Monday, 26 October 2015

Doktor mata & pesakit anti vaksin

✨Doktor mata & pesakit anti vaccine ✨

Tak pernah saya sangka saya akan berdepan dengan golongan ini secara langsung 

Pagi tadi saya dikunjungi sepasang suami isteri berusia 50an. Kelihatan seperti orang baik-baik dan faham agama. Si isteri berpakaian seorang muslimah, Alhamdulillah. 

Si suami sudah beberapa tahun kencing manis. Pernah mendapat rawatan mata di hospital lain, tetapi dirujuk kepada klinik saya kerana beliau sedang mendapat rawatan jantung di Pusat Pakar Perubatan UiTM. 

Selesai saya memeriksa pesakit, ternyata memang sudah terdapat komplikasi diabetes pada mata (Proliferative diabetic retinopathy) dan katarak. Saya terpaksa merujuk pesakit ke hospital terdekat untuk rawatan laser dan seterusnya pembedahan katarak. Pesakit dan isteri bersetuju. Pesakit juga ada masalah buah pinggang dan mungkin perlu dialisis tidak lama lagi. 

Si isteri yang melihat saya sarat hamil, bertanya kepada saya 

Makcik : Doktor,  ini kandungan anak ke berapa? 

Saya: Anak ke 4 , in shaa Allah. 

Makcik: saya Alhamdulillah cucu sudah 7 org, 6 lelaki dari seorang Ibu, seorang lagi perempuan. 

Saya: Alhamdulillah, ️Subhanallah . Anak Makcik berapa orang? 

Makcik: Biologically saya tiada anak. Ini 2 org anak angkat saya. Alhamdulillah 6 cucu lelaki saya semua fully breastfeed & tak ambil vaksin langsung 

Saya: Oh, pada saya vaksin tu perlu. Sebab kalau tak ambil, bukan sahaja membahayakan anak itu, tetapi juga pada anak orang lain. Lebih byk mudharat jika tak ambil. 

Pakcik: Tapi doktor, virus tu, yahudi yang cipta, dia cipta virus lepas tu cipta vaksin, masukkan dalam badan. 

Saya: virus tu Allah yang cipta, Pakcik. Tak ada manusia yang boleh cipta virus. Macam lembu, sejenis haiwan yang Allah cipta, manusia tidak boleh cipta lembu . Yang disuntik tu bukan virus dimasukkan dalam badan, tapi "antidote" utk elakkan jangkitan virus. 

(Masa ni saya malas nak cerita bab saintifik, sbb dah mula geram) 

Makcik: Tapi Alhamdulillah cucu saya semua ok je, yang besar dah Darjah 6 pun. 

Pakcik: iya doktor, bergantung pada pemakanan, sebenarnya. 

Saya: ok lah Pakcik, biar kita berlapang dada dgn pendapat masing-masing. Saya menyokong vaksin. Ini surat rujukan Pakcik utk rawatan laser ya. 

*************

Sungguh saya hairan dengan golongan ini. Apabila diri sendiri yg sakit, datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ambil pelbagai ubat, rela menjalani rawatan moden seperti angiogram, laser, dialisis, pembedahan katarak. 

Tidak pula dipersoalkan siapa pencipta ubat-ubatan dan teknologi rawatan itu? Yahudi kah? Kristian kah? Islam kah? 

Menyentuh soal pemakanan, cukup bagus cucu-cucu tetapi beliau sendiri tidak amalkan hingga terjadi pelbagai komplikasi kencing manis? 

Mengapa beliau berhak mendapat rawatan perubatan moden, tetapi cucu-cucu "layak" untuk dijangkiti penyakit-penyakit yang boleh dicegah dgn vaksin, yang mana ilmu itu juga datangnya dari Allah? 

Why does he think he deserve to get the best medical care but the grandchildren only deserve the risk of infection of preventable diseases? 

Allah...

Protect us ya Allah...  

Ignorance is NOT a bliss when it comes to vaccination đŸ’‰

Sunday, 18 October 2015

Hadith Riyadussalihin Bersama Ustaz Abdul Muien (Hadith 13: Berdoa dengan tawassul amal soleh)

Hadith 13 Riyadussalihin (17/10/15)

Gambar hiasan sebuah gua (dari http://fatinhistorico.org) 

Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Umar bin Khattab RA berkata, “ Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “ Dulu sebelum kamu ada tiga orang yang berjalan sehingga membawa mereka bertiga ini letih dan mengantuk, maka mereka pergi ke sebuah gua untuk berehat. Maka apabila masuk sahaja, jatuh sebuah batu besar dari bukit lalu menutup pintu gua yang mereka masuki itu, sehingga mereka tidak dapat keluar. Lalu mereka bertiga berkata, sesungguhnya tiada apa yang dapat menyelamatkan kamu dari batu ini melainkan kamu berdoa kepada Allah, dengan amalan soleh kamu.

