR
- bilakah lailatulqadar ini? Menurut hadith sahih: pada 10 malam terakhir, atau 10 malam terakhir yang ganjil, atau malam 27 ramadhan

Lebih baik dari 1000 bulan atau 83 tahun. Umat zaman sekarang jarang yang panjang umur. Biar jangan umur panjang tetapi cukup 60-70 tahun, yang penting beramal soleh

Bani Israel usia 1000 tahun, perlu berjihad 1000 tahun untuk dapat keredhaan Allah. Umat Rasulullah hanya perlu beribadah 10 malam sahaja yang nilainya 1000 bulan . 

Rasulullah beriktikaf di masjid dari pagi 21 Ramadhan hingga 1 Syawal, tidak keluar langsung sedangkan rumah Baginda sebelah sahaja. Rasulullah tidak perlu lailatul Qadar sebab memang dah dijanjikan syurga tetapi Baginda seronok beribadah kerana Allah hendak memberi hadiah yang istimewa

Lailatul Qadar ini bermula Maghrib hingga fajar. 
Contohnya seseorang itu solat maghrib berjemaah, isyak berjemaah dan terawih sahaja, kemudian tertidur hingga subuh (tidak bangun tahajjud), maka pahala berganda seolah beribadah selama 1000 bulan, dengan SYARAT dengan ibadah itu dilakukan dengan KEIMANAN dan MENGHARAPKAN PAHALA.

Dalam hadith ini, ibadah yang patut kita lakukan
1) Berpuasa (hukumnya wajib) --> diampunkan dosa
2) Qiamulail (hukumnya sunat ) --> diampunkan dosa

Kita mestilah SERONOK habis-habisan apabila Ramadhan tiba kerana Allah mahu ampunkan dan bersihkan dosa.

Semakin dekat nak Ramadhan, mesti makin seronok.

TUJUAN puasa Ramadhan
Tujuan puasa sebagaimana dlm dalil mewajibkan puasa Ramadhan: untuk jadi orang bertaqwa. 

Bagaimana?

Puasa: ditahan dari makan dan minum tetapi sebenarnya yang Allah mahu bukan lapar dan dahaga kita, tetapi Allah mahu kita tinggalkan seketika apa yang kita suka, walaupun halal, untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik iaitu syurga. Nafsu kita pada asalnya sangat suka makan. Kalau kita senang nak tinggalkan perkara yang halal, maka akan mudah untuk tinggalkan yang haram. Tinggal apa yang dicintai walaupun halal, untuk mendapatkan CINTA ALLAH. Kalau terbiasa tinggalkan yang halal, maka akan mudah tinggalkan yang haram .

Hadith sesiapa yang tidak dapat meninggalkan sesuatu yang berbohong, dan masih beramal dengan pembohongan itu, Allah tidak berkehendak langsung dengan lapar dan dahaganya. 

Apabila orang ajak bertengkar, dia berkata “aku berpuasa”.

Jangan rasa terbeban untuk berpuasa 

Contoh rasa seronok nak melancong, sebab ada anticipation seronok makanan terhidang, tempat yang cantik dan sebagainya. Mesti ada anticipation dan excitement menyambut Ramadhan

Apa lagi keseronokan berpuasa?

Mulut yang berbau itu harum di sisi Allah walaupun tidak di sisi manusia, kerana Allah suka kita beribadah hingga mulut kita busuk, sama macam kita di Arafah dalam ihram badan berbau etc

Setiap amalan digandakan 700 kali, kecuali berpuasa, Allah sendiri akan balas. Terlalu tinggi pahala kerana berpuasa perlu sabar yang sangat tinggi. Tidak susah nak tinggal makan dan minum tetapi susah nak jaga mulut. Contoh suami marah panaskan lauk untuk bersahur, jangan jawab “makan je apa yang ada”, tapi jawab “aku berpuasa”. Rasulullah dah ajar cara untuk jawab 

Surah Az-Zumar ayat 10 : pahala orang yang bersabar tiada had. 

Sabar ada 3 peringkat
Sabar nak melaksanakan ketaatan kepada Allah --> menjalankan puasa
Sabar meninggalkan larangan Alalh --> drp makan dan minum 
Sabar dalam menghadapi ujian --> ujian lapar

- Bagi orang yang ada masalah panas baran , Ramadhan adalah masa untuk baiki diri. Kalau dalam Ramadhan pun tak dapat didik diri, lebih sukar pada waktu lainKalau orang marah/maki kita, jawablah Inni Soimuun (sesungguhnya aku orang berpuasa). Ini untuk bulan Ramadhan sahaja kerana semua orang berpuasa, maka tidak menimbulkan riak.

