Hadith 13 Riyadussalihin (17/10/15)
Gambar hiasan sebuah gua (dari http://fatinhistorico.org) |
Dari Abu Abdurrahman
Abdullah bin Umar bin Khattab RA berkata, “ Saya mendengar Rasulullah SAW
bersabda, “ Dulu sebelum kamu ada tiga orang yang berjalan sehingga membawa
mereka bertiga ini letih dan mengantuk, maka mereka pergi ke sebuah gua untuk
berehat. Maka apabila masuk sahaja, jatuh sebuah batu besar dari bukit lalu
menutup pintu gua yang mereka masuki itu, sehingga mereka tidak dapat keluar.
Lalu mereka bertiga berkata, sesungguhnya tiada apa yang dapat menyelamatkan
kamu dari batu ini melainkan kamu berdoa kepada Allah, dengan amalan soleh
kamu.
- - Hadith Rasulullah bukan fakta sejarah tetapi pengajaran dari Allah untuk mendidik kita.
- - Berdoa dengan amal soleh: tawassul . Boleh juga bertawassul dengan nama Allah dan orang soleh yang masih hidup.
- - Allah turunkan Al-Quran sebagai syifa (penawar) dan rahmat (khas) kepada orang beriman iaitu orang yang percaya dan faham Al-Quran.
Salah seorang lelaki
dari mereka, Ya Allah adalah bagiku kedua ibu bapaku, dan kedua-duanya tua yang
sangat. Aku tidak minum petang kedua-duanya, sama ada isteri atau anak-anakku,
dan hambaku, hinggalah kedua ibu bapaku minum. Satu hari aku mencari kayu dan
sampai ke tempat yang jauh, maka aku tidak sempat untuk pulang dan memberi
minum petang kepada kedua ibu bapaku, hingga keduanya tidur. Aku memerah susu
untuk kedua ibubapaku sbg minum petang mereka. Apabila pulang aku mendapati
mereka sudah tidur, dan aku tidak selesa untuk mengejutkan mereka, dan aku juga
tidak suka minum sebelum kedua-duanya. Maka aku menunggu dengan bekas susu itu
di tanganku dan aku menunggu kedua-duanya bangun hingga terbit fajar, dan
anak-anak sudah menangis mahukan susu dekat kakiku, lalu ibu bapaku terbangun,
dan aku memberi mereka minum. Wahai Allah jika aku berbuat ini betul-betul
ikhlas kerana Engkau, maka bukalah kepada kami batu ini yang menyebabkan kami
terperangkap di dalamnya”, maka bergeserlah batu itu sedikit tetapi mereka
belum boleh keluar dari gua itu.
- - Ujian keikhlasan : menunggu ibu bapa yang tidur, betulkah mahu mendahului ibu bapa.
- - Menghormati ibu bapa , mendahului ibu bapa, tidak makan selagi ibu bapa tidak memulakan dahulu à amalan soleh.
- - Doa lelaki ini bukan kerana dia ustaz tetapi kerana dia berbuat baik kepada ibu bapa.
- - Doa lelaki ini juga, beliau menyebut “jika perbuatan ini betul-betul ikhlas”. Jika kita memberi contoh sebut “ikhlas daripada” , itu bererti orang itu tidak ikhlas.
- - Kelebihan berbuat baik kepada ibu bapa : kisah Uwais Al-Qarni yang doanya makbul , hingga Rasulullah SAW berpesan kepada Saidina Umar RA untuk meminta Uwais doakan kerana doanya makbul pada bila-bila masa. Ini kerana dia berbakti kepada ibunya, memikul ibunya dari Yaman hingga ke Mekah untuk menunaikan haji, termasuk tawaf sambil memikul ibunya. Rombongan dari Yaman sendiri pun tak kenal siapa dia, semasa Saidina Umar bertanya, mereka berkata, “tengoklah di belakang, ada seorang lelaki kerjanya penggembala”. Uwais bukan ustaz tetapi doanya makbul
Lelaki yang kedua
berkata, “Ya Allah aku ada sepupu perempuan, yang aku sangat cinta padanya.
