Friday, 2 July 2021

Kenangan kerja doktor junior kontrak

Kenangan bekerja sebagai junior doktor kontrak Satu masa dahulu saya bekerja di University College Hospital Galway (UCHG) sebagai houseman. Di sana, kami digelar intern. Di department saya, ada 3 orang surgical intern. Pada satu-satu masa, kami perlu menjaga 150 orang pesakit. Kami datang kerja pukul 7 pagi dan balik 9 malam hampir setiap hari jika tidak oncall. Waktu musim sejuk, pukul 7 pagi tu macam 5 pagi ya, subuh pun belum habis. 9 malam tu macam 11 malam sebab Isyak masuk pukul 7 malam. Dah sunyi sangat kalau berjalan balik dari hospital. Kerja memang sibuk, mana ada housemanship tak sibuk. Kena ambil darah pesakit, clerk patient, kalau ada code blue, kena CPR patient dengan team, hantar patient pergi OT. Salah seorang Registrar saya, namanya Tony Maloney. Yang paling tinggi,dalam gambar ni. Dia ni hebat membedah di OT, menyumpah pun hebat juga haha.
Satu hari ada kes kecemasan, seorang pesakit perlu dihantar ke OT segera dari wad. Saya selesaikan ambil consent, ambil darah, pastikan patient dah di tolak ke OT, kemudian saya lari ke Radiology untuk dapatkan filem X-Ray pesakit untuk di bawa ke OT. Tahun 2005 tu mana ada online X-Ray viewing. Dalam pada saya berlari tu, Tony telefon saya, "Rita! WHERE THE F THE F PATIENT? IF THE F PATIENT IS NOT ON THE F TABLE IN THE F 5 MINUTES, I'M GOING TO KILL YOU!" F tu memang dia guna perkataan itulah, kan. Takkan saya nak eja. Saya pun jawab balik, "I have literally pushed the patient to OT 5 minutes ago. He is on the way. If he is not there in 5 minutes, I will push the trolley myself! AND I DON'T TOLERATE THAT KIND OF LANGUAGE!" Masa tu staff nurse di sekeliling saya pun tanya, "Is that Tony Maloney? Serves him right!" Haha! Lepas habis OT, Tony pun datang jumpa saya, kata "Good job today, we saved that patient ." Lepas tu dia ajak pergi minum. Biasalah, orang Irish ni cakap je kasar, tak simpan kat hati. Satu ketika, salah seorang intern cedera dan kena operate kaki, maka perlu MC selama 6 minggu. Pengsan lah kami kena cover kerja beliau selama 6 minggu! Saya dan kawan saya seorang lagi, terus jumpa Timbalan Pengarah Hospital, dan beritahu, "With all due respect, sir, you need to get a replacement by next week. If you don't, both of us are not coming in to work on Monday. That's 150 patients in that team, with no intern." Kalau mereka tak cari replacement, kami nak strike. Mana boleh tanggung tugas 6 minggu macam tu je. Oncall lagi mesti berganda. Team kami pun support kami, termasuk Tony Maloney dan Pakar Perunding kami, walaupun kami hanya berdua masa tu. Hanya 2 orang intern. Tiada union pun. Alhamdulillah, minggu depan, terus ada intern baru masuk.
Alhamdulillah, itulah pengalaman saya kerja sebagai intern di Ireland. Walaupun status kontrak, walaupun saya bukan warganegara, saya tak pernah rasa di anaktirikan atau tidak dilayan sama rata. Hari terakhir saya sebagai intern di hospital itu, teka apa Tony Maloney kata kepada saya? "You are the f*cking BEST intern we ever have!" Nak juga carut sambil puji. đŸ˜‚ Cheh
#KisahKehidupanDrAzlindarita

No comments:

Post a Comment