Thursday 15 October 2015

Hadith Riyadussalihin Bersama Ustaz Abdul Muien (Hadith 11: Keutamaan solat di masjid, dan hadith 12: satu kebaikan diganjari 10 hingga 700)

Gambar dari duniasunawan.blogspot.com

Hadith 11 Riyadussalihin (Bab niat)



Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Salat seseorang dengan berjamaah itu pahalanya lebih banyak daripada ia salat sendirian di pasar atau di rumahnya selisih dua puluh darjat lebih (27 atau 25). Yang demikian itu kerana bila seseorang telah MENYEMPURNAKAN wudhunya kemudian pergi ke masjid yang perginya SEMATA-MATA UNTUK SOLAT. Dia tidak melangkah satu langkah melainkan Allah menaikkannya satu darjat dan satu langkah gugur satu dosa, sehinggalah dia masuk masjid..."

Pengajaran dari hadith:
  • -          Hadith ini adalah berkaitan solat berjemaah di masjid

    -          Syarat bagi kelebihan ini adalah seseorang itu telah berwudhu di rumah
     
    -          Apakah wudhu dengan sempurna/ memperelokkan wudhu? : Iaitu berwudhu dengan cara Nabi, jimat air (Rasulullah guna dalam 750ml semasa berwudhu)

    -          Cth sapu kepala : basahkan tangan sahaja, sapu dari pangkal rambut hingga ke belakang, dan patah balik ke hadapan dan terus jari telunjuk masuk ke telinga dan basuh telinga sekali. Ini bertujuan supaya air itu meratai kepala. Jika orang botak, tak perlu patah balik kerana tidak perlu ratakan. Wanita berambut panjang, tidak perlu hingga ke hujung rambut. Sapu kepala ini sekali sahaja. 

    -          Massaha bi raksihi : menyapu sebahagian kepala atau ada ulama yang mengatakan seluruh kepala. Hadith paling sahih untuk menepati sunnah adalah seluruh kepala. Menurut Imam Shafie sekurang-kurangnya sapu 3 helai rambut tetapi yang afdhal adalah seluruh kepala.

    -          Apa definisi “Ahsan” : 1: paling ikhlas. 2: paling menepati sunnah (Fudhail Bin Iyad) 

    -          Pahala berjemaah 25 atau 27 kali ganda ini: pahala berjemaah, dengan jemaah pertama di masjid. Berjemaah di rumah tidak dapat pahala seperti ini. 

    -          Niat mesti semata-mata untuk solat, bukan untuk temujanji dan sebagainya. 

    -          Peningkatan darjat : di sisi Allah bukan di sisi manusia. Kerja di dunia naik pangkat cth setiap 3 tahun, kenaikan gaji RM290 setahun. Ini kenaikan pangkat di sisi Allah, satu waktu solat 50 langkah = 50 darjat dinaikkan. 5 kali solat= 250 kenaikan pangkat DI SISI ALLAH.

    -          Bani Salamah yang tinggal jauh dari masjid Nabawi, ingin berpindah dekat untuk dekat dengan masjid. Rasulullah kata jika tinggal jauh, setiap langkah ada pahala. Ini adalah cara Rasulullah SAW memotivasikan manusia, untuk sentiasa mengira untung di akhirat, bukan di dunia. 

    -          Hadith: jika manusia tahu kelebihan solat berjemaah isyak dan subuh, pasti manusia akan pergi walaupun terpaksa merangkak (HR Mutaffaqunalaih)

    -          Setiap langkah ke masjid ini, diampunkan dosa walaupun tanpa kita minta. 

    -          Wanita Ansar bertemu Rasulullah, “orang lelaki ada kelebihan berjihad dan kami tidak boleh. Lelaki ada kelebihan solat jumaat dan solat berjemaah tetapi kami tidak dapat. Sedangkan kami yang memasak, mencuci pakaian dan mengemaskan rumah kami, tetapi kami tidak dapat pahala yang banyak”. Rasulullah menjawab , “sampaikanlah kepada semua wanita. Jika kamu menjaga solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan mentaati suami kamu, maka kamu akan dapat pahala yang sama seperti suami-suami kamu”.

    -          Kita diciptakan untuk akhirat, jangan sibukkan diri dengan dunia. Solat 5 waktu, 10 minit sahaja. Jangan beralasan untuk solat berjemaah. 