Pada riwayat lain, aku sangat cintanya sebagaimana cintanya seorang lelaki
kepada perempuan. Maka kata lelaki itu, aku ingin berzina dengannya, maka
sepupuku itu enggan sehinggalah satu ketika telah dia ditimpa musibah iaitu
kemiskinan. Lalu sepupuku datang kepadaku, dan aku beri kepadanya 120 dinar,
dengan syarat dia berzina denganku, dan sepupuku setuju kerana dia terdesak.
Sehingga aku sudah betul-betul menguasainya, dalam riwayat lain, “aku duduk di
antara dua kaki wanita itu”, maka sepupuku berkata “takutlah kepada Allah,
janganlah kamu pecahkan cincin ini kecuali dengan cara yang sah iaitu
bernikah”. Apabila mendengar kata-kata itu, aku terus bangun, padahal ketika
itu dia adalah seorang yang sangat saya cintai, dan saya tinggalkan dinar emas
itu.” Wahai Allah jika saya berbuat seperti itu kerana mengharapkan redhaMu,
maka geserkanlah batu yang menutupi gua itu.” Maka bergeser batu itu sedikit
tetapi belum boleh keluar dari gua itu.
- - Cabaran yang kuat : sudah benar-benar hampir berzina, kemuncak perbuatan itu, dengan wanita yang sangat dicintainya , tetapi lelaki itu tidak jadi berzina kerana dia takut kepada Allah.
- - Kata-kata dari wanita yang sangat takut kepada Allah, kata dari hati, maka ia terus sampai ke hati lelaki itu
- - Amalan yang ikhlas kerana Allah.
- - Apabila takut pada Allah : Allah terima taubatnya
- - Apabila Allah terima doanya : petanda bahawa amalan solehnya diterima oleh Allah.
- - Belum tentu orang yang bangun malam solat tahajjud dan puasa sunat selalu itu takut pada Allah, tetapi orang yang takut Allah adalah yang tahan diuji semasa dia sendirian.
- - Rasulullah sebut “akan masuk dari pintu ini seorang ahli syurga.” Masuk seorang sahabat yang biasa, basah janggutnya kerana baru berwudhu sambil memegang kasutnya.” Rasulullah SAW sebut sebanyak tiga kali, tiga hari berturut-turut. Abdullah Ibn Umar membuat helah untuk mengikut sahabat itu untuk melihat apa amalannya. Selama tiga hari, tuan rumah itu tidak bangun malam pun. Apabila selepas tiga hari, beliau mengaku bahawa bukan dia ada masalah hingga mahu menumpang tidur , tetapi hanya mahu tahu apa amalan dia yang menyebabkan dia ahli syurga. Dia berkata setiap malam sebelum tidur dia mengingat semua kesalahan orang padanya, dan maafkan kesalahannya itu. --> memaafkan kesalahan orang lain itu jauh lebih susah dari bangun solat malam.
Dan lelaki yang
ketiga berkata, “wahai Allah, saya mempekerjakan beberapa pekerja dan semuanya
saya bayar gaji dengan sempurna kecuali ada seorang yang meninggalkan saya dan
tidak mahu mengambil gajinya dahulu. Kemudian gaji itu saya kembangkan sehingga
menjadi banyak. Selang beberapa lama dia datang kepada saya dan berkata ,”Wahai
hamba Allah, berikanlah gaji saya yang dahulu itu. “ Saya berkata, “ semua yang
kamu lihat itu, baik unta, lembu,
kambing mahupun hamba yang menggembala itu semua adalah gajimu.” Ia
berkata,”wahai hamba Allah, janganlah engkau mempermainkan saya.” Saya
menjawab,” saya tidak mempermainkan kamu.” Kemudian dia mengambil semuanya itu
dan tidak meninggalkan sedikit pun. Wahai Allah, jika saya berbuat seperti itu
kerana mengharapkan keredhaanMu masa geserkanlah batu yang menutupi pintu gua
ini.” Maka bergeserlah batu itu dan mereka pun boleh keluar dari dalam gua.”
(HR Bukhari dan Muslim)
- - Sifat jujur dan amanah kepada orang lain
- - Jangan sekali-kali mengharapkan balasan : orang itu ambil semua dan tidak ucap terima kasih pun.
- - Ujian keikhlasan : adakah selepas masa yang panjang, adakah kamu akan beri semua sekali atau sebahagian.
