Tuesday 28 January 2020

Kenangan susu sekolah



Apabila oncall, apa sahaja yang boleh mengalas perut, sangat disyukuri, Alhamdulillah

Teringat masa kecil, teringin nak beli susu macam ni di sekolah, kena fikir betul-betul nak perisa apa, sebab Mak akan bagi duit untuk beli 1 botol sahaja.

Itu pun setahun sekali sahaja. Sebab lori "susu sekolah" akan datang sekolah kampung saya dua kali setahun sahaja.

Faham-faham sahajalah, Mak menoreh getah, duit belanja sekolah anak-anak kena berjimat. Duit belanja sekolah biasanya hanya untuk beli makanan.

Minum air kosong sahaja.

Alhamdulillah, terima kasih Mak Ayah , selalu ingatkan saya untuk belajar rajin-rajin.

Sekarang saya jadi doktor, saya oncall boleh beli berbotol-botol dan bermacam-macam perisa ikut saya suka.

Hahahaaaaa...

#downmemorylane
#countyourblessings
#sebenarnyatengahlapar
#kahkahkahkah
#draisyahafiz
#drazlindarita
#oftalmologiUiTM

No comments:

Post a Comment