  • -          Hadith Rasulullah bukan fakta sejarah tetapi pengajaran dari Allah untuk mendidik kita.
  • -          Berdoa dengan amal soleh: tawassul . Boleh juga bertawassul dengan nama Allah dan orang soleh yang masih hidup.
  • -          Allah turunkan Al-Quran sebagai syifa (penawar) dan rahmat (khas) kepada orang beriman iaitu orang yang percaya dan faham Al-Quran.


Salah seorang lelaki dari mereka, Ya Allah adalah bagiku kedua ibu bapaku, dan kedua-duanya tua yang sangat. Aku tidak minum petang kedua-duanya, sama ada isteri atau anak-anakku, dan hambaku, hinggalah kedua ibu bapaku minum. Satu hari aku mencari kayu dan sampai ke tempat yang jauh, maka aku tidak sempat untuk pulang dan memberi minum petang kepada kedua ibu bapaku, hingga keduanya tidur. Aku memerah susu untuk kedua ibubapaku sbg minum petang mereka. Apabila pulang aku mendapati mereka sudah tidur, dan aku tidak selesa untuk mengejutkan mereka, dan aku juga tidak suka minum sebelum kedua-duanya. Maka aku menunggu dengan bekas susu itu di tanganku dan aku menunggu kedua-duanya bangun hingga terbit fajar, dan anak-anak sudah menangis mahukan susu dekat kakiku, lalu ibu bapaku terbangun, dan aku memberi mereka minum. Wahai Allah jika aku berbuat ini betul-betul ikhlas kerana Engkau, maka bukalah kepada kami batu ini yang menyebabkan kami terperangkap di dalamnya”, maka bergeserlah batu itu sedikit tetapi mereka belum boleh keluar dari gua itu.

  • -          Ujian keikhlasan : menunggu ibu bapa yang tidur, betulkah mahu mendahului ibu bapa.
  • -          Menghormati ibu bapa , mendahului ibu bapa, tidak makan selagi ibu bapa tidak memulakan dahulu Ă  amalan soleh.
  • -          Doa lelaki ini bukan kerana dia ustaz tetapi kerana dia berbuat baik kepada ibu bapa.
  • -          Doa lelaki ini juga, beliau menyebut “jika perbuatan ini betul-betul ikhlas”. Jika kita memberi contoh sebut “ikhlas daripada” , itu bererti orang itu tidak ikhlas.
  • -          Kelebihan berbuat baik kepada ibu bapa : kisah Uwais Al-Qarni yang doanya makbul , hingga Rasulullah SAW berpesan kepada Saidina Umar RA untuk meminta Uwais doakan kerana doanya makbul pada bila-bila masa. Ini kerana dia berbakti kepada ibunya, memikul ibunya dari Yaman hingga ke Mekah untuk menunaikan haji, termasuk tawaf sambil memikul ibunya.  Rombongan dari Yaman sendiri pun tak kenal siapa dia, semasa Saidina Umar bertanya, mereka berkata, “tengoklah di belakang, ada seorang lelaki kerjanya penggembala”. Uwais bukan ustaz tetapi doanya makbul

Lelaki yang kedua berkata, “Ya Allah aku ada sepupu perempuan, yang aku sangat cinta padanya. Pada riwayat lain, aku sangat cintanya sebagaimana cintanya seorang lelaki kepada perempuan. Maka kata lelaki itu, aku ingin berzina dengannya, maka sepupuku itu enggan sehinggalah satu ketika telah dia ditimpa musibah iaitu kemiskinan. Lalu sepupuku datang kepadaku, dan aku beri kepadanya 120 dinar, dengan syarat dia berzina denganku, dan sepupuku setuju kerana dia terdesak. Sehingga aku sudah betul-betul menguasainya, dalam riwayat lain, “aku duduk di antara dua kaki wanita itu”, maka sepupuku berkata “takutlah kepada Allah, janganlah kamu pecahkan cincin ini kecuali dengan cara yang sah iaitu bernikah”. Apabila mendengar kata-kata itu, aku terus bangun, padahal ketika itu dia adalah seorang yang sangat saya cintai, dan saya tinggalkan dinar emas itu.” Wahai Allah jika saya berbuat seperti itu kerana mengharapkan redhaMu, maka geserkanlah batu yang menutupi gua itu.” Maka bergeser batu itu sedikit tetapi belum boleh keluar dari gua itu.

