Wednesday 25 September 2013

11 days to departure to Makkah ... Ilmu datang dari sumber yang tidak disangka-sangka...

Salam my beloved readers...

In shaa Allah 19 hari lagi umat Islam di seluruh dunia akan merayakan Hari Raya Aidil Adha untuk tahun 1434H. 

It also marks that there is only 18 days left before the day of the Great Assembly in Arafah during the ibadah of wukuf. Musim haji tahun ini pastinya memberikan satu makna yang tidak ternilai bagi kami sekeluarga kerana in shaa Allah, dengan izinnya kami akan menunaikan ibadah haji, untuk menyempurnakan rukun Islam yang ke lima. 


In shaa Allah we will be departing in early October with Tabung Haji Travel. I have intention to write on this life-changing journey to share with you, in shaa Allah with His will. It will be in Malay entirely and please apologise on the "language jumble" in this blog. Ada kalanya lebih mudah untuk meluahkan dengan salah satu bahasa. 

Perasaan ketika ini sentiasa bercampr aduk. Ada kalanya gembira dan teruja, tak sabar ingin melihat dan menatap Baitullah yang asalnya didirikan oleh para malaikat bersama Nabi Ibrahim. Ada ketika bayu kesedihan dan kesyahduan menyapa, terasa diri kerdil di sisinya. Diri yang bergelumang dosa, apakah layak menjadi tetamuNya? Tapi di kala bersendirian, Allah membisikkan ke dalam hati kecil, Dia Maha Kuasa, Maha Penyayang, Maha Pengampun. Pasti Dia ada disetiap langkah yang diatur untuk menuju RumahNya yang agung. 

Minggu lalu, tanpa disangka selepas konferens perubatan lazim di UITM Sungai Buloh, saya menyapa seorang professor yang akan menunaikan haji pada tahun ini. Bersama professor itu, ada Professor Hapizah Nawawi iaitu Timbalan Dekan yang baru sahaja menunaikan haji tahun 2009 yang lalu. Tanpa disangka-sangka, Prof Hapizah meluangkan masa hampir setengah jam berkongsi pengalaman beliau semasa dijemput menjadi tetamuNya. Dua kali beliau menitiskan air mata kerana digamit rindu pada Tanah Suci.

Dua hari lalu, beliau menjemput saya ke pejabatnya, katanya ada buku yang ingin dikongsikan dengan saya. Alhamdulillah selama lebih 2 jam, beliau memberikan "tutorial" ibadah haji kepada saya. Kalau diikutkan pangkat, siapalah saya untuk mendapat penghormatan seperti itu, tetapi Allah memilih untuk menyampaikan ilmu, melalui lidah seorang professor. 

Ingin saya kongsikan di sini secebis ilmu yang saya perolehi. Semoga ada sekelumit jariah yang dapat diperpanjangkan di sini, in shaa Allah... Pastinya penyampaian sedikit berbeza, tiada ruh dalam penulisan ini sebagaimana lantunan suara beriring senyuman persis yang diberikan Prof Hapizah tetapi semoga ada ilmu yang baik, yang bakal mengetuk pintu hati pembaca, untuk menanam azam untuk menunaikan haji pada usia muda, in shaa Allah..



Use every second! Every second counts when you are in Makkah & Masya'ir ( Arafah & Mina)

Jgn bercakap hal dunia 

Jaga hubungan dgn Allah sahaja (Tak perlu berbual kosong dengan jemaah lain untuk menjaga hati)

Pohon diampunkan dosa di Arafah nanti:
- Dosa kecil & besar
- Dosa yang nampak &x nampak
- Dosa yang jelas & x jelas 
- Dosa yang terlafaz & x terlafaz
- Dosa dari semenjak lahir hingga ke saat pertemuan dengan Allah pada hari mahsyar 

Doakan kebaikan untuk semua:
- Org memberi Petunjuk & beri kebaikan kepadaku & org yg aku berikan kebaikan & petunjuk
- Org yg ada hak ke atas ku. 
- Muslimin Muslimah mukminin mukminat & seluruh Umat Nabi Muhammad 

Minta akhirat, akhirat,  AKHIRAT!

