|
Kenangan di hadapan The Grand Hotel Taipei |
Hari terakhir, selepas sarapan pagi dan berkemas, kami check
out pada jam 12 tengahari. Bagasi di tinggalkan di lobi hotel, dan kami
berjalan ke stesen MRT untuk ke Grand Hotel. Grand Hotel terletak berdekatan
stesen MRT Jiantan atau Yuanshan, dan ada shuttle bus percuma yang disediakan
oleh pihak hotel.
|
Bersiar-siar di pasar minggu |
Grand Hotel adalah hotel tertua di Taipei, sudah berusia 100
tahun namun ia masih tersergam indah. Susunatur dan hiasan dalamnya juga sangat
cantik dan menakjubkan. Dengan alunan muzik secara langsung, dan permaidani
merah yang terhampar, saya terasa umpama seorang permaisuri melangkah masuk ke
dalam sebuah istana.
|
Sakura di hadapan stesen MRT |
|
Lobi the Grand Hotel yang serba mewah |
|
Tangga berukir naga |
|
Tangga di ruang lobi |
|
Pemain muzik secara langsung |
|
Hiasan naga emas
|
|
Pemandangan dari luar Grand Hotel |
Dari the Grand Hotel, kami ke stesen MRT Jiantan, dan
seterusnya ke Restoran Halal yang
menyajikan mee daging , di kawasan Taipei Main Station. Alhamdulillah setiap
stesen MRT ada wifi percuma, maka kami boleh gunakan untuk mencari restoran
halal yang berdekatan. Kami menaiki teksi ke restoran tersebut kerana jam sudah
menunjukkan jam 3 petang, perut juga sudah berkeroncong.
Alhamdulillah enak sekali mee daging di sini, dan boleh
makan tanpa ragu-ragu kerana restoran ini juga mendapat pensijilan halal.
|
Shuttle bus dari the Grand Hotel |
|
Naik teksi tambang NT$200+ dari Stesen MRT Jiantan, sampailah di restoran ini |
|
Pintu masuk |
|
Dapurnya di bahagian hadapan, bersih sekali |
|
Pensijilan halal |
|
Kedainya luas. Bukan waktu makan tengahari maka tidak terlalu ramai pengunjung |
|
Pembuka seleranya sayur rebus sahaja |
|
Tekun memilih makanan |
|
Antara menu yang disediakan. |
|
Makcik comel itulah ketua chef restoran ini |
|
Mee daging dan tendon |
|
Selamat menjamu selera |
|
Saya memilih mee daging |
|
Ini waktu dibuka ya |
Dari restoran, kami berjalan kaki ke Taipei Main Station.
Rezeki kami, di stesen itu ada sebuah kedai cenderahati, yang mana pekerjanya
adalah seorang warga negara Malaysia yang sudah 5 tahun bekerja di Taipei.
Harga cenderahati di sini juga sangat berpatutan sekitar NT$100-150 untuk satu rantai kunci, dan beliau menghadiahkan kami
beberapa rantai kunci percuma
|
Antara pilihan cenderahati yang ada |
|
Pelekat magnet di atas tu harganya NT$190 |
|
Rantai kunci berbentuk peta Taiwan |
|
Banyak sungguh pilihan |
|
Jika mahu ke sini, turun sahaja ke Taipei Main Station ya |
|
Bersama Chloe yang berasal dari Malaysia. Kelakar juga semasa dia mahu memberi hadiah , katanya "jangan sebut perkataan yang dia boleh faham. Sebut PERCUMA ya (bukan FREE) ". Takut bosnya tahu . Hehe.. |
Dari Taipei Main Station, kami pulang ke kawasan hotel
dengan menaiki MRT, dan terus ke rumah Aunty Zaid an Uncle Ismail.
Alhamdulillah sudahlah dapat tumpang solat Maghrib dan Isyak secara jamak,
disajikan pula kami dengan makan malam berlauk daging masak lemak cili api.
Semoga murah rezeki Aunty dan Uncle sekeluarga in shaa Allah.
|
Masak Lemak Cili Padi |
|
Tempe kegemaran sayaaaa |
|
Tak tahu apa rahsia Aunty Zai, ayam gorengnya memang terlampau sedap |
|
Bergambar kenangan bersama keluarga Aunty Zai dan Uncle Ismail |
|
Di hadapan Taipei Arena |
Tepat jam 8 malam, kami bergerak ke hotel, dan dari hotel
kami menaiki bas ke lapangan terbang, selepas mengucapkan selamat tinggal
kepada keluarga Aunty yang turut menghantar kami ke hotel.
Alhamdulillah proses
check in dan imigresen berjalan lancar, dan penerbangan kami ke Malaysia
bertolak pada jam 12.30 malam dan tiba di Malaysia pada jam 4.50 pagi.
Alhamdulillah Taiwan sememangnya memberi satu pengalaman
baru bagi kami. Jika dahulu saya terfikir, “apa ada di Taiwan?” , sekarang saya
memang tidak teragak-agak jika berpeluang ke sana lagi. Masih banyak lagi
kawasan yang belum kami lawati seperti Toroko Gorge dan Moonlight Lake di
kawasan luar dari Taipei.
Saya amat berterima kasih kepada suami saya yang membawa
saya melancong bersamanya. Walaupun kadang kala terasa berat hati meninggalkan
anak-anak selama 4 hari, ternyata apabila kita meluangkan masa dengan pasangan
sekurang-kurangnya setahuun sekali, ia mampu membaharui kemesraan dan kasih
sayang antara pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga.
Semoga Allah merahmati keluarga kami in shaa Allah, dan
suatu hari nanti kenangan ke Taiwan ini dapat kami sebut-sebut dan kenang
semula, semasa duduk di pelamin-pelamin indah di syurga.
Amin
|
Semoga jodoh kami kekal hingga ke Jannah in shaa Allah |
No comments:
Post a Comment