  • -          Cabaran yang kuat : sudah benar-benar hampir berzina, kemuncak perbuatan itu, dengan wanita yang sangat dicintainya , tetapi lelaki itu tidak jadi berzina kerana dia takut kepada Allah.
  • -          Kata-kata dari wanita yang sangat takut kepada Allah, kata dari hati, maka ia terus sampai ke hati lelaki itu
  • -          Amalan yang ikhlas kerana Allah.
  • -          Apabila takut pada Allah : Allah terima taubatnya
  • -          Apabila Allah terima doanya : petanda bahawa amalan solehnya diterima oleh Allah.
  • -          Belum tentu orang yang bangun malam solat tahajjud dan puasa sunat selalu itu takut pada Allah, tetapi orang yang takut Allah adalah yang tahan diuji semasa dia sendirian.

  • -          Rasulullah sebut “akan masuk dari pintu ini seorang ahli syurga.” Masuk seorang sahabat yang biasa, basah janggutnya kerana baru berwudhu sambil memegang kasutnya.” Rasulullah SAW sebut sebanyak tiga kali, tiga hari berturut-turut. Abdullah Ibn Umar membuat helah untuk mengikut sahabat itu untuk melihat apa amalannya. Selama tiga hari, tuan rumah itu tidak bangun malam pun. Apabila selepas tiga hari, beliau mengaku bahawa bukan dia ada masalah hingga mahu menumpang tidur , tetapi hanya mahu tahu apa amalan dia yang menyebabkan dia ahli syurga. Dia berkata setiap malam sebelum tidur dia mengingat semua kesalahan orang padanya, dan maafkan kesalahannya itu. --> memaafkan kesalahan orang lain itu jauh lebih susah dari bangun solat malam.

Dan lelaki yang ketiga berkata, “wahai Allah, saya mempekerjakan beberapa pekerja dan semuanya saya bayar gaji dengan sempurna kecuali ada seorang yang meninggalkan saya dan tidak mahu mengambil gajinya dahulu. Kemudian gaji itu saya kembangkan sehingga menjadi banyak. Selang beberapa lama dia datang kepada saya dan berkata ,”Wahai hamba Allah, berikanlah gaji saya yang dahulu itu. “ Saya berkata, “ semua yang kamu lihat itu,  baik unta, lembu, kambing mahupun hamba yang menggembala itu semua adalah gajimu.” Ia berkata,”wahai hamba Allah, janganlah engkau mempermainkan saya.” Saya menjawab,” saya tidak mempermainkan kamu.” Kemudian dia mengambil semuanya itu dan tidak meninggalkan sedikit pun. Wahai Allah, jika saya berbuat seperti itu kerana mengharapkan keredhaanMu masa geserkanlah batu yang menutupi pintu gua ini.” Maka bergeserlah batu itu dan mereka pun boleh keluar dari dalam gua.” (HR Bukhari dan Muslim)

  • -          Sifat jujur dan amanah kepada orang lain
  • -          Jangan sekali-kali mengharapkan balasan : orang itu ambil semua dan tidak ucap terima kasih pun.
  • -          Ujian keikhlasan : adakah selepas masa yang panjang, adakah kamu akan beri semua sekali atau sebahagian.
  • -          Contoh bibik kita dah kerja 3 bulan, ada gaji 3 bulan, tetapi kemudian lari. Selepas setahun, datang balik minta gajinya. Adakah kita nak beri gajinya atau nak potong? Kita sayang duit bukan sayang rahmat Allah.

Pengajaran hadith:

1) Kelebihan berbuat baik kepada ibu bapa iaitu doa dimakbulkan dan terhindar daripada musibah. Seorang wanita yang sudah berkahwin dan tetap berbuat baik kepada ibu bapanya, maka suami yang menggalakkan juga mendapat pahala, kerana isteri itu isteri yang solehah dan doanya makbul, dan dia akan menjadi ibu yang baik kepada anak-anak

2) Kelebihan menjauhi diri dari perkara haram iaitu zina

3) Kelebihan jujur dan amanah terhadap tanggungjawab yang diberi, sebagai suami, isteri, pekerja dan semua aspek kehidupan. Contohnya kita ada pekerja, amalan yang paling besar adalah membimbing hingga akhirnya dia beriman kepada Allah, jaga solat dan sebagainya.

4) Kebesaran dan kekuasaan Allah yang boleh membuka pintu gua walaupun batu itu besar. Ketika kita terdesak, terus BERDOA kepada ALLAH, bukan minta bantuan kepada manusia

5) Allah Maha Mendengar doa hambaNya dan kita mesti YAKIN. Kadang kala kita berdoa dalam keadaan lagha dan tidak faham. Allah tidak akan makbulkan jika ada sedikit pun keraguan kepadaNya

6)  Ikhlas adalah sebab yang boleh menghilangkan segala musibah.