    -          Umur berapa sesuai bawa anak ke masjid? Umur bukan ukuran, yang penting adakah mengganggu jemaah atau tidak. Jika umur 1 tahun tetapi beradab, boleh di bawa. Rasulullah kata jika makan bawang, jangan datang ke masjid kerana bau itu mengganggu.
(Sambungan hadith 11) Apabila ia berada di dalam masjid masa ia dianggap melaksanakan solat selama ia menunggu saat solat dilaksanakan , dan para malaikat berdoa ( meminta rahmat)  kepada salah seorang di antara kamu sekelian selama ia duduk di tempat yang untuk mengerjakan solat, di mana para malaikat berdoa , “Wahai Allah kasihanilah dia, ampunilah dosa-dosanya. Wahai Allah terimalah taubatnya,” selama ia tidak membuat gaduh dan selama ia tidak berhadas di masjid (HR Bukhari dan Muslim)

Pengajaran dari hadith:

  • -          Pahala solat diberikan, walaupun belum mendirikan solat. Selagi dia berada di dalam solat itu untuk menunggu solat didirikan, contoh antara maghrib dan isyak. 

    -          Rasulullah SAW mesra kanak-kanak, Hassan dan Hussin panjat badan Rasulullah semasa solat. Dan ada ketika Rasulullah SAW berkhutbah, Hassan dan Hussin datang dan Baginda dukung mereka dan baginda berkata “sesungguhnya harta dan anak-anak kamu itu ujian”

    -          Ada satu ketika Baginda solat dan dukung Umamah binti Zainab , semasa sujud Baginda letak, dan apabila bangun semula, Baginda dukung semula. (hadith sahih). Pakaian kita mesti bersih pakaian dan tempat. Anak yang didukung, pakaian mereka bersih dan najis di dalam lampin itu tidak terkeluar, maka sah solat mendukung anak. Yang tidak sah solat adalah anak itu pegang najis, dan najis itu terkena pakaian kita. 

    -          Anas bin Malik  berkata satu malam Rasulullah datang ke rumah ibunya, dan dijamu makan. Selepas makan, Baginda solat (sunat). Anas berkata aku berdiri di sebelah anak yatim (belum aqil baligh), dan ibuku berdiri di belakang. – ertinya sah solat dengan anak-anak di dalam saf. 

    -          Kanak-kanak jadi tidak suka pergi masjid kerana tidak diraikan di Malaysia ini . Apabila nak bersolat, disuruh ke belakang. Jika anak bising, ibu bapa perlu didik anak adab di dalam masjid. Satu masalah besar apabila anak-anak tidak suka ke masjid, kerana dia tidak akan faham Islam. 

    -          Tidak mengapa bergerak dalam solat untuk mengambil cth anak yang merangkak. 

    -          Hak kanak-kanak di dalam solat – buku ustaz Abdul Muien

    -          Doa malaikat : “Ya Allah rahmatilah dia, ampunkanlah dia, terimalah taubatnya.” Ini doa yang mustajab kerana malaikat tidak pernah membuat dosa. Malaikat ini berdoa selama mana orang itu duduk di dalam masjid dan tidak batal wudhu. 

    -          Hukum solat di masjid adalah wajib, dan ada berpendapat fardhu ain atau sunat mua’akadah. Menurut Imam Shafie, jika tidak ada uzur syariee (spt hujan lebat, cuaca panas, ada musuh) yang menghalang , tidak boleh tinggal solat berjemaah kerana Rasulullah SAW tidak pernah tinggal solat berjemaah. Dalil solat berjemaah wajib: surah An-nisa ayat 102. Solat dalam perang pun Allah perintahkan untuk solat berjemaah, apatah lagi apabila keadaan tidak kritikal

    -          Orang yang berjalan ke masjid : diangkat satu darjat, dan diampun (gugur) satu dosa


-          Orang yang solat berjemaah di masjid akan sentiasa didoakan oleh malaikat selama mana dia tidak berhadas. 


