Wednesday, 20 May 2015

MESTA (Medical Students Association) Annual Grand Dinner 2015


Kenangan yang terindah

Alhamdulillah setahun lagi telah berlalu. Terasa baru semalam menghadiri majlis makan malam untuk meraikan anak-anak bangsa yang baru sahaja bergelar doktor, untuk tahun 2014.

Undangan tiba dua minggu sebelum  "Annual Grand Dinner  2015" ini, tanpa berfikir panjang saya membayar untuk dua tiket, terlupa bahawa kami tidak lagi mempunyai pembantu rumah. Suami saya mengalah, katanya biar dia sahaja yang menjaga anak-anak, semasa saya menghadiri majlis gilang gemilang ini. Alhamdulillah mendapat suami yang amat memahami, bahawa saya ingin meraikan anak-anak didik UiTM ini, kerana mereka lah yang sering memberikan semangat kepada saya. 


Pagi sebelum majlis ini berlangsung pada 9 Mei ini, kami mengadakan majlis perpisahan untuk para pelajar yang mengikuti sistem usrah kami, di Gombak. Para pelajar ini pastinya amat istimewa kerana kami telah bersama menghadiri usrah, daurah, malah mukhayyam atau camping, sepanjang 2 tahun saya kembali ke UiTM ini. Dalam tawa, ada sendu, apabila mengetahui inilah program tarbiyah kami yang terakhir, sebelum masing-masing mengorak langkah menempuh hidup sebagai houseman di seluruh negara.


Majlis makan malam 9 Mei itu, bertemakan Fly Around The World. Sampai sahaja di Dewan Merak Kayangan, kami menunaikan solat Isyak terlebih dahulu. Mujur juga saya datang bersama pelajar-pelajar yang tinggal di kampus Selayang, tidaklah saya terasa seperti rusa masuk kampung. 


No 13, lucky number 13. Itulah nombor tiket saya. Nombor untuk cabutan bertuah pada malam itu. Saya langsung tidak rasa bertuah. Bukankah 13 selalu dikaitkan dengan 'hantu"? (karut sungguh kepercayaan itu kan :p)




Ketika melangkah masuk, majlis sudah bermula dan Dekan Prof Nafeeza Ismail sedang memberi ucapan.  Meja saya dipenuhi pensyarah-pensyarah dari rumpun makmal perubatan, sedang sahabat-sahabat saya dari rumpun pembedahan nun jauh di seberang sana dewan.  Mujur persembahan segera bermula, sambil kami dijamu makanan yang enak. Tidaklah terasa kekok ingin memulakan "small talks" 





Pelbagai persembahan disajikan malam itu, tetapi yang amat menarik perhatian saya adalah dendangan lagu "A Whole New World", lagu latar filem Aladdin, yang memang saya gemari. Bukan saya sahaja yang mengkagumi suara pelajar ini, malah Dekan turut bangun dan naik ke pentas untuk menghadiahkan sekuntum bunga buatnya. Tarian zapin oleh pelajar-pelajat lelaki tahun satu juga tampak kemas dan "well-rehearsed". 



Persembahan pembukaan oleh "pramugara" Bronchial Airways

The plane was "hijacked"

Al-Fatihah recitation to commemorate the victims of MH370, MH17 and the QZ 8501


Zapin

The song " A whole new world"

 
The song "salam akhir", I think it was a bit too "sad" for this kinda farewell hehe


Nasyid from the final year medical students (Finally! something Islamic :p)



Pelbagai anugerah turut disampaikan kepada para pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan profesional yang lalu. Anugerah-anugerah khas juga tidak dilupakan, seperti tahun lalu, iaitu anugerah HOD, anugerah bakal ahli politik (I sure hope NOT), dan anugerah bakal "covergirl".


Anugerah kecemerlangan keseluruhan buat Khairani (She is one polite girl, on top of a being one VERY brilliant girl. One day long ago, after her ophthalmology posting,  I met her at the corridor in CTC, and she walked up to me & salam cium tangan. I asked her why, is she leaving soon? She said, no reason, I just want to shake hand with you. I had to hold back my tears. The sincerity of her respect to her teacher radiates from all directions.) You totally deserve the award dear.