Kelebihan Abdullah Ibn Umar, apabila turun ayat bahawa kamu tidak akan mendapat rahmat Allah sehingga kamu menginfakkan harta yang kamu sayang. Beliau mentadabbur ayat ini, pulang ke rumah dan beliau infakkan hamba yang paling disayang, dibebaskan dan diberikan kepada orang.


Soalan: 
Bolehkah kita tawassul dengan amal soleh? 

Jawapan: 
Boleh , tetapi apakah amal soleh kita yang luar biasa? Sekadar solat 5 waktu dan puasa Ramadhan itu tidak cukup istimewa.

Ali bin Hussin bin Ali seorang tabi’in, beliau ingin bersedekah kepada fakir miskin dan tidak mahu sesiapa pun tahu, maka apabila malam gelap, beliau akan pikul gandum dan letak di hadapan rumah fakir miskin. Selepas beliau meninggal dunia, baru orang sedar bahawa gandum itu dari beliau. Inilah contoh amal soleh yang ikhlas kerana Allah.

Kisah lain doa yang makbul: Doa Nabi Yunus semasa berada di dalam perut ikan, Doa Nabi Ibrahim semasa ingin dibakar oleh raja kerana memusnahkan berhala

Q&A: Apakah doa bersama imam selepas solat itu sunnah?

-   -  Amalan ini Rasulullah SAW tidak pernah buat. 

    -   Apabila berdoa kita perlu BERSUNGGUH-SUNGGUH , jika mengaminkan doa imam sahaja, tidak bersungguh-sungguh kerana tidak faham. Angkat tangan itu bukan satu kemestian kerana Rasulullah SAW ada yang diangkat tangan, ada yang tidak.

-      -    Doa direct atau langsung kepada Allah Surah Al-Baqarah ayat 186 ("jika engkau meminta, maka akan Aku perkenankan")
-

-         - "Bila hambaKu bertanya Engkau tentang Aku, katakan Aku dekat (dengan orang yang berdoa)". Maka jika mahu Allah dekat dengan kita, kita yang perlu berdoa.

-        -   Doa yang terbaik dalam solat, bukan di luar solat. Paling baik semasa sujud.

-       -    Kita hanya terikat kepada imam dari takbir hingga salam. Selepas itu kita tidak terikat lagi dengan imam itu. Bebas untuk berzikir , berdoa sendiri dan sebagainya selepas solat.


-       Biasakan pada anak untuk berdoa semasa sujud, bukan selepas solat. 

Allahu alam. 

Friday, 16 October 2015

Sempurnakah saya berhijab (Ustazah Noraslina Jusin)

Sempurnakah saya berhijab 
(Ustazah Noraslina Jusin) 

16/10/15 - Anjuran Wanita Ikram Gombak. 



Pakar Psikologi : hanya 30% menekankan kecantikan sbg sumber kebahagiaan rumah tangga . Namun kecantikan adalah salah satu dari 4 ciri wanita yg harus dipilih semasa memilih Calon isteri. Agama yang pertama, kecantikan , keturunan yg baik & harta adalah bonus. 

Mengapa remaja sekarang berlumba untuk cantik , walaupun sekolah agama? 
- ? Dapat sokongan walaupun buat salah? 

Kecantikan yg dipelopori oleh media masa bukan kecantikan yg membawa kepada ALLAH & ke syurga . 
- At-Tin ayat 3 : Kami jadikan manusia dgn sebaik-baik kejadian 

Apa yg perlu diterapkan pada anak remaja ttg kecantikan? 
-definisi hijab: yg menutupi, yg menghalang , yg melindungi antara dua pihak 
- Surah Al-Ahzab ayat 59 :" hai Nabi Katakanlah kepada isteri-isterimu , Anak -anak perempuanmu dan isteri2 org mukminin : hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh"

- jilbab : pakaian yg dilabuhkan utk menutupi seluruh bahagian yg perlu ditutup. 

- busana Muslimah : Google search 2400 sehari : demand yg tinggi, jualan sgt tinggi masa kini. 

- menjadi tugas kita membetulkan sudut pandang orang ramai ttg apakah pakaian wanita Islam

- khimar: Surah An-Nur ayat 31. 


Bahasa mudah: tudung yang digunakan menutup kepala . Kain ini perlu diturunkan dr atas ke bawah, hingga menutup jayyibun (belahan dada) , hingga melindungi dr lelaki tertarik utk melihat

- suami, abang, adik lelaki perlu ambil perhatian utk jaga aurat wanita-wanita yg di bawah tanggungannya sebelum mereka keluar 

- tudung yg sempurna: tutup dada & labuh hingga dari tepi tidak kelihatan bentuk tubuh termasuk punggung. 