 
Hadith 12 Riyadussalihin 


Dari Abdullah Ibn Abbas Bin Abdul Muttalib, dari Rasulullah SAW , “ Pada apa yang diriwayatkan oleh Tuhannya, Sesungguhnya Allah telah mencatatkan kebaikan dan kejahatan, kemudian dijelaskan semua itu, barangsiapa yang berazam membuat satu kebaikan, tetapi tidak beramal dengannya, Allah catatkan untuknya kebaikan yang sempurna (kamilah) .  Sekiranya dia berniat untuk melakukan kebaikan maka dia melakukannya, Allah catat pahala sepuluh hingga 700 kali ganda. Jika dia berniat melakukan kejahatan tetapi dia tidak melakukannya,  Allah catatkan untuknya satu kebaikan yang sempurna (kamilah). Jika dia berniat untuk melakukan kejahatan dan dia melakukannya, Allah catatkan baginya satu kejahatan (dosa).(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Tafsir hadith:

  • -          Apa beza ayat Quran dan hadith Qudsi: ayat Al-Quran dibaca adalah ibadah dan dapat pahala. Hadith qudsi tidak . Ayat Quran bahasa terus dari Allah .

    -          Bila kebaikan dan kejahatan ini dituliskan di Luh Mahfudz? 50,000 tahun sebelum dunia diciptakan. Contoh ajal maut kita. 

    -          Apa faedah Allah beritahu semua yang berlaku sudah dicatat? Tak perlu sedih apabila ada musibah. Wajib bersangka baik pada Allah, walau apa yang Allah dah tentukan, itu yang TERBAIK untuk kita walaupun zahirnya perit. 

    -          Jika kita lakukan kebaikan yang kita sudah niatkan, dapat 10-700, yang mana satu akan diperolehi? Bergantung kepada keikhlasan, dan semirip mana amalan itu bertepatan dengan sunnah Rasulullah. 

    -          Cth seorang A melakukan ibadah dengan senang, seorang B dengan susah payah. Yang mana lebih afdhal. Ada ulama berkata yang B dapat pahala banyak kerana dia bersusah payah. Tetapi kebanyakan ulama kata A lebih banyak pahala kerana hasil orang yang beribadah dengan ikhlas, ibadah jadi mudah dan ia lakukan kerana cinta pada Allah. 

    -          Mudah untuk Allah “mengadili” jika buat satu pahala = 10-700 kebaikan, satu dosa juga = 10-700 dosa, tetapi RAHMAT Allah melebihi kemurkaannya. 

    -          Di masjidil haram, pahala berganda 100,000 kali , dosa berganda tetapi tidak disebutkan berapa kali ganda. Tetapi jika niat untuk melakukan kejahatan terus dicatatkan satu dosa, kerana kemuliaan tempat ini

    -          Pengajaran: fikir panjang untuk membuat dosa, dan jangan fikir panjang untuk melakukan kebaikan.
   Pengajaran dari hadith:
1.       Setiap amalan telah ditulis sejak azali di Luh Mahfudz sebelum Allah ciptakan langit dan bumi 50,000 tahun yang lalu

2.       Setiap amalan akan dicatit sekali  setelah dilakukan – yang pertama semasa di Luh Mahfudz sebelum ia berlaku, dan kemudian semasa dilakukan

3.       Setiap amalan akan dicatit mengikut kebijaksanaan Allah dan keadilanNya

4.       Sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan seperti berwudhu untuk membaca Al-Quran tetapi akhirnya tidak melakukannya, maka dituliskan untuknya satu kebaikan.
5.       Dan sesiapa yang berniat melakukan kebaikan dan dia melakukannya, dia diberi ganjaran 10 hingga 700 malah lebih lagi bergantung kepada keikhlasan. – contoh bersedekah dihadapan orang, mungkin pahala kurang walaupun tidak riak

6.       Sesiapa yang berniat melakukan kejahatan tetapi tidak melakukannya kerana takutkan Allah, maka ditulis satu kebaikan. Jika kejahatan itu tidak dapat dilakukan kerana terhalang cth nak mencuri tetapi ada polis, tetap dapat dosa kerana sudah berniat untuk melakukan kejahatan. Berbeza jika orang yang tidak melakukan kejahatan kerana takut kepada Allah. 7 orang yang mendapat perlindungan arash : orang yang tidak jadi berzina kerana takut kepada Allah. Cabaran untuk berhenti zina itu sangat besar, bukan sahaja dapat pahala kerana tidak berzina, malah dapat perlindungan arash Allah di mahsyar.


7.       Apabila berniat melakukan kejahatan dan melakukannya, maka ditulis satu dosa. 

No comments:

Post a Comment