Anugerah kecemerlangan utk Adillah, bagi peperiksaan Medical. She is one student that had impressed Prof Dato Dr Raja Kuzaiyah during exam (and she was one "hard-to-be-impressed" lecturer!)





Gaya dah ada dah macam HOD Firdaus ni


Izzudin for presiden! 

Best dress for male student

Best dress for lady student
 
Anugerah khas untuk Firdaus yang menjadi ketua kelas selama 6 tahun, dari pre-med hingga ke tahun akhir. Sebak tu menahan air mata abang Firdaus kita. Mujur MC berdua yang terlebih hyper tu berjaya menceriakan suasana :)

Dr Nazmul won best dressed for male lecturer. 
And guess who won a lucky draw! Lucky number 13 afterall! :)

Satu kenangan yang manis melihat wajah-wajah gembira anak-anak murid tersayang pada malam itu. This night is about them. The beautiful send off before they embark on the voyage towards real "hospital" life. 





Our beloved 8th batch MBBS UiTM
Wefie with the boys of 8th batch MBBS UiTM
 
They don't call me the "selfie lecturer" for no reason! Haha!


Beautiful Umaira & the sports girl Sarah Shahidan


The humble star of the night, Khairani

With Uswaton Hasanah (such beautiful name)

These are not my students, they are practically sisters! When I needed help, they came to my rescue... as my kids' babysitters... Allah bless you Fathehatul, Solehah, Safura, Azliyana & Asilah! 

Seemed only yesterday I thought all of you in my ophthalmology lectures. The second girl from the left (Hannan) gave me a very memorable card as a farewell gift. It touched a very very deep part in my heart. 

The cheeky boys! 


Syaniza is the sweetest girl who would drop by at my clinic on wednesdays just to say she miss me, waaaay after she left ophthalmology posting. Will miss you BFF! 

Semua pakat berangan jadi VVIP.. yang paling berangan saya la nak jadi dekan, tu yang pegang tiket Prof Nafeeza hehe

Year 4 girls who just finished their ophthalmology posting. Best of luck next year, girls! You look gorgeous by the way..

My blue eyed girl since she was in year 3, Zatil Hanan, who did an attachment in ophthalmolgy with me, and wrote a nice paper on it. 

With the samurai

Dr Wang won best dress for tonight but she insisted on me wearing her tiara ... So sweet of her. 

Me with my lucky draw gift. But to be honest, I'm lucky to be surrounded by great girls like these :) 


Malam "Annual Grand Dinner " bersama pelajar-pelajar sememangnya menjadi kenangan manis buat kami semua. Semoga ia menjadi penutup tirai yang indah buat kisah perjalanan para pelajar sepanjang 5 tahun di Fakulti Perubatan UiTM. 

Semoga ada sekelumit ilmu dan segunung kenangan manis yang mereka bawa pulang. Saat inilah pahit getir, yang dilalui selama 5 tahun, terasa amat berbaloi buat mereka. Seperti pepatah berkata, "jika tidak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya". 

Jika tidak bersengkang mata, 
Menahan tekanan peperiksaan demi peperiksaan, 
Mengalir air mata yang sering disulam tawa, 
Bersama sahabat-sahabat yang setia, 
Bukanlah meredah lautan bidang perubatan namanya. 

Perjalanan masih jauh. 

Langkah baru bermula. 
Namun ingatlah, Allah sentiasa ada. 
Matlamat utama bukanlah dunia, 
Tetapi mencari bekalan buat kehidupan abadi di sana.

Syurga matlamat kita

Dunia sebagai ladang agar di sana kita berjaya

Learn from your patients

Every single thing that happen, happens for a reason

Allah wants it to be like that. 

Remember Him always
Do EVERYTHING for Him
Always...
In shaa Allah.




Good luck UiTM 8th Batch of Medical Students! 
Make us proud ! 
Love you lots! 

No comments:

Post a Comment