Bosphorus Cruise di Istanbul |
Travelog Day 8 : 12/4/15
Alhamdulillah setelah lebih 2000km kami mengembara ke hampir seluruh Turki, akhirnya kami sampai kembali ke titik mula perjalanan kami di bumi khalifah ini iaitu Istanbul. Hari terakhir ini, kami diberi pilihan sama ada ingin berehat di hotel hingga masa untuk check out, atau berjalan ke Dolmabache Palace dan Galata Tower. Sebahagian dari ahli kumpulan kami memilih untuk tinggal di hotel, manakala dalam 12 orang dari kami memilih untuk pergi melihat istana termahal yang pernah dibina di Eropah ini. Lawatan ini adalah atas pilihan, maka perlu membayar lebih kurang USD60 seorang untuk bayaran masuk. Selepas bersarapan di hotel, kami check out dan membawa semua bagasi kami menaiki bas, untuk memudahkan urusan seterusnya in shaa Allah.
Bersarapan di hotel |
Istana Dolmabache telah dibina mulai tahun 1843 hinggalah 1956, dan seramai 6 orang sultan telah tinggal di sini, hinggalah khalifah yang terakhir pada tahun 1924. Apabila Mustafa Kamal Ataturk menjadi presiden Republik Turki , beliau tinggal di sini pada tahun 1927 hinggalah 1938. Selepas beliau meninggal dunia , istana ini diubah menjadi sebuah muzium dan tidak didiami hingga kini. Pada pandangan saya, istana ini terlalu mewah, dan tidak bertepatan dengan ajaran Rasulullah SAW yang menyeru hidup secara sederhana seperti Baginda. Istana ini juga adalah lambang permulaannya kejatuhan khalifah Islam, apabila sultan-sultan Turki mula mengagungkan kuasa Eropah dan barat, hingga senibina istana ini juga banyak mengambil ilham barat.
Taman larangan di hadapan istana |
Pintu gerbang utama |
Antara ruang tamu untuk menerima kunjungan rasmi. Semua perabot dan permaidani serta langsir adalah asli dari zaman istana ini masih didiami sultan-sultan. |
Main atrium di tengah istana |
Buku bank dan buku cek diraja |
Pemandangan dari jendela istana |
Menggayakan tudung yang baru sahaja dibelikan oleh Mama, bersama tulips di sekitar istana |
Taman burung di dalam istana |
Menara jam |
Mama bersama Mehmet dan Uncle Musa. |
Bagel yang sedap dan murah! 2 lira sahaja. Cukup mengenyangkan. |
Galata Tower |
Melayari selat Bosphorus yang memisahkan Turki kepada dua benua, keindahan kota Istanbul umpama bulan yang mengambang berbanding sinar bintang yang sirna. Subhanallah, ma shaa Allah saya terkesima melihat kecantikan Istanbul. Di dalam hati, saya meletakkan kota ini sebagai salah satu kota tercantik yang pernah saya lawati, lebih daripada kota Interlaken di Switzerland, mahupun Paris di Perancis. Mungkin hanya kota Mekah dan Madinah yang mampu menandingi kota Istanbul ini. Tidak hairanlah Istanbul adalah antara 7 kota yang paling banyak dilawati di dunia, pada tahun 2014, seperti yang disenaraikan oleh majalah Forbes.
Bertolak dari jeti |
Love to see their smiles |
Bersama sahabat-sahabat, Miera, Amalina dan Kamilah. |
Hampir tiba ke destinasi |
Semoga kenangan terindah bersama Mama ini akan Mama ingat selamanya , in shaa Allah |
Selepas melayari Selat Bosphorus, kami terus dibawa untuk makan tengahari di Restoran Kebap. Akhirnya dapat juga saya merasa kebab daging kambing, setelah berhari-hari disaji kebab ayam dan daging lembu. Walaupun terpaksa membayar 15 lira, saya rasa berbaloi harga itu dengan keenakkan daging kambing yang terhidang.
Dari restoran, kami dibawa ke Masjid Sulaiman untuk bersolat zuhr dan Asar. In shaa Allah saya akan kongsikan kisah menarik di sebalik pembinaan masjid ini dalam entri yang seterusnya...
Bersambung...
Assalamualaikum.. boleh tangkap gambar ke dalam dolmabahce palace?? hari tu kami tak dibenarkan amik gambar di dalam istana tu
ReplyDeletecuri-curi ambil gambar hehe.. kena tegur juga dengan guard, lepas tu simpan kamera dalam beg :)
Delete