- fitnah dlm agama byk bermula dr bermudah-mudah. Cth tidak titik beratkan pakaian, kita tidak boleh mengawal mata yg memandang. Lelaki sgt tidak boleh dijangka, ada yg boleh jatuh cinta hanya dgn pandang tangan 

Tabarruj 
- burj : menyerlah 
- dari sudut bahasa: bintang-bintang  yg bergemerlapan di dada malam yg gelap. 
- dari sudut syarak: sesuatu perhiasan atau keindahan yg dimaksudkan oleh seorg wanita, sengaja ditampilkan, utk nampak menarik pada pandangan org asing (ajnabi). Termasuk wanita yg berpurdah tetapi bersulam etc. 

- tafsiran mujahid: seorg wanita yg keluar lalu lalang depan lelaki utk menarik perhatian. 

- tafsiran qatadah: Wanita yg berjalan secara takathar (lemah gemalai) cth seperti catwalk 

- Surah Al-Ahzab ayat 33 : "dan janganlah kamu bertabarruj dgn tabarruj jahiliyah terdahulu. "
- tabarruj jahiliyah : Zaman nabi ibrahim atau Zaman Nabi Nuh hingga Nabi idris 

Hijab syar'ii
- Surah An-Nur ayat 31 : dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yg (biasa) nampak daripadanya 
- apakah perhiasan yg biasa ?
- tafsiran Ibnu Abbas: celak & Cincin 
- tafsiran Saidatina aisyah: gelang 
- tafsiran ulama kontemporari: Jubah yg terlalu berkilat juga tabarruj , berpurdah dan memakai celak berlebihan juga tabarruj. 

Imam as-Syafie : apabila hendak keluar rumah , kita dlm dilemma hendak kelihatan cantik tetapi terlalu tabarruj . Jaga niat dlm memakai pakaian . "Apabila sesekali kamu dlm dilemma utk memilih yg terbaik dlm beberapa pilihan , pilihlah yg menyalahi nafsumu, kerana nafsu Itu selalu memandu kepada kerosakan" - pilih yg paling tidak cantik 

Bagaimana dgn pakaian pengantin Muslimah? 
- walau bagaimanapun istimewanya hari bersejarah, mesti dlm batas syariah. Tidak mengapa jika bermake up sedikit, pakai crown tetapi tidak utk baju yg ketat, terlalu panjang etc
-kita mahu keberkatan yg berpanjangan 

Bagaimana menegur org yg tidak menutup aurat ? 
Ibnu at-ta'ilah: tanamlah diri kamu di atas tanah kerendahan. Ada org yg sudah mendapat hidayah, merasakan dirinya sudah ok dan mula memandang rendah org lain 

Surah An-Nur: ayat 21: kalaulah bukan kerana Fadhlullah (rahmat dr ALLAH), tidak akan ada org yg mendapat hidayah Allah. 
- kita dpt hidayah pun atas rahmat ALLAH, jgn meninggi diri kerana air Itu tidak akan mengalir ke tempat tinggi 
- guruh tidak akan menumbuhkan rumput tetapi titisan air hujan yg turun yang menyuburkan bumi. 

Pakaian syurgrah
- orang yg menampilkan pakaian utk kemegahan 

Pakaian sempurna, hijab sempurna? 
Perlu tekankan juga penampilan, bukan sekadar pakaian (tabarruj dari aspek lain) 
- jangan melembut-lembutkan suara: bawa masalah kepada org yg hati 
berpenyakit 

- menjaga batas pergaulan : terutama anak remaja. - jaga batas di luar & di alam maya. 
Apabila wanita tidak menutup aurat, dia menyumbang kepada kerosakan wanita lain. Jgn mengacah2 nafsu lelaki, kerana yg menjadi mangsa mungkin org lain 

Surah al-Hadid ayat 16 

Q&A
- aurat dgn Ipar duai: wajib menutup aurat, Cuma ada kelonggaran, boleh labuhkan kain utk menutup kaki jika tidak memakai stokin. 
- aurat wanita bekerja: hingga pertengahan lengan (kelonggaran) 

- sejarah niqab: Bukan satu pakaian kebiasaan, tetapi ia pakaian isteri-isteri Rasululullah. Sahabiah tidak berniqab. Majoriti jumhur ulama boleh nampak wajah & tapak tangan. 

- terapkan ttg aqidah pada anak-anak kecil usia 3-4 tahun, bukan tudung dahulu. Tak mahu anak-anak membesar jadi wanita bertudung tetapi menyanyi, bergaul bebas dan sebagainya . 

Bagaimana nak berdakwah dgn org yg tidak menutup aurat dgn sempurna? 
- Jgn rasa diri kita lebih baik dr dia kerana apabila begitu, syaitan sudah menang 
- ajak ke majlis ilmu
- sedikit sedikit tegur 
- berdoa : ALLAH yg beri hidayah kepada manusia. 
- beri hadiah 

Bagaimana utk Istiqomah dlm menutup aurat : rukun Istiqomah: 
 Surah Hud ayat 112-115
- Jgn melampau (lebih dr yg ALLAH perintahkan)
- Jgn cenderung kepada golongan yg zalim : ulamak tafsir Fudhail Abbas : 
1) Jgn cenderung dr sudut fikrah /emosi (cth mengikut artis) 
2) Jgn cenderung dr sudut pengaruh ( cth tidak tutup aurat kerana kerja) 
- dirikan solat 
- bersabar , ALLAH tidak menyia-nyiakan ganjaran utk org yg baik

Jgn didik anak buat kebaikan tetapi menjatuhkan atau cepat menghukum org lain cth judge org yg tidak menutup aurat 

Allahu alam 

Semoga bermanfaat :) 





Thursday, 15 October 2015

Hadith Riyadussalihin Bersama Ustaz Abdul Muien (Hadith 11: Keutamaan solat di masjid, dan hadith 12: satu kebaikan diganjari 10 hingga 700)

Gambar dari duniasunawan.blogspot.com

Hadith 11 Riyadussalihin (Bab niat)



Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Salat seseorang dengan berjamaah itu pahalanya lebih banyak daripada ia salat sendirian di pasar atau di rumahnya selisih dua puluh darjat lebih (27 atau 25). Yang demikian itu kerana bila seseorang telah MENYEMPURNAKAN wudhunya kemudian pergi ke masjid yang perginya SEMATA-MATA UNTUK SOLAT. Dia tidak melangkah satu langkah melainkan Allah menaikkannya satu darjat dan satu langkah gugur satu dosa, sehinggalah dia masuk masjid..."

Pengajaran dari hadith:
  • -          Hadith ini adalah berkaitan solat berjemaah di masjid

    -          Syarat bagi kelebihan ini adalah seseorang itu telah berwudhu di rumah
     
    -          Apakah wudhu dengan sempurna/ memperelokkan wudhu? : Iaitu berwudhu dengan cara Nabi, jimat air (Rasulullah guna dalam 750ml semasa berwudhu)

    -          Cth sapu kepala : basahkan tangan sahaja, sapu dari pangkal rambut hingga ke belakang, dan patah balik ke hadapan dan terus jari telunjuk masuk ke telinga dan basuh telinga sekali. Ini bertujuan supaya air itu meratai kepala. Jika orang botak, tak perlu patah balik kerana tidak perlu ratakan. Wanita berambut panjang, tidak perlu hingga ke hujung rambut. Sapu kepala ini sekali sahaja. 

    -          Massaha bi raksihi : menyapu sebahagian kepala atau ada ulama yang mengatakan seluruh kepala. Hadith paling sahih untuk menepati sunnah adalah seluruh kepala. Menurut Imam Shafie sekurang-kurangnya sapu 3 helai rambut tetapi yang afdhal adalah seluruh kepala.

    -          Apa definisi “Ahsan” : 1: paling ikhlas. 2: paling menepati sunnah (Fudhail Bin Iyad) 

    -          Pahala berjemaah 25 atau 27 kali ganda ini: pahala berjemaah, dengan jemaah pertama di masjid. Berjemaah di rumah tidak dapat pahala seperti ini. 

    -          Niat mesti semata-mata untuk solat, bukan untuk temujanji dan sebagainya. 

    -          Peningkatan darjat : di sisi Allah bukan di sisi manusia. Kerja di dunia naik pangkat cth setiap 3 tahun, kenaikan gaji RM290 setahun. Ini kenaikan pangkat di sisi Allah, satu waktu solat 50 langkah = 50 darjat dinaikkan. 5 kali solat= 250 kenaikan pangkat DI SISI ALLAH.

    -          Bani Salamah yang tinggal jauh dari masjid Nabawi, ingin berpindah dekat untuk dekat dengan masjid. Rasulullah kata jika tinggal jauh, setiap langkah ada pahala. Ini adalah cara Rasulullah SAW memotivasikan manusia, untuk sentiasa mengira untung di akhirat, bukan di dunia. 

    -          Hadith: jika manusia tahu kelebihan solat berjemaah isyak dan subuh, pasti manusia akan pergi walaupun terpaksa merangkak (HR Mutaffaqunalaih)

    -          Setiap langkah ke masjid ini, diampunkan dosa walaupun tanpa kita minta. 

    -          Wanita Ansar bertemu Rasulullah, “orang lelaki ada kelebihan berjihad dan kami tidak boleh. Lelaki ada kelebihan solat jumaat dan solat berjemaah tetapi kami tidak dapat. Sedangkan kami yang memasak, mencuci pakaian dan mengemaskan rumah kami, tetapi kami tidak dapat pahala yang banyak”. Rasulullah menjawab , “sampaikanlah kepada semua wanita. Jika kamu menjaga solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan mentaati suami kamu, maka kamu akan dapat pahala yang sama seperti suami-suami kamu”.

    -          Kita diciptakan untuk akhirat, jangan sibukkan diri dengan dunia. Solat 5 waktu, 10 minit sahaja. Jangan beralasan untuk solat berjemaah. 

    -          Umur berapa sesuai bawa anak ke masjid? Umur bukan ukuran, yang penting adakah mengganggu jemaah atau tidak. Jika umur 1 tahun tetapi beradab, boleh di bawa. Rasulullah kata jika makan bawang, jangan datang ke masjid kerana bau itu mengganggu.
(Sambungan hadith 11) Apabila ia berada di dalam masjid masa ia dianggap melaksanakan solat selama ia menunggu saat solat dilaksanakan , dan para malaikat berdoa ( meminta rahmat)  kepada salah seorang di antara kamu sekelian selama ia duduk di tempat yang untuk mengerjakan solat, di mana para malaikat berdoa , “Wahai Allah kasihanilah dia, ampunilah dosa-dosanya. Wahai Allah terimalah taubatnya,” selama ia tidak membuat gaduh dan selama ia tidak berhadas di masjid (HR Bukhari dan Muslim)

Pengajaran dari hadith:

  • -          Pahala solat diberikan, walaupun belum mendirikan solat. Selagi dia berada di dalam solat itu untuk menunggu solat didirikan, contoh antara maghrib dan isyak. 

    -          Rasulullah SAW mesra kanak-kanak, Hassan dan Hussin panjat badan Rasulullah semasa solat. Dan ada ketika Rasulullah SAW berkhutbah, Hassan dan Hussin datang dan Baginda dukung mereka dan baginda berkata “sesungguhnya harta dan anak-anak kamu itu ujian”

    -          Ada satu ketika Baginda solat dan dukung Umamah binti Zainab , semasa sujud Baginda letak, dan apabila bangun semula, Baginda dukung semula. (hadith sahih). Pakaian kita mesti bersih pakaian dan tempat. Anak yang didukung, pakaian mereka bersih dan najis di dalam lampin itu tidak terkeluar, maka sah solat mendukung anak. Yang tidak sah solat adalah anak itu pegang najis, dan najis itu terkena pakaian kita. 

    -          Anas bin Malik  berkata satu malam Rasulullah datang ke rumah ibunya, dan dijamu makan. Selepas makan, Baginda solat (sunat). Anas berkata aku berdiri di sebelah anak yatim (belum aqil baligh), dan ibuku berdiri di belakang. – ertinya sah solat dengan anak-anak di dalam saf. 

    -          Kanak-kanak jadi tidak suka pergi masjid kerana tidak diraikan di Malaysia ini . Apabila nak bersolat, disuruh ke belakang. Jika anak bising, ibu bapa perlu didik anak adab di dalam masjid. Satu masalah besar apabila anak-anak tidak suka ke masjid, kerana dia tidak akan faham Islam. 

    -          Tidak mengapa bergerak dalam solat untuk mengambil cth anak yang merangkak. 

    -          Hak kanak-kanak di dalam solat – buku ustaz Abdul Muien

    -          Doa malaikat : “Ya Allah rahmatilah dia, ampunkanlah dia, terimalah taubatnya.” Ini doa yang mustajab kerana malaikat tidak pernah membuat dosa. Malaikat ini berdoa selama mana orang itu duduk di dalam masjid dan tidak batal wudhu. 

    -          Hukum solat di masjid adalah wajib, dan ada berpendapat fardhu ain atau sunat mua’akadah. Menurut Imam Shafie, jika tidak ada uzur syariee (spt hujan lebat, cuaca panas, ada musuh) yang menghalang , tidak boleh tinggal solat berjemaah kerana Rasulullah SAW tidak pernah tinggal solat berjemaah. Dalil solat berjemaah wajib: surah An-nisa ayat 102. Solat dalam perang pun Allah perintahkan untuk solat berjemaah, apatah lagi apabila keadaan tidak kritikal

    -          Orang yang berjalan ke masjid : diangkat satu darjat, dan diampun (gugur) satu dosa


-          Orang yang solat berjemaah di masjid akan sentiasa didoakan oleh malaikat selama mana dia tidak berhadas. 


 
Hadith 12 Riyadussalihin 


Dari Abdullah Ibn Abbas Bin Abdul Muttalib, dari Rasulullah SAW , “ Pada apa yang diriwayatkan oleh Tuhannya, Sesungguhnya Allah telah mencatatkan kebaikan dan kejahatan, kemudian dijelaskan semua itu, barangsiapa yang berazam membuat satu kebaikan, tetapi tidak beramal dengannya, Allah catatkan untuknya kebaikan yang sempurna (kamilah) .  Sekiranya dia berniat untuk melakukan kebaikan maka dia melakukannya, Allah catat pahala sepuluh hingga 700 kali ganda. Jika dia berniat melakukan kejahatan tetapi dia tidak melakukannya,  Allah catatkan untuknya satu kebaikan yang sempurna (kamilah). Jika dia berniat untuk melakukan kejahatan dan dia melakukannya, Allah catatkan baginya satu kejahatan (dosa).(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Tafsir hadith:

  • -          Apa beza ayat Quran dan hadith Qudsi: ayat Al-Quran dibaca adalah ibadah dan dapat pahala. Hadith qudsi tidak . Ayat Quran bahasa terus dari Allah .

    -          Bila kebaikan dan kejahatan ini dituliskan di Luh Mahfudz? 50,000 tahun sebelum dunia diciptakan. Contoh ajal maut kita. 

    -          Apa faedah Allah beritahu semua yang berlaku sudah dicatat? Tak perlu sedih apabila ada musibah. Wajib bersangka baik pada Allah, walau apa yang Allah dah tentukan, itu yang TERBAIK untuk kita walaupun zahirnya perit. 

    -          Jika kita lakukan kebaikan yang kita sudah niatkan, dapat 10-700, yang mana satu akan diperolehi? Bergantung kepada keikhlasan, dan semirip mana amalan itu bertepatan dengan sunnah Rasulullah. 

    -          Cth seorang A melakukan ibadah dengan senang, seorang B dengan susah payah. Yang mana lebih afdhal. Ada ulama berkata yang B dapat pahala banyak kerana dia bersusah payah. Tetapi kebanyakan ulama kata A lebih banyak pahala kerana hasil orang yang beribadah dengan ikhlas, ibadah jadi mudah dan ia lakukan kerana cinta pada Allah. 

    -          Mudah untuk Allah “mengadili” jika buat satu pahala = 10-700 kebaikan, satu dosa juga = 10-700 dosa, tetapi RAHMAT Allah melebihi kemurkaannya. 

    -          Di masjidil haram, pahala berganda 100,000 kali , dosa berganda tetapi tidak disebutkan berapa kali ganda. Tetapi jika niat untuk melakukan kejahatan terus dicatatkan satu dosa, kerana kemuliaan tempat ini

    -          Pengajaran: fikir panjang untuk membuat dosa, dan jangan fikir panjang untuk melakukan kebaikan.
   Pengajaran dari hadith:
1.       Setiap amalan telah ditulis sejak azali di Luh Mahfudz sebelum Allah ciptakan langit dan bumi 50,000 tahun yang lalu

2.       Setiap amalan akan dicatit sekali  setelah dilakukan – yang pertama semasa di Luh Mahfudz sebelum ia berlaku, dan kemudian semasa dilakukan

3.       Setiap amalan akan dicatit mengikut kebijaksanaan Allah dan keadilanNya

4.       Sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan seperti berwudhu untuk membaca Al-Quran tetapi akhirnya tidak melakukannya, maka dituliskan untuknya satu kebaikan.
5.       Dan sesiapa yang berniat melakukan kebaikan dan dia melakukannya, dia diberi ganjaran 10 hingga 700 malah lebih lagi bergantung kepada keikhlasan. – contoh bersedekah dihadapan orang, mungkin pahala kurang walaupun tidak riak

6.       Sesiapa yang berniat melakukan kejahatan tetapi tidak melakukannya kerana takutkan Allah, maka ditulis satu kebaikan. Jika kejahatan itu tidak dapat dilakukan kerana terhalang cth nak mencuri tetapi ada polis, tetap dapat dosa kerana sudah berniat untuk melakukan kejahatan. Berbeza jika orang yang tidak melakukan kejahatan kerana takut kepada Allah. 7 orang yang mendapat perlindungan arash : orang yang tidak jadi berzina kerana takut kepada Allah. Cabaran untuk berhenti zina itu sangat besar, bukan sahaja dapat pahala kerana tidak berzina, malah dapat perlindungan arash Allah di mahsyar.


7.       Apabila berniat melakukan kejahatan dan melakukannya, maka ditulis satu dosa.