Minta doa mustajab

Minta semua amalan diterima 

Bolah aplikasi doa lailatulqadar untuk berdoa semasa di Arafah 
-minta ampun 
- minta amalan diterima & doa makbul 
- dpt jumpa Lailatul Qadar (atau dtg ke Tanah suci) setiap tahun sehingga akhir hayat
- dinaikkan darjat di saat dipertemukan dgn Allah 

Minta temukan dgn org Soleh Solehah & berilmu, bertaqwa, beriman & beramal 

Minta ampun dosa semua org, 70,000 malaikat akan aminkan doa kita

Haji mabrur boleh bg syafaat 70 org apabila dia pulang - peluk semua ahli keluarga apabila pulang

As a believer, life begins after we die . Ask yourself are you ready to die when we go to Arafah 

You will feel the presence of Allah 
All ibadah adalah kerana Allah. The rest is  not important . Tak kisah apa pun dugaan, org tolak etc tak apa. Redha!

Amalan di Masjidil Haram:
Solat sunat 2 rakaat 
Solat Sunat wudhu 
Solat sunat dhuha 12 rakaat (buat yg terbaik) 
Semua solat sunat 

Always in wudhu 
Solat sunat wudhu
Always niat iktikaf tak kisah walaupun utk 5 minit
Solat tahiyatul masjid 

Remember all the time semua ibadah times 100,00 pahala

Minta redha suami & parents 

Sabar & redha 

Jaga mulut- jgn celupar, semua dibayar cash on delivery 

Buat baik akan di balas terus 

Ada yg di sini penyabar, di sana tak sabar. Ada yg di sini tak sabar, di sana dia redha.

Doa pada Allah di Arafah, pasti dikabulkan, one by one, it's just a matter of time. Kalau bukan di dunia sekali pun, Allah kumpulkan di akhirat 

Help people whenever the opportunity arise.
-kisah prof Hapizah bersabar dgn jemaah yg solat di depan beliau semasa di dataran kaabah, jemaah itu tidak mahu berganjak walau sedikit, tetapi Prof sabar, hingga beliau terpaksa sujud di celah kaki org, ttp kemudian diwaktu solat yang lain Allah beri tempat di tingkat 1, jemaah lain memanggil prof utk ke kawasan yg nampak sesak, tapi ada satu ruang kosong seolah-olah Allah reserve untuk Prof

-kisah bawa 2 utas jam out of habit, just in case hilang satu, masih ada satu lagi. Memang hilang pun, so do not ever said "just in case". Percaya pada Allah! . DO NOT HAVE A SINGLE DOUBT with HIM

- kisah terlintas ttg macamana org sesat dlm Masjidil haram sedangkan semua pintu bertanda dengan nombor. Terdetik dalam hati sahaja. Tatkala Prof nak baharui wudhu di tempat air zam-zam, tak sampai pun 50 meter dari sahabat beliau, waktu nak kembali ke tempat solat itu, Prof tak jumpa cari sahabatnya. Selepas prof istighfar, rupanya kawannya ada di tempat tadi, cuma Allah hijabkan mata kita tak nampak.

Begitulah sedikit perkongsian dari saya. In shaa Allah I will try to write as much as Allah lets me. So that I can share the feelings, the ruh, the prepration (mental, physical, ibadah) for this once in a lifetime journey towards Allah.

Doakan kami selamat berangkat dan kembali dan beroleh haji mabrur, bersama-sama 5 juta jemaah haji tahun ini, in shaa Allah..



2 comments:

  1. Assalam Alai'k. Admin, saya Zairin binti Mhd Lajis pelajar tahun akhir Kolej-Poly Tech MARA Kuala Lumpur. Bolehkah saya mendapatkan kebenaran menggunakan gambar di atas untuk system yang saya bangunkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dik,gambar ini semua saya google sahaja dik. In shaa Allah boleh search pemilik gambar di google & minta izin pada mereka ya. Terima kasih kerana membaca blog ini :)

      Delete