Tuesday 1 June 2021
Pengalaman bertugas di Pusat Pemberian Vaksin MSUMC
1 Jun 2021
Pengalaman hari pertama bertugas di Pusat Pemberian Vaksin.
Ramai anak-anak yang bawa Mak Ayah usia 70an untuk cucuk vaksin. Tolong sorong kerusi roda, tolong pass borang persetujuan, IC.
Bila saya bagi kaunseling tentang vaksin, apa nak buat kalau ada kesan sampingan pening kepala, demam dan sebagainya, ramai yang dengar sungguh-sungguh, angguk-angguk.
Besar sungguh hati saya.
Paling seronok bila tengok muka yang semangat tu, "Doktor, saya yang daftarkan Mak saya ni!"
Heheh, saya ucap terima kasih je lah. Sambil ucap syabas!
Mak Ayah tu kadang muka biasa-biasa je. Siap ada yang tanya, hari ni nak ambil ubat apa.
Itu pentingnya kaunseling.
Ada juga penerima vaksin yang semangat, seorang Auntie ni duduk kerusi roda sebab kakinya bersimen, suruh anak lelaki beliau baca di botol vaksin, "You make sure it's correct aah! And make sure it's 0.5ml they inject into me ha! If not, not enough dose!"
Kelakar pun ada, tapi overall saya kagum tengok semua petugas-petugas , yang bekerja dari pagi sampai petang, tapi senyum je.
Bukan nak puji staff sendiri, tapi saya yang datang bantu sekejap saja sebab pagi ada klinik, pun rasa letih nak bercakap di sebalik mask N95, kagum saya tengok mereka cekap jalankan tugas.
Dari staff yang sambut penerima vaksin di lobi, kepada bahagian pendaftaran, saringan, bahagian kaunseling (saya ditempatkan di sini), tempat vaksinasi hinggalah tempat observasi selepas vaksinasi.
In shaa Allah esok dan seterusnya, jika ada waktu senggang antara klinik dan OT, saya akan turun ke PPV.
Inilah sahaja usaha kecil saya nak bantu tingkatkan jumlah penerima vaksin di negara kita.
In shaa Allah, towards herd immunity!
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Suka tengok gelagat orang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment