Pada 18 Mac, kelas telah disambung dengan dua lagi ayat dari surah Al-Baqarah ayat 75 dan 76
(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu -
mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu
menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu
sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang
mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan
maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa
perbuatan itu salah)?
Apakah kamu (Nabi Muhammad & para
sahabat) , tamak
(menginginkan sesuatu dengan bersungguh-sungguh)
Untuk mereka (orang kafir) beriman kepada kamu – Rasulullah dan para sahabat
bukan tamak harta tapi tamak mahu orang kafir semua masuk Islam, hingga ditegur
oleh Allah
Sedangkan ada sekumpulan daripada mereka
mereka mendengar kalamullah
APAKAH ITU KALAMULLAH?
1) Taurat
2) Al-Quran
3) Semasa Nabi Musa berkata-kata
dengan Allah secara terus, Allah perdengarkan juga kepada 70 orang yang
terpilih di kalangan kaum Nabi Musa – ada yang dengar, faham dan kemudian
apabila kembali kepada kaumnya, menukar ayat-ayat Allah
Kemudian mereka mengubahnya selepas apa
yang mereka faham dan mereka mengetahui
- Mereka tahu apa yang mereka
ubah itu salah
- - Mereka faham bahawa apa yang
mereka buat itu haram
- Tapi mereka tetap melakukan
Tadabbur ayat:
❤ Orang yang sudah dengar, dan faham dengan
ayat Allah pun, ada yang tidak beriman. Apatah lagi yang tidak dengar dan tidak
faham, lebih susah untuk dia beriman. Contoh orang yang selalu baca Al-Quran
tetapi tidak faham.
❤ Contoh: ASB, ada mufti kata halal, ada
mufti kata haram: syubhat maka elakkan
❤ Contoh lain: baca ayat dalam Yassin untuk
halang JPJ/polis nampak, sedangkan ayat itu tentang orang kafir yang
tidak mendapat hidayah seolah-olah ada hijab di hadapan dan di belakang mereka.
Kisah Rasulullah SAW baling pasir ke arah orang musyrikin semasa mahu berhijrah
dan baca ayat itu: kisah ini tidak benar . Ini sifat (orang Melayu) yang lebih teruk dari Bani
Israel kerana mengubah ayat dalam keadaan tidak faham maksud ayat itu
❤ Contoh orang kafir mengubah ayat: ada
disebutkan di dalam injil ttg Rasulullah SAW akan datang, tetapi mereka tidak mengakui yang Rasulullah sudah sampai.
❤ Al-Quran itu pada dasarnya adalah petunjuk
kepada orang yang bertaqwa (Surah Al-Baqarah ayat 2)
- - Al-Quran bukan untuk
diulang-ulang, tapi untuk ditadabbur
- - Zaman sekarang orang terkenal
dengan baca Al-Quran, hafaz Al-Quran (tetapi tidak menunjukkan akhlak Al-Quran, tetapi pada zaman Rasulullah SAW Al-Quran
berada di mana-mana, akhlak Al-Quran berjalan di mana-mana
PENGAJARAN AYAT 75
v Sesiapa yang tidak beriman dengan apa yang zahir dan jelas, maka
lebih susah untuk beriman dengan apa yang tersembunyi – kalau kita berdakwah
dan orang susah untuk beriman, ini kerana mereka tidak faham.
v Allah menghiburkan hati Rasulullah SAW dengan ayat yang boleh menghilangkan kesedihan Rasulullah SAW : jangan tamak dan sedih dengan orang yang tidak
beriman, orang-orang ini bukan sahaja dah dengar dan dah faham, cukuplah, tak
perlu sedih --> orang ini memang degil
- Contoh lagi ayat menghiburkan :
kaum Ad yang kuat dan boleh bina bangunan pun Allah hancurkan, apa lagi kaum
musyrikin/ yahudi madinah yang tidak sekuart kaum Ad
v Allah berkata-kata : ini penting kerana ada orang menafikan yang
Allah berkata-kata, perangai sama macam Bani Israel. Allah berkata-kata dengan
Nabi Musa, ada suara dan huruf tetapi tidak sama dengan manusia
v Perbuatan yang sangat tercela ialah mengubah kebenaran setelah
mengetahuinya bahawa ia adalah benar. Contoh ayat tiada paksaan dalam agama: bukan
maknanya tidak boleh paksa solat, tapi tidak ada paksaan untuk masuk Islam bagi
orang bukan Islam à orang Melayu suka ubah maksud ayat, walaupun perkataan Al-Quran itu tidak diubah
Surah Al-Baqarah ayat 76.
Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah)
bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah
beriman"; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata:
"Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang
telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran
Nabi Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu di
sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?"
Dan apabila mereka berjumpa dengan orang
beriman - ayat ini membawa erti mereka hidup
bermasyarakat
Mereka berkata mereka telah beriman
- Tadabbur ayat:
❤ Sifat orang munafik : ada wujudnya golongan munafik ini di
kalangan orang yahudi dan orang arab (contoh Abdullah bin Ubay)
- ❤ Pakar dan sumber rujukan bagi orang munafik adalah kaum yahudi
madinah
- ❤ Menagapa tidak ada orang munafik semasa
di Mekah? Semasa Islam tidak kuat, tiada org munafik. Tapi apabila Islam kuat,
lahirnya orang-orang munafik
❤ Bagaimanakah Rasulullah SAW melayan orang
munafik?
- - Jika lahirnya Islam, layan
secara orang Islam. Rasulullah SAW pun solat jenazah untuk Abdullah bin Ubay,
dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam
❤ Apakah hikmah
Rasulullah SAW dilahirkan yatim piatu dan miskin?
- - Rasulullah perlu mengubah
akidah orang-orang yang zero, tidak faham langsung tentang Islam
- - Tugas yang sangat besar ini, menjadikan Rasulullah SAW bergantung 100% pada kuasa yang paling besar iaitu Allah , tidak
bergantung pada pangkat, ibu bapa etc
-
❤ Musuh Rasulullah semasa di
Mekah, hanya kaum musyrikin, semasa di Madinah bertambah dengan orang yahudi
& kaum munafik.
Dan apabila kembali sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain
kamu menceritakan kepada mereka dengan apa yang Allah buka atas kamu
untuk mereka
berhujah kepada kamu dengannya di sisi Tuhan kamu (hari akhirat).
Taddabbur ayat
❤ “Allah sudah
terangkan kepada kamu ttg kedatangan Nabi Muhammad” . Menurut orang Yahudi itu
adalah rahsia mereka, dan Rasulullah SAW dan Allah tidak tahu ttg rahsia ini.
Menurut yahudi, mereka (yang berjumpa dengan orang Islam) itu, tidak sepatutnya
memberitahu orang Islam bahawa dalam Taurat memang ada disebutkan yang
Rasullullah sudah datang
- ➳ Morale: orang yang rasa dirinya
sangat pandai sebenarnya adalah sangat jahil, kerana mereka menyangka Allah tidak tahu apa yang dilakukan. Mereka rasa hanya
mereka yang tahu
❤ Kategori Jahil:
1)
Tidak tahu langsung
2)
Yakin dan betul (fakta tepat)
3)
Yakin betul tetapi salah :
jahil murakkab (jahil yang tersusun, dua kali jahil) à dia
tidak tahu yang dia tidak tahu. Dan yang salah dia rasa betul
❤ 3 kategori orang bukan islam
- - Yahudi
- - Nasrani
- - Orang musyrikin – tidak percaya
pada hari akhirat
❤ Yahudi dan
nasrani percaya mereka akan masuk neraka beberapa hari sahaja, kemudian akan
masuk syurga (ekslusif hanya untuk mereka), dan kemudian umat Nabi Muhammad
pula masuk neraka & kekal.
PENGAJARAN AYAT 76
v Ada di kalangan orang Yahudi itu
orang munafik.
v Antara perangai buruk orang Yahudi adalah menipu – siapa yang suka
menipu, dia telah menyerupai orang Yahudi.
v Ilmu adalah al-fathu iaitu pembukaan , iaitu ilmu membuka kefahaman
seseorang
v Kebodohan orang yahudi yang yakin yang Allah tidak mengetahui rahsia
mereka
v Orang yahudi kafir setelah berilmu,maka jadilah mereka
maghdhubi’alaihim (Allah murkai sbb mereka tahu tetapi tetap buat ) dan dhoolin
(orang yang sesat: orang yang tidak tahu)
No comments:
Post a Comment