PERISTIWA BESAR DALAM RAMADHAN
            1) Turunnya Al-Quran
Manusia tanpa Al-Quran tidak ada beza dengan haiwan
- Ada pendapat, turunnya Al-Quran turun sekaligus dari langit syurga ke langit dunia sekaligus semasa Ramadhan, pendapat lain semua Al-Quran turun beransur-ansur dari awal, dan bermula pada bulan Ramadhan

2) Perang Badar
Umat Islam 313, mushrikin 1000 orang , dalam keadaan tidak bersedia untuk berperang , mereka pergi kerana ingin merampaskan harta Abu Sufian yang asalnya adalah harta orang Islam

Kekuatan para sahabat bukan senjata, bukan fizikal kerana mereka berpuasa, bukan kerana jumlah yang ramai tetapi pada ketaatan mereka pada Allah dan keimanan mereka. 

Kemenangan ini juga menunjukkan kehebatan kerajaan Madinah 

Di Malaysia Ramadhan orang kafir makin untung kerana jual barang makanan, tetapi zaman Rasulullah orang bukan Islam paling rugi kerana kalah dalam peperangan 

3) Pembukaan kota mekah tahun ke 8 hijrah
Rasulullah datang bersama 10,000 orang Islam, sebulan sebelum masuk Mekah, musuh sudah takut
13 tahun Rasulullah di Mekah, 200 orang sahaja yang masuk Islam. Semasa pembukaan kota Mekah, dalam masa sehari berbondong-bondong masuk Islam . Ini semua kerana pertolongan Allah
Bagaimana nak dapat pertolongan Allah ini? Setelah 13 tahun berdakwah, ramai sahabat yang dibunuh dan diseksa, 21 tahun Rasulullah berdakwah, setelah mereka menyerahkan diri sepenuhnya pada Allah, barulah pertolongan Allah datang
Rasulullah bertanya pada orang musyrikin yang perangi Baginda, caci maki Baginda bertahun-tahun, halau Baginda dari Mekah, Baginda tanya “kamu rasa apa yang akan aku lakukan”. Mereka jawab ,” kamu orang baik, anak orang baik, pastilah baik”. Rasulullah kata “keluarlah kamu, dan kamu bebas”. Rasulullah tidak membunuh atau membalas kezaliman mereka, lambang mulianya akhlak Baginda

SOAL JAWAB TTG PUASA

1) Niat puasa: tidak perlu lafaz, bangun sahur itu pun sudah menjadi satu niat untuk berpuasa. Rasulullah tak sebut niat, niat perlu  dalam hati sahaja. Imam besar yang 4 pun, tak pernah ajar lafaz niat. Lafaz niat ini hanya diajarkan oleh imam yang terkemudian untuk memudahkan orang yang baru masuk Islam, kanak-kanak dan sebagainya

2) Kalau tak bangun sahur? Kalau isytihar bulan ramadhan sudah mula, kita mesti dah ada niat untuk puasa sebulan. Sah puasa itu. Walaupun cth ibu mengandung yang mulanya niat nak puasa penuh, kemudian terpaksa break, tetap kena niat untuk puasa sebulan penuh

3) Perkara yang membatalkan puasa : asasnya tiga makan, minum dan hubungan suami isteri
Makan dalam keadaan rela, sedar, dan pilihan kita sendiri. Kalau dipaksa tidak batal puasa. Begitu juga bersama suami isteri. 
Ubat seperti asthma, ubat titis mata etc tak batal puasa
Muntah dengan sengaja batal puasa
Berbekam batal puasa
Derma darah banyak hingga lemah badan boleh batal puasa

4) Orang yang berpuasa separuh hari kerana apa sebab sekalipun, selepas berbuka, tidak boleh makan dan kena tunggu hingga maghrib juga. 

5) Ibadah Malam :
Disunatkan solat malam : Rasulullah tidak pernah lebih solat malam lebih dari 11 rakaat (riwayat Aisyah) . Tetapi kalau terawikh ikut imam, kalau imam solat 23 rakaat, ikut hingga akhir , kerana dapat pahala beribadah sepanjang malam. Ini peluang Allah nak bagi kerana kita memang susah nak solat sepanjang malam. Yang terbaik adalah di masjid (bagi lelaki) 

Sunnah Rasulullah baca ayat panjang, rukuk yang panjang, sujud yang panjang. Kalau bacaan pendek, tambahkan rakaat.

Masjidil haram buat 23 rakaat

6) Ibu yang hamil dan risau memudaratkan dirinya, dan ibu yang menyusukan anak dan risau memudaratkan anaknya, maka boleh berbuka dan bayar fidyah (tidak perlu qadha)

-contoh jika ibu hamil rasa ok tetapi doktor kata memudaratkan anaknya, juga boleh berbuka dan bayar fidyah sahaja 
Hadis ini sahih dan tidak ada hadis yang meminta untuk ibu itu qadha dan bayar fidyah 

7) Bila mesti berhenti makan semasa sahur? – apabila azan dilaungkan atau apabila terbit fajar (nampak benang putih ) 
Semakin lewat sahur, makin bagus untuk bersedia untuk berpuasa.
- tiada waktu imsak semasa zaman Rasulullah. Halal utk makan ketika waktu imsak sehingga azan dilaungkan. 

No comments:

Post a comment