- - Contoh bibik kita dah kerja 3 bulan, ada gaji 3 bulan, tetapi kemudian lari. Selepas setahun, datang balik minta gajinya. Adakah kita nak beri gajinya atau nak potong? Kita sayang duit bukan sayang rahmat Allah.
Pengajaran hadith:
1) Kelebihan berbuat baik kepada ibu bapa iaitu doa
dimakbulkan dan terhindar daripada musibah. Seorang wanita yang sudah berkahwin
dan tetap berbuat baik kepada ibu bapanya, maka suami yang menggalakkan juga
mendapat pahala, kerana isteri itu isteri yang solehah dan doanya makbul, dan
dia akan menjadi ibu yang baik kepada anak-anak
2) Kelebihan menjauhi diri dari perkara haram iaitu
zina
3) Kelebihan jujur dan amanah terhadap
tanggungjawab yang diberi, sebagai suami, isteri, pekerja dan semua aspek
kehidupan. Contohnya kita ada pekerja, amalan yang paling besar adalah
membimbing hingga akhirnya dia beriman kepada Allah, jaga solat dan sebagainya.
4) Kebesaran dan kekuasaan Allah yang boleh membuka
pintu gua walaupun batu itu besar. Ketika kita terdesak, terus BERDOA kepada
ALLAH, bukan minta bantuan kepada manusia
5) Allah Maha Mendengar doa hambaNya dan kita mesti
YAKIN. Kadang kala kita berdoa dalam keadaan lagha dan tidak faham. Allah tidak
akan makbulkan jika ada sedikit pun keraguan kepadaNya
6) Ikhlas adalah sebab yang boleh menghilangkan
segala musibah.
Kelebihan Abdullah Ibn Umar,
apabila turun ayat bahawa kamu tidak akan mendapat rahmat Allah sehingga kamu
menginfakkan harta yang kamu sayang. Beliau mentadabbur ayat ini, pulang ke
rumah dan beliau infakkan hamba yang paling disayang, dibebaskan dan diberikan
kepada orang.
Soalan:
Bolehkah kita tawassul dengan amal
soleh?
Jawapan:
Boleh , tetapi apakah amal soleh kita yang luar biasa? Sekadar solat 5
waktu dan puasa Ramadhan itu tidak cukup istimewa.
Ali bin Hussin bin Ali seorang
tabi’in, beliau ingin bersedekah kepada fakir miskin dan tidak mahu sesiapa pun
tahu, maka apabila malam gelap, beliau akan pikul gandum dan letak di hadapan
rumah fakir miskin. Selepas beliau meninggal dunia, baru orang sedar bahawa
gandum itu dari beliau. Inilah contoh amal soleh yang ikhlas kerana Allah.
Kisah lain doa yang makbul: Doa Nabi Yunus semasa berada di
dalam perut ikan, Doa Nabi Ibrahim semasa ingin dibakar oleh raja kerana memusnahkan berhala
Q&A: Apakah doa bersama imam selepas solat itu
sunnah?
- - Amalan ini Rasulullah SAW tidak pernah buat.
- Apabila berdoa kita perlu
BERSUNGGUH-SUNGGUH , jika mengaminkan doa imam sahaja, tidak bersungguh-sungguh
kerana tidak faham. Angkat tangan itu bukan satu kemestian kerana Rasulullah
SAW ada yang diangkat tangan, ada yang tidak.
- - Doa direct atau langsung kepada Allah Surah Al-Baqarah ayat
186 ("jika engkau meminta, maka akan Aku perkenankan")
-
- - "Bila hambaKu bertanya Engkau tentang Aku,
katakan Aku dekat (dengan orang yang berdoa)". Maka jika mahu Allah dekat dengan
kita, kita yang perlu berdoa.
- - Doa yang terbaik dalam solat, bukan di luar
solat. Paling baik semasa sujud.
- - Kita hanya terikat kepada imam dari takbir
hingga salam. Selepas itu kita tidak terikat lagi dengan imam itu. Bebas untuk
berzikir , berdoa sendiri dan sebagainya selepas solat.
- Biasakan pada anak untuk berdoa semasa sujud, bukan selepas
solat.
Allahu alam.
No comments:
Post a Comment