Saturday, 15 May 2021
Mak Ayah tak nak Vaksin Covid?
OK ramai tanya saya macamana Mak Ayah saya dapat vaksin Covid.
1) Saya bukan golongan kayangan. Tiada laluan khas mahupun layanan istimewa.
Saya pun dapat vaksin Fasa 1 (frontliners) selepas hampir sebulan fasa berlangsung. Saya daftar di MySejahtera dan kemudian dapat panggilan di PPUM kerana saya Pensyarah Honorari di sana.
2) Ayah saya daftar di MySejahtera beliau. Mama tiada handphone dan Ayah tak pandai nak masukkan nama Mama sebagai dependent, jadi saya daftarkan Mama sebagai dependent vaksin saya, di MySejahtera saya.
Tidak mengapa pergi Pusat Vaksinasi tetapi tidak bawa MySejahtera (untuk Mama). Semasa vaksin, staff akan bantu daftar secara manual.
3) Selalulah periksa status vaksinasi di MySejahtera. Ayah saya hampir terlepas giliran beliau kerana tak periksa. Alhamdulillah staff dari Klinik Maharani telefon Ayah, pukul 3.30 petang. Mereka beritahu, patutnya Ayah kena datang pukul 2.30 petang.
Macam biasa, Mama Ayah akan call saya OK ke nak pergi.
Saya pun cakap, "Ayah kena pergi tu kalau dah giliran Ayah. Nanti vaksin tu dah bancuh, kalau Ayah tak pergi, kena buang. Sayang. Sedangkan beribu-ribu orang tengah tunggu nak dapatkan giliran."
Alhamdulillah Ayah terus bergegas pergi. Staff Klinik Maharani pun baik, kata mereka akan tunggu hingga 4.30 petang.
4) Pemberian vaksin untuk fasa 2 (warga emas dan golongan berisiko tinggi) ini adalah menurut TURUTAN UMUR. Bermula usia 100 tahun dan kemudian yang lebih muda.
Walaupun Ayah dan Mama didaftarkan lebih kurang hari yang sama, tetapi Ayah dapat dulu kerana beliau lahir 1944.
Saya dapat panggilan untuk vaksinasi Mama keesokan harinya, kerana Mama lahir 1946.
Harap yang mana Mak Ayah belum dapat panggilan, bersabar sekejap ya.
5) PENGARUH RAKAN SEBAYA DAN ANTIVAKSIN memang ada!
Mak Ayah saya pun sama, banyak kali saya telefon, mereka kata takut lah, ada orang kata ini konspirasi lah.
Mak kata ada kawan dia kata, vaksin ada darah babi lah. Tak nak Sinovac lah etc.
Saya pun kata, "Kalau ini konspirasi, kita kena yakin virus itu makhluk Allah yang Allah arahkan untuk buat jangkitan kepada satu dunia. Tak ada manusia yang ada kuasa memberi penyakit atau menyembuhkan kecuali Allah.
Ini soal aqidah.
Vaksin pun bukan kita i'tiqad ia elak kita dari sakit, tapi Allah kata dalam Al Quran, kalau tak tahu, kita tanya yang Pakar. Pakar kata vaksin ni elakkan jangkitan yang teruk.
Soal vaksin ada darah babi ke, kalau dah berubah bentuk, ia dah tidak najis. Bukan tanggungjawab kita nak dapatkan vaksin yang terbaik. Itu tanggungjawab pemerintah. Kita ambil sebagai jihad kita nak dapat herd immunity, apa sahaja vaksin yang kita ditawarkan. "
Alhamdulillah walaupun banyak kali berubah fikiran, makcik pakcik kampung saya ramai yang berfikiran positif!
Ramai yang cakap pada Mak Ayah saya," Aku yang lebih tua dari kau pun OK lepas vaksin, boleh puasa lagi sampai petang. Tak payah takut lah! Apa nak takut? Orang nak kasi ubat kok nak takut?".
Ha, begitu.
Oh ya, akhirnya status vaksin dependent Mak saya staff klinik tukar kan ke bawah Ayah saya kerana lebih mudah, mereka tinggal serumah kan.
Begitulah.
Harap membantu.
Ramai sahabat-sahabat petugas kesihatan di Pusat Pemberian Vaksin kata uptake vaksin di kalangan warga emas MELAYU masih rendah.
Belum pun kita dipanggil berjihad ke Palestin.
Apa kata kita jihad dulu mendapatkan imuniti berkelompok negara kita, agar negara kita cepat pulih ekonominya, anak-anak kita boleh ke sekolah, dan kita boleh bangkit semula.
Ayuh, anak-anak.
Kita jaga Mak Ayah kita.
Kita terang, bukan serang.
Kita pujuk, in shaa Allah hati mereka sejuk.
Jom Vaksin Covid!
#Covid19Malaysia
#kitabelummenang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment