Sunday, 9 February 2020

Kerja Hari Sabtu yang panjang

Pukul 8.30 pagi, dah siap nak pergi kerja, Uwais bawa naik baju, kata nak mandi dengan Ummi. Bila saya kata nak pergi kerja, terus dia menangis.

Maka, terpaksalah saya layankan, mandikan dia, kasi penuh tangki kasih sayang dulu, baru beritahu sekali lagi, "Ummi nak pergi kerja boleh? Ada budak sakit mata. Ummi nak tengok dia. Kesian dia."

Uwais jawab, "OK, Uwais tak payah ikut. Ummi je pergi kejap."

Alhamdulillah, dah cool dah dia.

Nak jadi cerita, dari satu patient, jadi 3 patient.

Kes-kes pula boleh tahan mencabar minda dan kesabaran pada hari Sabtu.

Itulah siapa suruh lalu di Wad Kecemasan đŸ˜‚

Tengahari jugalah baru boleh balik rumah.

Balik, saya belikan air kegemaran dia, sebagai "peace offering"

Sampai rumah, dia kata, "Ha, air tu ada 2. Ummi share dengan Nana. Uwais share dengan Abang. Jangan gaduh-gaduh. Kalau gaduh, Uwais nampak, siap! "

Hmm...

Rasanya pergi kerja tadi baru 4 tahun budak tu.

Balik ni macam dah 14 tahun pulak..

Lama sungguh kerja hari ni ya?

#abdullahuwaishafiz
#ceritamakmak
#demisesuapnasi
#dansekepingtiketpergikonferens
#sabtupunkerjalaaa


No comments:

Post a Comment